Kenapa Kawan Baik Bukan Kekasih?


Kadangkala kita akan terfikir sesuatu.
Mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
Mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
Mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
Mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?

Kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi.
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayangi?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita cintai?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
Mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dia lebih memahami?

Dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita akan sering tertanya-tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada. Setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia. Kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia.


[Sumber gambar]

Kawan baik akan kekal kawan baik.
Itu sahaja yang awak perlu ingat.
Kawan.
:)

Lord Zara : Janji bermaksud segalanya. Tetapi bila janji dimusnahkan, maaf sudah tidak membawa apa-apa erti lagi. Segalanya tidak akan sama seperti kali pertama. (Shafaza Zara, 15 Mac 2012)


Ulasan

KiD berkata…
kalau ditakdir,mungkin.
Unknown berkata…
sebab aku hanya anggap kau kawan,tak lebih dari itu :)
Judh berkata…
beruntunglah jadi kawan , tak ada titik noktah :)
tanpa-nama berkata…
my bestest fren is now my gf..

;)

to guys/girls yg tengah tackle bestfren sendiri, be patient, never give up and all the best.
Tanpa Nama berkata…
kelebihan bila seorg kwn baik mencintai kamu?dia terima keseluruhan pakej kamu seadanya tanpa kompromi..

thnx tanpa nama diatas..ur cmment inspired me enough ;)
Tanpa Nama berkata…
http://9gag.com/gag/3484317
airaniez wirdani berkata…
Bersahabatlah dengan *ikhlas*,bukan mengharapkan *balasan* (cinta terutamanya..)
ami yahya berkata…
awesome.
Eyka berkata…
kawan forever..

cinta bila bila boleh putus

kan? :)
Izzaty Ishak berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
axt berkata…
I'm married wif my best fren :)
Elle berkata…
makin kerap terpikir cmni.. mmg btol la.. akn terpkir ble hub yg sedia ada xnmpak ke mana ia akan pergi.. huh..stress..
TheBentPencil berkata…
tak notice entri ni. rupanya berkaitan dengan entri saya hari ni. heuheu.

oh, pretty good, btw. persahabatan tu memang lebih kukuh. dan buang member lepas dapat cinta memang sangat, sangat rugi.

Orang kata pasangan yang baik boleh membawa ke syurga; tapi kawan baik pun boleh juga bimbing kita ke syurga. :)
Tanpa Nama berkata…
aku kapel dgn bff aku... sangat best
Tanpa Nama berkata…
saya sayang kawan2 saya....hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.