18 Mei 2011

Cerpen Faktab: Senyum Banyak Maknanya. Senyum Juga Kecewa.

"Tahniah Fadhli. Kau di naikkan pangkat sebagai eksekutif bermula dari bulan hadapan. Eh, esok lah tu kan? Tahniah-tahniah!" kata pengurus bahagiannya. Sudah dua tahun Fadli di bawah Encik Arman. Kini dia sudah maju setapak lagi. Encik Arman banyak betul bantu dia dalam selok-belok cara untuk naik pangkat dalam syarikat besar seperti Radhian Sdn Bhd ni.

"Aku dah tua, aku turunkan dekat korang je lah ilmu ni." bagi Encik Arman, dia sudah bersyukur dengan apa dia ada. Dekat setakat lulusan seberapa sahaja, siapa sangka, kini dia sudah menjadi pengurus?

"Dah pindah pejabat atas, jangan lupa kami di bawah ni. Haha." kata Daud sambil ketawa kecil. Antara rakan sejawat yang paling rapat dengan Fadh. Dia pernah memberi pinjam RM2000 kepada Fadh hanya kerana kereta Fadh mengalami kerosakan teruk akibat banjir yang melanda rumahnya. Rumah di taman, tapi sistem perparitan kalah desa permai. Nak kena masuk TV buat aduan baru datang betulkan. Aduan bertulis di letak tepi buat perhiasan.

"Haha, tak adalah. Tengah hari, kita makan sama-sama lah. Haha." Fadh menjawab soalan Daud tadi sambil tangannya tak henti-henti menepuk manja belakang Daud.

"Eh Fadh, dengar kata dekat atas ada seorang minah tu baru masuk. Baya kau. Apa lagi!" Rafiq menyampuk perbualan mereka. Dia antara pekerja paling malas dalam syarikat tu. Hari-hari tidur di pantri.

"Malas aku. Sekarang aku nak fokus kerja-kerja-kerja!"

"Heyyy!" Mereka ramai bersorak dan mengangkat tangan untuk di high five.

*****

"Ini meja Encik Fadhli."

"Oh okay. Terima kasih Muna."

"Kalau ada apa-apa, just sambung ke nombor 115. Tu sambungan kepada saya."

"Baiklah Muna. Terima kasih banyak-banyak. Kalau ada apa-apa nanti saya panggil." tersenyum panjang Fadh. Dia memerhati sekeliling pejabatnya. Tak percaya. SPM 6A dan kelulusan diploma sahaja mampu punya pejabat sendiri. Dia mula berangan hendak hias bilik tu. Mengantungkan mafla pasukan kesayangannya, Kedah FA di satu sudut di dinding. Gambar keluarga atas meja. Cun!


Sedang matanya melilau mencorakkan pejabatnya, entah macam mana hatinya seperti mahu berjalan ke luar bilik memerhati beberapa orang di bawahnya bekerja. Hari pertama. Bosan. Tiada kerja di humban. Gaya eksekutif seharusnya eksekutif. Memerhati.

Dia keluar dari biliknya. Dengan baju kemeja tidak bertali leher dan seluar jeans, dia berjalan dari meja ke meja berkenalan. Ini aras baru baginya. Semuanya baru. Manusia. Mesin. Komputer. Malah angin juga baru.

"Oh hai. Awak ni Encik Fadhli kan?" suara yang datang dari belakang Fadh. Sedang dia berborak sakan dengan salah seorang pekerja. Suara yang agak lembut. Bau pewangi yang boleh tahan harum juga. Dia tolehkan kepalanya kebelakang.

Tergamam.

*****

"Tanya lah woi! Kalau tak sampai bila kau tak tahu kan? Tanya lah. Kalau dah ada, kau kawan macam biasa. Tak salah berkawan kan? Kalau tak ada, make move lah bro! Kau tu dah lama dah." semangat Daud bercerita. Rambut panjangnya yang menutup sebelah matanya tidak di endahkan. Janji Fadh dapat apa yang cuba dia katakan.

"Tak berani ah aku. Dia tu kalau bawah aku tak apa lah. Ni pangkat dia sama aku. Lepas tu senior pulak tu. Lama dah jadi exec." Fadh bercerita selamba. Roti canai di kuis-kuis kecik.



"Cinta tak pandang pangkat Fadh. Kalau tak, dah lama aku tak lepak dengan kau. Sebab pangkat kau tu."

"Errr, kau cinta aku ke Daud? kau jangan."

"Apa salahnya? Kita dua-dua single."

"Single apa jadahnya. Elina tu nak campak mana?"

