Sembang Single dan Perempuan Single

Dunia berputar dengan pantas dengan maklumat menyusup selaju twitter. Sekelip mata luahan peribadi naik di  facebook wall post untuk di tatapi oleh seluruh stalker, sahabat handal dan paling penting, golongan lelaki yang masih single. Mereka mencari, dengan harapan, mahu menemui perempuan single di hari berbahagia yang di gelar Vday. Kalau boleh nak mencari awek macam gambar di sebelah. Tak berkelip mata memandang. Mungkin cerita basi. Namun, masih relevan untuk standard kampung dan ceruk-ceruk felda seperti Felda Selancar 3 dan 2.


Apa yang di risaukan oleh perempuan single terhadap hari cinta ini?

1. Lelaki berperut buncit
Kalau boleh, semua perempuan memang tak mahu teman lelaki dan bakal teman lelaki ataupun suami mereka berperut buncit. Berperut buncit merupakan satu paranoid nyata dalam mempengaruhi perasaan perempuan. Perut yang buncit selalunya di beri alasan sebagai 'ada orang jaga', 'senang hati', 'kuat kerja' dan sebagainya. Sama ada kandungan di dalamnya adalah cacing ataupun lemak. Lelaki berperut buncit akan selalu menggosok perut mereka di masa lapang. Ini menimbulkan kerisauan kepada perempuan. Lelaki yang terlalu bersenang-lenang sebenarnya renyah kerana terlalu manja. 

2. Meniti usia
Hari ini 21 tahun, pejam celik pejam celik, eh eh sudah 26tahun. Pakwe takde lagi. Calon suami tiada juga. Yang penting, bilangan heels dan beg lebih banyak dari bilangan nombor telefon lelaki dalam telefon bimbit. Ini merisaukan sebahagian perempuan single. Sampai bila? Ibu bapa sudah bising, kawan-kawan sudah menyindir. Hati masih belum terbuka, kental dan tegar. Menunggu waktu, menanti harapan. Mengharap jejaka dari syurga datang menyunting di hadapan Masjid Putrajaya. Konon romantik. Padahal tak kunjung tiba.

3. Lelaki orang
Di jengah-jengah, di risik-risik, rupanya lelaki yang di minati adalah lelaki orang. Sudah beristeri. Masalah. Tiada lah bunga ros? Tiadalah kad cinta istimewa? Yang ada hanyalah inbox yang kosong, sepi menanti. Apakah nanti tertera nama isteri pertama di walimatul urus kad perkahwinan? Bilangan lelaki single berkualiti sudah berkurangan. Pilihan semakin mengecil. Kebarangkalian semakin sempit dengan kadar nisbah lelaki-perempuan yang semakin tidak stabil. Jika terus begini, apakah hala tuju perempuan single? 

4. Produk kecantikkan
Cantik di gambar, tak semestinya cantik di alam realiti. Photogenic. Cantik di alam realiti, belum tentu cantik, sebab bila muka di bilas, make-up semua hilang. Kadang-kadang rupa yang secantik Audrey Hepburn, akan sehuduh Britanny Murphy bila make-up, eye shadow, contact lens dan lips gloss tiada di muka. Fake plastic tree. Sejauh mana perempuan single hendak bertahan dengan semua ini? Sampai masa adakah perlu berpurdah? Mampukah perempuan single bertahan dengan pancaroba capitalism beauty yang semakin mengheret wajah-wajah gadis ke header blog untuk menarik perhatian para lelaki. 2-3 minit saja, lepas tu si lelaki dah lupa url blog dan namanya. Sigh.

5. Terfaktab
Stuck dengan masalah cinta. Masalah yang memeritkan hati. Pedih terluka di kecewakan. Angkara lelaki yang durjana menyebarkan video intim di laman web lucah bersekutu. Angkara lelaki yang durjana menghantar mesej break-up sebegitu saja tanpa penjelasan nyata. Diri manusia mahukan kebebasan. Sama ada kebebasan dalam bercouple atau pun tidak, memang kebebasan adalah tunjang utama perempuan single masih belum mencari cinta hakiki. Pergi ke depan mencari cinta terhadap Tuhan, namun berhenti di tengah jalan bila merasakan betapa sukar rupanya hendak menyintai Tuhan yang tidak nampak kelibatnya. Yang ada hanyalah 'rasa'. Sedangkan cinta terhadap manusia itu boleh di rasakan, boleh di belai. Sehinggalah tertipu dan kemudian menipu orang lain. 


