Makanan Pantang Perempuan Sewaktu "Dating"



[#SedangMendengar : Kelly Clarkson - Dark Side]

Semalam usai penat mendengarkan taklimat pilihanraya, waktu makan tengah hari pun tiba. Tetapi malangnya, makanan yang tidak mencukupi menyebabkan aku mencari pilihan lain dengan satu tekad - Lepas pergi selesaikan urusan bank, marilah kita makan benda yang paling banyak diperkatakan di Twitterjaya sejak kebelakangan ini : Burger Samurai McDonalds.

Kebetulan ternampak beberapa budak sekolah perempuan yang sedang makan bersama pasangan masing-masing (mungkin sebab waktu balik sekolah) - masing- masing hanya minum dan makan kentang goreng berbanding dengan teman lelaki (atau kawan baik kot?) yang makan burger dengan berselera. Sama ada mereka sudah kenyang makan di sekolah ataupun punya alasan lain, aku terus teringat beberapa makanan yang digariskan oleh kawan-kawan aku sebagai pantang semasa keluar bersama teman lelaki.

01 - Burger.
Tak kira apa sahaja jenis burger walaupun burger itu hanya setingkat sahaja (maksudnya sekeping daging) sehinggalah membawa kepada burger yang besar pinggan. Burger adalah TIDAK sesekali dalam menu pilihan mereka dengan alasan perlu mengangakan mulut dengan besar untuk menggigit burger. Kelihatan kurang sopan di mata teman lelaki dan juga mungkin masyarakat. Kemungkinan untuk selekeh juga tinggi disebabkan mayonis, sos dan entah apa lagi itu. 

Tapi aku, kali pertama aku keluar (Januari 2007) - aku makan burger McDonalds. Peduli apa aku dengan pantang larang ke apa tu. Pada aku, kalau lapar dan kebetulan kau sedang belajar - lebih baik ambil makanan yang mengenyangkan berbanding terpaksa pura-pura kenyang bila teman lelaki mengajak makan burger. Kalau kau buat macam tu, kau juga lapar kan? Perempuan yang halang diri dia makan burger depan teman lelaki sebab takut selekeh, aku harap kau tak terlepas nikmat makan ni.

Untuk rekod, aku pergi makan #DAMBurger (15 September 2012) depan Kopi - aku makan sahaja burger yang besar dan bertingkat. Selamba.

http://farm7.staticflickr.com/6206/6087543121_55ac379739.jpg
[Sumber gambar]

Tapi ada teman lelaki yang memahami, dia tak ajak makan burger. Memahami apa itu aku kurang pasti. Heh!

02 - Makan ayam/daging.
Ada yang tak boleh makan ayam. Bukan sebab teman lelaki adalah vegetarian. Tetapi memang dia takut makan ayam - takut ayam itu hidup semula sewaktu makan. Dalam erti kata lain, ayam akan terpelanting masa dipotong. Heh. Kalau yang makan ayam goreng, takut juga nak pegang dengan tangan - nanti minyak dan sebagainya. Sudahnya, kalau teman lelaki bawa ke KFC sebagai contohnya, mahu makan apa sudah mula terbayang dalam kepala perempuan begini memandangkan ayam adalah pantang dalam menu pilihannya.

Kalau gunakan tangan (lebih tepat jari) adalah lebih baik berbanding sudu-garfu-pisau pada pendapat aku. Mengurangkan risiko terpelanting ataupun bunyi sudu dan pinggan saling berperang menghadap makanan. Heh! Tapi kalau makan "steak" , guna kutleri ya sayang sekalian.

03 - Makanan berkuah.
Daripada soto membawa kepada pasta dan sebagainya - sebarang benda berkuah dielakkan dengan alasan takut terpercik pada baju. Lebih-lebih lagi kalau tempat tersebut tiada alas napkin, terus sahaja tidak mahu makan makanan sedemikian. Aduhai perempuan, kadangkala kita kena kasihan juga dengan lelaki yang menemani kita makan tahu? Selera mereka perlu dihormati sebagaimana mereka melayan juga kehendak kita makan.

04 - Makanan berlada.
Kalau namanya orang Malaysia, benda yang pedas itu sudah menjadi satu menu yang diambil secara berleluasa. Jadi, ada yang takut mahu makan sambal atau asam pedas disebabkan takut tertinggal biji lada di gigi dan sebagainya. Maklumlah, kadangkala sos cili Thai pun ada juga biji yang memang sengaja tidak hancur itu kan?

Buat masa ini, itu sahaja yang aku dapat ingat kembali apa yang diperkatakan oleh kawan-kawan aku dahulu. Mungkin ada benda yang mahu dikongsi juga?

Lord Zara : Aku setakat ini makan semua benda. Walaupun benda itu adalah makanan pantang dalam regim makanan aku - tapi kalau keluar bersama - "Let's call it as cheat day diet!" Heh!

Ralat : Maafkan hujung minggu aku yang padat. Tulisan di atas adalah daripada catatan asal di sini.

