Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

“Jee, tengok FB profile ni.” Kata Alia sambil tidak lepas mata ke komputernya.
“Ini profile siapa ni?”
“Ni ex aku zaman sekolah la. Hensem kan?”
“Ha’ah. Betul la kau cakap, muka dia macam Awal Ashaari. Eh, kau nak add dia ke?”
Alia tersengih sambil menekan tetikus. “Iya la...habis tu buat apa aku search dia.”
“Gedik. Nak ngorat balik la tu.” Sindir Jee.


Saya pasti ramai antara kita yang pernah ada ex kan? Lain la kalau yang belum pernah bercinta lagi, tapi itu kita bincang lain hari. Yang saya mahu bincangkan hari ini ialah cara connect balik dengan ex, sama ada dengan niat nak sambung tali silaturahim(nak tunjuk kita ni dah “cool” dengan dia), atau mungkin nak bercinta balik dengan dia. Ya lah, mungkin dulu-dulu zaman sekolah kita cinta monyet, gaduh tak bertempat, dua-dua tak matang. Bila dah tua ni (tua ke?) dan sudah matang baru terasa bahawa dia ialah ‘the one’ dan tak ada orang sebaik dia.
Take note, ini bukan tips untuk mengorat balik pakwe/makwe yang dah jadi suami/isteri orang, ataupun nak ngorat balik atas dasar balas dendam, atau nak berbaik balik dengan pakwe/makwe yang memang betul-betul jahat macam Dajjal punya anak saudara. Kehkeh.

Ok mari kita mulakan.

Cara sambung balik dengan ex.

1)    1)   Bila dapat butir diri dia, jangan call nombor telefon dia terus. Apatah lagi kalau jenis dah bertahun tak jumpa atau dulu berpisah dengan cara yang tidak baik. Sebab call ni kadang-kadang terlalu “ke hadapan” dan most likely ex tu tak tahu macam mana nak react.

2)      2) Cara  paling sesuai ialah cari dalam Facebook, Twitter atau e-mel. Lepas itu hantar PM atau DM atau e-mel atau YM. Pastikan contact pertama adalah KISS--“Keep Is Short and Simple”. Tulis macam ni “Assalamualaikum apa khabar? Lama tak jumpa.” DAH. TITIK.
Ini sejenis KISS yang anda tidak mahu lakukan. {link}
3) Biasanya ex tu akan rasa terkejut dan lambat reply. INI NORMAL. Ya la, tetiba je ada e-mel lepas entah berapa tahun tak jumpa. Mungkin dia segan, mungkin dia dah ada orang lain dan dia cuba nak mencari cara sesuai untuk komunikasi. Atau mungkin dia taknak fikir fasal masa lalu.
Jangan expect macam2, jangan assume macam-macam. Kalau lepas satu dua mel dia tak reply langsung, jangan paksa, redha je la.(ceh kejam). Trust that the person will contact you soon. But not too soon. Takkan la nak jadi rude pulak kan.

5)      4) Bila dia dah mula reply, dan reply dia ok, barulah boleh mula bercerita. Cakap fasal zaman dulu-dulu. Yang best-best aje la. Jangan cakap fasal emosi atau krisis dulu-dulu. Tu simpan hari lain. 

6)      5) Lepas tu ceritalah tentang tahun-tahun yang lepas. Update pada dia apa yang anda buat selepas lost contact sejak hari tu. “Lepat tu saya sambung belajar dekat UiTM, bila grad saya kerja di Celcom jadi pegawai pemasaran” adalah ayat yang baik berbanding “Saya terus depress lepas tu, pastu saya kahwin dengan best friend awak yang nama dia Shahrul Naim tu.” AHAHAHA

7)      6) PENTING: jangan reply e-mel/DM/PM cepat sangat. Satu nampak macam desperate (ini pendapat saya la); dua, bila kita reply cepat sangat, kita  akan memaksa dia supaya reply kepada kita. Saya tahu, anda mesti tergoda untuk tulis banyak-banyak e-mel kan? SIMPAN DULU dalam draf. Anggap macam tulis kepada kawan biasa. Susah, tapi cubalah. Lagipun tak semua orang ada masa nak bere-mel hari-hari. Apatah lagi dengan ex yang banyak simpan feelings. Takut nanti kalau dia rasa tension sangat, dia terus off-line. Kan naya!

8)      7) Tanya pula dia fasal diri dia. Tapi jangan terlalu mengorek benda personel macam Michelle Karat Melodi. “Siapa awek baru? Nama dia? Cun tak? Saiz badan berapa?” EWAH EWAH KAU!
Ya? berapa banyak ex dah sekarang? (link)
8)
Dan jangan gunakan sesi ini untuk memaki-maki pakwe-pakwe/awek-awek lama anda yang lain. Jangan kutuk-kutuk bekas-bekas lama kepada ex anda, kalau anda kenal mereka. Pendek kata jangan complain tentang sesiapa. Nanti macam tarik simpati pula. Lagi satu, walaupun dengan member baik pun kita tak patut buat sesi ngumpat ni. Dengan ex apatah lagi! 

