Kenapa Kawan Baik Bukan Kekasih?
Kadangkala kita akan terfikir sesuatu.
Mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
Mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
Mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
Mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?
Kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi.
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayangi?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita cintai?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
Mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dia lebih memahami?
Dan
itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan
paling kukuh kerana kita akan sering tertanya-tanya benda yang sama
setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada.
Setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi
yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang
setia. Kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh
berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita
bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin
ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia.
[Sumber gambar] |
Kawan baik akan kekal kawan baik.
Itu sahaja yang awak perlu ingat.
Kawan.
:)
Lord Zara
: Janji bermaksud segalanya. Tetapi bila janji dimusnahkan, maaf sudah
tidak membawa apa-apa erti lagi. Segalanya tidak akan sama seperti kali
pertama. (Shafaza Zara, 15 Mac 2012)
Ulasan
;)
to guys/girls yg tengah tackle bestfren sendiri, be patient, never give up and all the best.
thnx tanpa nama diatas..ur cmment inspired me enough ;)
cinta bila bila boleh putus
kan? :)
oh, pretty good, btw. persahabatan tu memang lebih kukuh. dan buang member lepas dapat cinta memang sangat, sangat rugi.
Orang kata pasangan yang baik boleh membawa ke syurga; tapi kawan baik pun boleh juga bimbing kita ke syurga. :)