HACCP and Quality Control Chart of Breakup (Entri Penutup Minggu Dump)
Sekian tamatlah sudah, minggu You Dump I I Dump You You Dam Dam We Dump You All...eh? Terlebih sudah! Ok balik ke topik.
Terima kasih kepada semua yang mengomen (dan meneroll) serta tidak lupa juga kepada penulis-penulis sahaja dan tidak bersahaja yang bertungkus-lumus menulis entri untuk perkongsian semua. Oh tidak lupa juga kredit kepada encik bersuara Husky tetapi tidak Pusy yang telah membuat Banner yang sungguh merah dan cantik ini. Bak kata Hellioz "Gua sayang lu lebih!"
Anyway, sebagai salah seorang author paling mengada-ngada kemain izinkan saya merumuskan entri-entri minggu ini. Saya tuliskan dalam dua bahagian, kepada Orang yang didump, dan kepada tukang mengedump.
Kepada anda yang pernah dibuang oleh seorang insan yang bernama kekasih--tidak kiralah apa caranya--bersabarlah. dan terima hakikat perpisahan itu. Terimalah bahawa dia bukan untuk anda lagi, dan terimalah bahawa peristiwa perpisahan itu telah berlaku. Mungkin dia bukan jodoh anda,mungkin ada yang lebih baik sedang menunggu, mungkin dia adalah jodoh anda tetapi anda tidak akan bersatu dalam masa dan ketika ini. Sesungguhnya silap kita kadangkala mengharapkan sesuatu yang bukan milik kita sedangkan Tuhan itu lebih tahu ia tidak segak buat kita.
Andainya peristiwa perpisahan itu telah berlaku dalam keadaan yang paling terfaktab, maka buanglah rasa benci dan rasa kecewa jauh-jauh. Bayangkan dia hanya seorang manusia yang hadir dalam hidup anda sekadar sepintas lalu, seperti manusia-manusia lain juga. Ya, mereka meninggalkan memori yang mendalam namun, akan ada orang lain yang meninggalkan memori yang mendalam dalam diri anda juga nanti.
Balasan? Sweet Revenge? Itu bukan hak kita melakukan. Namun jika kita mahu melakukan, ingatlah, jangan kita pula yang nampak kejam sedangkan kita sebenarnya yang dizalimi dahulu. Kalau boleh dibiarkan, biarkanlah. Akan sampai waktu untuk beliau nanti.
Bak kata seorang rakan yang pernah bercerai, ini bukan waktunya melihat siapa betul siapa salah tetapi melihat ke dalam diri sendiri. Mungkin ada kekurangan yang membuatkan cinta sang kekasih yang dulunya banyak kini luput. Mungkin ada kelemahan yang membuatkan sang kekasih ambil kesempatan dan mempergunakan cinta suci itu.
Wahai orang yang mendump (dan akan mendump seseorang di masa akan datang), ingatlah bahawa orang yang anda buang itu adalah insan seperti anda. Mereka punya hati dan perasaan. Tidak kiralah apa yang mereka lakukan pada anda (atau apa yang anda sangka mereka lakukan), hakikatnya mereka ini adalah orang yang pernah anda cintai, dan pernah cintai anda (barang sedikitpun). Ingat kembali masa-masa indah anda, dan ingat kembali kebaikan yang mereka pernah buat, walau sedikit. Apakah anda tidak ada hati untuk memutuskan perhubungan sebegitu mudah? Apakah anda sudah fikir semasak-masaknya untuk melepaskan beliau kerana desakan emosi dan persekitaran?
Andainya benar sudah tiada cinta, atau melepaskan beliau merupakan cara paling baik untuk meneruskan hidup anda, maka lakukanlah dengan berhemah. Biar jujur namun tidak menyakiti. Biar terus terang tetapi masih ada sifat sayang. Dan andainya anda benar-benar tiada rasa sayang lagi, jangan beri harapan bahawa anda mungkin kembali; atau merasa goyah dengan rayuan sang kekasih. Tetapkan fikiran, dan jadi tegas tetapi berhemah.
Dan ingatlah, apa yang kita buat kepada orang, mungkin satu hari nanti orang pula akan buat kepada kita. Bak kata orang lama, kalau kita asyik menolak cinta, satu hari nanti cinta kita pula akan ditolak.
............
Sekianlah entri TheBentPencil bercakap sopan-sopan.
Entri ini akan diakhiri dengan sedikit Carta HACCP Kawalan Kualiti bertajuk Rumusan Cara Mengenal Pasti Sebab Didump.
Ulasan
Oh ya, izinkan saya memintak maap kepada boss besar en Alexiaaqram kerana lambat. Internet di rumah sungguh sedut malam semalam.
Jangan potong gaji saya pls pls pls
keh3~~
baik saya buat sendiri kehkehkeh
mmg btol2 hazard analysis and critical control point dlm konsep relationship hahahaha
kpd bakal tukang dump
before u let go, remember the reason u hung up
mmg best larr
@hidayahshariff: amik je. da ada logo kat situ. hoho