7) Bila contact tu dah mula elok, dan dia macam selesa nak berborak, anda boleh teruskan pelan anda (wah, wah). Anda boleh mula cerita benda-benda yang serius seperti explain kenapa anda berpisah, apa perasaan anda, dan keinginan anda untuk sambung balik silaturahim. Jangan sampai bergaduh ok! Ingat, ni bukan gameshow “siapa salah siapa betul”! Minta maaf, dan beri kemaafan. 

8)Dan apa yang berlaku selepas itu, sama ada dia terima atau tidak, anda redha saja. Mungkin dia akan lari, mungkin dia akan marah, mungkin juga dia akan suka dan ingin kembali. Apa-apa keputusannya, terima dengan hati terbuka. 

(bila dah patah hati, karaoke pun boleh juga. Kan da ada Blogger Idol?)[link]
 9) Paling penting sebelum anda mulakan isu-isu sensitif ini anda cukup maklum dan bersedia dengan akibat yang akan datang. Kalau ada senario yang tidak diingini adakah anda bersedia? Adakah anda dapat mengendali reaksi orang-orang lain jika anda kembali kepadanya? Mungkinkah ada perkara tidak diingini yang akan berlaku selepas ini, adakah anda sedia? 

Awal sekali, bila anda dapat saja butiran diri dia, jangan terus hubungi. Fikirkan dalam-dalam, tunggu sehari dua dulu, baru ikut gerak hati anda. Good luck!

*Bersadarkan Artikel dan Buku daripada Nancy Kalish, pHD Psikologi. Penulis buku Lost and Found Lovers. Boleh didapati secara online dari LostLovers.com

Ulasan

TheBentPencil berkata…
Pertamaxxxxxx

oh ya, saya suka benda ada rukun.

haji ada rukun.
nikah ada rukun.

mandi pun ada rukun jugak.

jadi mengorat orang pun ada rukun. yeaaa
princess ieza berkata…
t'baikk!!!!
hahahaha... i like! =)
Ha ha ha.
Keep telling myself, Zara, baca boleh. Amalkan jangan. Ha ha ha.

Ouch!
XD
Anem Arnamee berkata…
Hahaha.

teknik yang berguna utk mereka-mereka. shuke!
M. Faiz Syahmi berkata…
aku dengan ex aku (yg paling aku sayang dulu2) dah jadi bestfriend. caye tak caye.? memang rukun2 yang kau senaraikan tu aku penah guna dulu. dan dia (ex aku) guna untuk dekatkan dia ngan aku balik.

biasalah., bukan aku yang salah., buat apa aku nak terhegeh-hegeh nak kat dia kan.?

but then., even dia dah dekat ngan aku., taraf cinta hati aku tu dah turun pangkat jadi besties forever. dah takda perasaan cinta dah walopun dia bogel depan aku. awkward feelings., aite.?

sapa-sapa yg nak kembali pada ex lama., boleh pakai cara kat atas ni.! aku., orang yg guna dan berjaya mengguna., approve article kat atas.!

:)
ctok_chan berkata…
aku pena, aku pena gune cara ni! yeay~! errkk. sori ter agresif. hee.

ak pena la nk rapat2 ngn ex ak, tp waktu tu dy tgh ad prob lak ngn awek dy skg. awek dy pn knl ak n tau la ak ex gf pkwe dy kn. ak ni knon2 da lupe la ksh lm. nk angp kwn2 gitu. ak pn berbaik2 la ngn dua2 tu, ex ak ngn awek dy. skali mslh depa mkin teruk *err x tau sbb ak ke x?* last skali da clash plk. errr. bkn slh ak kn?
Nur berkata…
wah nice one..and saya sedang alluinya sekarang..memang sama..hahaha
Tanpa Nama berkata…
ini aku klasifikasikan sebagai ludah jilat semula tapi sedap sebab perisa coklat. sukar. tapi hakikat sebenar.. kita dengan dia je yang tahu.. aku?
ex aku contact setelah kami break up dulu.. hasilnya.. aku serba salah..
misz aisya berkata…
wah2 menarik ni..hehe

after break up, ssh nak baik2 mcm dulu lagi..wlaupon pisah scra baik..hurmm~~
cik ciput berkata…
mungkin dapat digunakan satu masa nanti..hehe
Lalala berkata…
hahah kelakar.. sebab ex aku jenis push so betul rasa fedup lak.. dan dalam masa sama nak try baik ngan ex aku lagi sorang.. hampeh pulak sebab gf dia terus blok fb aku.. ceh risau lah tu.. hahaahha
Nurul berkata…
oh tidak.aku x akan bbaik ngan ex aku..hohohoho~
Amni berkata…
@LORD ZARA 札拉

aku pun cakap benda yang sama.. hahahahaha...
juliam berkata…
aku pernah try, tapi tak berjaya. oh man. hha.
CtZ berkata…
x mo my ex..bcoz skrg lebey baik hehe. btween my ex pernah ajak berchenta style bermadu..hampeh ingat kahwin jer ade poligami. time chenta pun da minta..hampeh. but we r still frens la secare luarannyer..
N Farah .nfu. berkata…
kenapa lah tak post benda ni awal lagi -__-
misi aku tak berjaya.huhuhuhu
Tanpa Nama berkata…
haha cool. dulu cinta monyet mmg gaduh2. bila dh besar sikit baru rasa dia yg terbaik.

