Makanan Pantang Perempuan Sewaktu "Dating"
[#SedangMendengar : Kelly Clarkson - Dark Side]
Semalam
usai penat mendengarkan taklimat pilihanraya, waktu makan tengah hari
pun tiba. Tetapi malangnya, makanan yang tidak mencukupi menyebabkan aku
mencari pilihan lain dengan satu tekad - Lepas pergi selesaikan urusan
bank, marilah kita makan benda yang paling banyak diperkatakan di
Twitterjaya sejak kebelakangan ini : Burger Samurai McDonalds.
Kebetulan
ternampak beberapa budak sekolah perempuan yang sedang makan bersama
pasangan masing-masing (mungkin sebab waktu balik sekolah) - masing-
masing hanya minum dan makan kentang goreng berbanding dengan teman
lelaki (atau kawan baik kot?) yang makan burger dengan berselera. Sama
ada mereka sudah kenyang makan di sekolah ataupun punya alasan lain, aku
terus teringat beberapa makanan yang digariskan oleh kawan-kawan aku
sebagai pantang semasa keluar bersama teman lelaki.
01 - Burger.
Tak
kira apa sahaja jenis burger walaupun burger itu hanya setingkat sahaja
(maksudnya sekeping daging) sehinggalah membawa kepada burger yang
besar pinggan. Burger adalah TIDAK sesekali dalam menu pilihan mereka
dengan alasan perlu mengangakan mulut dengan besar untuk menggigit
burger. Kelihatan kurang sopan di mata teman lelaki dan juga mungkin
masyarakat. Kemungkinan untuk selekeh juga tinggi disebabkan mayonis,
sos dan entah apa lagi itu.
Tapi
aku, kali pertama aku keluar (Januari 2007) - aku makan burger
McDonalds. Peduli apa aku dengan pantang larang ke apa tu. Pada aku,
kalau lapar dan kebetulan kau sedang belajar - lebih baik ambil makanan
yang mengenyangkan berbanding terpaksa pura-pura kenyang bila teman
lelaki mengajak makan burger. Kalau kau buat macam tu, kau juga lapar
kan? Perempuan yang halang diri dia makan burger depan teman lelaki
sebab takut selekeh, aku harap kau tak terlepas nikmat makan ni.
Untuk
rekod, aku pergi makan #DAMBurger (15 September 2012) depan Kopi - aku
makan sahaja burger yang besar dan bertingkat. Selamba.
[Sumber gambar] |
Tapi ada teman lelaki yang memahami, dia tak ajak makan burger. Memahami apa itu aku kurang pasti. Heh!
02 - Makan ayam/daging.
Ada
yang tak boleh makan ayam. Bukan sebab teman lelaki adalah vegetarian.
Tetapi memang dia takut makan ayam - takut ayam itu hidup semula sewaktu
makan. Dalam erti kata lain, ayam akan terpelanting masa dipotong. Heh.
Kalau yang makan ayam goreng, takut juga nak pegang dengan tangan -
nanti minyak dan sebagainya. Sudahnya, kalau teman lelaki bawa ke KFC
sebagai contohnya, mahu makan apa sudah mula terbayang dalam kepala
perempuan begini memandangkan ayam adalah pantang dalam menu pilihannya.
Kalau
gunakan tangan (lebih tepat jari) adalah lebih baik berbanding
sudu-garfu-pisau pada pendapat aku. Mengurangkan risiko terpelanting
ataupun bunyi sudu dan pinggan saling berperang menghadap makanan. Heh!
Tapi kalau makan "steak" , guna kutleri ya sayang sekalian.
03 - Makanan berkuah.
Daripada
soto membawa kepada pasta dan sebagainya - sebarang benda berkuah
dielakkan dengan alasan takut terpercik pada baju. Lebih-lebih lagi
kalau tempat tersebut tiada alas napkin, terus sahaja tidak mahu makan
makanan sedemikian. Aduhai perempuan, kadangkala kita kena kasihan juga
dengan lelaki yang menemani kita makan tahu? Selera mereka perlu
dihormati sebagaimana mereka melayan juga kehendak kita makan.
04 - Makanan berlada.
Kalau
namanya orang Malaysia, benda yang pedas itu sudah menjadi satu menu
yang diambil secara berleluasa. Jadi, ada yang takut mahu makan sambal
atau asam pedas disebabkan takut tertinggal biji lada di gigi dan
sebagainya. Maklumlah, kadangkala sos cili Thai pun ada juga biji yang
memang sengaja tidak hancur itu kan?
Buat
masa ini, itu sahaja yang aku dapat ingat kembali apa yang diperkatakan
oleh kawan-kawan aku dahulu. Mungkin ada benda yang mahu dikongsi juga?
Lord Zara : Aku setakat ini makan semua benda. Walaupun benda itu adalah makanan pantang dalam regim makanan aku - tapi kalau keluar bersama - "Let's call it as cheat day diet!" Heh!
Lord Zara : Aku setakat ini makan semua benda. Walaupun benda itu adalah makanan pantang dalam regim makanan aku - tapi kalau keluar bersama - "Let's call it as cheat day diet!" Heh!
Ulasan
nice
waktu dating kaver2
balik umah lapar cari megi
nanti dah kawin...
mee pon mkn pkai tangan
ak ase la.
tp klu dah kawin,bek men suap2
[lari tajuk]
P/s: comel ape mkn comot skit..t si dia tlg kesatkn..hahaha
betul heh kak zara. makan ajo. laki tak kisah pun, kot.
yang laki kena jadi benchmark. anda makan selamba. mereka selesa :P
balik terus cari makan. kelaparan..ekeke..
nnti pas kwen mkn bnda tu dpn die jgak
Maka dengan enaknya saya sumbat makanan dan kutleri dibiarkan di tepi meja.
Yang penting enjoy your meal :)
Hahahah...
kot cover2...aishh..kebuluq na..