Baca ni bila mak dan ayah tak ada kat rumah (part 1)
Ahem. Ni bukan pos untuk adinda kekanda entah siapa-siapa tu. Ada orang kata kami tak perlu buat pasal dia. So okeylah, saya takkan tulis untuk dia. Saya tulis untuk adik saya.
Saya ada tiga orang adik. Dua perempuan, seorang lelaki, semuanya remaja. Seorang sudah couple, seorang tidak diketahui statusnya dan seorang lagi couple-break-couple-break macam chipsmore. Ada juga kawan yang sebaya yang juga sedang bercinta, dan semuanya diceritakan kepada saya. Atas rasa tanggungjawab, saya rasa sungguh wajibalghunnah untuk saya menasihati mereka dalam mana-mana isu cinta yang kritikal begini.
Antara isu yang mereka timbulkan adalah isu mengenai seks dan perkara-perkara yang menghampirinya. OK lah setakat ni, adik-beradik dan kawan saya masih dara (kot) tetapi di masa depan, tak tahu apa boleh jadi pada mereka. Jadi saya tuliskan ini untuk panduan mereka, dan panduan orang lain juga pada masa yang sama.
Kitorg suka chatting. Tapi kekadang tercyber. Acane tuh kak?
Apa itu cyber? Apabila dua orang sedang berchatting kekadang terlepas perkara-perkara yang tidak patut diceritakan. Ya, perkataan-perkataan yang menyebabkan anda merasakan anda sedang “main” dengan orang dalam talian walaupun tidak bersentuh secara fizikal. Ehem. Faham kan?
takyah main betul2 pun boleh rasa tau. Dengar tu dinda. [link] |
Biasanya semasa sedang bual online si lelakilah yang akan memulakan cyber. Biasanya ia bermula dengan . Umumnya lelaki akan testing water dulu dengan lawak-lawak jenaka lucah dan mungkin link-link ke video yang agak mengghairahkan bermula dari yang tidak berapa harmless (PG13) dan berperingkat-peringkat ke 18PL dan akhirnya...hm.
Bagaimana nak mengelak? Well, deflect, deflect, deflect. Alih perhatian dia. Setiap kali dia mulakan topik berunsur lucah, tidak kiralah seharmless mana pun, alih topik dan cerita benda lain. Lakukan banyak kali sehingga dia bosan dan tak bawa naik topik tu lagi.
Pakwe: Hai saya ada satu lawak pasal hantu kopek...
Anda: Oh hari ni kan itew gi makan at Alamanda! Nak tahew kitew makan apew?
Pakwe: Hai, cekidaut video ni...{link}
Anda: Erm....tak pat bukak lewww server problemmm. You tadi gi manew? Sekolah ek?
Pakwe: You punya saiz bra kan berapa?
Anda: [you have been disconnected]
In short, don’t even begin to let it get there. Jangan sampai ke tahap itu. Kalau sampai juga, kalau boleh terus disconnected dan cool off selama beberapa hari. Mula semula berborak bila sudah tenang. Ya, agak normal untuk seseroang melamaui batas kekadang. Tapi jika ia berlaku, jangan biar beterusan.
Dan ingat adik-adik semua, kalau semasa anda tercyber and terkeluar air mani (both lelaki dan perempuan ada air mani tau), anda wajib mandi wajib. Walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, rangsangan syahwat itu ada. Berangan sambil tangan menaip laju-laju itu sama seperti bermimpi bukan?
Dia mintak gambar ehem-ehem. Kalau tak bagi kecik ati pula.
Ni sebenarnya perkara yang biasa saya dengar. Walaupun dalam peresekitaran yang konservatif dan bertudung litup , masih ada lagi yang sanggup membuka semuanya dalam hanya satu gambar MMS. Kerana anggapan bahawa lelaki itu boleh dipercayai dan baik dan perhubungan anda akan tahan sampai ke jinjang pelamin.
Ya, dia baik. Tetapi mungkin orang lain tidak baik. Anda tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh orang disekitarnya, contohnya rakan sebilik atau sekelas, atau sesiapa saja yang meminjam PCnya untuk main DOTA atau pinjam kredit dalam handphonenya. Memang ada kes di mana gambar disimpan baik tetapi rakan pula “terjumpa”. Dan oleh kerana orang yang menjumpainya tidak mempunyai kasih sayang kepada anda, ada kemungkinan dia akan menyimpan buat “bahan koleksi sendiri” atau lebih teruk lagi menyebarkan gambar tersebut. Dan adab kelaziman lelaki, barang baik mesti share. By half day the whole school will get a picture of you in your tighty-whities smiling to the camera, inside a folder they titled “slut”. Whoops!
