Kata Lima - Perihal Menjolok Mata


Disebabkan ramai wanita di dunia, ada sesetengah mereka memilih untuk memakai pakaian yang menjolok mata bagi menarik perhatian lelaki kerana gusar dengan nisbah 9:1 yang dikhabarkan golongan ulama untuk menakutkan umat Islam di akhir zaman membuatkan mereka rasa terancam dengan banyaknya saingan di dalam sirkulasi kehidupan mereka.

Harus diketahui bahawa menjolok mata itu bukan sahaja yang tidak cukup kain dedah sana dedah sini, bahkan yang berwarna meriah di sana di sini juga sama menjolok mata sebenarnya. Jalan sahaja ke mana-mana, maka segala gerak-geri menjadi bahan perhatian lelaki. Bagi aku, aku lebih memilih dan lebih nampak gadis yang memakai warna-warna biasa. Putih, hitam, biru cair, kuning cair dan segala warna cair lain yang mampu mencairkan hati aku melihat memandangnya sepanjang masa. Bukan warna-warni seperti trend semasa yang digelarkan colour-block dalam seni fashionista yang pelbagai rupa entah apa-apa itu.
Ya, hari ini aku bercakap pasal Sains Sosial dalam menarik perhatian lelaki.

Mungkin ada sesetengah antara pembaca yang merasakan aku akan bercakap mengenai ‘Jika kau ingin menarik perhatian lelaki, bukanlah dari segi fizikal kerana lelaki hanya memandang isi hati seseorang gadis, bukanlah fizikalnya’.

Tidak, bukan. Aku langsung tak berniat untuk bercakap mengenai itu. Lelaki lebih tertarik dengan isi hati seorang gadis? That is bullshit! Lelaki hanya akan tertarik pada seorang gadis yang fizikalnya mampu meliurkan salivanya, sudah tentu.

Lalu, apa sebenarnya yang ingin aku ketengahkan dalam hal ini? Itu, itu. Pakaian itu yang sungguh menyakitkan mata aku! Kau kulit gelap, kenapa sarungkan sesuatu yang membuatkan kau langsung tenggelam di dalam kecerahan pakaian kau? Kau kulit cerah, kenapa kau sarungkan segala aksesori pemakaian tak kira sama ada ianya selendang atau shawl atau abaya atau jilbaya atau apa sahaja semuanya sekaligus di hari yang sama? Apa, dengan pemakaian kau yang kau rasa sungguh unik itu mampu menarik perhatian lelaki membuatkan mereka bernafsu untuk mengambil kau sebagai kekasih mahupun isteri? Tidak. Kau bukan kelihatan unik dan eksotik, tetapi kau kelihatan seperti badut yang tersesat ingin mencari arena sarkasnya.
Kemudian, bagaimana lagi harus kau memikat hati lelaki di zaman yang kebanyakan dari golongan berpenis ini pandang hanyalah kecantikan fizikal semata? Kau buntu, lalu membuat keputusan untuk tidak lagi cuba memikat mana-mana hati lelaki. Kau lebih rela untuk duduk sahaja menunggu jodoh yang dikata mereka, ‘Jodoh itu semuanya ditentukan oleh Tuhan, maka kau tak perlu lagi berusaha untuk mencari jodoh di merata-rata. Cukup kau sekadar menunggu dan fokus mengejar Syurga, maka yang akan datang nanti itu tentulah seorang khalifah yang bakal membawa kau ke Syurga bersama’.

Iya, kau terus menjelma menjadi seorang yang pasif pemalu dan tidak lagi mampu bekerja dengan mana-mana lelaki. Hanya kerana kau merasakan kau sungguh tidak mampu menarik perhatian mana-mana lelaki.

Namun, jika kau masih mahu terus menjadi seorang badut yang tersesat mencari arena sarkasnya, silakanlah. Mungkin hanya dengan cara itu sahaja mampu membuatkan kau bahagia menjalani hidup yang penuh celaka dalam perjalanan mencari redha Ilahi.

