dia dah bahagia. kau bila lagi?





[ihsan: TERFAKTAB]

kisah ni, salah seorang ejen terfaktab jugak yang up. aku tak pasti la siapa. tapi tuan punya status, izinkan daku menyampaikan sepatah dua kata, berbentuk pandangan peribadi in response of this status. izinkan daku ye. ini cerita yang betul punya syahdu. bekas kekasih dah kahwin dengan orang lain, dan kita pulak masih terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. masih rindu, masih kasih.

okey cenggini. tak semua orang dilahirkan dengan hati yang sama. ada yang hatinya lembut, ada yang hatinya keras pejal, ada pulak yang hatinya mudah berubah-ubah mengikut cuaca dan keadaan. okey cuaca tu tipu. jadi, kita tak boleh nak expect semua orang sama. kalau kita boleh lupakan bekas kekasih dengan mudah dan senang hati, kenapa dia tak boleh? oh kita tak boleh expect cenggitu. lain orang, lain level of tolerant dia. 

jadi, apa kata kalau kita guna psikologi ke atas diri sendiri. hey kamon.. bekas kekasih engkau dah kahwin pun, dah bahagia dengan orang lain, pasangan yang dia sendiri pilih, yang dia cinta dan kasih. apa kau fikir dalam kepala dia masih ada ingatan terhadap engkau? cuba kau bayangkan pula, kalau waktu hujung-hujung minggu, sikit punya bahagia bekas kekasih basuh kereta sama-sama dengan isteri dia, siap main aci kejar, sembur-sembur air, last-last berpelukan, saling bertentang mata, kemudian ketawa lepas bebas bersama. bahagia. apa kau fikir, bila dia bahagia macam tu, sebaris nama kau masih bergema-gema dalam hati dia?

jangan berangan.

dia bahagia, sedangkan engkau menghiris hati sendiri dengan ingatan dan rindu terhadap dia. apa kau ingat itu berbaloi? kita dikurniakan tuhan dengan tubuh badan yang sihat, tuhan beri kita hati, untuk kita jaga dengan sebaiknya. diri kita ini amanah tuhan tahu? apa sanggup kita siakan amanah tuhan dengan merosakan hati dan diri sendiri? kamon !! bangkit dan cari bahagia kita. bahagia yang sepatutnya kita genggam. buat apa nak tunggu lagi orang yang dah tak sukakan kita? buat apa nak tunggu lagi orang yang dan bahagia dengan pasangan yang dia cinta? kalau pun ada cinta itu untuk engkau, itu dulu. itu cerita lama sayang. benda yang lama-lama orang dah tak ingat lagi. orang simpan dalam kotak, seal kemas-kemas dan letak dalam stor.

tulisan ini mungkin kasar pada pembacaan kamu-kamu yang sedang walang. tapi percayalah, bahagia untuk kamu ada menanti di hadapan. lupakan si dia yang telah bahagia. cari bahagia yang sepatutnya kamu genggam. boleh kan? 

sejak sebelum kejadian kita lagi, sebenarnya kita adalah insan yang menang.. dalam jutaan hidupan kecil yang berenang-renang, hanya kita saja yang berjaya menakluki dan mendiami rahim bonda kan? cari bahagia kita, dan raikan kemenangan itu dengan bahagia itu nanti.

Ulasan

hanjiechan berkata…
saya masih rindukan ex bf saya..even saya sudah ada bf baru.. T.T
Dekna berkata…
huhu..

samee

saya rndu kan die..walau dia dh ada orang baru yg sntiasa di sebelah die..huuu


:(
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Ciscake. nasib gua sama dgn empunya status. Pedih dia bai, rasa macam nak cabut perasaan tu keluar supaya tidak berasa apa-apa, seperti ingin melakukan renjatan elektrik supaya bisa melupakan semua.

Perkara yang kau tulis adalah benar.

Ini perjuangan hidup sendiri. Jika perlu titiskan satu dua air mata, titiskanlah demi melepaskan yang lalu. tapi selepas itu ambil sapu tangan dan lap sendiri. basuh muka dan pegang hati sendiri kemas-kemas.

Semua ini mematangkan perasaan dan kendiri jiwa. Ia juga cara tuhan memupuk iman di jiwa hambanya.

