Adinda Evans
Aku yakin kamu semua sudah tahu mengenai hal ini. Hal AdindaEvans. Cantik nama gelaran yang di beri. Ala-ala Juliana Evans, gadis muka mat-salleh yang di gilai ramai. Tetapi, mengapa mesti Evans ya? Kerana Juliana terlalu bersosial? Haha, mungkin lah. Itu kamu kena tanya Sam Bunkface. Jangan tanya aku. Kerana aku dan Juliana hanya kawan biasa saja. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku boleh katakan Juliana baik orangnya. Sama seperti Tizz Zaqyah. Peramah dan murah hati. Terima kasih ya Tizz?
Tapi, Adinda Evans. Aku belum kenal lagi. Kecewa dan sedikit terkilan.
Andaikata lah aku mempunyai kuasa untuk mengenali semua orang kan bagus? Boleh aku mengambil tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Apatah lagi kalau perkara-perkara yang sedap. Buas.
Opss, aku bukan hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Sudah aku beritahu tadi bahawa aku hanya mahu mengambil berat itu sahaja.
Walaubagaimanapun, aku tidak akan ada kuasa sebegitu. Kuasa aku, dan mungkin kamu, bahkan Perdana Menteri, adalah terhad untuk mengenali SEMUA orang di Malaysia ini. Ia mustahil. Tak mungkin dan tidak dapat dipercayai.
Cuma aku pelik, jika kamu tidak mengenali Adinda Evans dengan lebih rapat, kejadah apakah kamu tanpa segan silu memaki dia dengan begitu bongkak ya? Kamu kenal ibu bapa dia? Kamu kenal adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kamu tahu kehidupannya 24 jam dan tahu apa masalah-masalah yang dia hadapi?
Aku yakin ramai antara kamu semua akan menjawab tidak!, Tapi...
Ya, ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu dulu, biar aku habiskan penulisan ini.
Terus-terang aku beritahu kepada kalian. Usah kita terlalu emosi dalam hal ini. Usah kita berlagak menjadi ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita lihat dalam akhbar. Berfikirlah secara waras. Berfikirlah dengan seimbang. Berkatalah dengan adil. Aku tidak rasa ia merupakan sesuatu yang adil (meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul) apabila kamu memberi ulasan sebegini ;
"Woi betina, masuk nerakalah kau. Umur baru 14 tahun dah menggatal dengan lelaki. Bodoh gila. Tambah bodoh bila bangga kata diri takde dara. Kau boleh masuk neraka betina!"
Kenapa aku katakan tidak adil? Terang-terang sudah ulasan sebegini adalah ulasan orang yang terikut emosi. Orang yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan aib orang lain. Komen orang yang tak layak menjadi sebahagian masyarakat progresif. Kalau kamu rasa kamu sudah memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa. Nanti kamu perlu hanya ringankan tangan untuk memadam semula atau menarik balik. Boleh?
Atau cuba kita lihat ulasan sebegini ;
"Astaghfirullah. Adik tak tau apa itu maruah. Allah Taala menyuruh hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend adik itu bukan kekal"
Bagaimana? Ya, aku pasti kalian rasa ini adalah ulasan yang baik. Tetapi, tidak bagi aku. Aku rasa ianya juga tidak adil. Apa orang kata? Ini adalah ulasan golongan #serbanitas ya? Baiklah, aku cuma hairan. Mengapa kita perlu menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis berumur 14 tahun ya? Jika seorang gadis berumur 25 tahun, aku mungkin boleh terima dan katakan ia sebagai adil. Tapi, untuk gadis berumur 14 tahun yang masih tidak tahu dalam mengenal 'apa itu kemanisan mempunyai Tuhan dan petunjuk-Nya', ia sama sekali tidak logik. Gadis ini tidak matang dalam berkata-kata dan kehidupan, apakah kamu fikir dia akan automatik matang dengan hal ehwal keagamaan? Jadi, aku memang rasa ulasan sebegini tidak sesuai dan hanya akan mengelirukan keadaan terutama kepada gadis tersebut.