Jika beginilah beratnya hidup berpasang-pasangan, lebih baik hidup membujang dahulu sehingga sampai waktunya. Menjadi seorang manusia adakalanya berat, dalam hati ingin menjadi burung. Boleh terbang sorang-sorang dari Butterworth ke Georgetown, seberang selat. Sedangkan menjadi manusia yang single, perlu ada duit untuk melepasi tol yang mahal. Menjadi manusia ber-couple pula, kena berkongsi duit minyak. 

Natijahnya, kalau seluar dalam sendiri pun mak bapak yang basuh. Lupakan saja niat nak ber-couple tu, jadilah single sampai dah pandai basuh seluar dalam sendiri. Setel. Being single is not a crime dude!



p/s : Kalau ada awek single, passing kat gua k? 
Gua nak passing kat member gua yang single. Keh keh keh!

Ulasan

zt-zati berkata…
mmg best to be single..
but, kdang2 jles tgok org b'kapel..
*sigh..
Tanpa Nama berkata…
gambar itu melarikan perhatian gua terhadap entri.
Nur Liyana berkata…
best lh single.. nak buat apa tak de sape yg larang.. dtapi ada masa bosan jugak tengok member berkepit dengan partner masing2.. cheh.. =.='
RastaMat berkata…
stim syal tgk gambar tu..
LOL!!!
milah berkata…
makcik aku kan, umur dah 30. dia tak kahwin2 pun lagi, tapi yang aku pelik, dia ramai je mengorat. ramai je yang nak mencuba masuk ke hatinya. mak cik aku pulak tidaklah jual mahal sangat, tapi entah kenapa relationships dia semua tak jadi. ex boyfriend semua dah berbini.dan disebabkan dia tak kahwin lagi, ramai orang ingat dia janda. family aku pun tak tahu apa masalahnya. sampai mak aku carikan jodoh untuk dia. dah nak kahwin, last2 lelaki tu dah bertunang dengan orang lain. alasan dia, sebab dia percaya yang mak cik aku ni janda plus makcik aku freehair, dia nak perempuan yang menutup aurat.

mungkin mak cik aku tu dah fedup, dia dah malas nak fikir soal kahwin. dia sekarang tengah sakit. macam kemurungan lah. dia selalu letih2 dan termenung. kitorang nak rawat, dia tak nak, dia betul2 dah putus asa. sekarang dia kat kampung. aku takut dia jadi gila je, sebab pakcik aku cakap hari2 dia pergi kubur nenek aku lepastu nangis2. sebabkan benda ni, mak aku takut aku jadi macam tu. salah satu faktor makcik aku jadi macam tu, dulu dia ada boyfriend, kira cinta da lah tapi family mak aku tak suka mamat tu. dan sekarang mak aku siap cakap kat aku, "kalau kakak ada lelaki yang nak, dia betul2 serius nak kakak, bagitahu mak. kita bincang"


hm, kesian kan makcik aku.
Akulah Aqilah Itu berkata…
aku kesian kat maksik Milah kat atas ni. =(

Single lagi bahagia. Cinta lepas kahwin yang terindah. =)
Persoalannya, releban lagi ke cinta selepas kahwin sekarang. Mungkin, ada, tapi rare.
Tapi, dah terlambat..
Sca Ndx berkata…
gua nak awek single boleh. kehkehkeh.
nn berkata…
best single. tapi bila mak dah start tanya 'dah ada calon ke belum' and dah start cakap 'cari calon sebelum kerja' and kebetulan ada 1 setengah tahun nak habis degree, rasa macam nak sambung master - PhD
Fatin Razali berkata…
To Milah :
spechless kejap aku baca weyh.

to terfaktab :
"Being single is not a crime dude!"

sangat setuju. tapi masalahnya, bila kita tengok orang lain dengan partner masing-masing, diri sendiri akan terfikir 'please,aku pon berhak bahagia'. but hey, sejak baru single neh (damn), aku rasa it's not that bad. ada kawan-kawan yang freaking awesome, single tak menjadi satu masalah yang besor.

