Nak cakap I love U pun susah ke?

Gua sebenarnya tengah dalam rehab lagi,mata pun merah-merah lagi ni. Jadi jika lu orang rasa entri gua kali ni lain macam sikit,lu terima je la seadanya. Gua pun bukan 24 jam power..

Ada sorang pembaca yang gua dah lupa namanya mintak gua buat satu entri macam mana seorang makwe nak luahkan perasaan kepada seorang lelaki. Dalam konteks ni tak kisahla lelaki tu kawan baik ke teman sekerja ke satu fakulti ke atau rumah sebelah menyebelah. 

Patut ke seorang makwe tunggu sampai lelaki mulakan dulu? Bak kata pepatah,takkan perigi nak mencari timba ye dak? Tapi kalau lu fikir camtu lu silap,sangat silap.Tak berdosa kalau seorang makwe berterus terang tentang perasaan. Kata girl power kan?

Ada banyak cara boleh seorang makwe gunakan untuk bagitahu apa yang dia rasa kat lelaki yang dia minat. Oleh sebab hari ni mood gua macam dah okay sikit,gua kasitahu beberapa caranya. Check it out! Cilakak,bergaya jugak guna check it out ni rupanya..

  • Kasitahu direct depan-depan 
"Woi,gua suka lu,lu suka gua?","Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak","Terus terang kabor keh memang dah lama berminat memiliki aok","I suka u la!". Ok,berapa ramai makwe yang berani guna skrip camni? Percaya cakap gua,makin lu berterus terang makin jelas reply yang lu akan dapat.

Tapi masalahnya ramai makwe kata ke gua yang makwe tak sesuai guna cara camni,tak sopan,tak ayu,tak feminin. Ah,apa jadah nak sopan-sopan,ni bukan zaman Siti Tanjung Perak. Dalam cara ni,ada 3 jenis jawapan yang lu selalu akan dapat. Dia suka lu jugak,dia tak suka lu,dia ingat lu bergurau. Jadi sila tabahkan hati kalau betei-betei nak guna cara ni.

  • SMS,Email,Fesbuk,Tagged,Surat
Entah kenapa gua rasa cara ni paling romantik. Lu orang tulis atau taipkan je apa yang terbuku kat hati. Dengan cara ni lu orang nak meleret-leret pun boleh. Mukadimah nak sampai 3 helai kertas kajang pun takde siapa yang marah. 

Kelebihan lu orang gunakan cara ni ialah lu orang boleh kekalkan sikap kesantunan dan identiti wanita melayu terakhir lu. Kalau berjaya lu akan tersengih-sengih baca balasannya nanti. Tapi kalau tak berjaya,apa susah! Lu cakap je la ada orang hack fesbuk,email lu ke. Ada orang curi simcard lu atau ada orang sabotaj kasi surat layang guna nama lu. Senang kan kan kan?

  • Guna orang tengah
Cara ni mungkin cara paling fleksibel. Tapi lu mesti pakai orang tengah yang betei-betei boleh pakai. Bukan orang tengah yang suka lelaki tu jugak,dan-dan dia burukkan apa-apa tentang lu. Jadi pilih orang tengah yang sesuai dan kalau boleh,orang tengah tu biarlah sama-sama rapat dengan lu dan lelaki idaman lu orang tu.

Lu boleh suruh orang tengah tu tolong riki apa perasaan lelaki tu pada lu. Kalau macam cerah baru suruh orang tengah tu kasitau direct terus. Selalunya makwe tak guna cara ni sebab takut nanti malu kat orang tengah tu. Malu ke kerana berani meluahkan cinta? Gua rasa malu lagi kalau lu pergi bayar nasik tiba-tiba duit tak cukup.

  • Cara halus
Susah-susah sangat lu hantar je saka ke tuju-tuju ke minyak pengasih kat lelaki yang lu orang minat tu. Cinta kan menghalalkan cara? Kehkehkeh. Dia punya kesan pun memang power. Tapi kena libas dengan Mungkar dan Nangkir lagi power gua syak..

  • Menunggu
Haa,tunggulah lu orang sampai kiamat. Kalau dapat lelaki yang power macam gua memang esok lusa lu dah tersengih-sengih bila gua cakap " i lep u" tapi buatnya dapat lelaki yang sama pesen pemalu macam lu sampai sudahlah takde apa. Tahu tak menunggu ni menyeksakan. Lu asyik terpikir-pikir kalau lu try dapat ke tak,dapat ke tak.

Dari terseksa camtu baiklah kasitahu terus. Kalau dapat dah boleh pikir nama anak,kalau tak dapat boleh dah pilih nak cari kem motivasi mana nak pergi. Cinta tak perlu ditunggu,cinta perlu diluahkan.



Apa-apa pun pilihan terletak kat tangan lu orang,lu sendiri kena tentukan cinta lu. Kalau suruh gua tentukan cinta lu dah kompem-kompem gua ajak lu orang bercinta dengan gua je ye dak? 