Ada ramai lagi gadis seperti Adinda Evans di luar sana. Aku yakin, dan kamu juga pasti tahu. Mendidik gadis remaja yang bersekolah bukan mudah apatah lagi di dedahkan dengan cinta. Kita tidak harus sebenarnya terlalu ketat sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek. Mengajar dengan berselirat hujah keagamaan. Kita tidak harus sebenarnya terlalu longgar sehinga berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur asing-asing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik. Menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa penting.
Jika aku mengenali Adinda Evans, akan aku katakan kepada dia ;
Minta maaflah kepada ibu dan ayah kamu. Mereka sepatutnya di dahulukan. Kamu perlu sedar yang kamu telah berbuat silap. Kamu berbuat silap kerana kamu alpa dan terlupa dengan ibu bapa. Jika Adinda tiada ibu bapa, tak mengapa. Minta maaflah kepada orang tua yang menjaga Adinda. Jangan pedulikan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak mengenal kamu sepenuhnya. Lagipun, itu juga yang kamu sering katakan sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul?
Kamu boleh bercinta. Tuhan tidak melarang percintaan. Hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan. Melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Tapi, cintailah Sang Pencipta lebih dari segalanya, kerana kamu perlu tahu Sang Pencipta sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kamu setiap masa. Kamu boleh menyintai seseorang lelaki yang kamu minat. Cuma, kamu perlu mencari cinta yang tepat. Bukan dengan lelaki yang membiarkan kamu terkapai-kapai apabila kamu mengandung, apabila kamu sudah tiada dara, dan apabila kamu berada dalam masalah yang besar.
Lelaki yang tidak patut di cintai ialah lelaki yang tidak setia. Lelaki sebegitu, elok di terajang saja. Campak dalam Sungai Klang atau lemparkan ke dalam lombong-lombong di Puchong. Kalau kamu hendak mencari lelaki yang setia, memang aku cadangkan Penulis.Sahaja a.k.a Shafiq Helmi -lah. Dia memang seorang yang setia dan baik budi bahasanya. Haha!
Sekian, semoga memberi input.
Ulasan
Beginilah - rakyat Malaysia khususnya Melayu ni - remaja 14 tahun hilang dara kau bising2,pemimpin rasuah,makan suap,skandal duit rakyat billion2 buat bodoh.
Semua nak jadi holy saint - susahlah.Jaga diri sendiri sudah.
hahaha!
lagipun ni bukan blog politik. tu je.
tahukah kata2 yg sinis tu lebih tajam drpd sebilah pedang ?
sama2 doakan yg terbaik utk dia, moga dy berubah..
sedih tgok keadaan mcm ni..
dia baru 14 kot.tak perlu harsh macam tu.
tah.aku tak amek port.malas.
For me it's simple.If he's been raped or deceived then it's not her fault.But if she really want to so let her be.It's her decision,it's her own right.
For me,life can only be learned by doing mistakes.No such thing life without mistakes man..no such thing.
people actually don't care with your mistake, with our mistake. they just play the issue to drag your or anybody mistake for some kind advantage. i means, dirty advantage.
thats gonna happen to us, to our society.
my entry is simple to understand. i oppose people out there who trying to take fuckin advantage of this issue. especially the media which will be cycle this issue again and again.
otherwise, i really had sympathy to that girl. that's all.
and yeah another point of my entry, i write about loyalty.
i don't know if u miscalculate my entry. if u do, i don't mind. haha!
nm pon bdk lg dia prlukn skongan dan nsihat..ye,dia buat k'slhan tapi kite yg lbey tua dan berakal kne la tnjuk kn cth yg baek..
memaki bkn jln penyelesaiannya
dia boleh kena tindakan undang undang kerana merogol. Budaknya bawah 17 tahun. dengan rela atau tak. dia tetap di anggap merogol. System perundangan tak kesah akan motif. bukti cukup, JALAN!
lain2 komen dah dikomen AA. sekian. babai
gua cuma beri dari satu sisi sudut pandang.about masyarakat suka jaga tepi kain orang kita ni.
about loyalty,for me love is not about sex.love is about you take care about something(somebody).kalau kau sayang handphone kau pun kau akan take care betul-betul?kalau kau sayang motor pun kau jaga dia elok2.same goes with girl.tak semestinya sex je.tak boleh la ko cakap ko sayang motor kau,nak kena have sex dengan motor.
