Pakar Putus Cinta

Jatuh cinta,putus cinta itu perkara biasa. Gua jatuh cinta,putus cinta ni macam makan nasik. Punyalah selalu sampai kadang-kadang gua rasa gua Pakar Putus Cinta. Jadi bila lu putus cinta atau patah hati,apa yang perlu lu lakukan untuk buat hati lu rasa sedap sikit? Sikit je,tak banyak pun.



  • Kongsi problem
Bila lu share masalah lu dengan seseorang tak kisah la mak lu orang ke,kawan-kawan ke atau stranger sekalipun lu akan rasa lega selalunya. Yela,otak waktu-waktu putus cinta ni tak jalan mana sangat,banyak yang tersumbat. Jadi mungkin orang lain boleh tolong kasi lu pendapat.

Tapi masalahnya dengan cara ni,problem lu akan jadi problem orang lain jugak. Kadang-kadang lu cuma nak berkongsi apa yang terbuku kat dada je tapi mungkin kawan-kawan atau family lu akan rasa masalah lu dah jadi masalah diaorang. Paling teruk bila kawan-kawan atau family lu pulak yang pergi serang ex lu. Benda ni mungkin akan buat lu rasa lagi macam nak gila.

  • Cari ketenangan
Bab cari ketenangan ni,manusia macam kita ada macam-macam cara untuk cari ketenangan. Pergi holiday,pergi menjerit atas bukit,pergi termenung tepi pantai,pergi menangis bawah air terjun,pergi window shopping sorang-sorang,pergi drive laju-laju atas highway. Lain orang,lain caranya.

Tapi ada jugak manusia jenis cari ketenangan cara bangang. Elok-elok waras pergi bantai hisap gam,ambek ganja apa semua. Apa diaorang ingat kalau sekali diaorang ambek barang-barang camtu,diaorang boleh lupakan terus masalah diaorang. Apa punya gila la,kot tak tahan sangat suruh je orang hentak kepala lu sampai pengsan. Time pengsan mana ingat apa masalah pun,free pun free ye dak?

  • Rokok / Cokelat
Kawan baik lelaki semasa putus cinta ialah rokok. Lu boleh detect lelaki tu ada masalah ke tak hanya dengan tengok macam mana dia hisap rokok. Kalau dia hembus asap rokok tu berat semacam maksudnya dia sedang cuba lepaskan sesuatu yang berat. Gua kalau tengah ada problem pun,elok-elok sekotak sehari boleh jadi 2 kotak sehari. Gua bukan nak mengajar benda bukan-bukan tapi kalau lu lelaki yang sedang putus cinta tapi tak merokok,masih belum terlambat untuk lu mulakan sekarang.

Jika rokok ialah kawan baik lelaki,cokelat pula ialah kawan baik makwe. Gua tahu ramai je makwe kat luar sana yang cari cokelat dulu lepas putus cinta. Paling teruk ada yang makan cokelat sambil nangis tersedu-sedan. Apa punya perangai la..Tapi kalau ikut dari segi saintifik,cokelat memang boleh meredakan tekanan pun cuma gua harap janganlah beria sangat makan tu,kang naik sampai 5-6 kilo sape nak jawab?

  • Sibuk
Sibukkan diri lu orang dengan apa-apa benda. Pergi melepak dengan kawan,pergi stadium tengok Arsenal,pergi kenduri kahwin,cat pagar rumah,tengok wayang,pergi mengumpat dengan makcik-makcik bawah pokok,mengait baju,jahit langsir. Lu orang buat je la apa pun asalkan dapat buat lu takde masa nak pikir atau sedih-sedih pasal masalah lu orang.

