Wanita Penembak Tepat

Latar Tempat: Bilik Solat RnR xxxxxx.

Latar Masa: Lepas subuh.

Situasi:

A dan tiga orang rakan baru sahaja selesai solat. Sebagai awek tipikal zaman ini, A dan rakannya memakai shawls dan bermekap-mekap sambil camwhoring di hadapan cermin.

Sambil mereka terkekeh-kekeh gelak dan bergurau senda, mereka tidak sedar seorang wanita di belakang sedang menjeling tak puas hati. Tiba-tiba dia menutup semua lampu dalam bilik solat itu lalu keluar membiarkan mereka dalam kegelapan.

Kemudian, A dan rakan kemudian keluar ke medan selera. Di situ A bertembung dengan wanita tersebut lagi. Wajahnya kerek seolah-olah ingin mengajak catfight jika anda cari pasal dengannya.
bayangkan yang ini awek shawls ok. [source pic]
Jadi adakah A akan

  • a) Buat-buat tidak tahu, dan terus beli makanan
  • b) Jeling sekejap, lepas tu bisik-bisik sikit dengan kawan
  • c) Terus pergi pada wanita itu untuk memberikan “sepatah dua kata”


Gadis mulut direct akan pilih ‘C’

Siapakah gadis mulut direct? Ya mungkin nama yang anda berikan kepada dia adalah nama lain seperti gadis mulut lepas, gadis lazer atau entah apa-apa nama lagi. Jika anda wanita dan mempunyai kecenderungan untuk bercakap sesuatu yang mungkin menyebabkan orang lain sakit jantung, tahniah! Anda adalah wanita mulut direct.
Adakah setiap kali anda bercakap mereka akan berperasaan begini? [pic]
Jika anda bukan, mungkin sekali anda pernah ketemu atau berkawan dengan wanita mulut direct barang sekali dua. Dan impresi pertama anda pada mereka adalah mereka annoying, tidak bertimbang rasa, kurang sensitif terhadap orang lain, ataupun tidak bersifat seperti wanita ketimuran. Anda kalau boleh ingin menjauhkan diri daripada mereka, ataupun jika anda lelaki anda meletakkan gadis itu dalam senarai “berjaga-jaga”.

Jika mereka adalah rakan atau (lebih malang) ahli keluarga anda, anda akan merasa sedikit segan membawanya keluar berjalan-jalan. Kalau hendak ke restoran anda terpaksa memastikan ia mempunyai rekod bersih kerana kalau si mulut direct terjumpa hatta sehelai rambut pun dalam lauk, habislah satu ‘drama aksi’ akan berlaku!

Gadis mulut direct adalah miss superwoman anda?

Memang adab orang Timur (lebih tepat lagi MELAYU) untuk tidak berkonfrontasi atau bercakap terus terang. Namun jika ada sesuatu yang salah berlaku, gadis mulut direct itulah yang anda harap-harapkan untuk membetulkan keadaan.

Kalau anda sedang makan di restoran bersama kawan-kawan, dan makanan anda ada ada lalat atau terlupa letak ayam, gadis mulut direct itulah yang akan memanggil pemilik restoran untuk meluahkan maklumbalas sambil meminta diskaun ganti rugi. Kalau pengurus tak ada, beliau sanggup google nombor telefon syarikat itu balik nanti!

Kalau di pejabat ada rakan sekerja yang suka curi tulang atau dapat kredit hasil kerja orang lain, gadis mulut direct akan tegur depan-depan sementara anda dan geng opis anda cuma mengumpat dia dalam Facebook saja (Ouch!).

Kalau di pejabat ada bos besar tersalah dalam perhitungan akaun, dialah yang akan berani ke pejabat bos memberitahu apa kesalahan bos tersebut walaupun lepas tu bos besar haramjadah tak mahu tengok muka dia lagi.