anyway,i got your point.i'm not against your entry anyway.just to give my POV.
n..n..sometimes jaga tepi kain tu lagi bagus dari jadi mcm enau dalam belukar..tapi jaga tepi kain pun kena ada cara, betulkan yang terangkat je, jangan diselaknye..if u know what i mean..kite hidup bermasyarkat..kena jaga sesame kita..
sorry cobb ,tapi sye mmg x setuju dgn statement awal sekali tu~ :) weeee
kau pun cakap. itu puki dia kan? kalau kau tanya mana2 lelaki lah kan, yang dah kahwen.
puki itu sangattt..... em, 14 kali ganda lebih sedap dari handphone, motor mahupun rumah.
jadi, ia lain. kau tak bley nak kata love ni take care je beb. aku pernah jumpa suami isteri. suami penagih dadah, isteri meraung lelaki keluar masuk jel. tapi, isteri dia tak nak mintak cerai. kau tahu sebab apa? sebab isteri dia cakap, lelaki dia yang keluar masuk jel itu saja boleh puaskan dia.
dia tak kesah psal nafkah sebab dia boleh cari sendiri. pelik tak? aku pun rasa pelik, tapi ini betul2 jadi beb.
haha. aku okayh je. aku paham apa kau nak sampaikan. cuma politik tu je aku rasa macam lol, wut? haha!
dah minta maaf tapi entah , dia x remove dia punya post dan masih menegakkan diri dia. I wish someone can guide her to be a better person . saya x layak . AA guide her please , cakap removelah post tu . jujur rasa bersalah teramatnya. :(
It's hard to read it actually.
Somehow, I was imagined if my students say out loud that she's not a virgin anymore in school assembly.
Sigh.
Betul.
Aku tak tinggalkan link pada sesiapa kecuali 2 orang yang tulis blog juga tentang benda ini tetapi atas dasar profesional.
1. Orang yang lebih kenal dunia daripada pengkomen yang lebih banyak memaki.
2. Orang yang tahu dari segi undang2 apa yang perlu dilakukan.
Dan bila baca komen yang beratus2 tu, ramai #pedobear mula masuk. Ramai yang add dia di FB, di fan page dia, still dia tak sedar kot apa yang terjadi.
Satu perkataan, kesian.
Ya, aku simpati sebab ada anak2 murid aku yang pernah lalui benda camni cuma ye la, tak tulis merata2. They kantoi themselves and giving birth. >.<"
Sedih kalau masyarakat lebih banyak menghentam.
Maybe my comment kinda rude. But she doesn't even care n proud summore then all dis serbanistas dok attack2 for what?
Kamonla. 14. Buat macam ni. No use sedarkan dari agama pov. Buat reverse psychology of if she gets pregnant, abortion, aids, kemaluan berkudis, mana nak letak muka weyh? Sure scared of these more than god. Wouldn't do dat exactly lah kalau takut tuhan kan?
Misi meng-glemer-kan diri dah tercapai. She did using a hard way: shame. Sapelah kita nak judge. Just hope she doesn't advertise anymore lah bout her sex life? Dapat apa pun bila people disrespect u becoz of dis. Ye dak?
-my 20sen-
Don't hate me coz i'm beautiful is a song by keri hilson: pretty girl rocks.
pis, pis, kacang pis. (^_^)v
-gha sudin-
korang dok kutuk gila babih punya, esok lusa budak tu stress, terjun bangunan cam mana?
aku dulu 14thn, sememeh je..pakai tarining bra lagi....
but one thing i know, if she is my sister, i'll lempang her sampai berdarah mulut..
better dia sakit skg drpd makayah aku, abg aku, dan aku, dia tarik ke neraka..
tp tu aku..sbb makayah terapkan nilai agama dlm diri kami..dia, mgkn cara dia dibesarkan pon lain..wallahualam....
and kalau hukum hudud dijalankan kat malaysia, bdk ni disebat dulu b4 diceramah elok2..ini lah jadi bila manusia tak takot Tuhan..subhanallah..
Saya baca, dan saya dapati dia ni orang yang dikategorikan sebagai penagih cinta.
ya, ketagihan cinta dan kasih sayang. dalam setiap blog post, diluahkan seluruh rasa hati dan cinta kepada lelaki yang menjadi kekasih ketika itu. Sorang lelaki cakap macam tu, sorang lagi lelaki pun dia cakap macam tu.