Fuyooo! Coursemate terlampau! [link] |
Itu satu hal, kalau percintaan tu tak berpanjangan macamana pula? Ya, simpang malaikat 44, kamu tak nak dia berpisah. Ya dia baik. Tetapi ada banyak faktor perpisahan—orang ketiga, keluarga, kewangan, undang-undang—yang boleh memainkan peranan. Tanpa disedari perpisahan berlaku, dan malangnya ia berlaku dengan tidak baiik. Jadi agaknya ke mana gambar itu akan pergi? Walaupun dulu dia amat sayang kepada anda, mungkin kini tidak lagi. Dan dengan walau sesaat rasa marahnya, dalam sesaat itu dia boleh tekan butang send dan segalanya tersebar.
Kalau dia yang bagi gambar dulu? Well, bak kata kenalan saya “bagi gambar ni sistem barter kak, kalau lelaki bagi gambar dia mesti si awek kene bagi gambar dia jugak. Mana ada lelaki bagi gambar dia tanpa balasan.” So, bila dia bagi, katakan tak nak, tak suka, dan delete.
Kalau dah terbagi? Well, satu perkara--pastikan dia simpan dengan baik. Atau pujuk dia untuk dia padamkan (of course, most likely he won't). Kalau tak boleh juga, ambil hansetnya atau laptopnya secara sembunyi dan cuba cari gambar itu untuk dipadamkan.
Jadi dalam kes ini, jangan mulakan walau anda sayang pada dia. Bila dia cakap, tolak. Kata segan, malu, rendah dengan diri sendiri, atau apa-apa sajalah asalkan jangan bagi. Kalau dia mendesak sampai merajuk dan bergaduh—itu tandanya dia melebihkan kehendak dirinya sendiri berbanding kehendak anda. Kalau dia sayang anda takkan dia nak suruh anda buat apa yang anda tak nak bukan? Lelaki yang gentleman mesti mematuhi menghormati kehendak aweknya. Fullstop.
Kalau nak sangat tunjuk kat dia benda tu, jadi flasher terus je la! Tak ada bukti bergambar kan! Haha (OK ni nasihat tak baik. pedulikan)
---------------
Eh, panjangnya entri ni, tulah, eksaited sangat menulis! OKlah, nampaknya saya terpaksa berhenti di sini dahulu supaya anda tidak bosan Tunggu bahagian kedua minggu depan dalam Terfaktab!
Ulasan
terima kasih untuk nasihat dan peringatan buat semua yg membaca.kadang kan manusia xsedar, kasih syg yang diberi xsemua di hargai...boys always ask for this especially if what they want are given at the first place. so jgn pernah bg sbb semua ni addict. once you give, he gonna ask for the second,third,forth and so on..
ok...tersalah tulis ke?
jap, nak gi cari source tu balik. rasanya dapat daripada column agama. :P
CORRECTION:
harap maaf kerana telah typo di situ. apa yang saya maksudkan ialah air mani. utk perempuan juga air itu dinamakan air mani.
walaupun perempuan, mengeluarkan air mani disebabkan suatu rangsangan nafsu syahwat/nikmat,diwajibkan mandi.
berkenaan air mazi, ia ialah air yang bening dan pekat dan tidak wajib mandi.
adapun pendapat mengenai kalau cyber kena wajib mandi tu, saya dapatkan daripada satu website soal jawab berkenaan agama. tapi URLnya tidak dapat ditemui.
harap maaf you guys.:P
hehehe
Alhamdulillah sekarang dah tak lagi masuk chat2 nie...keburukan mengatasi kebaikan...~~
dan lelaki juga mempunyai air mazi,,
mani dan mazi adalah dua benda yang berbeza..
air mani kaum perempuan tidak akan keluar jika hanya menggunakan jari, tetapi boleh dikeluarkan dengan bantuan lelaki dengan merangsang spot yang tertentu dalam vagina yang tidak boleh dicapai dengan jari...
*kalau guna objek merepek tak tau la pulak, boleh jugak kot?
p/s : just sharing
betu!
itu pun apa yang saya tahu juga.
ps.. warna air mani perempuan sedikit kekuningan berbanding air mani lelaki.
air mazi ialah jernih berbandng air mani, dan ia tak ada bau macam air mani.
bab rangsangan tu...er...no komen deh. blum jumpa balik source asal.
*ps. dasat weh isu ni. patut le takde org komen n like. LOL
hahaha, ni kelakar okay..adoi... -__-
ada orang pernah bagi nasihat macam tu dekat dalam forum. sengal tak? lulz