Kita semua masih jauh, tapi perlahan-lahan mengorak langkah, pasti akan sampai jua ke titik x itu.

Cuma perlu percaya, inilah yang terbaik buat diri kau sendiri :-) Gunakan mata hati untuk melihat melepasi kekecewaan cinta itu.

Tidak perlu merindui apa yang bukan dijanjikan untuk kamu.
hyz berkata…
sangat2 setuju.... dulu sy penah gak jd mcm ni.... tp kejap je lah... bila pk positif, insyaallah, semangat utk bangun tu ada.... ^^
Balqis Riza berkata…
it is always meant to be that u are not meant to be with the one ure not meant to be with..why sad about it? be patience..u'll meet the one u're meant to be with..

just saying...~
izwanyusof berkata…
cinta pertama sukar dilupakan..apapun realiti kehidupan perlu disedarkan segera.. jgn terperangkap dalam kotak emosi sendiri..
kaizenshinobi berkata…
betol3! haha keep moving forward dah~ hahaha
Kaki Merapu berkata…
Aku pada mulanya amat tidak dapat menerima situasi sperti yang di gambar kan oleh penulis mengenai si ex dan pasangan barunya(7tahun lamanya aku ngan si ex)...

Alhamdulillah aku di warnai semula ngan pasangan baru aku(setahun jgk la merana)...

Semangat kena cari, kalau kita dok kenang2 sgt xkemana..sekian..
ayue! berkata…
aku tak engat lagi dah kat ex aku...cume aku tak boleh nak bukak hati aku tuk org lain. agak2 ade tak orang mcm aku. even rmi dh approach pon, buat dekkk je. xde perasaan. bukan tak cuba weh, tapi en memang gagal r. watpe bercinta kalau xde rasa kan...#sighhh!
Tanpa Nama berkata…
saya dan ex saya sekarang sama-sama bahagia denngan pasangan masing2... =)
shinobee46 berkata…
ex masih ada ruang istimewa dalam hati. tapi tak tertanding dengan current lover.

=)
*cik madu* berkata…
wah.. terkena gak ni.. tapi takde lah berduka lara sebab dia dah kawen :).. ucap tahniah je.. awal2 dulu teringat2 gak.. tapi lama2, alhamdulillah, oke je rasa.. hee~ anyway, bagus oww entry ni :)
Bongsu berkata…
Walaupon sbnrnyer da hampir berjaya tok saiko diri sndiri dengan kata2 tu. tp camne lak kalau ex kite yg da kawin tu, munculkan diri balik dalam hidup kita. muncul spt memberi harapan.

adoiii laaa... tak cukup lagi agaknyer nk bt kita sakit.
Patenggg berkata…
ah!
entry nie mengingatkan dia pulak..
ciss !!
azzo berkata…
wah entry ni mmg bt aku terkenag si dia plak..mmg sentap la..dl aku pun penah lalui saat2 sedih cam ni..tapi nak bt cam ne..hati yg di tinggalkan tu mmg susah nak terangkan sakit dia..even sampai ari ni pun masih rase,,.hurm pape pun aku bahagia dengan hidup aku skang...
Zo Ahmad berkata…
menggunakan connection antara akal fikiran dengan tangan memang menampakkan sesuatu situasi itu lagi mudah dari menggunakan connection antara akal fikiran dengan hati.

:)
shahirahkhairudin berkata…
:)

daku juga manusia yang pernah ranap, pernah ditinggalkan..

tulisan ini bukan hanya bertunjangkan akal dan tangan saja.
Tanpa Nama berkata…
mcmne ek if kte rs kebahagian 2 just ade bile b'sm die??hu5
Kc Kasedah berkata…
ex aku da kawen da pun. aku mula2 mcm tergamam lama2 ahhh biarlah!
NZ berkata…
entry ni bkn utk ex yg dh kahwin je, rasenye boleh gune utk ex yg dh ade pilihan baru, dan dlm perancangan brumah tgge. :)

hmm, yes, definitely bce entry ni, t'ingatkan situasi skrg,my ex yg dh pun b'punya,. and my family still baik dgn en. ex sy.
plg tak lupe,time webcam same2. (eventhough kitrg dah putus) together with my mom, kitrg borak, and my mom ckp kat dier if dier kahwin, jemputla kami sekeluarga.
He doesn't know that almost 1 year, sy down giler krn perpisahan kami.

