Tukar Kepada Hari Jumaat Bersama Abang Borhan
Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh.
Engko semua ape kabor?
Abang harap engko semua sihat walafiat disamping orang-orang yang tersayang. Tujuan abang menulis ini bukanlah hendak mengutus surat cinta, apatah lagi surat rekemen kerja. Tapi sekadar mengisi masa lapang abang yang kadang-kala tak secerah pelangi petang bersinar sewaktu hujan mula rintik-rintik membasahi baju-baju, seluar-seluar dan anderwey yang abang sidai hari ini. Hujan je memanjang sejak menjak ini. Kesian para makwe dan pakwe yang baru nak mendetingkan diri. Namun abang yakin, atau abang syak bahawa deting waktu hujan itu romantik juga kadang-kala. Lagi-lagi bila tengok sepayung sehujan. Baju yang putih dibasahi dengan menampakkan susuk tubuh badan.
Amboi, bernafsu betei.
Baiklah, ini kali abang nak menyentuh pasal topik yang ada abang baru terpikir kejap tadi. Pasal ;
Tak main lah dikler-dikler, kawan dengan ramai orang dulu. Dah sampai masa baru pilih.
Abang secara diam-diam kecil, setuju dengan perinsip serupe ini. Lagi-lagi kalau engko masih dalam pengajian tinggi mahupun tak berapa nak tinggi. Abang paham kemuncak syahwat cinta engko tu membuak-buak. Apatah lagi engko tengok banyak lelaki-lelaki kacak, banyak perempuan-perempuan kemain cantik di depan mata. Mestilah bila engko terjumpa seorang yang berkenan. Kau nak jadikan dia teman wanita atau teman lelaki engko.
Tapi, abang terus-teranglah kabor. Kalau engko rasa susah bercinta ini. Engko tengok kiri-kanan engko, maksud abang ialah kawan-kawan engko yang asyik asyik putus cinta, asyik asyik tak muv on, asyik asyik mengadu kat engko tentang masalah dia je. Engko pun rasa naik fedap. Dalam pada masa yang sama, engko pula tetiba rasa seram-seram koma macam risau nak ada makwe atau pakwe.
Bolehlah engko guna perinsip yang abang sebut tadi.
Abang jamin, perinsip begini sesuai diaplikasi pada semua orang. Bahagia untuk diri engko, dan boleh dikatakan tak jugak menyusahkan orang lain dan keluarga mereka.
Cuma bila sampai masa sesuai untuk dipilih tu. Ha itu je yang abang risau. Bagi abang lah, perinsip ini boleh diubahsuai sedikit. Kalau engko bukan pada masa yang sesuai, takkanlah engko nak terus sepi menunggu bintang jatuh dari langit kena setepek kepala engko? Misalnya lah, mak bapak engko dah petik suara satu-dua-tiga tentang takde gepren atau bopren ke? Makcik sedara belah ayah engko dah kemaen nak kenen-kenenkan dengan anak pakcik Rohizal yang jadi seketeri kat Kilang Fendi dan Rakan-Rakan. Tapi engko pun tahu engko tak berkenan dengan budak tu sebab budak tu ada tahi lalat kat bawah mata. Engko tak suka. Sebab engko suka perempuan tahi lalat kat dada. Bukan kat mata. (Ni abang bagi contoh situasi je, bukan kisah betul).
Ha, takkanlah engko nak tunggu masa sesuai dan teruskan perinsip tadi? Mesti nak taknak engko kena cari. Prezer jugak engko tahu? Macam ada batu besar duduk atas kepala dia punya tertekan. Hamboih.
Memang nak tak nak, engko kena pasang jugak makwe atau pakwe. Kena cari jugak. Pandai-pandai lah engko cari. Setiap kali melangkah kaki keluar rumah. Abang nasihatkan engko amalkan doa-doa mustajab mencari jodoh yang pernah di-'surah'-kan oleh Imam Muda Aqram, iaini bos abang tu ha. Hehehe. Jangan marah bos.
Engko tak payah riso lah, kat blog terfaktab ini banyak tips cara-cara nak dapat makwe atau pakwe. Pergilah baca sampai khatam.
Nampaknya, itu sahaja coretan dari nukilan abang pada hari ini. Molek kalau abang bagi sedikit tazkirah Jumaat sebagai renungan mengakhiri penulisan abang kali ini.
"Barangsiapa yang mengecewakan hati orang yang mereka sayang, nescaya hati mereka sedikit-demi sedikit hilang rasa sayang pada orang lain" - Riwayat Ibnu Borhan Al-Bogiba
Wassalam.
Ulasan
wakakaka..
kalau semua benda nak disamakan dengan hadis. maka haramkanlah kita menggunakan bahasa melayu klasik.