Ulasan

Unknown berkata…
tp ada yg berpendapat,berpakaian begitu bukan utk menarik perhatian ttp mmg gemar berpakaian sedemikian.entah.

saya biasa2 saja.
M. Faiz Syahmi berkata…
Ya, begitulah. Ramai yang 'gemarkan' gaya pemakaian yang demikian. Lebih mencabar dalam mengikut trenda semasa katanya.
Len Inouie berkata…
Setuju dengan suraya..ada yang berpakaian warna pelik-pelik sebab mereka memang suka warna pelik walaupun fesyen itu langsung tidak wujud. Hahah
M. Faiz Syahmi berkata…
Warna pelik itu hanya warna yang tidak menjadi kebiasaan penggunaannya. Tiada apa yang pelik. Hanya caca marba dalam pemilihan warna untuk si pemakainya.
Tanpa Nama berkata…
Betul. Pagi tadi baru nampak yang pakai shawl lilit2, pastu seluar kaler terang benderang plus kasut merah menyala tiba tiba. Macam badut pon ade. Tak lupa yg pakai ketat sampai nampak abih besaq kecik besaq kecik kat badan.
Unknown berkata…
ttp yg menjadi kemusykilan sekarang,bukanla fesyen yg mencolok mata.tp fesyen yg menghairan dan memelikkan..mcm tudung yg bermacam fesyen.sarang tebuan,lilit ular melingkar,katanya gaya muslimah tanpa menyedari yg sebenarnya perlu menutup aurat bukan membalut aurat.
M. Faiz Syahmi berkata…
apple; Itu yang buat lelaki lebih seronok untuk pandang. Percayalah.

Suraya Noor; Gaya muslimah itu belum tentu betul-betul mengikut hukum menutup aurat. Gaya sahaja namanya. Asal bertudung, labuh sana labuh sini, tak tunjuk mana kulit yang haram dilihat, cukup.
Unknown berkata…
ok.tq faiz..blog ni bagus..komen2 orang kt blog ni pun bagus.tak macam komen kt da setengah2 blog tu.heee...
rdaa.hikaru berkata…
setuju. yang sederhana itu yang terbaik..
Tanpa Nama berkata…
toink. terkena kat diri sendiri. kikiki
RastaMat berkata…
yang mengkhabarkan nisbah 1:9 itu bukan ulama..
dan bukan ulama yang menakutkan manusia dengan nisbah itu..
itu tanda-tanda kecil kiamat..
harap maklum..
terima kasih..
M. Faiz Syahmi berkata…
Ahhh! What a fascinating facts!
Azira Y berkata…
Girls dress up not to impress guys. Do guys think so?
M. Faiz Syahmi berkata…
Subtly. You don't even think of it. It's in your own nature.
colela berkata…
abang aku pun kdg kdg dia membebel sorang2, tgk awek awek sana sini semua dress up ada bonjol2. haih. kdg kdg aku yg prmpuan ni takut jgk tgk awek2 bonjol2 ni.hahah.
colela berkata…
mcm lari tajuk je? bonjol dan berwarni warni.hahaha.
iz berkata…
Berckp psl wrna ni,aku ada dgr kwn aku ckp,dia suka pilih wrna terang sbb dia rs yakin bila pki bju,tudung atau sluar wrna mcm tu..dan pilihan wrna tu masih lg tidak melebihi 3..kalu x,memg la nmpk mcm badut..hehehe..tapi bg aku,wrna pastel msih lg menjadi pilihan..hehehe..apa2 pun,stiap org ada identiti tersendiri.. ;-)
nabihah berkata…
simple is the best :) saye ade tgk jugak fesyen sekarang banyak yang sebegini, tapi xreti saye, trlampau complicated,hehe
aLEEamanina berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aLEEamanina berkata…
Satu, dua colour tu, cukuplah.

Tak perlu lima, enam colour yang striking. Lepas tu lilit-lilit, pusing-pusing.

Haaaiih, kepala pun pening
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
well..saya suka color2 striking ni..cuma jangan lebih drpd 4 color ja..
MH berkata…
wow. sumber utk clown. wow. tp btul ke ade. siap dgn no bilik skali
Unknown berkata…
nak berfesyen je pun. biarlah. orang yg color view disoder cam aku rasa sama aje. chill le bro. ok la dari lelaki yg fesyen takde benda nak boleh ubah sangat dari zaman dulu sampai sekarang... cam gitu aje lah pesennye.. ermph...

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.