Kalau ada blogger famous cakap benda yang merapu sikit, dan tiada siapa yang berani bangkang sebab takut kena attack balik, beliaulah yang akan menulis pendapat paling jujur (dan memaki hamun) dan ya, beliau tidak akan memakai nama Anonymous. Bak kata beliau siapa pakai anonymous tak ada Balls (walaupun beliau memang tak ada balls pun sebab beliau kan perempuan. Ha! Ha!).

Dan yang paling kerap saya dengar ialah--kalau ada member anda yang boyfriend/girlfriend dia yang perangai tak semenggah, gadis mulut direct la yang akan menjadi orang pertama sound direct member anda mintak dia putus; walaupun lepas tu mereka putus sahabat sebab member anda pilih girlfriend/boyfriend tu anyway!

jgn harap la ajak you gi kenduri kahwin I nanti. [pic]
Gadis mulut direct gadis idaman?


Ah, ya, kita ke topik utama. Apa kaitan gadis mulut direct dengan perhubungan anda?

Sebenarnya ada penyataan bahawa percintaan dengan pasangan mulut direct ni 80% lebih tahan lama(dalam majalah Cleo bulan lepas kot, kalau tak silap). Iya ke? Cuba fikirkan, sama-sama terus terang. Tak ada la main teka teki lagi dengan gadis macam ini. Kalau dulu, bila awek marah ke, sedih ke, kecewa ke, dia senyap saja dan kata “tak ada apalah.” (padahal dalam hati terbakar sokmo).

Abang sayang pergi tengok bola lepas tu lupa ajak keluar makan. Abang sayang lupa wish goodnight malam tadi. Abang sayang makan petai berbau kuat sampai awek rasa macam dah morning sickness. Kalau si awek memang jenis kepala cool tak apalah. Kalau yang jenis senyap tetapi dalam hati membara macam neraka memang payah la. Hari ni senyap, cool; besok lusa bila bergaduh semua keluar. Tak ke payah?

Kalau gadis mulut direct terang-terang beliau cakap apa yang beliau tak suka. Kalau restoran kegemaran anda lauknya tak sedap, beliau akan kutuk restoran tu kaw-kaw depan anda. Hatta bau colongne favourite anda sekalipun dia sanggup kata bau macam kerbau berkubang.
aku cakap je, apa aku kesah?[ pic]

Awal-awal tu marah jugak kalau tidak tahan. Ego tercalar? Sekejap je.kadang-kadang apa yang diberitahu tu memang dapat membantu dengan banyak. Contohnya kalau bau badan ada masalah, orang lain boleh tegur tak? Kebanyakan kawan yang baik akan berusaha mengelak konfrontasi dengan hanya bercakap benda yang baik sahaja. Tetapi bukan gadis mulut direct. Beliau tidak kisah apa orang kata asalkan hajat di hati terlepas juga.

Kalau dia beritahu anda beliau tidak suka anda buang puntung rokok merata-rata, sekurang-kurangnya lepas ini anda akan belajar menggunakan ashtray. Kalau dia cakap dia tidak suka tengok wayang setiap tengahari Jumaat, sekurang-kurangya lepas ini anda tidak ponteng Sembahyang Jumaat lagi. Dan andainya satu hari nanti beliau sudah hilang cintanya pada anda, beliau akan cakap terus terang. Pedih, ya; tapi lebaih baik daripada dapat tahu selepas kantoi dia main kayu tiga dengan lelaki baru.

hek ele itupun nak nangis. [pic]
Lebih penting lagi terus terang ni, kalau dalam perkahwinan nanti. Nama pun ikatan halal--nak tak nak, semua mesti diberitahu. Kita ambil contoh bau badan lagi (contoh penting ni sebab ramai perempuan memang sensitif). Mana ada isteri tahan tidur sekatil dengan suami yang bau macam pak Arab. Hari-hari dia buat muka OK tapi dalam hati syaitan dah mencucuk. Tau-tau dia dah minta cerai. Tak bagitahu kenapa, sampailah depan hakim syariah sebab terpaksa cakap jujur.