  • Luahkan apa yang lu rasa
Ada facebook kan? Lu up je status apa yang lu rasa. Peduli apa orang nak kata,lu punya facebook lu punya hal la kan? Kalau ada blog,lu up je entri tentang apa yang bermain-main kat perasaan lu orang sekarang. Satu-satunya keburukan cara ni ialah orang lain yang tak kenal lu akan anggap lu macam nak mintak simpati dan rasa lu macam loser. Tapi percaya cakap gua tulisan atau taipan boleh meredakan tekanan. Sama macam apa gua buat sekarang..

  • Mulakan hidup baru
Bukan senang nak mulakan hidup baru. Ada yang sampai kena delete facebook,delete blog,delete formspring,delete account youtube semata-mata nak lupakan seseorang dan mulakan hidup baru. Terus terang kabor gua pun cukup suka main delete-delete ni. Memang nampak tak steady sungguh cara ni tapi kadang-kadang kita sorang je yang tahu apa yang kita rasa jadi kita sorang je yang tahu camne nak pujuk hati kita. 

Tapi ada jugak jenis yang asal ada masalah je nak kelar tangan sendiri,asal patah hati je nak telan panadol sampai dua - tiga belas papan,asal rasa rabak je nak minum serbuk pencuci daia. Gua cakap macam ni je la,masing-masing dah besor tapi kalau lu buat camtu dan lu mati macam mana lu nak jatuh cinta lagi? Jatuh cinta best gila tahu?Jadi kepada sesiapa yang sedang patah hati,cepat-cepat sembuh dan selamat jatuh cinta semula!



Entah kenapa walaupun gua dah cuba semua cara ni,hati gua masih rasa tak sedap. Takkan nak kena minum petrol jugak?


Nota Cinta : Cinta tak pernah putus,cinta hanya terhenti. Cepat-cepat tekan button play semula!

Ulasan

Cob Nobbler berkata…
Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. cheers!
B33HA B3n berkata…
wa pun baru putus cinta,..tragis wa ckp lu...(acece bahasa xleh bla) sampai mak dia call2 i suh lepaskan her son...sob..sob..

apakah salah ku?

1) i harung sorg2..tak story kt sape2...so..org just nmpk salah i..budus2...

2) delete Fb...sebab nak buang benda2 kat dalam tak sanggup...

3) renew blog...

tukar nama personal kat Blog..

Coy...benci putus cinta. hee..
Nur Liyana berkata…
aku da sembuh dr putus cinta ni. wahaha! bg aku, kalau da lepas tu da la. malas nk ungkit, xde guna kot. nak sedih lebih pun buat apa, hubungan tu da putus. jd, cheers and say HAIIIIIIII untuk cinta baru.. hahaha ! xDD
bella dela rosa berkata…
sabar la ye.;).cinta lepas kahwin lagi indah.
farahin nasir berkata…
xmo dah ptus cinta.. sakittttt.. :'(



MUNTAH KUAR PAKU DAN KACA!
Tanpa Nama berkata…
"tapi kalau lu lelaki yang sedang putus cinta tapi tak merokok,masih belum terlambat untuk lu mulakan sekarang"

mcm lncau nyer tips...
bgst
pstu smpai mati bile isap rokok ingt kat awek sorang tu en. hadoi..

memang tak lupe la sampai mati
Tanpa Nama berkata…
I am totally move on after know he is lying on me..lpas break still kwn even xcouple.Tp bila tembelang dia btul2 pecah,barula i ada alasan nk benci dia.Huh~dasar xboleh percaya.

Putus cinta memang ambil masa nk sembuh.lagi2 kalau semua tu bkn salah kita.apa pon,try to move on.Maybe we deserved to someone better..
Gigi Besi berkata…
Perlakuan melambangkan perasaan.

Well, sometimes press button pause pun best gak.

Segalanya terhenti, hati terubat.