go go single girls! :p
NoraChan berkata…
single is simple, senang, idop tak terkongkong... nak kawen suruh mak cari... kan senang... huhu
Pencinta Seni berkata…
single = simple...
couple = trouble...
hehehhehe... =P
shiela-suka-suki berkata…
payah jadi single ni.
nk pi kenduri kendara pun malas.
nk jumpa sedara mara pun malas.
malas nak menjawab soklan maut.
huhuhu.
begitulah hakikatnya
Tanpa Nama berkata…
alahai..
bg aq lar kn..
single neyh besh..
ta t'k0ngk0ng..
tp klw cple pn 0k..
ble ad pr0b, ad tmpat ngadu..
kte blaja b'k0ngsi..
asal jgn lbey2 da lar..
n psal laki buncit tuh..
aq ta kesa ngn laki buncit..
klw dy baek..
buncit pn apadahal kn??
huu~
1st cple aq ensem k0wt..
tp da pnas baran.. aq ngkat kaki je..
yg skang neyh..
buncit bley than..
tp bhagia je..
tade hal lar..
rupe ta pntng pn..
eww. berkata…
pening aku mengeja ayat di atas.




eww.
AlexiaAqram berkata…
@zati

jeles ke? saya rilek je. eyh?

@matahari

untuk tatapan bagi kekenyangan pada mata.

@yana

bosan? jom hiking!

@rastamat

tolong jgn buang stim di sini.

@milah

aku harap kau boleh hantar artikel mengenai makcik kau yg single itu ke email kami.

@akulah aqilah

lepas kahwin. mesti heppi punya. lagi2 lelaki.

@sca ndx

lu bukan playboy ke?

@nn

haha. mengelak!

@fatin

hell yeah! single is legend..wait for it..dary!

@the girl

aku harap semua mak orang lain mcm tu.

@izati khairina

;P

@shiela

aku harap maut tidak datang menjemput awal sangat.

@
misz aisya berkata…
hye!

i setuju bila u ckp;

jadi single smpai dah pandai basuh seluar dalam sendiri..hahaha
student berkata…
single is simple. but always trouble!haish~

UPDATE!
Akhirnya.. Hosni Mubarak letak jawatan
soffea berkata…
agreed !~
i love being single.

bersyukurlah. sekurang2nya kita jauh dr dosa bercouple :)


suka entry ni~
Unknown berkata…
saye single.saye ok. happy je. dengan ex,happy gak tp rerasa byk sedih dr happy. jgn ribut2,risau2...nikmati je dulu life as single, slagi pegang status tue, nanti dah sampai jodoh, nikmati la pulak hidup dgn status tu.
yeah! yakin boleh (^_^)
Shahada Fauzi berkata…
dah pandai basuh spender sndri baru kapel..bhahaha..setuju lah!

ni spender pun mak basuhkan..duit belanje pun mak pak bagi..ada hati nak kapel2..ye dok?
zey berkata…
gua tak abes rasa nikmat-sementara-dunia, maka gua decide utk menjadi single sampai lah rasa komitment tu mudah, barulah gua start mencari the 'real' one.
Amni berkata…
cerita milah buat aku tak tau dah nak komen apa.. terus hilang semua yang aku nak komen pasal entri ko ni...


sat...


masih tercari-cari apa aku nak cakap tadi,
dah hilang..
dia tak nak mari,
kepala pusing menari-nari,
apalah yang terbuku kat hati ini...

eh?

sudah!

next time aku komen lagi.
LiNdA ZaiN berkata…
single mmg best tp kadang2 bosan. sangat bosan. sbb kwn2 aku sume da ade couple. aku je sorg single. kekadang jeles gak tgk diorg tue.
ermm.. =|
milah berkata…
aqram, aku tak boleh nak email korang, nanti identiti aku terdedah hehe

apa2 pun, terima kasih kepada sesiapa yang speechless dan mengasihani makcik aku. nanti aku sampaikan kat dia.

dan pasal isu single ni best ke tak, aku rasa mana2 pun best. dan single or couple, masing2 ada pro dan kontra. jadi, aku sekarang percaya pada cinta lepas kahwin je. mak bapak aku pun bercinta lepas kahwin dan aku rasa indah je aku melihat mereka.


dan ya, aku single hehe
Tanpa Nama berkata…
PASSING kat aku please. HAHA
Fatin Razali berkata…
milah :
kau tau tak, aku terfikir, mesti best jadi kawan kau. :)
Tanpa Nama berkata…
abang musa.

