Sebab Itu Orang Kata, Jangan Over.

Salam hormat untuk semua pembaca Terfaktab.



Kalau benci. jangan benci sangat
Kalau sayang pulak.. biarlah berpada

Kamu orang mesti selalu dengar kan? Bahkan sangat selalu. Terlalu selalu.

Tapi, selalunya kita tidak ambil pusing, kita buat tidak tahu dan kita tidak endah lansung. Oleh kerana dah sayang, kalau boleh bulan bintang mahu kita beri. 

Selalunya yang berlebih-lebih menunjukan kasih sayang ni siapa? 
Lelaki?
Atau perempuan?
Atau mungkin terlalu subjektif?

Selalunya yang banyak berkorban dan sanggup lakukan segala ini siapa?
Lelaki atau perempuan?
Atau mungkin juga terlalu subjektif? 

Untuk entri yang pertama ini aku tidak mahu bias kepada sesiapa. Cuma kalau pun kita sayang, berpada-pada lah. Yang selalu terjadi, berjanji untuk sanggup sehidup semati. Si kekasih sanggup berkorban segala-galanya sedang kita sendiri sebenarnya tidak pasti pun apakan nanti si kekasih ini benar-benar ditakdirkan untuk menyimpul mati hubungan itu dengan sebuah ikatan perkahwinan yang sah. Apabila tiba pada suatu ketika, bila mana salah seorang berpaling arah, perasaan yang sebelum ini mekar dengan kasih sayang terus saja bertukar menjadi benci yang meluap, berakar dendam. 

Sebab apa?

Kerana dulu kita sudah terlalu kasih
Kerana dulu kita sudah terlalu banyak berhabis
Kerana dulu kita sudah terlalu banyak beralah

Akhirnya.. apabila kita sedar bahawa segala yang kita lakukan tidak berbaloi walau untuk satu sen pun, kita jadi marah. Kita kecewa. Kita benci.

Jadi, kalau pun kita benar-benar kasih, jangan diserah semuanya yang kita ada. Simpan sedikit kasih sayang itu untuk diri sendiri. Kerana sekurang-kurangnya nanti kita akan masih mampu untuk mengasihi diri sendiri bila kita tidak ada sesiapa lagi yang sudi mengasihi.

Ulasan

terbaik :') sedih bila aku baca . i have my own bad memory . bila terlalu suka , tak lama lepas tu , aku jadi terlalu benci . lepastu , dia dgn awek dia dok flirt sana2 over gila . aku harap dorang tak lama . haha . jahat gila mulut aku :')
gadis 3 suku . berkata…
grrrrrr!! tol la xperlu sayang bebenau :)) kuciwaaa nanti :)
Fiffy Hazirah berkata…
Hai shahira. Jiwang gak ko eh. ekekek
Leplep berkata…
bertabahlah hayra,abang leplep kan ada...


btw,entri lu memang power shahira..sama power macam entri gua..kahkahkah...
SYAFIQAHSALEH berkata…
nice gila entry nie..suka! :)
Liyana Aziz berkata…
betul, simpan sikit untuk diri sendiri <---- pesanan untuk aku sendiri... bhahahahah
Kaki Merapu berkata…
setuju gak lah....
stuvwxyz berkata…
terasa ok! haha.

betul pun. i believe, some moments in their life, semua orang alami benda ni. nevermind, we learn from mistakes. :)
izyan yasmin berkata…
Yup , betul tuh . but for me , learn from the past make us better for tomorrow .
Izwanie Eynia berkata…
nice entry! lewf it! =)
Amni berkata…
tq.. aku mmg sangat perlu nasihat sekarang... hahahhahah...
Akulah Aqilah Itu berkata…
Ye,simpan sayang untuk diri sendiri sebab at the end of the day, you have nothing and no one but yourself, and God. =)
far berkata…
bersederhana jelahh.

bersederhana dalam menyukai dan bersederhana dalam membenci :)
bact. berkata…
sbb tu pepatah ada kata:

buat baik ber pada2
buat jahat jgn sekali..



pndai2 la olah bagi kena dgn tajuk,, ghagaa
shahirahkhairudin berkata…
ah bact..
Kau sengaja kan..
misz aisya berkata…
hye shahirah. geng baru kat terfaktab eh? baguslah, meriah kan lagi terfaktab ni..huhu

nway, sangat setuju dgn entry ni..kita jdi marah dan kecewa sbb kita rasa pengorbanan kita tak berbaloi kan..
CI_ berkata…
'Berkorban apa saja...'
- definisi cinta mudamudiremajakini.
Berbahagialah walau dengan sedikit rasa cinta kerana di saat-saat 'sakit', kita pernah merasai perasaannya mencintai,
dan menghargai.

Jangan cinta banyak-banyak, nanti perit.

ohsem!
shahirahkhairudin berkata…
hi mizs aisya :)

dandelion daku terpandang perkataan ohsem.oh gembira..
laskar pelangi berkata…
terpaku kejab datang baca entry kali nie.. nasib baik tak bertukar jadi paku jerp. Heeee..

kawen tu memang nak kawen.. tgk list money2 akan keluar memang banjir la airmata=D

kena kerja kuat nie..nak kumpul duit banyak2
Shahada Fauzi berkata…
owh..terfaktab ada penulis baru lagi..welcome shahirahkhairudin!


first entry yg nice..^_^


btw, sebab itulah dalam apa jua perkara pun kita perlu bersederhana kan? nak sayang atau benci seseorang jangan melebih-lebih sangat..
TheBentPencil berkata…
Agreed.

biasanya salah satu lebih mencintai yg satu lagi. itu memang hakikat bercinta.

tak pernah tgk kekasih yang dua2 sayang gila2 bangat sama sendiri.

kalau ada pun, munkgin menyebabkan diri ini geli geleman dan muntah pink. hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.