Jagung
Salam kepada para pembaca terfaktab.
Hari ini aku nak cerita pasal jagung. Kisah sebatang jagung dalam sebuah hubungan percintaan (tak payah buat-buat excited nak baca budget cerita lucah). Actually ini satu cerita nasihat, dari orang yang dah berumahtangga. Ehem, dan jagung ini, diharap bolehlah dibuat jadi pegang-pegangan (bukan cerita lucah aku kata!)
Aku pernah terbaca cerita ini dalam satu buku tak silap aku. dah lama. Cerita ini pun sebenarnya agak famous jugalah. Namun aku rasa dalam beribu-ribu pembaca ni at least ada la sorang dua tak pernah dengar lagi. ok la tu kan? Walaupun entry ini agak personal, tapi aku rasa ada relevannya untuk terfaktab. Jadi, ceritanya macam ni:
Seorang pemuda pergi berjumpa dengan seorang pendita untuk bertanya mengenai persoalan yang bersarang di hati beliau.
Pemuda : Datuk pendita, ajarkan aku mengenai cinta dan perkahwinan... Aku sudah lost.
Pendita : Baiklah. tapi penuhi permintaan aku dulu. Aku lapar jagung bakar. Apa kata kau masuk ladang jagung ini dan carikan jagung paling besar untuk aku. Aku tunggu di seberang sana.
Pemuda : Deal!
Lalu masuklah pemuda itu mencari jagung paling besar. Diredahnya ladang jagung sampai penuh kemuncup melekat di seluar trek beliau (ini aku tambah nak bagi sedap). Dia bertekad akan memuaskan hati pendeta. Dia mencari-cari jagung terbaik sehingga dia sudah hampir sampai ke seberang sana. Dicapainya satu jagung dan dia keluar dari ladang tersebut. Pendita itu sudah pun ada di situ.
Pendita : Ini ke jagung paling besar kau boleh dapat dalam ladang sebesar ini, saitan?
Pemuda : Oh, aku terlepas dua tiga batang yang ranum tadi, tapi aku ambil yang ini saja akhirnya
Pendita : Bodoh! aku nak jagung paling besar. sekarang kau masuk balik, carikan aku jagung paling besar. aku tunggu di seberang sana balik.
Pemuda : Cis, baiklah kalau begitu.
Diredahnya sekali lagi ladang tersebut. Sehinggalah dia terjumpa sebiji jagung yang agak besar, tanpa berlengah terus diambiknya jagung tersebut. dan terus berjalan meredah ladang bersusah payah sampai ke seberang sana. Ternampak kelibat pendita tadi sudah berdiri tegak di hujung ladang. Laju benar dia sampai ke seberang sini. Hebat ilmunya, gerakannya sekilas angin, getus hati si pemuda.
Pendita : Tak payah nak buat-buat muka pelik, aku naik motor.
Pemuda : Oh. ye ke. ini jagung yang datuk mintak.
Pendita : Baik, terima kasih.
Pemuda : Jadi ceritakan pada saya mengenai cinta dan perkahwinan.
Pendita : Redahan ladang kau yang pertama tadi adalah cinta.
Pemuda : Apa?! Kenapa?
Pendita : Kamu sudah terjumpa banyak jagung yang besar dalam perjalanan pertama kan?
Pemuda : Ya.
Pendita : Namun kamu teruskan juga, mengharap untuk jumpa yang lebih besar di hadapan. Begitu seterusnya dan seterusnya. Kamu tidak puas hati. Tanpa kamu sedari, masa sudah suntuk, kan? Begitulah resam percintaan.
Pemuda : Oh...begitu rupanya. jadi, bagaimana dengan perkahwinan?
Pendita : Bila kamu masuk kali kedua, kamu terus mencapai jagung paling elok pada pandangan pertama. Dan kamu benar-benar percaya akan ia. Dan aku tau kamu juga tak kisah kalau terjumpa jagung lain yang lebih besar di hadapan. Benar?
Pemuda : Benar.
Pendita : Itulah. Itulah cinta yang sebenar.
Pemuda : .....
Begitulah ceritanya.
Cilakak betul. Boleh kena label mat bunga ni tulis cerita macam ni.
Secara seriusnya aku berkata di sini bahawa ini adalah pegangan aku setakat ini untuk rumahtangga aku. Sikit pun tak tipu. Malah cerita ini jugak aku guna untuk tackle bini aku dulu. Boleh tahan menjadi. kesimpulannya, dalam hati masing-masing mesti nak kena ada satu benda prinsip, atau guideline untuk menjalin hubungan serius (kalau ini pilihan korang la kan?)
Kesimpulannya lagi, walaupun aku google Lisa surihani, walaupun aku letak wallpaper Maria Ozawa di desktop, walaupun aku usha awek cun dalam lif tadi pun. Namun, bila aku peluk bini aku dan mencium rambutnya semasa dia tidur, aku yakin. Inilah jagung aku.
aku cium lagi..
memang ada bau jagung sikit..
bye.
Ulasan
Sekejap, aku makan jagung asyik tak hadam je, apa kes?
T___T
baiklah.
Otak aku tak boleh cerna.
Sebab ternampak nama Maria Ozawa.
Eh?
pagi tadi berak pun keluar balik.
okay. bagus pegangan kau tu derian!
tp bkn jagung..
xsangka de bnyk version cte ni..
Ladang jagung tu kat mana?
aku nak cari jagung aku.
hahaha
sokonglah industri buah dan sayuran tempatan kita!
-tak payah buat-buat excited nak baca budget cerita lucah)
-Pendita : Tak payah nak buat-buat muka pelik, aku naik motor.
-aku cium lagi..
memang ada bau jagung sikit..
HAHAHAHA!
cerita ini sungguh menggamit jiwa beta.
mengapa tidak menggantikan "jagung" dengan "durian"
"apabila anda kali pertama ke ladang durian dan tiada satupun durian yang gugur, atau durian yang gugur telah ditebuk tupai, maka itulah cinta... "