Nota Cinta : Akan datang seorang lelaki yang mampu buat lu berdebor tak tentu pasal dan buat perasaan lu membuak-buak macam nak gila tapi persoalannya bila sampai saat itu adakah lu bersedia meluahkannya?


Ulasan

Nur Liyana berkata…
gua rela buat muka tak malu terus terang drpd sampai kiamat gua tak tahu perasaan dia n dia tak tahu perasaan gua. muahahaha! xDD
Tanpa Nama berkata…
fak laa. kne rejek pedih wowowow. tak pesal2 terjun masalam
Apple Xander berkata…
gua suka cara halus..nnt gua atr saka kt lu leplep..haha
Nur berkata…
isk, kena reject nanti menangis tak berlagu, duapuluhempat hari tak kuar rumah. Hahah...

like ur p/s
Tanpa Nama berkata…
gua lak sampai sekarang xtaw jwpan..mcm loser lak gua nih..pedih sikit la..
Gigi Besi berkata…
haha. memang best !

well, tak semua lelaki gentlemen.
Unknown berkata…
gua plak nk ckp bercinta xjgk tp nk ckp xbrcinta aish mlsla nk ckp bwahaha

pendek kata mcm lgu aishiteru keh3

bro leplep, ni entri last lu sblum bercuti kan? hehe slmt bercuti ! ;D
Tanpa Nama berkata…
fak laa.wa dah luah pun, dia tahu tp sj buat2 lembu.. mmg lembu! lelaki camni mmg suke bajet femes.okeh. puashati. sgt sure dia baca ni
nunui Joe berkata…
uuu lebih rela berdiam diri ;D
Si tAmPAn berkata…
ada sorang minah guna cara first tu untuk aku.aku pikir die begaurau je.kejam x aku?hahahha
Wadi AR berkata…
segan bai. jatoh la muka otai aku hahaha
vampire's lovex berkata…
saya sudah,anda bila lagi..ewahhh kikiki
Amni berkata…
nervous oh setiap kali jumpa... hahahahaha... sama perasaan masa jumpa encik tunang dulu... huhu.... nak cakap, memang tak ah... tp try kawan2.. ekekeke...
Amni berkata…
nervous oh setiap kali jumpa... hahahahaha... sama perasaan masa jumpa encik tunang dulu... huhu.... nak cakap, memang tak ah... tp try kawan2.. ekekeke...
Apple berkata…
perghhh...terbaik punya tips.
jadi insan yg heartless kan senang.
hahaha.
Patenggg berkata…
dulu aku pakai surat..HAHA..
sebab nya tak taw no fon dia, fb...
spesispenunggu? berkata…
hahaha.. saye suka awak. nk ckp tu pon segan laa.. pe cer.. wuwuwuwuw
Pencinta Seni berkata…
hahahhahaa...perrghhh..terasa aku...hehehee...yg 1st cara berani mati tu..hehehhe... =P
Aku Syah berkata…
nk cbe try yg cre 1st tu..tp mcm terlampau daring..

adush~ nota kaki tu mmg mengena tepat ke sasaran..da ade sorg yg wat ati berdebar2..tp xsure nk luahkn or tggu jep..hmmm
Tanpa Nama berkata…
Gua penah luah dengan tulis nota 'I like u =)'. dah nak dekat setahun dah gua tunggu. xdak pa. pe cer weh? kasi pendapat sket wei leplep.
feyza berkata…
HUH..~

HAHAA CARA HALUS.TU COMEL
Tanpa Nama berkata…
sebelum luahkan, kena pegang prinsip nie: no expectation, no disappointemnt.. :)

tapi tu la, klu nk luah takut kena cop perempuan xtau malu, tapi kalau xluah, sampai bila2 dok tnya kat diri sndiri "dia suka aku ke tak?"

and when finally dah luah, rasa lega giler.. you get it out from your chest, you have nothing to hold back.. :D
Bozu berkata…
i love you..
yunZatie berkata…
haha. aku pun da xpkai prinsip perigi cari timba. skang orang guna paip air dah.xde periginye. kalau aku suka aku terus terang. bukan kata tade rasa malu.ade tetap de. tapi kena style r. haha. kalo x confess tertanya2 wat serabut hotak. trus terang dengan dia n pe pun jawapan dia aku x kesah.asal dia tau aku de attraction kat dia..

ye dok lep2..?
super-1 berkata…
"Kalau dapat dah boleh pikir nama anak,kalau tak dapat boleh dah pilih nak cari kem motivasi mana nak pergi"

macam gampang ayat. hahahaha
Tanpa Nama berkata…
like sgt.. ♥

tapi keadaan aku tak mengizinkan tok aku luahkan perasaan kt lelaki yang da curi aty aku nie.. i like him so much.. tp antra kami, ade someone jdi penghalang.. aku suke one guy, and i think he like me too.. tp tu la, kwn guy tu dh suke dekat aku hampir 2 tahun.. takkan nk cipta bahagia atas pnderitaan org lain kan?

aku tak penah ckp ag aku suke dy.. and die jugak cm tu.. hakikatnya da ade cinta antra kami..