Tak, saya tak marah, betul ni.

Umumnya gadis mulut direct tidak akan menyimpan kemarahannya (jika ada) begitu lama. Selepas meluahkan rasa hati, beliau biasanya cool balik. Hari ni beliau marah, esok lusa boleh gurau-gurau balik. Dan terjamin tidak akan ada drama-drama pergaduhan yang berlanjutan macam sinetron lakonan Ashraf Sinclair.


Kesimpulannya kalau ada gadis mulut direct ni kena tahan telinga sakit la. Akan tetapi hati rasa lega kerana tak perlu main teka-teki, tak perlu main telepati gerak hati, tak perlu main spy-spy, tak ada rahsia yang disimpan. Semua boleh dibaca macam open book. Hati pun senang bukan? Relationship pun boleh tahan lama. Kecualilah kalau anda sendiri jenis orang yang pemendam!

sekian, terima kasih.


Ulasan

Hahahaha.

Sounds direct lebih baik dari makan jati kemudian hari. Oh, paling tak tahan awek cover2 sebab nanti kat belakang dia menangis paling meriah sekali.

Pfft~


Ok, aku tak nak mencarut panjang2~
Shahira berkata…
Mana butang like??
Gadis direct itu saya :)
Certain ppl je tahan hoho.
Fall Nish berkata…
ni mesti ko on9 kt tmpt yg fb kene block..sbb tu x6pak butang like..=P
Tapi gadis tepek ni mg awesome!
AlexiaAqram berkata…
tetiba. ada bunyi kaca berderai dalam otak aku.

haram jay tul.

anyway, nice one bent pencil!
A.I berkata…
grr!
gwa tengah2 kot.not so direct, no so pendam!

but some of man tak suka pompuan mulut direct, sebab rasa mcm pompuan tuh gila kuasa. but yes, terus-terang! laki kan pemalas nak teka-teka what's in gf mind.
durian! berkata…
bernas elaboration ni bentpencil.

biasa aku tengok awek-awek cun mesti kawan dengan awek mulut direct. mungkin diorang rasa selamat sikit dari kegatalan jantan2 di sekeliling.
juliam berkata…
ramai ke perempuan mulut direct? nampak macam kasar. tapi lain dari lain. kalau lelaki aku selalu jumpa
ika~~ berkata…
kwn aku ade yg jenis mulut direct ni..mmg klu kna sedas mcm kna tmbak bertalu-talu tuh!pedih!pedih!lg sedih,tak sempat nk bls pape kena lg sedas!pedih lagi!
milah berkata…
tapi, perempuan dengan boyfriend, TAK RAMAI GILA HOKAY yang akan berani cakap terus terang dengan pakwe beliau.


nama pun sayang, apa pun diterima. cinta itu buta.


tapi dalam Islam, terus terang tu bagus. tapiiiii perempuan Islam disuruh untuk menjaga tutur kata, kena lemah lembut. jangan jadi sakai sangat nak marah2 orang.


so, direct itu bagus, tapi kenalah bahasa yang baik.

*kenapa aku macam batak sangat nak comment ni chihuahua
go straight dont belok2 berkata…
hahaha
direct tu mmg perangai aku
ramai je sentap sbb tgk aku pompuan, tp bahasa sume direct xde kias2
mak aku kata aku brutal
tapi aku rasa aku ni sweet .. erkk~

xkesah le
asalkan aku jujur adanya
tp kdg2 terasa berdosa bila org saket ati
aku xbermaksud pon nk wat jiwa raga org len tergugat
ckp benda btol x salah kn???