"Campak dalam sudut hati aku. Hahaha."

"Haha. Macam celaka ayat." gamat suasana Restoran Pak Mail haritu. Roti canai melayunya memang layan. Tambah-tambah bila bergosip dengan kawan.

*****

Tipu rasanya hati Fadh tak terpikat dengan gadis tu. Kalau hendak keluar makan atau solat, dia pasti akan ke pintu berdekatan pejabat gadis tu walaupun ada pintu yang lebih dekat. Gadis tu misteri. Memang mereka akan berjumpa di pejabat sahaja. Hasrat hati Fadh mahu sahaja mengajak gadis itu keluar paling tidak pun ke mamak untuk melepak selepas kerja. Tapi, mulutnya bagai di kunci dengan mangga sebesar kereta kancil.

Bilik mereka agak jauh. Selang tujuh meja. Tapi kadangkala Fadh sengaja keluar dari biliknya ke tangga untuk menghisap rokok. Kerana akan lalu bilik gadis tu juga. Walaupun kepalanya dah pening kerana terpaksa menghisap rokok untuk melihat wajah gadis pujaannya.

Paling indah bila semasa mensyuarat. Kalau bagi pekerja lain, waktu mesyuaratlah paling seksa. Terpaksa dengar-dengar-dengar. Habis masa mereka berchatting dengan suami tercinta, mak tersayang, facebook. Tapi Fadh? bersemangat bercerita di dalam mesyuarat tu. Kononnya nak tunjuk bahawa dia hebat dan menarik minat gadis tu. Tapi haram. Tetap seperti tiada reaksi. Macam biasa.

"Kau ni parak ni."

"Apa pulak? Aku bukan angau sangat pun."

"Fadh. Kau kalau angau, habis setiap masa kau cerita pasal sorang awek. Dan kalini aku rasa terjadi lagi setelah lama tak jadi."

"Err."

"Dah dua tahun kau tak macam ni! Aku bangga dengan kau! haha" Daud gelak besar sampai tertumpah teh tariknya ke lantai.

*****

Harini Fadh bertekad. Mahu membuat sesuatu. Sudah dua bulan. Dia masih tak tahu apa-apa pasal gadis tu. Harini dia pakai pakaian paling segak baginya. Rambut di sapu minyak.  Minyak wangi Dashing di sembur seluruh tubuh badan termasuk ketiak. Janggut di sisip rapi.

"Dia keluar bilik tepat jam 5.30pm sebab dia seorang yang punctual. Dalam lif nanti aku nak sembang sesuatu. Mesti mula!" Fadh bermonolog dalaman dalam biliknya. Baginya kerja ini lebih penting dari projek lima juta ringgit syarikatnya.

Jam menunjukkan pukul 5.25pm. Fadh dah mula berkemas. Segala fail di susun rapi di dalam beg bundle yang di beli di Uptown Damansara. Tanganya tak henti-henti mengetuk meja. Menunggu si gadis tu untuk keluar pejabat. Dia mainkan lagu di dalam telefon bimbitnya. Here Comes Your Man. Baginya lagu tu pemberi dia semangat untuk berjuang sebentar lagi.

"Paling tidak pun sembang. Lepas tu boleh add di facebook sebab kononnya dah kenal rapat sikit. yes yes. Nice plan."

Gadis itu keluar dari pejabatnya. Ayu. Mukanya sedikit berisi comel. Tapi tidak badannya. Mungkin makanan semua turun di muka agaknya. Putih boleh tahan. Tapi tak lah putih sangat. Kalau tak pakai make up masih lawa. Fadh tergesa-gesa keluar dari biliknya. Dan berlagak biasa bila di luar.

"Eh, Aqilah."

"Eh, Fadhli. Balik?"

"Oh aah. Baliklah. Malas pula nak over time harini."

"Rasanya tak pernah pun nampak Encik Fadh berover time?" cakap Aqilah sinis.

"Oh. Ada. Ada. Awak je tak nampak." Fadh dah bermula awak berawak.

Sesampai sahaja di bawah,

"Encik Fadh parking di mana?" tanya Aqilah.

"Err, lupa lah. Awak?"

"Boleh pula lupa? Haha. Saya kena ke sana."

"Oh, jom saya temankan. Alang-alang ni. Bosan juga sebenarnya. Boleh bersembang."

Mereka bersembang panjang pasal kerja amnya. Belum mampu lagi Fadh nak mencelah bab peribadi.

"Tunggu siapa dekat sini?"

