Seperti Lesen Memandu, Bertunang Adalah Lesen Berpacaran.

Apabila tunang adalah suami...

Ta-daa! Secara rasminya anda mempunyai calon suri hidup. Sudah steady, dan hanya berkira masa untuk menjadi pasangan secara sah.

Ibu bapa pun suka sangat dengan pilihan anda.

Tersangat suka.

Tersangat suka sampaikan seluruh jiwa raga anak dilepaskan sahaja kepada si bakal suami.

For them, bertunang bermakna sesi “berlatih jadi suami” maka kenalah diberikan anak bersama si tunang sebagai “latihan” bukan?

Maaf, kalau ada yang terasa lagi dalam entri saya. Semua perkataan di bawah ini saya kumpulkan dari pemerhatian saya kepada begitu ramai orang (Ya. Begitu ramai. Kenapa ramai sangat orang macam ini ha yang saya kenal?) Tetapi nasihat ini saya berikan secara terbuka untuk rakan-rakan terdekat, juga yang tanpa nama dalam dunia maya ini.

Jujurnya saya hairan seketika melihat gelagat ibu bapa zaman sekarang. Membiarkan anak dibawa ke sana ke mari oleh pasangan yang belum tentu muhrim. Melepaskan terus hak penjagaan anak perempuannya kepada lelaki yang bukan darah daging, yang confirm dosa kalau bersentuhan. Tu baru bersentuhan, kalau lebih daripada itu?Ya, sungguh aneh saya tengok apabila ibu bapa sedikit pun tak membebel kalau anak balik lewat atau tidak balik-balik. Selagi mereka tahu anak perempuan keluar dengan si bakal suami. Malah ada yang memberikan pelepasan penuh kepada si bakal suami untuk menentukan segala inci hidup si perempuan, kerana dia berstatus bakal suami.

Pernah ada seorang rakan saya merungut kerana dia sukar keluar rumah, walaupun berjumpa kakak angkat, kerana si lelaki terlalu cemburu.

“Apa susah,” saya nasihatkan. “Lain kali mintak izin mak ayah aje. Lantak la dia tu. Bukan suami kau pun.”


“Tapi...” kawan saya jawab. “Mak ayah saya pulak cakap suruh mintak izin boyfriend tu dulu!”

Semua boleh kawtim, ya ke?

“Tetapi kami sudah tunang, nak kahwin dah. Apa kau sibuk? Mak bapak kami pun tak marah tau.”
Walaupun dah selangkah ke alam perkahwinan, tapi belum bermakna segala yang dilakukan sebelum itu confirm boleh kawtim.

Bergayut tiap malam? “Tak apa, dengan bakal bini pun, tak salah.” (padahal cakap lucah-lucah. )

Keluar malam? “Tak apa, bakal suami ada. Dia akan lindungi anak saya.” (entah-entah dia cabut dulu kalau perompak datang)
Pergi konvoi motor ke PD bermalam di hotel? “Ala, bakal bini. Dia takkan kasi orang lain sentuh anak saya.” (padahal dia sentuh dulu—kot?)

Lepas ni apa pula, Seks? “Tak apa, dua bulan lagi kan diorang nak kahwin.” (Eh, apa tak boleh tunggu lagi dua bulan ke? Bukan susah sangat, puasa je. )

Banyak lagi perkara yang “diluluskan” oleh ibu bapa tunang hanya kerana ikatan tak sah tersebut. Saya pasti anda tahu dan pernah dengar pelbagai gelagat tunang, yang lebih ‘advanced’ daripada yang ini. Tapi hukumnya masih sama-HARAM. Sama level haramnya dengan lelaki yang sekadar boyfriend, ataupun “teman tapi mesra” apatah lagi skandal kekasih gelap!” Tak kiralah kalau termengandung masa tunang, lepas tu dia bertanggungjawab dan kahwin jugak, anak itu tetap luar nikah, okay. Okay, correction, selepas beberapa bulan boleh dinasab jadi anak sah. TAPI zina tetap zina, okay.

Alah, tapi budaknya baik ha. Tak mungkin la buat kerja jahat.

Are you sure about that? I mean like, really, really sure?