salam semua..
dari komen-komen disini dapat diperhatikan ada juga gadis-gadis yang single. saya pun single juga.
setakat ni tiada masalah bagi saya bergelar single walaupun usia sudah 25 tahun. pernah juga mencuba tetapi tidak berjaya. mungkin faktor paras rupa dan fizikal yang tidak menarik.

jadi untuk tahun 2011 ini diharap menjadi tahun terakhir saya untuk bergelar single. kalau ada gadis-gadis disini berminat untuk mengubah status single mereka, "passing2" lah pada saya.

hahaha

;)
al-lavendari berkata…
ada orang makan banyak .. tapi badan tak naik-naik. ada orang makan sikit, tapi badan macam badak air .. saya termasuk dalam golongan ke tiga.
hehe
mentega^^terbang berkata…
Single mingle & pringle..
seronok la..tapi kalau orang asek di himpit soalan bila nak couple or kawen menyampah jugak...

Saya single so what?
mentega^^terbang berkata…
@milah

same goes with my uncle..cian pak cik mak cik kita.. kadang-kadang family tak bagi restu susah gak kan.

harap mak cik awak tabah..insyaAllah jodoh pasti tiba.
Ain Najlaa berkata…
felda selancar??hahhahahha...kawan aku selancar prgkt 4..hhahahhahahahha...
Mampukah perempuan single bertahan dengan pancaroba capitalism beauty yang semakin mengheret wajah-wajah gadis ke header blog untuk menarik perhatian para lelaki. 2-3 minit saja, lepas tu si lelaki dah lupa url blog dan namanya. Sigh.

Ha ha ha.
Senget.

Bukan biasanya lelaki akan BOOKMARK laju2 ke blog camtu?

:p

Dan ya, untuk P/S, kau nak aku hantar resume ke?
LOL!

#sarcasm alert
TheBentPencil berkata…
@Lord Zara:
pastikan dalam resume lampirkan gambar 12R. berukuran paspot da x main dah. ahaks.

@milah: sedih la dengar. entah la, kalau dah assumption orang. itu baru kita-kita orang biasa. tengok selebriti kita. kalau tak kahwin umur 30 dah mula orang cakap GAY. kalau kahwin cerai dua tiga kali mulalah cakap gedik.

padahal kadang-kadang tu jodoh.

fact: cikgu BM sy single sampai umur dia 40 ++. akhirnya dapat jodoh bila ibu seorang pelajar meninggal.

lambat jodoh bukan sebab Allah tak sayang, tapi sebab Allah nak suruh dia tunggu kejap sampai lelaki tu available. hikhik
zarifahmr berkata…
well, saya budak felda selancar 2
feyza berkata…
mby kawen merana kot..haha
mila berkata…
gambar kat atas tu lebey kurang cam HZ hehe..jgn mare ahhh
una berry berkata…
setuju dgn The Bent Pencil
it's a matter of jodoh
jadi single with kid like me pun payah gak..org judge mcm2
huhu~

hopefully mak cik milah tu terus bersabar. 30 muda lagi sebenarnya.dun give up. my aunt dah 40+ still xkawen n recently suffered from breast cancer. seb baik dah ok. so rasanya dia xkn kawen kot. menumpang kasih ank buah je.
SHAHIRAH TERMIDI berkata…
perempuan tu hot gila. LOL.
Tanpa Nama berkata…
menarik bace entri ni...owh btw, saye baru je break 2 weeks ago..agak sukarlah nk melupekan org yang kite pernah sayang n cinta selama hampir 10 tahun dgn sekelip mate...huhuhu..cam susah jer...ade ape2 tips tak?.....lagi2 kalu tetibe 1 hari nanti saye nmpak die ngan org lain, cm ner lah nk handle situation tu kan?...mesti susah.......btw, alasan kiteorg break sebab, terpaksa atas kehendak org tua die....
yannstereokumonomu berkata…
haah tggu jela mak ayh carik kan kalau tak jumpa . huhu
blossom2u-dear berkata…
ada 3 perkara yg dirahsiakan oleh Allah SWT.

1. Bila kita lahir
2. Bila kita mati
3. Bila jodoh kita.

yang penting kita percaya stp org ad rezekinya. Kalo kita x happy being single, thn we r not happy being in relationships!
qalam_timur berkata…
Jodoh itu antara rahsiNYA.
Lebih Indah jika tak tahu

**Perot boroi adalah fenomena lelaki seantero,terutama yg dah kawen..isteri masak banyak,sumbat belake dlm perot suami:)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.