"Orang lah." Aqilah menjawab perlahan. Senyum simpul. Celaka luluh hati Fadh.

"Oh okay."

"Encik Fadh tak mahu balik ke?"

"Eh tak apa lah. Teman awak kejap. Haha." sebenarnya dia nak tahu siapa yang akan menjemput Aqilah. Dia dah mula ragu-ragu. Tak pula dia tahu Aqilah ni punya suami ke apa.

"ha dah sampai."

*****

Siapa kata dunia tak adil? Kita yang tak adil dengan diri sendiri sebenarnya. Sering kali menyalahkan dunia bila expectation tak sama dengan realiti. Salahkan orang lain. Salahkan sana sini. Tak bermakna benda tu tak jadi macam apa kita mahu, ia adalah buruk buat kita. Kalau difikir secara logik sains dan agama,

"Tak apa lah Aqilah. Semoga kau bahagia dengan tunang kau. Terima kasih kerana merancakkan hati aku semula selepas kian lama sepi. Sekarang? Waktu aku melupakan kehadiran kau sebagai penyinggah di hati aku." Fadh kecewa sebenarnya. Tapi dia ambil dari sudut positif. Semua benda ada hikmahnya. Sedangkan benda paling busuk di tubuh badan kita, semasa berak, juga ada hikmahnya.



Fadh ambil sebatang rokok Marlboro Softpack. Dia ketuk-ketuk sampai keluar sebatang dari sepuluh batang yang tinggal. Nyalakan pemetik api dan rokok di bibirnya.

"Aqilah, Aqilah." Fadh menghembus asap ke atas. Sambil berjalan ke keretanya. Senyum simpul. Senyum kekecewaan sebenarnya.

24 ulasan:

SangDaraPujangga berkata...

heh, nak jugak gantung mafla Kedah FC dalam opis....
moral ku dapat: bunga bukan sekuntum?

PK berkata...

Jantung Fadhli berdebar-debar macam nak pecah rasanya waktu dalam lif.

ketika menunggu tunang Aqilah tu pun masih berdebar. Pehh!!

asap rokok itu menenangkan jiwa dan rasa.

Aimi Dayana Bahari berkata...

kesian melepas.

laskar pelangi berkata...

alahai... gigit rokok jela jawabnya..
sabar-sabar..kadang2 memang ada macam nie..

lain yg kita sangka. lain yg jadi..
jadikan ia sebagai penyeri kehidupan =D

Cinderella Rapunzel berkata...

kesimpulan: lain kali find out status dia awal-awal, supaya tak terfaktab di kemudian hari.

syAzAnA berkata...

wuwuwuuww. cedihnyaaa. sian fadhli.

DidyaJustsaythat berkata...

Itulah gunanya Wingman bang. Jadi tukang siasat sebelum membuka langkah.

Ok saya sudah tepu dengan How I met Your Mother. OKBAI.

badutz berkata...

huuuuu~
cdeynye...

Halusinasi berkata...

kecian, knplah dia tak siasat dulu status Aqilah tu...

Farhan Ibn Yahya berkata...

peh, terasa siut...
tpi aku time tue student...
kah3...

GamUHU berkata...

ada lebih baik dari Aqilah la tu.

cik ciput berkata...

ya, senyum juga tanda kecewa..dan kadang-kadang, senyum mampu mengubat hati yg lara..

Hizwan Nizam berkata...

jatuh hati ngan pompuan buat sesak jiwa.
baik jatuh cinta dengan rokok.
tenang.
aman.
cepat abiskan rindu jumpe tuhan gak.
=)

kc kasedah berkata...

yg lain ada lagi. lek suahhh!

s.u.h.a berkata...

kecewa itu lagi baik dari dah kenal kemudian baru kecewa.

nurul lalala berkata...

alahai..cam citer aku plak..
asek menunggu je tup2 melepas..T_____T


Mood:Down

NAbila berkata...

HAHA..spoiled jew ad tunang lakk..btw best2

Amni berkata...

heeemmm.....

Theye berkata...

nice story..
thnx

y-A-n-A berkata...

sekurang2 nya hati dh terbuka utk insan lain walaupun kecewa akhirnya kan. xpe2. ramai lg yg ada. ;))

shimakamal berkata...

saya penah begitu.tapi sakit bila tahu die tu tunangan orang.

izzad b* berkata...

nice blog!!!love!

Tanpa Nama berkata...

pn jadi kat aku. last2 layan gudang garam berkepul2. haha

Cik Aqilah Wardah berkata...

hahaha... ok, walopon lambat nk komen jugak..

aqilah.. aqilah... :D