Ape Cerita di Terfaktab?

Selamat sejahtera semua.

Kita telah berada pada penghujung minggu 'I DUMP U, U DUMP I'. Selepas ini, akan ada entri penulis jemputan dari e-mail yang kami terima serta entri rumusan minggu DUMP dari TheBentPencil yang merupakan antara Srikandi dalam Terfaktab. Entah macam mana dia nak rumuskan, kitaorang pun tak tahu. Tunggu je lah.

Banyak story dan gosip telah terjadi di pejabat Terfaktab kali ini. Tindakan drastik dan kejutan telah melanda satu persatu yang akhirnya memaksa Terfaktab mengadakan mesyuarat tingkap ringkas. 

Ingin di hebahkan bahawa, gadis energetic iaitu Alexia telah mengundurkan diri di Terfaktab. Beliau mengundurkan diri kerana berkomitmen penuh dalam pengajian Master nya yang berada dalam peringkat akhir untuk menyiapkan journal dan thesis. Kepada Alexia, semoga berjaya dari kami pihak Terfaktab ucapkan.

Kekosongan tempat Alexia ini telah merungsingkan serba sedikit skuad Terfaktab terutamanya Aqram. Jadi, sebagai langkah-langkah penyelesaian, telah di adakan pencarian penulis baru. Pencarian ini telah di adakan secara senyap dan minoriti di Facebook Terfaktab baru-baru ini. Ada yang berminat, ada yang siap hantar e-mail. Terima kasih kami ucapkan pada korang yang sporting. Namun, sebarang pemilihan harus kami mesyuaratkan dan perlu kami perbincangkan terlebih dahulu. So, sebarang keputusan adalah dari keputusan penelitian muafakat kami. Moga tiada yang berkecil hati jika tak terpilih, ini semua takdir, kerana peruntukkan kewangan kami banyak di dibazirkan dengan membuat aktiviti permainan DOTA beramai-ramai yang di ketuai oleh Mr K. Main selalu, tapi kalah jugak. Baik tak payah kalau asyik kena first blood. #phailed

Dengan sukacitanya, kami perkenalkan dua penulis baru iaitu ;

Encik Durian. atau lebih di kenali dengan nama Si Gemuk Yang Optimis. Seorang yang kelakar, kelakar dan kelakar. Optimis dalam menulis, yakin-yakin dan bedal saja asal sedap.

Seterusnya,

Ladynoe. atau lebih dikenali sebagai Perempuan Jomblo. Ya. Ladynoe, akan berkolaborasi dengan Terfaktab. Adakah ini mimpi? Tidak beb! Walaupun jomblo bererti 'single'. Namun, sebenarnya Ladynoe telah pun berkahwin. Aiseyy! 

Memang pencarian kami berlandaskan pencarian penulis yang sudah berkahwin. Ya, encik Durian tersebut pun sudah berkahwin. Motifnya adalah satu, kami ingin memperluaskan skop perbincangan relationship dan percintaan di alam perkahwinan. Semoga dengan kehadiran mereka berdua yang lebih dewasa ini mampu memberikan impak nasihat berguna kepada kita semua terutama yang ingin mendirikan alam perkahwinan.

Sekian rangkuman dari pejabat Terfaktab. Hasta la vista bebeh!

Ulasan

hujan berkata…
yeay! ni yang ai nak
durian! berkata…
harap korang tidak menjangkakan kisah2 seks dari rumahtangga aku. korang gila ke apa?
rekbing berkata…
baru aku tau terfaktap ni satu grup...
Farahin Mafuzah berkata…
wah!!
kite addct gile ng perempuan jomblo!
welcme to d club lah kak :)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.