Perihal Kahwin Muda dan Sirkulasi Pergaulan.





Tahukah anda akan kewujudan video ini? Video montaj majlis perkahwinan seorang Teruna dan Dara dari Rompin, Pahang. Makanan yang disediakan katering yang sungguh menggiurkan, penuh dengan hiasan. Bentara-bentara juga semuanya punya t-shirt hitam yang serupa, bercorak bunga-bungaan ditatahkan nama kedua mempelai. DJ yang menghiburkan tetamu juga tidak terkecuali dari mengisi majlis kenduri yang diadakan. Berapa agak-agak bajet yang perlu dikeluarkan? Adakah ia dijalankan dengan kutipan dana qariah ataupun hasil kumpulan duit keluarga masing-masing? Ataupun ia direalisasikan dengan hasil durian runtuh diberi Perdana Menteri Malaysia? Namun, isu yang aku hendak sampaikan di sini bukanlah isu wang atau politik atau kemampuan mereka dan kita.

Isu yang aku hendak sampaikan di sini adalah isu Kahwin Muda dan Sirkulasi Pergaulan.

Kahwin muda, atau nikah muda seperti disebut #hijabster, adalah satu perkara yang dibincangkan ketika ini. Termasuk aku. Termasuk kau, mungkin.(?) Ada perkahwinan muda yang aku lihat pengantin lelakinya berumur 20-an dan pengantin perempuan bawah umur, yakni berumur 16 tahun. Ada perkahwinan muda yang aku lihat kedua pengantinnya bawah umur, seperti pasangan Syafiq (16 tahun) dan Yana (14 tahun) ini. Aku langsung tidak kisah kau atau dia atau mereka mahu kahwin muda, kerana perihal kahwin ini selalunya dipersetujui oleh kedua ibu bapa selepas diperhatikan pasangan lelaki itu matang dalam menjaga hubungan yang bakal dibina melainkan perkahwinan muda ini dilakukan di sempadan Utara Malaysia.

Kau matang, kau rasa kau boleh jaga pasangan kau, kau rasa kau mampu untuk tidak sentiasa membuat isteri kau kelaparan di malam dan siang, apa lagi yang kau tunggu? Jika kau rasa kau mampu untuk sentiasa memberikan nafkah batin dan zahir di samping mampu mengawal emosi ketika amarah, tidak menjadikan isteri dan anak-anak sebuah beg pasir, apa lagi yang kau tunggu? Jika kau rasa kau mampu untuk memberi segala jenis bantuan dan kasih sayang yang diperlukan isteri dan anak-anak, apa lagi yang kau tunggu? Semuanya berdasarkan kematangan yang kau miliki. Lagipula, perkahwinan muda ini bagus untuk mengelak dari terus pasangan muda pengejar nafsu menghias akhbar tabloid yang berunsur lucah dalam membuka lagi pekung di dada bangsa kita, bukan? Setakat mulut orang mengutuk pasangan muda, apadahal. Mulut tempayan memang begitu. Alamiah seorang manusia yang tidak mampu menutup mulutnya sendiri.

Namun, sejauh mana pemikiran kau akan pergi selepas kau berjaya mengikat hubungan kau sebagai suami isteri? Adakah kau masih lagi berada di tahap ‘berfikir gaya bawah umur’ ataupun ‘berfikir gaya bapa-bapa’ ataupun ‘berfikir melebihi usia’?

Pemikiran adalah sesuatu yang kita peroleh hasil dari sirkulasi pergaulan kita. Samada kita duduk di takuk sebuah pemikiran bangsa Melayu yang sentiasa memikirkan cara menjatuhkan bangsa sendiri dalam iri hati dan hasad dengki, atau kita berhijrah dan berevolusi kepada sebuah pemikiran bangsa Melayu yang sentiasa memikirkan cara bagaimana menaikkan lagi bangsa dan negara untuk lebih bangun dari modenisasi negara sebelah (*baca: Singapura). Kau perlu ingat apabila kita kahwin, komitmen terhadap keluarga sudah merubah sirkulasi pergaulan kita dari sirkulasi besar kepada sirkulasi kecil, yakni dari ramai kawan-kawan kepada ramai adik-beradik.