Love the writer.
Rain Anash berkata…
indeed.

point menulis itu sangat setuju.

for me writing is a good therapy. menulis sesuatu untuk melepaskan beban di hati.

hey ! gua baru putus cinta, tapi takde napsu ke cokelat pon? kikiki.

one more thing, stop stalking him or her. melihat semula barang kepunyaan kita, yang kita sayang tapi dh rosak sangat lah menyakitkan.

lagu pun, gua tak dgr lagu sedih2 or yang sama dgn kisah gua. itu hanya menambahkan lagi kesakitan.

sometimes its not bout love sebab kita tgh sakit hati dgn dia, its bout we afraid we miss the routines that we'd done together.
panda berkata…
macam aku pulak,memang dah dapat lupakan kekasih lama tapi sekarang musim orang kawin..tah cam mana boleh ingat balik kat dia...adoi..parah - parah...
A.R berkata…
point seken las tu mmg gua stuju sangat.
Tanpa Nama berkata…
sejarah pahit. biarkan berlalu saja.
jangan sshkan dri semata-mata nak lupakan "the X". let it flow like nothing happened..
one thing, rokok? janganla~
nfar berkata…
lek bro,ade care lain nak tenangkan hati.Zikir.ibadah.Qiammulail,menangis tgh mlm bute kat sejadah.siries.lega gile2.x tipu.try first
nfar berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
vampire's lovex berkata…
cayalah !! jangan pernah berhenti memberi cinta dan menerima cinta..phewwww
Amni berkata…
hahaha... Sgt setuju ngan farna33. Memang tak sng putus cinta. Tp bila ingat yang Dia bagi cinta dan bila2 dia boleh amik balik, hati tenang. Tapi tenang kejap je la. Dtg balik. So kena datang balik pada yang bagi perasaan tu. Lastnya, insha allah hidup lebih tenang.
Dekna berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
lu mmg memahami gualah bro keh keh keh

brkawan lg best kot dr sibuk nk brcinta hihi :D
daughter of keyna berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
me kecewa tp xsuke mam cokelat pun.... :)
aljambz berkata…
kah kah kah. tui
Tanpa Nama berkata…
break up when som1 dump u. hah. totally mmg ase nk gile.
ak pon bru ps break gk . almost 2 moths. reasons i deserved som1 better than him but in fact he has som1 new. gileee.. aishh
alhamdullilah. move on siket2 dh. rindu la mst la kot.
tp owg dh ludah ko cre teruk punyer xkn nk jilat balek kn? huhu.
luah ke j ap ko ase. esp in writing. ak support sgt. bia la dpd dok maki dy bek maki kt writing j kn. hahahah.
btw nice entry.
-lara91-
Balqis Riza berkata…
pada aku, nk move on ni mmg susah tp sng kalau set kan hati..mslh nye, hati kite nk kat mamat/awek yg dumped kite tu..kan? haha

tp kalau mmg ikhlas nk let go, mesti boleh punye..doa byk2..
ermmm....tireless mom dah 2 kali divorce, bkn stakat putus cinta...so apa yang penting jangan bersedih dan jangan meratapi...sebab hidup nie sementara...n believe me for wateva thing hapen theres a rezen behind....
laskar pelangi berkata…
memang bila putus cinta. fuh! tak terkata cam mana nak ceritakan betapa sedihnya hati. sungguh remuk. huuu..

memang putus cinta, bagi saya plak. saya suka drive laju laju. pastu pasang radio kuat kuat. kasi bingit. baru hilang stress.. dalam drive tu. termenangis seketika..menangis sehari lagi baik daripada nak menanggung hati pedih untuk selama lamanya kan;)

lain orang lain ragam nak cari ketenangan lepas putus cinta.


suka sangat kata-kata dari nota cinta. perghhh! mantop!
amiel36 berkata…
kisah say ni macam lagu kisah hati...hahaha...skang telinga sensitip tol dengo lagu...dulu dengar melodi nyer je..tak amek pusing pun sal lirik dia...skang byk da aku kumpul theme song tuk putus cinta ni..haha...

tapi aku bukan putus cinta...kisah aku coplicated beb..hahak...makan hati to la...

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.