Nak jumpa mak saya?

Sepanjang gua berkasih sayang atau melalui sesi percintaan, gua tidak begitu cepat memperkenalkan makwe gua pada keluarga. Motifnya, tidak mahu memberikan harapan dan tidak mahu juga menyimpan harapan. Dalam hati gua tanamkan, andai kata hubungan itu benar benar serius seperti lagi dua tiga minggu nak pergi beli cincin tunang barulah gua kenalkan makwe gua pada mak.

Gua risau kalau hari ini gua kenalkan pada keluarga tetiba esok putus cinta apa gua nak jawab pada mak. Nak jawab "takde jodoh" mungkin logik kalau sekali dua tapi kalau berulang kali gua kasi alasan yang sama dah tentu mak akan ingat gua mempermainkan jodoh.

Raya tahun lepas gua bawak seorang kenalan berjumpa dengan mak. Tujuannya ialah kerana makwe itu ingin datang beraya. Makwe yang juga seorang doktor ini telah lama gua berkawan dengannya. Namun orang tua kadang kadang mudah menyimpan harapan, gua tak salahkan sesiapa. Hati mak manalah yang tak teringin bermenantukan seorang doktor berwajah manis, bertudung rapi dan bersopan santun ye dak? Namun kadang-kadang, kita mesti tahu siapa diri kita. Bulan takkan mampu berkawan dengan rumput di bumi..Ceeewaahhh..

Pada pendapat gua, apabila melibatkan keluarga ia adalah suatu perkara yang serius. Maka atas sebab itu, selagi tidak menemui makwe yang serius dan hubungan yang serius lebih baiklah ia tidak melibatkan keluarga. Berkeliaranlah di luar dan andai kata menjumpai seorang berlandaskan perasaan yang serius barulah bawa dia pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga. Jika tidak, bawa sahajalah dia berjumpa dengan kawan kawan dulu untuk test market orang kabor. 

Apapun, ini adalah pendapat peribadi gua. Lu orang nak bawak makwe jumpa family pun gua peduli apa ye dak? Bawak je lah tapi jangan sampai jiran sebelah kabor "anak bujang jiran sebelah ni dah 23 kali bawak calon menantu lain lain tapi tak kahwin kahwin jugak" cukuplah..

Oh ye, selamat berpuasa semua. Semoga ramadhan kali ni kita dapat menjumpa seorang yang serius untuk dibawa berkenalan dengan keluarga bila syawal menjelang nanti. 



Tapi jumpa makwe yang serius tapi puasa tak serius gua boleh geleng kepala je la.

Ulasan

Hakim. berkata…
Bawak makwe jumpa mak ni bahaya sebenarnya. Kaum emak ni cepat benar rindu. Tak pasal2 kang rindu dengan awek yang sekarang ni kalau nampak muka kita, rasa macam nak bertumbuk.

#pengalaman sendiri.
Judh berkata…
ok baru saya faham .


tapi yg bab jiran tu memang lawak hahahahaha . mmg jiran2 jenis cenggitu .
Unknown berkata…
Bahaya bila serius.Untung jugak berserius.. Ngeh.
Adziim berkata…
Gua setahun lebih sikit bru bgtau mak. Nasib dpt amoi yg jnis faham.
Tanpa Nama berkata…
gua dah, lu bila lagi lep?
Tanpa Nama berkata…
hahaha jiran sebelah uh lawak. huhu
Nazrul Ashraff berkata…
aaaaa. aku setuju 100% .. kalau nak bawak parents , biar yang betul2 serius je la. yang tak serius tu buat apa nak tunjuk/
Kc Kasedah berkata…
aaa setuju sgt. aku + bf ni mmg tak jumpa lg family walaupun dah 3 tahun kapel. sekali je la tapi cenggitu je la. belum masa lagi :)
kalo leplep yg faktab kn entry mmg tak penah menghampakan. keh3 .
pakwe nk bwk blek makwe jumpa mak tu mmg dia betul-betul serius la org kabor . tp kalo byk kali bwk balek tu parah jugak
cik ana berkata…
Sbb tu le ai bengkek bila x-pakwe dulu pepandai p rumah jumpa mak masa ai duk U. Jumpa masa i xdo lak tu. Last2 putuih jgk. Buat malu je.
Ell Swift Dotz berkata…
Haa..betullah tu brader leplep..setuju 100%. Tapi sekarang ne ramai jugak laa yang kenalkan bf dgn kluarge padahal baru couple seminggu. Tup-tup bulan depan dah clash. Family pun bengang.
moots berkata…
kalau dah bawak bf / gf anda berjumpa dengan kedua orang tua, so itu maknanya nak SERIUS la.

so, kedua - dua pihak perlu memainkan peranan dalam mengeratkan lagi hubungan.

apa yang penting komunikasi dua hala antara bf dan gf.

once dah bawak bf / gf anda jumpa orang tua memasing, tindakan seterusnya ialah KOMITMEN DALAM PERHUBUNGAN.

laksanakan lah langkah - langkah yang boleh mengekalkan hubungan anda berdua. bukan syok sendiri pastu putus / clash.

renung - renung kan dan selamat beramal.
Allen berkata…
Hehe ada tip apa nak cakap ngan parents keluarga si buah hati?
Unknown berkata…
yup bwk balik gf/bf jumpa parents memerlukan perhubungan yg serius dlu..if br kenal berbulan da bwk balik parah..nti mak da suke then bel putus susah taw..malu dan tersepit ble close sgt ngn mak pasangan walaupun da putus..aiyokkk
blog-tips-kurus berkata…
23 kali? hehe!

kalau dah melibatkan ibu bapa, biasanya dah nak ke fasa yg serius..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.