kepada pompuan2 di luar sana
jgn berani ckp2 belakang je, kalau btol berani cakap le depan2 okeh
at least dosa mengumpat berkurang sket
hamidah berkata…
aku prefer tembak bila berdua2an dalam kereta je... kalo kat public nak bukak mulut pun malas :p
agak malang la sape tumpang keta aku
slave or servant? berkata…
haha.
betol lah tu.
=)
thumbs up thebentpencil !

gadis mulut direct more more more better than gadis yg pendam. xpayah nak jage ati org sgt lah kan. kdg2 we nid to voice out our own opinion.
zt-zati berkata…
me ade kawan yg cakap mmg direct gile..
saket hati tu xpayah cakap la..
mmg selalu sentap sorg2..

tp, dia baik..
mulut je leser..
:)
MegaBlue berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nina :) berkata…
aku rasa aku separuh laser je. takdelah laser sgt. sesetgh part cm pggl manager restoran tu mmg aku, tp aku tak bebel2, cuma senyum dan harapkan makanan ganti/diskaun jek. tapi part yang tegur b.o. tu aku tak berani lah, so kiranya aku separuh je la kan? haha
sejujurnya tak best jadi gadis mulut puaka sebenarnya..aku dah terbiasa panggil orang 'setan' atau umpamakan sesuatu sbgi 'setan' maka ada yang terasa hati.dosa tu kecikkan hati orang,kan? orang cakap aku laser, aku cuma cakap aku jujur sangat je.

oh btw,aku nak betulkan: sound direct (takde S ye); more better tu redundant (takyah guna more); some of mEn bukan man. man tu singular, men tu plural. some of man mcm cakap sebahagian dari seorang lelaki. okbai.
TheBentPencil berkata…
Yes tetima kasih you alls kerna dtg n komen! butang like ada di atas. kehkehkeh

@Lord Zara: pang!! sedas....
kalau depan nangis meriah, belakang nangis meriah jugak camna eh? wakaka

@AlexiaAqram: maaf buk!! *ambil penyodok sapu serpihan kaca*

@Asha: gila kuasa? hmm, that's a first. queen control kdg2 x ckp direct. diorg pakai cara halus pun ada. cth buat2 nangis or merajuk manja.

@durian: time kacih pak durian. dengan awek2 mulut direct, awek2 lemah lembut memang selamat daripada lelaki. tapi diorg xthn lama jadi kawan sebab ppuan ni jiwa lembut, tak boleh tahan kena sound. #sadtruth

@juliam: dlm dunia saya memang ramai. serius!

@milah: #fakta: ppuan terus terang, walaupun awalnya senyap akan berterus terang juga selepas beberapa bulan kapel.

@go straight: yep. orang kata lagi baik senyap daripada cakap, takut menyesal. tapi entahlah. kalau tak cakap dua kali nyesal lak. kan?

@hamidah: pastikan bukan anda yang drive. tak pasal2 jadi kereta terbang. hahaha!

@pya: tak jaga hati orang kang orang tak jaga hati kita pulak. hm....kesimpulannya kalau jadi gadis direct hati kena 2x ganda lg kental dari normal.

@zati-zt: yeah!! sep! kawanku juga sama!

@nina: dosa kecikkan ati org. eh...tol gak. lg teruk kalau x perasan pun org tu kecik ati. maka klu jd gadis direct kena la rajin2 mintak maaf time raye. hikhik
N Farah .nfu. berkata…
aku bangga jadi gadi sound direct baik punyaaaaa.

hahahaha.
insan ckp direct secara beretika berkata…
ada rules utk ckp direct ni
make sure jgn ckp dpn public
jgn ckp dpn kwn dia
jgn ckp dpn family dia
in short, jgn buat dia rasa aib
aib org perlu dijaga
ckp je secara jelas, terang dan nyata bila agak2 xde org len dgr
kalau susah nk ckp, msg pon boleh
lg senang text je, xde org dgr ehehe
Ara berkata…
ya, ini entri yg aku tgu2...like2!

dan aku stuju dgn komen 'insan ckp direct scr beretika'!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.