Mengapa aku katakan sirkulasi besar dalam kalangan kawan-kawan mampu membuka minda kita dari sebuah pemikiran takuk lama kepada sebuah pemikiran yang membuka mata? Hal ini kerana dengan pergaulan minda bebas (*atau tidak, terpulang kepada dengan siapa kau bergaul), ramai kawan-kawan dari pelbagai jurusan dan pengalaman hidup, mampu memberikan hasil perbincangan yang kadangkala mengetuk pintu hati, membasuh otak, menusuk jantung, dan mensodom dubur. Iya, mereka adalah dalam sirkulasi besar yang kita sendiri tidak perasan akan kewujudan mereka.

Manakala dalam sirkulasi kecil yakni dalam sirkulasi adik-beradik, kematangan dan pengalaman pemikiran masing-masing termaktub dalam kotak kecil dipanggil minda cetek yang tidak mampu lagi dibuka untuk pandang dunia. Jika katak itu katanya tidak ketahui akan perihal dunia luar dipanggil katak di bawah tempurung, yang ini aku katakan mereka jenis manusia sombong. Sombong dalam membuka minda, sombong dalam memerhati dunia. Segala jenis kata orang tua-tua dimakan buta-buta, segala jenis kata kawan yang disanjung ditelan semua.

Komited akan keluarga, maka sang suami hanya mampu bergaul dalam sirkulasi keluarga, dan paling besar pun hanyalah sirkulasi masjid dalam qariah rukun tetangga. Tidak lebih dari itu. Itu belum masukkan lagi sang isteri yang cemburu akan perhatian sang suami terhadap sirkulasi pergaulan rakan-rakan berbanding sirkulasi pergaulan terhadap keluarga. Kebanyakan sang isteri tidak mahu sang suami lebih bergaul dengan rakan-rakan kerana mahukan lebih perhatian, sedangkan sang isteri tidak sedar pergaulan suami dengan rakan-rakan itu kadangkala memberikan sang suami beberapa tips untuk lebih mengisi tangki keperluan emosi sang isteri. Jadi, sirkulasi pergaulan yang kecil tidak lagi mampu membuka minda sebuah pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi dalam perkahwinan muda yang begini.

Siapa lagi yang mahu kahwin muda selepas ini? Aku tak menghalang perkahwinan muda, akan tetapi perkahwinan muda itu haruslah bukan sekadar mahu halalkan hubungan seksual semata-mata. Lepas puas, lepas habis madu, sepah ditinggal-tinggalkan. Yang merana, kaum wanita dan anak-anak. Ingatlah, sekuat mana pun mereka, setinggi mana pun karier mereka, mereka tetap insan yang lemah. Sentiasa perlukan kehadiran seorang lelaki yang mampu memberi kasih sayang hakiki. Wehu!

Ulasan

Ell Swift Dotz berkata…
Memang bagus kahwin awal.. Tapi kena cukup sedia mental dan fizikal.. Kewangan.. :)
Nazrul Ashraff berkata…
kita doakan je la yang terbaik buat mereka walaupun aku sendiri pun ragu2.
fi berkata…
Semoga pasangan ni bahagia sampai ke akhir hayat. Kematangan bukan terletak pada usia tapi atas pengalaman dan persekitaran.
Primadona berkata…
Ah,Kenapa aku rasa macam dah ready je nak kahwin ni? haha
Petak Hitam berkata…
entry ade sedikit sinis..huhu
manusia lain2..
Mek Onie berkata…
Barakallah buat mereka :D
Tanpa Nama berkata…
doakan mereka bahagia dunia akhirat.
selesai sudah pencarian hidup, hanya perlu fokus untuk beribadah dan mencari rezeki di bumi Allah :')
tabarakallah.
Hakim. berkata…
semoga aku pun dapat kahwin dengan orang muda2. eh?
aku benci tiba tiba ade 'wehu!' dekat pengakhiran tu. hahaha.
mawar berkata…
kenapa lagu poking2?
Tanpa Nama berkata…
sila google kisah Nujood, janda kanak-kanak berusia 10 tahun. baca, dan nilaikan semula pendapat anda.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.