♥♥♥
Mohd Nor Quiyyum berkata…
gua paling lemah nk ckp i love u

nk tegur utk knl pun kantoi
keh4
Tanpa Nama berkata…
uwaaa. penah try confess cara no 1. tp lps tu, perasaan tu terus ilg sbb tak bertepuk sebelah tgn. baik takyah terus terang :(
Miss canine berkata…
@Tanpa Nama

ko moderator ke weh kt sini..? tu jek nak taw kurius.. keke...
Tanpa Nama berkata…
tanpe name tu anon la kak hanjing. hadoi
Miss canine berkata…
oooooo...ye ke..mane la aku taw...ahak..tanye jek..hadoi..tu pun kene marah.. ='(
oreo berkata…
aku org ke 90 like. aku pilih tunggu sampai kiamat kot kalau aku kat situasi cmtu.kalau je ok
Lee-kun berkata…
first time komen kat sini neh..hohoh..
sebab sngt like2 ape yg leplep tulih..thums up! ^^b
Tanpa Nama berkata…
Kalau org yg kita suka tu totally stranger, boleh pakai ke tips ni? Aku ni jenis yg suka org dr jauh.

Hue hue hue.
AQLIS ZAMIA berkata…
Hallamak.. tak yah cakap la kalau korang nak seseorang lelaki cam nak mati pun...

Kenapa??

Banyak kenapa die...
Korang pun leh pk...
Syuhada berkata…
entri tepat pada masanya . hahaha. boleh tak aku nak tunggu setahun dua lagi, then baru confess ? nak carik kekuatan nak express feeling .
Tanpa Nama berkata…
lu mcm tau2 je perasaan gua sekarang ni? hahahaha. gua de mnt sorang brader ni.

everydy gua akn naik bas yg sm pegi keje ngn dia. kdg2 naik lif yg sm dgn dia. gua aras 1 dia aras 2.

tadi gua duk satu lif dengan dia. jantung gua dup dap dup dap.

fuhhhh. member gua suruh gua senyum kat brader tu..

tapi gua tak kuat macam besi.

haihhh.
ak ttp ak berkata…
cara yg kedua tu dlu ak penah buat, u know ap yg my x-bf ckp ms tu? dia kata u buat karangan ke nih? hahahha... tp, btw.. i guna cr tu bukn tuk luahkan kali pertama la, ms tu tgh gaduh, then i find way to let him know.. so i wrote him a text msg via fb.. ermm.. bl difikir2 balik, menyesal pun ad gak.. better i didn't write anything kot..
QarteeNi berkata…
cinta tak perlu ditunggu . cinta perlu diluahkan . i like it babe . but i dont have a strength . lgpun laki yg gua minat ni dah ade aweks . minat senyap2 sudeyh .
fatin syahirah :) berkata…
haha. aku pernah guna cara no satu. haha. cakap direct je baguss. nasib baik dia suka aku gak. law tak terjun klcc ahhh. haha
SuperAqram berkata…
power2 lep-lep. kalah jugak dengan perempuan. peh peh peh!
Kya Von Misteriusha berkata…
memang terbaek lar entry ni
pling ske yg cara 2nd tu
haha genius n simple n______n
-XaXao- berkata…
hahah terbaik entry ni. terfajtab gua rase.

gua sdg kwn dgn mamat ni,dah 4thun lost contact then tetibe die in balik lpas gua breakup. due2 single skung. and gua pon dah kelua dan jumpe balik dgn die. cume tak tau lah samda die minat gua ke x?

hahah. kawan2 je dulu kan? :)
Reed berkata…
Hahaha surat laaa best~baru bley kasi ayat tangkap maut hahaha
hana berkata…
da jumpa org yang buat aku berdebar tak tentu pasal

and this guy tahu aku nervous bila aku jumpa dia

tapi this guy da ada girlfriend

=(
Tanpa Nama berkata…
i anta email n he accepted me.i expect he would reject me like last 5 yr. mse tu msh skolah. skg dah tunang.. :)
xx.life berkata…
keliru dgn hidup...tru lov wujud ker?
Syamimi Hazirah berkata…
I memang jenis susah nak luahkan tp i sentiasa make sure die tahu yg i lep him. Kekeke.
Si GadisSemasa berkata…
first time aku confess kat that guy . haha . it was a worth try :)
azuwa berkata…
seganas-ganas guwe, kalo suruh confess gini kat dia mmg tak boleh. haha.

sadis kan?
Zya Amalis berkata…
ntah laa...x tau yg mane satu aku ske...n ade 2 org yg buat aku berdebor x tentu pasal..so nk pilih yg mane? ahahaha -komen sket yg ni-
Unknown berkata…
Gua malu nak luahkan . sebab orang yang gua suka tu sekelas dngan gua
Unknown berkata…
Gua malu nak luahkan . sebab orang yang gua suka tu sekelas dngan gua

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.