Slut? Bohsia?
No.
cuma seseorang yang mungkin kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada orang yang amat diingininya seperti keluarga dan rakan baik.
dan adakalanya, mereka mencari kasih sayang itu dengan memberikan seks kerana menyangkakan itu jalan termudah.
Dan bukan macam kita--baru 13, dia tak banyak ilmu hidup. Lihatlah post terawal, kelihatan kurangnya kematangan dalam diri dia. Emosi dia juga lemah dan mudah tersinggung dengan orang lain, walaupun dia selamba mengakui begitu dan begini.
dan apa kita buat sebagai orang dewasa? maki dia? caci dia? kutuk dia sundalan dan apa sahaja? Adakah kita fikir apa kata-kata kita akan lakukan kepada emosinnya yang sudah sedia fragile itu?
think.
dia baru 14tahun.still young.
kena tegur cara elok.kalao pakai belasah je cakap apa pun x boleh!
entry yg menarik :))
kenapalah manusia ni sangat jugmental~
setuju dengan ElenaReeney, rasanya budak tu takde niat pun nak buka aib dia.. maybe self comfort?
sekurang-kurangnya bila ada budak patblas tahun yang buat entry camni, we know that it is not the same world that we live back in 90's.. something need to be done..
mmg aku baca banyak post lepas mengenai gadis itu. dan aku setuju yang dia perlukan bimbingan dalam mengenal cinta. aku lihat dia terlalu naif.
sebab itu aku dan rakan2 yang lain, sebagai aktivis hal ehwal percintaan, rasa serba salah.
gadis yang terlalu naif dalam percitaan, memang mudah jatuh ke pangkuan lelaki.
itu saja.
lepas tu siap kata kat budak tu - ko ni masuk neraka la,pegi jahanam sama ko la. apa tu?? korang nak tegur dia sebab dia buat salah,tapi dalam masa yg sama korang (baca: para solihin yang poyo) yang dok maki maki tu tak perasan bahasa yang korang guna secara tak langsung menunjukkan diri korang pun tak semenggah mana sebenarnya.
cm rase dunia akhir zaman je...:(
semua org dh jd x bertamadun...
kalau dia terjun banggunan, sama2 lah meratap ye yang lain... rasa2 memberi tekanan kepada dia satu dosa x?
alhamdullilah, sy masih waras untuk komen kat sana sama ada nk marah atau bg nasihat sbb rasa ade ramai pengkomen tu ha lagi bijak berkata2...
btw post anda menyedarkan sy yg rakyat malaysia ni masih waras dan perihatin..masih ada yg simpati dan pernuh rasa tanggungjawab untuk mengubah keadaan..
sbb usually tengok blog yang "teruk" macam tu mesti disusuli dengan komen dan hentaman dari yang kononya baik tapi dengan ayat yang xsedap di dengar..
ada ke org nak berubah kalau di maki? heh org gila pon xnak.
sokong ur statement..budi bahasa kena ada kalau nak tegur skalipun..kalau tak suka baik x payah baca apa yg dy post..hoho
Untuk menasihati, jalan terbaik ialah dengan berhikmah. Paling elok, secara individu. Kalau nak maki hamun, apa pun tak jadi. Siapa tahu, dia berubah?
aku sokong yang lain tetapi tidak pada MELARANG COUPLE ADALAH TERLALU PARANOID .
bukan ke couple tu mmg haram, dy adalah selangkah mendekati zina.
tapi ni lah melayu, org barat mengagung-agungkan budaya couple kita pun same, sampai bile ade org yang cube menunjukkan jalan kearah islam yang sebenar dikatakan paranoid. tiada ikatan yang sah dan halal melainkan sebuah perkahwinan. dan bile seorng tu buat silap, kita sebagai satu agama kenalah tegur. jgn sampai kita butakan mata, tutup telinga, kalau ALLAH turunkan bala, semua kena bukan?
couple itu hukumnya HARUS pada asalannya. apabila melampaui batas, barulah jatuh haram.
kesianlah beb dekat orang lain yang berpacaran dengan cara baik, tak berdua-duan, utus mesej, surat saja. tiba2 kau cap pacaran diorang itu HARAM?
hebat kau menjatuhkan hukum mengalahkan tuhan?
