Cinta Derhaka.
Assalamualaikum (bagi yang boleh jawab),
What's up? (bagi yang tak boleh jawab salam atas tadi yang Assalamualaikum tadi tu).
Kita tak sepatutnya menulis dalam terfaktab ni. Kita sepatutnya buat video sedih-sedih, romantik cheesy, kelakar pecah perut je dekat terfaktab ni.
Tapi harini kita emo. Emosi kita jadi berkecamuk sikit harini, tak tau pasaipa tah. Tangan jadi gatal nak sama-sama menyambut emosi kecamuk ni.
Sebelum awak semua baca apa yang kita nak cerita ni, kita nak awak semua klik butang play dekat video bawah ni. Sambil baca, sambil dengar lagu. Volume biar bagi slow sepoi-sepoi je.
What's up? (bagi yang tak boleh jawab salam atas tadi yang Assalamualaikum tadi tu).
Kita tak sepatutnya menulis dalam terfaktab ni. Kita sepatutnya buat video sedih-sedih, romantik cheesy, kelakar pecah perut je dekat terfaktab ni.
Tapi harini kita emo. Emosi kita jadi berkecamuk sikit harini, tak tau pasaipa tah. Tangan jadi gatal nak sama-sama menyambut emosi kecamuk ni.
Sebelum awak semua baca apa yang kita nak cerita ni, kita nak awak semua klik butang play dekat video bawah ni. Sambil baca, sambil dengar lagu. Volume biar bagi slow sepoi-sepoi je.
Pernah tak kita semua terfikir apa jadi kalau hubungan kita dengan pasangan kita sampai bila-bila tak dapat restu Ibu kita? Pernah? Mungkin Ibu mula-mula tak suka dengan pasangan kita, tapi lama-kelamaan Ibu boleh menerima pasangan kita seadanya. Lepas tu kita jadi bahagia. Ever after.
Tapi pernah tak kita terfikir yang "Ibu boleh terima pasangan kita seadanya" tu sebenarnya bersifat sementara? Sebenarnya Ibu cuma menjaga hati kita sebagai anak dia, dan tak mahu kita terlepaskan sesuatu yang mungkin berharga untuk kita. Padahal sebenarnya dia sedikit pun tidak menerima pilihan hati kita.
Sampai satu hari nanti, bila Ibu tiba-tiba meluahkan perasaan terpendam yang mengatakan yang dia dari dulu tak pernah nak terima si pasangan kita tu sebenarnya.
Nak jaga hati si isteri/suami, satu hal. Nak elakkan diri dari jadi anak derhaka lagi satu hal.
Kita menulis artikel ni berdasarkan pengalaman yang dialami sendiri keluarga/kenalan terdekat kita.
Ceritanya begini,
Johan adalah anak kepada Maimun. Dan satu hari yang indah tu, Johan berkenalan dengan seorang makwe bernama Siti. Pada mulanya, Maimun tak suka dengan makwe baru si Johan ni, sebab pada Maimun, Johan deserves better.
Yelah, Siti ni makwe bandar, kerap bersosial sana-sini. Maimun sebagai wanita berumur, pastilah rasa tak senang dengan status si Siti ni. Walhal Siti bukan jenis sebarang makwe. Siti jenis yang pandai jaga diri, walaupun ilmu agama dia tak ada lah kuat mana, tapi dia tau yang mana baik, yang mana buruk.
Disebabkan Johan ni seorang anak yang pandai ambil hati, pandai pujuk Maimun, Maimun akhirnya menerima Siti dalam hidup Johan.
Johan akhirnya berkahwin dengan Siti dengan satu benda yang dipanggil "restu" oleh Maimun.
Setahun bahagia. Dua tahun bahagia. Tiga tahun bahagia. 10 tahun kemudian, anak Johan dengan Siti pun dah dua tiga. Masih bahagia.
Nak dijadikan cerita, satu hari ni, Johan tengah cuci kereta depan rumah dia, sambil ditemani anak kecil dia yang kemain seronok main sabun dalam baldi. Tiba-tiba jiran si Johan ni tegur;
"Jo, aku ada dapat surat, mak kau hantar ke rumah aku. Isi kandungan surat tu, tak berapa elok sangat untuk aku cakap kuat-kuat. Aku rasa, baik kau baca sendiri".
Selepas membaca isi kandungan surat tersebut, Johan tersentak. Patutlah Maimun kerap tolak pelawaan Johan untuk duduk sekali dirumah dia. Rupanya...
Isi kandungan surat tersebut berbunyi macam ni:
"Khairul, tolong sampaikan surat makcik ni kepada anak makcik, Johan. Makcik tak boleh nak hantar surat ni kepada dia terus, risau pula jika surat ini jatuh ke tangan Siti.
