Nak cakap I love U pun susah ke?
Gua sebenarnya tengah dalam rehab lagi,mata pun merah-merah lagi ni. Jadi jika lu orang rasa entri gua kali ni lain macam sikit,lu terima je la seadanya. Gua pun bukan 24 jam power..
Ada sorang pembaca yang gua dah lupa namanya mintak gua buat satu entri macam mana seorang makwe nak luahkan perasaan kepada seorang lelaki. Dalam konteks ni tak kisahla lelaki tu kawan baik ke teman sekerja ke satu fakulti ke atau rumah sebelah menyebelah.
Patut ke seorang makwe tunggu sampai lelaki mulakan dulu? Bak kata pepatah,takkan perigi nak mencari timba ye dak? Tapi kalau lu fikir camtu lu silap,sangat silap.Tak berdosa kalau seorang makwe berterus terang tentang perasaan. Kata girl power kan?
Ada banyak cara boleh seorang makwe gunakan untuk bagitahu apa yang dia rasa kat lelaki yang dia minat. Oleh sebab hari ni mood gua macam dah okay sikit,gua kasitahu beberapa caranya. Check it out! Cilakak,bergaya jugak guna check it out ni rupanya..
- Kasitahu direct depan-depan
"Woi,gua suka lu,lu suka gua?","Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak","Terus terang kabor keh memang dah lama berminat memiliki aok","I suka u la!". Ok,berapa ramai makwe yang berani guna skrip camni? Percaya cakap gua,makin lu berterus terang makin jelas reply yang lu akan dapat.
Tapi masalahnya ramai makwe kata ke gua yang makwe tak sesuai guna cara camni,tak sopan,tak ayu,tak feminin. Ah,apa jadah nak sopan-sopan,ni bukan zaman Siti Tanjung Perak. Dalam cara ni,ada 3 jenis jawapan yang lu selalu akan dapat. Dia suka lu jugak,dia tak suka lu,dia ingat lu bergurau. Jadi sila tabahkan hati kalau betei-betei nak guna cara ni.
- SMS,Email,Fesbuk,Tagged,Surat
Entah kenapa gua rasa cara ni paling romantik. Lu orang tulis atau taipkan je apa yang terbuku kat hati. Dengan cara ni lu orang nak meleret-leret pun boleh. Mukadimah nak sampai 3 helai kertas kajang pun takde siapa yang marah.
Kelebihan lu orang gunakan cara ni ialah lu orang boleh kekalkan sikap kesantunan dan identiti wanita melayu terakhir lu. Kalau berjaya lu akan tersengih-sengih baca balasannya nanti. Tapi kalau tak berjaya,apa susah! Lu cakap je la ada orang hack fesbuk,email lu ke. Ada orang curi simcard lu atau ada orang sabotaj kasi surat layang guna nama lu. Senang kan kan kan?
- Guna orang tengah
Cara ni mungkin cara paling fleksibel. Tapi lu mesti pakai orang tengah yang betei-betei boleh pakai. Bukan orang tengah yang suka lelaki tu jugak,dan-dan dia burukkan apa-apa tentang lu. Jadi pilih orang tengah yang sesuai dan kalau boleh,orang tengah tu biarlah sama-sama rapat dengan lu dan lelaki idaman lu orang tu.
Lu boleh suruh orang tengah tu tolong riki apa perasaan lelaki tu pada lu. Kalau macam cerah baru suruh orang tengah tu kasitau direct terus. Selalunya makwe tak guna cara ni sebab takut nanti malu kat orang tengah tu. Malu ke kerana berani meluahkan cinta? Gua rasa malu lagi kalau lu pergi bayar nasik tiba-tiba duit tak cukup.
- Cara halus
Susah-susah sangat lu hantar je saka ke tuju-tuju ke minyak pengasih kat lelaki yang lu orang minat tu. Cinta kan menghalalkan cara? Kehkehkeh. Dia punya kesan pun memang power. Tapi kena libas dengan Mungkar dan Nangkir lagi power gua syak..
