Harapan Hitam Putih
Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap.
Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap.
Hope is for losers -Ez-. Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari.

Bagi aku, harapan ada dua keputusan. Hanya hitam atau putih. Tiada kelabu. Sebab jawapan terakhir itu yang bakal kau hadapi seumur hidup kau, suka atau tidak. Yang kelabu hanyalah rangka masa untuk menunggu jawapan terakhir. Jawapannya tetap hitam atau putih.
Setiap hubungan memerlukan dua tindak balas. Antara yang memberi harapan atau yang mengharap. Itu hukumnya.
Kalau kau seorang yang memberi harapan, kau dah bawa seribu satu tanggungjawab untuk kau pikul. Kau mungkin membuatkan seseorang itu bahagia, atau derita. Itu pasti. Sebab itu kau bertanggungjawab. Kau bertanggungjawab atas jawapan yang bakal kau berikan. Suka atau tidak, kau harus pilih hitam atau putih. Tapi aku yakin, itu semua perasaan. Perasaan berubah dan diubah. Suka atau tidak kau tentukan.
Sebagai manusia yang bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab, kau mesti buat pilihan. Untuk memberi atau untuk tidak memberi harapan.
Pada yang menaruh harapan, cukup-cukuplah Terima kenyataan. Duduk dalam fasa kelabu sangat membosankan. Buang masa. Buang tenaga. Buang air mata. Jangan jadik pungguk rindukan bulan. Bulan takkan jatuh ke riba. Berharap la dekat orang yang mengharap. Tak salah kau mengharap, tapi jangan sampai harapan kau buat kau pening kepala. Sebab akhirnya, kau mampu jadi gila. Semua tu, kau yang tentukan. Kalau dah dapat warna hitam atau putih, cepat-cepat move on. Jangan teriak nak duduk dalam fasa kelabu jugak. Kalau tak, sampai mati kau macam tu. Tak ada perubahan.
Aku tak suka bagi harapan. Aku bukan cupid yang turun dari langit nak bagi siapa-siapa harapan. Aku tak bawak crystal Bow and Arrow untuk aku tembak dekat hati kau. Aku pun same macam kau. Aku pun kadang2 mengharap. Pernah jugak duduk dalam fasa kelabu lama-lama. Pernah jumpa hitam putih. Sebab tu aku tekan-tekan keyboard ni sampai jadik satu karangan yang aku nak kau semua baca. Aku nak kau sedar diri, bangun dari mimpi. Tak elok tidur lama-lama. Tak elok mimpi lama-lama. Takut nanti mimpi dalam tidur tu melarat. Pergi cuci muka sane. Tengok cermin. Bukak mulut. Cakap dekat diri sendiri ayat ni "hidup ni bukan setakat bagi harapan dan mengharap aje, banyak lagi benda boleh fikir dan buat. Jangan jadik bodoh sampai kau lemas dalam fasa kelabu kau tu. Bukak mata luas-luas"
-Riwayat Al Kambing Biru-

FYI, gwa favourite tweet ni. He's right afterall. Aint he? |
Ulasan
aku rase aku baru je move on
and aku still tade feel nak hitam or putih
be innocent and take no concern
mkn,tdo,main2 lagi bahagia
hahaha
sebab lepas harta, kekasih dan kemahsyuran hilang, apa lagi yang kita ada untuk teruskan hidup?
harapan itu kita gunakan untuk terus mencari cinta.
harapan itu juga kita guna untuk terus mencari ilmu dan kerjaya, emgharapkan masa depan lebih cerah.
harapan itu juga la yang menyeabkan kita jatuh cinta pada agama, kerana mengharapkan bahawa satu hari nanti hidup kita ada pengakhiran yang baik.
wassalam.
cmner nk bukak mata luas2?
hakhakhak..
yeah..
xbaek bg harapan klu rs xmampu nk wat..
mimpi lg bez kot..
nk2 dpt mmpi jd power rangers kaler kuning..
fuh,slmtkn dunia seh..
hehe..
Yup.
Setuju dengan dia.
When people lose hope, there's something remains.
ramai yg suka bg harapan dan ramai juga yg terlampau berharap pd pemberi harapan,series ia amat myakitkan jika yg beri harapan tu hanya suka suki je tabur janji then terus pergi meninggalkan yg terlampau berharap.cukup-cukuplah...penat wei.
sy da lama duk fasa kelabu..sekrang sy meniti fasa pelangi...hahahahah~~~~rainbow,here i come~~~
ak xnak duk dlm fasa kelabu ni dah.
smp kelabu asap mate aku. haha
thanx weyh, tulisan ko sgt bmakne.
ak curi, share kat fesbuk! ;p
this is nice!
"Kesilapan terbesar seorang lelaki ialah memberi harapan."
aku da beharap nak mati kat pemberi harapan tu :'(