Johan, Ibu mohon supaya Johan cepat-cepatlah ceraikan Siti tu. Ibu dari dulu tak suka dengan Siti tu. Dia bukan perempuan yang Ibu bayangkan untuk bersama dengan kau, nak. Dia dah merampas kau dari Ibu. Kau lebih baik dengan Fira. Setidak-tidaknya, Fira tu Ibu dah kenal lama.
Ibu harap kau fikir masak-masak. Naluri Ibu selalunya betul, nak. Jangan jadi anak derhaka."
Rupanya Maimun tak pernah terima pun Siti dalam hidup anaknya. Johan terus jadi serba salah. Masjid yang dia dirikan selama 10 tahun yang selama ni nampak kukuh, tiba-tiba jadi goyah. Apa yang dia perlu buat sekarang ni? Tinggalkan isteri yang dia cintai dan biarkan 3 orang anak mereka terpinga-pinga hidup dalam institusi rumah tangga yang berbelah, atau jadi seorang anak yang derhaka kepada Ibu yang dicintai?
Tiga bulan sudah berlalu. Johan masih belum dapat memujuk Maimun. Siti juga sudah tau kisah sebenarnya akibat perubahan sikap yang mendadak Johan. Isteri si Khairul tu pun mulutnya boleh tahan bangsat. Cerita yang sepatutnya disimpan, dia jejeh-jejehkan ke semua orang. Habis sampai budak-budak rukun tetangga pun sambil meronda kawasan perumahan, sambil bercerita tentang hal rumah tangga si Johan dan Siti ni.
Siti dah buat keputusan untuk tidak lagi berjumpa Maimun selepas peristiwa mereka sekeluarga dihalau Maimun tempoh hari. Johan tak mampu berbuat apa-apa kerana perkara ini diluar kawalan Johan.
Hari demi hari, bulan dah jadi tahun. Johan masih belum membuat sebarang keputusan. Pelbagai jenis orang dia dah minta pendapat. Masih buntu.
Apa pendapat awak semua tentang perkara yang terjadi macam ni? Sampai ke harini, watak bukan nama sebenar Johan ni masih dibelenggu masalah ini. Dan Maimun dan Siti juga sampai ke harini masih tidak bertegur sapa. Pernah sekali, Johan melafazkan talak kepada Siti, tapi akibat cinta bertaraf infiniti antara Johan dan Siti, mereka kembali menyimen rumah tangga yang sudah terbelah.
Derhaka ke kita kalau kita melawan cakap Ibu kita demi cinta yang kita kejar?
Berbaloi ke kita mengejar cinta yang sudah ditegah oleh insan bernama Ibu?
Tuhan, tolong lembutkan hati Maimun. Cinta Johan dan Siti tak salah.
Ulasan
n siti usaha lagi untuk amik hati pn maimun yg super ego tu..
org luar sebenarnya xkan boleh buat apa2 pun
namun ibu yg naturally bersifat pengasih, seharusnya redha demi kebahgiaan anak dan mendoakan menantu dia berubah ke arah lebih baik( mana tau xjahat pun sebenarnya)
xkan nak rosakkan 1 institusi rumahtangga yg dh lama terbina, kena considerla perasaan cucu2 lg.
moga dipermudahkan bg yg terbabit dlm cerita,aminn
Emak2 yg perasaan sgt selalu nk menantu yg baik2... Kalau anak ko tu sorg yg berjaya, beria-ria kau cek nk menantu perempuan yg mcm mana la bla...bla..
Tapi kalau anak lelaki kau tu penyagak, hidup tak brp menjadi... Mesti kau kalau boleh nk iklan "sesiapa dak perempuan yg sudi jadi menantu, sila la terima anak jantan sy ni"
Sungguh TAK ADIL makcik-makcik maimun ni!
**tengah layan lagu RAPUH by AGNES MONICA plak tu, feel abis**
Dear makcik Maimun, biarkanlah anakMu bahagia. Tuhan berikan makcik 1tanggungjawab, iaitu membesarkan anakMu. Kini dia sudah dewasa, dia juga manusia yang ada hak untuk bahagia.
Dear Johan, tabahlah. Kau bukan anak derhaka. Tuhan marah akan pecah belahan malah penceraian. Kesiankan anakMu.
Dear Siti, sabarlah wahai hawa. Berdoalah, usah putus asa. Sesungguhnya Tuhan itu maha mendengar.
Ya Rabb, kau permudahkanlah mereka.
Baca ayat Taha ayat 1-5, hembuskan pada embun2 rambut[orang yang keras hati]. Dan berdoa agar hatinya lembut. Assalam.
heh.. dah buat benda halal. dirikan masjid lagi. apa kehalnya nak buat benda halal yg tak disukai Allah s.w.t.
sekarang nak suka kan sapa.
Allah ke atau mak kau Jo?
makcik maimun ni. sesuka hati jek. bawak gi kaunseling la.