Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel abang borhan

Hari Ahad Bersama Abang Borhan Entah Ke Berapa

Asalamualaikom warahmatullahiwabarokatuh. Long Island, New York. Bangun pagi tadi, di negara orang, buat abang rasa rindu dengan Manjoi, Perak. Kampung yang abang telah tinggalkan selama sepuluh tahun itu apa ceritalah agak-agaknya? Makwe abang malas nak cerita. Karang kalau abang cerita engko mungkin tak percaya dulu abang memang takde makwe kat sekolah. Abang dulu budak-budak sekolah abang memang benci ke abang. Sebab abang pengawas sekolah yang suka catit nama budak-budak ni dalam buku tiga lima. Ha sapa suroh engko datang lambat? Abang nak bercerita pasal lelaki yang ramai peminat. Tapi abang rasa abang tak layak nak cerita sebab abang tak pernah ada ramai peminat masa sekolah mahupun taim unibersiti. Jadi, abang cuma boleh ceritalah dari pandangan abang yang tengok dengan mata kepala sendiri, pada kawan-kawan abang yang jenis banyak peminat. Nama dia. Aliff Aziz. Bukan penyanyi tu. Bukan. Aliff ni kalau tak iye abang rasa mungkin dia akan ada bini banyak sebab amb...

Ahad Malam Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh. Pikir-pikir balik, dah lama juge abang tak nulih kat sini. Bukak-bukak je dah habis minggu rabak. Terlepas abang gamaknya untuk menceritakan betapa rabaknya abang masa lepas bercerai engko tahu? Engko mana tahu perasaan lepas bercerai. Engko sekolah pun tak habeh. Engko sekarang sedaplah lep u lep me, amek gambar sana sini lepas kahwen. Asal sana sini berkepit dengan suami, dengan isteri. Bangun tido sebelah ada laki, ada bini. Nak nak pula dah ada anak satu. Punya semangat dia punya feeling-feeling bahagia kahwin tu. Suka tengok muka baby lah, suka tengok baby ketawa lah. Dan macam-macam lagi kebahagiaan yang abang nak kabor akan jadi sementara kalau engko tak jaga dan tak pernah dikabor tentang apa itu penceraian. Buat pembaca yang pernah bercerai. Abang tahu, abang mengerti perasaannya. Bukan sedih, bukan pedih. Tapi macam hilang harapan ye dak? Hilang harapan ni lebih kurang macam engko kena buang kerja lepas tu kau tak bo...

Cerita Ringkas Hari Jumaat Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh. Pagi ini hujan. Abang masih tercegat kat pagor rumah sambil menekan-nekan henset abang. Abang bukan nak hantor mesej ke Tuhan agar hujan berhenti. Bukan bukan. Abang nak hantor mesej ke drebar kampeni abang supaya ambek abang kat rumah. Gila engko jadi orang kanan Dato Seri (nama dirahsiakan) tapi takde drebar. Baik tak payah masuk bisnes juta-juta itu macam ye dok? Sedang abang macam ralit nekan-nekan henset. Abang terpana satu benda. Makwe! Dalam hati abang; "Amboi kemaen sayup-sayup suci muka dia. Ini kalau dapat taim-taim hujan ni mesti Tuhan marah" Astagfirullah. Abang mula berzikir menahan nafsu. Masih ada lagi keimanan dalam hati abang walaupun dah lama menduda rupa-rupanya. Tapi abang heran, makwe ni duduk mana? Ni kawasan rumah-rumah kenamaan dan elit. Dia ni takkanlah orang gaji Tan Sri (sekali lagi dirahsiakan)? Amboi, takkan orang gaji muka lawo macam Sari Yanti? Apa ke tak gilernya nanti jika ta...