Kadangkala orang memang talam dua muka. Depan ibu bapa baik. Ala kita pun sama. Biasa kan, datang rumah kawan masa Raya Aidilfitri? Pakai baju formal segala dengan baju kurung dan baju Melayu. Kemudian buat muka sopan santun dengan tuan rumah padahal dekat luar gelak macam Kiah Propa KEKEKEKEKEKE

Ibu bapa sesungguhnya old school dan naif. Mereka mudah percaya dengan kemahiran Oscar Actor anak-anak zaman sekarang. Dan dengan itulah mereka meletakkan seluruh kepercayaan dan tanggungjawab. Bila ada cerita buruk tentang tunang ini disampaikan kepada mereka, pantas mereka menempelak “Ahhhh mak Jah jangan buat cerita. Dia tu baik tau. Ni entah-entah kau jeles sebab anak kau tak laku macam anak aku”. Bila dah tengok betul-betul depan mata barulah menepuk dahi. “Alamak Jais kenapa kau macam ini nakkkk...”

Truth is, engagement is just a statement.

It’s like putting down on your calendar the day of your marriage—but that’s just it.

Lagipun tunang tu cuma perjanjian, tapi bukan legally binding contract macam perkahwinan. Pernah tengok majlis tunang, ada tak sign-sgin papers macam orang kahwin? Tak ada kan?

Hakikatnya perjanjian tanpa hitam putih macam itu memang boleh terbatal. Tunang hari ini, esok boleh breakup. Tak ada bezanya dengan berpacaran sebenarnya. Maaf kalau saya katakan belum tentu anak anda akan berkahwin dengan lelaki itu, tidak kira bertapa berkenannya anda kepada dia. Malah tak keterlaluan mengatakan tunang adalah status yang adakalanya digunakan lelaki untuk memperalat si wanita dari segi kewangan, cinta dan dotdotdot. Iya-iya berjanji segala langit dan bumi tapi tiba hari kahwin, tak datang! (episod Blogger Boy yang mana tu ya?). Kalau setakat wang tak apa lagi, kalau benda lain pula yang hilang bagaimana?

Nasihat kepada ibu bapa, janganlah terlalu meletakkan kepercayaan kepada lelaki lain hanya kerana beliau berjanji akan berkahwin dengan anak anda. Ingat bahawa beliau masih haram kepada anak perempuan anda. Bukan menggalakkan anda bersangka buruk dengan sesiapa tetapi lebih baik berwaspada daripada terlambat!

P.S. Mak saya baik. Mana saya ada pasangan tau. hehehe

Ulasan

_aliahwafa_ berkata…
betol. tunang x komfem kawin pon.
Tanpa Nama berkata…
i like... =)
jjjjj berkata…
great one! i like it~
Unknown berkata…
loike loike loike!
sume itu betol. tunang x semestinya kawen, cinta x semestinya kawen.
misz aisya berkata…
betul. ada sorang member sye ni, siap boleh g perlis ngan pakwe dia. bila kitowg buat program kelas ke Kedah, dia kata mak dia risau and tak bagi pergi. bagi anak dia meronggeng kat perlis tu tak risau pulak??
Asphodel Walnut berkata…
pernah terjadi kat akak sendiri kot, tapi seb baik abah jenis yang kau-usik-anak-dara-aku-kau-ngan-mak-bapak-kau-aku-senapangkan-nanti punye bapak :)
kina_razali berkata…
tunang nie still di kira ajnabi..
kalau parents dah sporting gila,anak lagi lar 'sporting' kan?Nice entry yea =D
Tanpa Nama berkata…
Mesej clear.

utk pengetahuan parents yg ditekankan kan. tp kat sini anak2 ja yg baca. sayanggg
Yatre Hayati berkata…
betul. tunang hanyalah statement. Ia adalah satu tanda yang menunjukkan seseorang akan ke gerbang perkahwinan. dan ibu bapa yang buat macam tu sebenarnya terlalu percayakan anak diorang.
TheBentPencil berkata…
Terima kasih you alls...

I hope the message is clear too :)
AQLIS ZAMIA berkata…
ooppss.. excuse me.. bukan mak ayah bagi lesen ok.. anak-anak wat sume tu.. belakang mak ayah.. ade ke mak ayah nak tgk anak-anak hancur... so... lu pk la sendiri...
OrenLimau berkata…
nice one..err,tpi bukan semua mak ayah mcm tuh kan..
ada akal,fikir.bukan manipulasi yang dah sedia tahu halal atau haram.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.