Seriously,i realize, jodoh mgkin bkn tertulis dgn dier and I ready to move on, alhamdulillah.
kakibangku berkata…
entri ni buat aku semangat balik untuk dapat lupakan ex aku (:
ryder137 berkata…
@✖[Hanjiechan]✖hurmmm..xtaw cheq nk habaq cmna..nk survive,kita tpksa la...
Jimie The Hollow berkata…
7 tahun aku kapel dgn ex aku (dari form 2 sampai umur aku 22).... one day aku dpt jemputan kawen... at first agak pelik sbb aku sdri x bgtau die yang aku pindah rumah but die hantar kad... ade satu note die kirim..."Kalau awak masih sayangkan saya awak tolongla datang"... atas nasihat member baik aku x dtg ke majlis dier...Even kalau bertembung pun aku just say hi...walopon laki dier pandang slack kat aku....
Syuhada berkata…
@Jimie The Hollow

gua rasa ex lu tu agak kurang ajar. boleh pulak dia cakap "kalau awak masih sayang kan saya?"

heiii gua tak boleh terima betul ayat macam tu.
Tanpa Nama berkata…
wah. terasa nie.. setahun lebih da aku putus n now dye mmg da ade pengganti aku pon. tp sblm dye declared nk couple ngn awek dye skrg dye smpat lg tnye aku, "kalau diberi peluang nk ke aku trima dye balik." selang bbrapa mggu lepas tu, dye couple ngn org baru. stupid. tp knp aku ingt dye lg?? aku ke yg stupid? haha...lol
Tanpa Nama berkata…
kalo ex tu yang dah kawen masih ingat dekat kita lagi macam mana...asyik col kita ckp sayang kita lagi daripada sayang wife dia..mesej cakap rindu la..dia kawen pon sebab dia nak lepaskan marah kita tinggal kan dia..pastu cakap nak tunggu kita tuk jadi wife dia..kita da pening nak melayang dia,kadang2 tu ad jugak rindu..kita clash sebab famly..cuba geng terfaktab komen sikit.. (^_^)
Matthew berkata…
"cuba geng terfaktab komen sikit.."

You sedang ditipu oleh Ex you. Ex dah nampak you ni lemah(sedang mabuk dilayan emosi) & skrg amik peluang utk teruskan tipu daya. Conclusion, tingkatkan kebijaksanaan & janganlah runtuhkan rumahtangga org lain.
mizznana berkata…
Bagaimana pula dgn kes sy ni...
Bercinta dgn sy tp bakal bkahwin dgn xgf die...
sy sendiri keliru ape yg ptt sy buat.. die pujuk sy supaya tdk tggalkan die.. die da terbuat kptusan tu dlm keadaan yg xsedia.. means time tu sy pun xtake serius dlm perhubungan.. n die pule asyik diasak dgn perkahwinan.. bile exgf die ajak kawin die xtau nk buat kptusan sme ade nk trime atau x.. ditny sy syg kat die or x.. tp sy tdk mjwb sbb sy rse xperlu lg tuk jwb tp sy xtau rupe2 nye pertanyaan die tu sbnrnye mcri penyelesaian dr mslh die.. die xnk lau die tggu yg kejar xdpt yg dkendong berciciran..
tp skrg die keliru dgn kptusan due sendiri.. die xnk khlangan sy mrayu2 supaya xpergi dr die.. sy pun xtau nk buat kptusan ape sbb ht ni rase sgt terluka.. die nk tarik blik mslh persiapan sume tlh dbuat.. family die yg dpt malu..
ukthi mastura berkata…
Babaru minggbaru minggu lepas dpt gambar ex bf akad nikah. Hancur luluh hati ini. Tuhsn sje yg tahu.
Unknown berkata…
Terjadi kt diri sye skg , hmm . hancur hati .
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
hmmmm too much drama.... sakit hati aku siapa yg tau... hanya Allah SAW jer tau.... dia happy sama orang lain.... aku masih sedih... tapi perlahan lah nanti aku pun akan happy... tak perlulah orang lain untuk mengisi kekosongan hati.... aku mau happy sendiri without orang lain....

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.