Tukar Kepada Hari Jumaat Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh. Engko semua ape kabor? Abang harap engko semua sihat walafiat disamping orang-orang yang tersayang. Tujuan abang menulis ini bukanlah hendak mengutus surat cinta, apatah lagi surat rekemen kerja. Tapi sekadar mengisi masa lapang abang yang kadang-kala tak secerah pelangi petang bersinar sewaktu hujan mula rintik-rintik membasahi baju-baju, seluar-seluar dan anderwey yang abang sidai hari ini. Hujan je memanjang sejak menjak ini. Kesian para makwe dan pakwe yang baru nak men deting kan diri. Namun abang yakin, atau abang syak bahawa deting waktu hujan itu romantik juga kadang-kala. Lagi-lagi bila tengok sepayung sehujan. Baju yang putih dibasahi dengan menampakkan susuk tubuh badan. Amboi, bernafsu betei. Baiklah, ini kali abang nak menyentuh pasal topik yang ada abang baru terpikir kejap tadi. Pasal ; Tak main lah dikler-dikler , kawan dengan ramai orang dulu. Dah sampai masa baru pilih. Abang secara diam-diam kecil, setuju dengan perinsip ...

Bukan Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Abang tahu, abang tahu. Mesti engko terfikir-fikir kenapa hari ini abang tulis. Bukan hari Ahad. Kisahnya begini, abang cuti hari ini. Jari manis abang bengkak sebab main golf itu hari dengan Datuk Seri mana entah. Kuat sangat abang hayun agaknya. Tu yang bengkak. Abang ni kalau engko nak tahu, tak boleh kalau jari abang sakit, lagi-lagi jari manis. Gile engko, jari manis nak sarung cincin woi. Sakit jari manis, tak manis lah diri abang untuk terus memikat wanita seluruh dunia. Hohoho (gelak seloroh). Ini hari pendek je cerita abang. Engko bagi masa abang 5 minit okeh? 5 minit je. Tak lama. Abang bukan nak jual Hai-O. Abang nak cerita pasal "Bercintalah sebab keperluan, bukan sebab kehendak" Ini abang ambil dari ku-ot kat fesbuk terfaktab. Ade lah auter-auter yang tulis. Bagus! Bagus ku-ot ni. Sebab memandangkan abang ni pun orang meniaga. Bab-bab keperluan dan kehendak ni memang ' line ' abang. Engko yang pakai cermin ma...

Tercalon di Social Media Awards 2012!!

Imej
Engko kenal siapa abang? Ha, kalau engko kenal, bagus. Dua ibu jari abang tuju pada engko. Ni sekarang ni abang ada benda nak umum. Boss abang cakap yang blog Terfaktab ni, yang abang dah join untuk berapa kerat bulan ni telah tercalon dalam Social Media Awards 2012 . Ini sudah bagus. Ini..ini..ini.. power! Keh keh keh! Kalau engko tanya abang apa ke benda award ini. Mari sini rapat sikit abang nak kasi tahu. Award ni, champion je boleh masuk. C.E.M.P.I.O.N! Champion! Untuk nak kasi Terfaktab menang dalam award ini, engko semua kena mengundi. Atau dalam bahasa Inggerisnya, VOTE. Vote. Bukan KOTE. atau BOT! Paham?  Jadi, abang menyeru kepada semua pembaca Terfaktab. Yang termasuk engko, engko dan engko semua sekali, pergilah mengundi untuk Terfaktab. Abang terus terang, engko sanggup menduakan Terfaktab ya sampai engko undi blog dan web lain yang tak menjamin dan membantu masa depan engko ke? Nurul Ain dengan Ariffshah yang tengah leading ni binatang mana pulak ni? Berani betul...

Poligami Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh Mula-mula masa abang nak tulis karangan abang ini tadi, abang tak perasan pulak yang minggu ini ialah Minggu Poligami. Abang dengar je poligami ni terus tegak bulu roma abang. Engko tahu kenapa? Abang tak boleh dengar benda-benda macam ni. Lagi-lagi yang boleh menyebabkan kaum perempuan menangis sedu-sedan bila kena dimadukan. Biar peduli kalau ada orang lain cakap dapat payung emas. Sebelum engko nak kahwin lagi satu, mari sini abang hempas muka engko dengan payung cap Bonia ni. Mahal payung ni. Abang baru beli itu hari masa pergi New York. Siap lah engko. Apa-apa pun sebelum abang nak tulis karangan pasal poligami ini. Abang nak mohon maaf sebab tak dapat tulis untuk slot Ahad lepas. Sibuk kerja lah dik. Harap engko sudi maafkan abang sebab abang ni duda. Taitel duda ni selalu macam orang teraniaya jugak. Macam perempuan kena madu lebih kuranglah. Biar abang terus teranglah. Kalau engko rasa abang ni lain macam, engko boleh cakap. Tapi, aban...