so cara aku, guna nombor baru, sms dia. "no lama aku hilang. ni nombor baru, tq"

ok mnjadi. tggu xlama lg dh nk brtunang. :P
mai meowmeow berkata…
heee , tak berminat nak baik dgn ex :D
Fyqa berkata…
hahaha. menarik ;)
Izzie Eugene berkata…
i really want to tackle back my ex! hahahah
so far quite good =)
azzo berkata…
ex aku dah block aku kat fb..cam ne nak cari balik...mmg dia jenis tak nak kawan kot...
pokemon comel berkata…
err
nice entri. mmg sejak dua tige menjak ni asyik pikir cara terbaik nak contact die semule tapi taktau cane. mak pesan tak baik bermusuh dgn org, what past is past.

so well gua akan cube guna pakai.

HAHA *gelak takot* sebab ex gua yg sorang ni sgt pushy. buatnye laa die nak sambung balik cerite lama, naya! gua dah nak kawen pun! ex yg lain2 oke je, siap cerite pasal kawen mawen lagi. kihkih

thanks korang!
heon_honez berkata…
aik .. susah sbnrnya klu kta sdh brek-up ngan dy n kta mw blk ama dy ... lbh2 lg klu dy yg kc brek kta sbb slh kta .. kta ne mmg bodo sbb bla sdh kehilangan bru menghargai dy ... bla dy ada , kta mw yg lbh baik dr dy .. aiii ....... ini lah mnusia ..! menyesal !!!!!!
QZ92 berkata…
artikel ni genius!
Unknown berkata…
thanks untuk tips ni.sy dah try almost tips yg u dh bagi ni. tapi...harapan untuk get back tu mcm makin pudar. ;'( don't know what to do.. i'm really missing him. alep. seems like dia dah tawar hati dgn sy.
an ex is an ex for a reason.

tak perlu la nak contact2 balik (walaupun si perempuan menghargainya hanya sebagai as a person).

jika si perempuan tahu/ada harga diri, dia takkan make friends dgn si lelaki yang telah jadi ex dia
atau lelaki yang pernah dia cintai sepenuh jiwa raganya.

Beribu lagi manusia di luar sana, make friends with them. Bukan dgn ex kamu. That chapter of your life has ended.

The fact that you have had a romantic feelings/sexual attraction towards him already make him a dangerous creature just by existing.

Your LIFE is waiting for you.
Make friends elsewhere.
No point revolving your life around a man (especially a man who dumped you for whatever reason). It's just foolish.

just my humble opinion (hanya utk wanita yang telah ditinggalkan oleh si jejaka kesayangan hati).
Unknown berkata…
hahaha sangat tertib nak ngorat semula.. jeles sebab tengok ex da sado atau daa makin cantik lettew
Tanpa Nama berkata…
Ak dulu penah sygkan seorang laki ni. Sampai skrg pum ak syg lg. Ak tktau dekat mnaa istimewanya dia. Ak juga taktau mcam mn ak boleh syg dia (ex ak) Sumpah! Smpai skrg pun ak xleh nkk lupakan dia wlaupun ak dah belajar tuk mlupakan. One day, ak fikir mybe akan ada cara nk lupakan dia. Then ak try la couple ngn laki bbrapa bulan. Tp still xleh nak lupakan ex ak. Sakit sngt hati ak. Ak rindu knngan ak dngn dia dulu. Ak nk sngt dia blikk.
Al_ami berkata…
Ex mean example for not repeat again in the future ..tu kot mksud dia
Dessey Eroy berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dessey Eroy berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ellyza ehm berkata…
HAHAHA DAEBAKKK!!
aku punya cite tak best. pernahla aku chat balik ex aku.. aku wish beday dia. dia balas thanks and dia mintk maaf sbb tak wish beday aku yg dah lepas bbrapa hari. masa tunggu dua balas tu punyala takut aku. ofc la nak berpeluh aku baca whatsapp dia. over betul aku ni. HAHAHAHA yg aku taksangka,senyap2 dia stalk aku.dia tengok status aku kat whatsapp. pikir aku je yg beria rupanya dia lagi terukss. tapi aku takut so aku takchat dia lagi. PALING PAHIT TIME DIA NAK CLASH TUU. lepas aku clash ngn dia, aku rasa taknak couple lagi. taktahu la tahun ni aku nak wish beday dia lagi or tak. aku rasa teruk sangat. ada jugak aku gi search ig dia tapi takdela.agaknya apa nama ig dia eh? hmm. srs aku nak luah yg aku rindu dia sbb dia sorg je yg layan aku dengan baik. mesti gf dia lagi lawa and nice dr aku. sedih pulak tetiba. HAHAH
takpela benda macam ni kita patut terima dgn hati yg terbuka kalau terjadi kat kita.kita kena tunjuk yg kita kuat tanpa ex kita.kita boleh hidup tanpa ayat manis dia tu. pss aku takcakap pon yg dia jahat tau. Bhaii❤

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.