Ulasan

Unknown berkata…
mmg ta uska makan burger kt luaq.tak kira la ngn asben ka..ngn kawan2 ka...mmg tak suka...kalau kat umh,makan burger men cubit2 sekeping2..roti dulu,sayur,last skali baru perabeh daging..tp sangat suka dating ngn asben kt kedai makan SUP MELETUP.bihun sedap!!!!hehehe..
pil khayal berkata…

waktu dating kaver2
balik umah lapar cari megi
nanti dah kawin...
mee pon mkn pkai tangan

ak ase la.

tp klu dah kawin,bek men suap2
[lari tajuk]
AzaliFirdaus berkata…
huh makan pon ade pantang ke? ptffff
OmmaWany berkata…
hahaha..aq mmg suka mkn. so everytime keluar dgn si dia mmg xd pantang2 laaa...burger bertingkat tgi mne pn aq balun je. kdg2 mknn dy pn aq y kena abiskn. nsb la dpt laki mkn xbyk nie..:)

P/s: comel ape mkn comot skit..t si dia tlg kesatkn..hahaha
kz berkata…
erm, kalau macam tu, pergi dating, tak payah makan lah kalau semua berpantang? :D

betul heh kak zara. makan ajo. laki tak kisah pun, kot.

yang laki kena jadi benchmark. anda makan selamba. mereka selesa :P
D`littleye berkata…
kite slumber jee x d hal :p bedal je smua hehehhh
4feet8 berkata…
haha..kalau first date tak termakan..SEGAN.
balik terus cari makan. kelaparan..ekeke..
hime s berkata…
sume makanan tersenarai aku bedal masa dating :p
suffer8zine berkata…
ahahha, semua benda diatas aku bedal je
dari sisi hidupku berkata…
x payah nak cover cun sangat laa. klo dia suka kita,kena terima laa baik buruknya. Pastu dah kahwin naty, haa baru tau camne perangai sebenar pasangan korang. Haha.
Tanpa Nama berkata…
Aq x kuar dgn bopren tp kuar dgn mmber laki. Dy nk blnja beger samurai tu tp aq kata xpayah la, dgn alasan aq dah try mggu lps. Last2 aq order kntg goreng je. Sbb aq ni mmg bab makan comot x hengat! Lol
Tanpa Nama berkata…
Aq x kuar dgn bopren tp kuar dgn mmber laki. Dy nk blnja beger samurai tu tp aq kata xpayah la, dgn alasan aq dah try mggu lps. Last2 aq order kntg goreng je. Sbb aq ni mmg bab makan comot x hengat! Lol
Amalina berkata…
tak pernah aku terpikir, aku makan je apa aku rasa nak makan.
Emi berkata…
Semua makanan yg disenaraikan di atas, semua sy pernah makan time keluar dgn bf. Okei je, tak pernah terfikir utk taknak makan sume tu. Suka, mkn jela. Haha. Lgpun kalau kita tak boleh nak jd diri sendiri depan pakwe, mmg tak payah nak mengharap dia syg n terima kita seadanya la. :)
Hidayah berkata…
hahhaa i eat all of the above. Makan selagi boleh.. Kihkih
Anis berkata…
waffle pun pantang gak. risau nti tepi mulut comot dgn coklat. tak pun terselit celah gigi. mweheheh
Eyna Amira berkata…
aku lantak je..haha
nnti pas kwen mkn bnda tu dpn die jgak
Sofia Nin berkata…
Hahaha. Zara, kalau saya, confess depan depan, tulis atas tisu kalau saya tak tau makan guna sudu garfu posisi formal untuk ayam.

Maka dengan enaknya saya sumbat makanan dan kutleri dibiarkan di tepi meja.

Yang penting enjoy your meal :)
Len Inouie berkata…
cili celah gigi.Aku dengan selamba tanya kot. " ada cili lekat kat gigi i tak?' sambil senyum.
Hahahah...
jambancomel berkata…
makanan ikut suka la ,kalau aku ,aku memang tak kisah teman wanita aku nak makan apa, that makes me love more,don't judge her the way she eat ,some say haha
Imi Bucuk berkata…
Mcm mengada je nk pantang kepala hotak, mkn je lah. aku pun mkn mcm binatang buas takde pun bopren aku bising. makan pun xleh jujur, jadahnya nak jujur benda lain. Kalau tidur mengeruh pun bg tau je la.
wah bentuk love tu yg tak tahan..:)
sy tak pernah rasa nk brpantang2 mcm nie..sebab smua yg ade dlm list nie fav. sy..nak2 burger, mmg suka snagat burger..
sy tak pernah rasa nk brpantang2 mcm nie..sebab smua yg ade dlm list nie fav. sy..nak2 burger, mmg suka snagat burger..
Tanpa Nama berkata…
aku bantai ja makan apa yg ada...apa barang nak control2 cun ni...tak nikmat la hidup...
Anisa Anuar berkata…
xde pulak nk control...makan aje..
kot cover2...aishh..kebuluq na..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.