Lagi-Lagi Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum. Hari ni pendek je salam abang. Biasalah, engko macam tak tau pulak yang sekarang abang kat Jepun. Salam pendek, jadi abang nak tulis ni pun pendek jugak. Buat syarat bak orang kata sebab memang hari Ahad adalah slot abang hendaknya. Abang tahu ada orang yang suka, ada jugak orang yang tak suka dengan tulisan abang ni. Mentang-mentang lah abang paling tua, kena sisih abang engko kerjakan ye? Cis. Nanti engko, tengoklah nanti bila abang parking helikopter depan rumah engko, baru engko tahu erti kekayaan dalam percintaan. Boleh? Baiklah, sebut pasal kekayaan dalam percintaan. (Sebenarnya memang abang nak cerita pasal ni pon, saja bagi intro. Sorilah kalau tak sedap). Ok, sebut pasal kekayaan dalam percintaan. Bila abang kat Jepun tengok bola ni. Tengok Neymar sekor gol bukan main cantik lagi dengan pompuan-pompuan Jepun bukan kemaen lagi terjerit-jerit, terjerit-jerit tengok jambul Neymar. Abang tiba-tiba dapat idea yang mungkin jejaka-jejaka kat Seremban, Bukit Lenjan, Ki...

Hari Ahad Bersama Abang Borhan, Lagi.

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh Hari Ahad macam ini elok rasanya abang cuit sikit laptop untuk bagi laptop tak sejuk dimamah kesejukkan di negara orang. Abang sekarang berada di Vienna Austria menjenguk perniagaan abang kat sana. Bisnes apa tak payah lah engko nak tahu, sebab abang lebih suka berahsia dalam bisnes abang. Bila kita berahsia, bisnes akan jadi lebih misteri, dan bila misteri, bisnes akan menjadi mahal. Macam mana pulak kalau pakwe dan makwe bersikap misteri? Misteri kastemer, misteri perezen. Kat sini abang nak menerapkan kepentingan menjadi misteri kadang-kala kepada pasangan engko. Ada orang cakap misteri, ada orang cakap sepraise. Mana-mana lah janji bersangkut paut. Sesekali ni abang nak pesan kat engko agar kalau nak memberi hadiah perezen misalnya, buatlah dengan cara seperaise. Buatlah macam pura-pura sakit kena demam denggi ke, lepastu bila makwe engko datang hospital, satu hospital nyanyi lagu selamat hari jadi dan bagi teddy-bear sebesar katil. Menari...

Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Sekarang dah hari Ahad. Hari Ahad selalunya bukan hari yang bagus untuk berasmara. Ehh salah. Maksud abang ialah keluar bersama kekasih. Abang selalu ingatkan pada anak-anak buah abang tentang hal ini. Tapi, anak-anak buah abang tak nak dengar. Degil betul. Bila balik dari ibukota, dengan susah-payah anak buah abang ini merungut. "Banyak betul indon, nepal, bangla hari ini" Tahu pulak kau merungut ya. Engko dah tahu memang hari Ahad banyak pelancong asing berkeliaran tak tentu hala pada hari Ahad. Yang kau sanggup nak keluar kenapa? Dah lah kau pergi Pertama Kompleks. Apa benda ada kat situ? Kau kata kau nak tengok Ombak Rindu. Kau tipu abang kan? Maknanya sia-sia lah abang kirim salam sayang pada Lisa Suriani tadi. Tak sangka kau menipu. Sekarang rasakan. Padan muka. Bau badan pun dah macam longkang. Bersesak naik Rapid KL dengan semerbak ketiak Vietnam. Abang pernah tengok ketiak perempuan Vietnam. Sumpah abang nak makan meggi tak...