- Menunggu
Haa,tunggulah lu orang sampai kiamat. Kalau dapat lelaki yang power macam gua memang esok lusa lu dah tersengih-sengih bila gua cakap " i lep u" tapi buatnya dapat lelaki yang sama pesen pemalu macam lu sampai sudahlah takde apa. Tahu tak menunggu ni menyeksakan. Lu asyik terpikir-pikir kalau lu try dapat ke tak,dapat ke tak.
Dari terseksa camtu baiklah kasitahu terus. Kalau dapat dah boleh pikir nama anak,kalau tak dapat boleh dah pilih nak cari kem motivasi mana nak pergi. Cinta tak perlu ditunggu,cinta perlu diluahkan.
Apa-apa pun pilihan terletak kat tangan lu orang,lu sendiri kena tentukan cinta lu. Kalau suruh gua tentukan cinta lu dah kompem-kompem gua ajak lu orang bercinta dengan gua je ye dak?
Nota Cinta : Akan datang seorang lelaki yang mampu buat lu berdebor tak tentu pasal dan buat perasaan lu membuak-buak macam nak gila tapi persoalannya bila sampai saat itu adakah lu bersedia meluahkannya?
Ulasan
like ur p/s
well, tak semua lelaki gentlemen.
pendek kata mcm lgu aishiteru keh3
bro leplep, ni entri last lu sblum bercuti kan? hehe slmt bercuti ! ;D
jadi insan yg heartless kan senang.
hahaha.
sebab nya tak taw no fon dia, fb...
adush~ nota kaki tu mmg mengena tepat ke sasaran..da ade sorg yg wat ati berdebar2..tp xsure nk luahkn or tggu jep..hmmm
HAHAA CARA HALUS.TU COMEL
tapi tu la, klu nk luah takut kena cop perempuan xtau malu, tapi kalau xluah, sampai bila2 dok tnya kat diri sndiri "dia suka aku ke tak?"
and when finally dah luah, rasa lega giler.. you get it out from your chest, you have nothing to hold back.. :D
ye dok lep2..?
macam gampang ayat. hahahaha
tapi keadaan aku tak mengizinkan tok aku luahkan perasaan kt lelaki yang da curi aty aku nie.. i like him so much.. tp antra kami, ade someone jdi penghalang.. aku suke one guy, and i think he like me too.. tp tu la, kwn guy tu dh suke dekat aku hampir 2 tahun.. takkan nk cipta bahagia atas pnderitaan org lain kan?
aku tak penah ckp ag aku suke dy.. and die jugak cm tu.. hakikatnya da ade cinta antra kami..
♥♥♥
nk tegur utk knl pun kantoi
keh4
ko moderator ke weh kt sini..? tu jek nak taw kurius.. keke...
sebab sngt like2 ape yg leplep tulih..thums up! ^^b
Hue hue hue.
Kenapa??
Banyak kenapa die...
Korang pun leh pk...
everydy gua akn naik bas yg sm pegi keje ngn dia. kdg2 naik lif yg sm dgn dia. gua aras 1 dia aras 2.
tadi gua duk satu lif dengan dia. jantung gua dup dap dup dap.
fuhhhh. member gua suruh gua senyum kat brader tu..
tapi gua tak kuat macam besi.
haihhh.
pling ske yg cara 2nd tu
haha genius n simple n______n
gua sdg kwn dgn mamat ni,dah 4thun lost contact then tetibe die in balik lpas gua breakup. due2 single skung. and gua pon dah kelua dan jumpe balik dgn die. cume tak tau lah samda die minat gua ke x?
hahah. kawan2 je dulu kan? :)
and this guy tahu aku nervous bila aku jumpa dia
tapi this guy da ada girlfriend
=(
sadis kan?