Haha,kau pernah bace cerita tak about ade org cine ni na masuk islam tapi dy suke makan babi? dia bela babi tu dari kecik,tiap2 mlm bge dgr al-quran,dua kalimah syahadah, samak setiap hari. then bile dah besa, dy na mkn . siap pggil ustaz lagi, suruh makan sekali. alahhh, babi islam, ta HARAM kann? samelah mcm couple, dah terang lagi bersuluh, couple tu haram. ikatan yang sah hanya perkahwinan. tak kire la dy kapel secar islam ke , tak , yang haram tetap haram. sbb ?
sbb first mendekati zina, zina bukan bersetubuhan jehh, ce kau try search ape lagi jenis zina.its one step closer to ZINA!
menghampiri zina dilarang..
couple niy ada 2 jenis.Couple HALAL n Couple HARAM. couple halal ialah melalui prkahwinan n couple haram ialah hubungan llaki n prmpuan yg BUKAN MAHRAM. Dlm Al-Quran dah menyebutkan JANGAN MENDEKATI ZINA. Cuba kita fikir npe Al-Quran xsebut jea JANGAN BUAT ZINA trus? Hukum couple scara XSAH adalah salah satu langkah2 yang boley MEMBAWA/MENDEKATI kpd ZINA.Larangan dlm Al-Quran dah jelas menunjukkn HARAM. Zmn skrg bkn lg zmn para Sahabat or Tabi'en yg mna iman mereka mantap. Sy xprcya hbungan couple xsah, xkan ada tragedi yg brlaku. Setan xkan membiarkan anak2 Adam yg termsuk ke dlm jeratnya dgn (bercouple) bgitu saja smpai suatu hari nanti akan brlaku juga prkara yg xdiingini.Allah Yang Maha Bijaksana dah tahu kelemahan manusia. Manusia pasti tersungkur jua dlm perangkap syaitan, salah satu ialah melalui COUPLE SECARA TIDAK SAH. Kita bkn TUHAN yang bley menjamin pasangan itu tidak akan mendekatkan diri mereka kpd maksiat. kekadang bercouple walaupun masing2 saling menasihati ke arah kebaikan skalipun, suatu hari mereka pasti akan tewas jua dlm perangkap syaitan. Bahkan Nabi Adam pn tewas dlm perangkap syaitan apatah lagi kita yang iman xseberapa nie. Sebab tu , Allah dah melarang dah dengan LARANGAN PASTI (HARAM) bkn utk sja2 tp utk KEBAIKAN manusia juga.Wallahu'alam.
COUPLE = HARAM . hukum tetap hukum,haram tetap haram..
aku pon x suke tgk cara budak ini, lagi lagi bila aku sendiri pernah baca hadis larang buka aib sendiri, tp nak cakap soal agama aku rasa ramai dah cakap, so kalau kau tak suka org sentuh bab agama baik diam je,sebab rumit nanti kalau yang ni keluar pendapat ni yang ni keluar pendapat ni, tak banyak ilmu agama diamlah, amik pengajaran,
susah weyh bila kau tengah didik anak bangsa kau sedar ade anak murid kau macam ni, satu hari kau akan terduduk pikirkan nasib anak bangsa kau,kau tak sedar kau nanges sebab depa, baru kau tahu sedihnye naluri guru yang nak betulkan fahaman semua anak bangsa ni
bila tak mampu buat ape ape, doa kan lah dari jauh untuk budak ni kan lagi baik dari kau hina dan herdik, sape tahu nasib kau sama nanti?
dek, nak buat dosa buatlah bila kau bukan bawah tanggungan mak bapak kau, ni masa kecik kecik yang tanggung nye depa, ape kau tak kesian ke?
skrg ni sume bnda dah bebas , kdg2 rasa lemah plak tk dpt nk larang . huu selemah2 iman ni .
btw, kalau betul ikhlas la kan. Tak perlu nk hebah2 kan, tak perlu sampai nk tulias hadis-hadis segala bagai.
mereka itu sangat fragile. :)
experience is the best teacher. :)