Masalah Bosan : Edisi Lelaki.

Sebenarnya aku sepatutnya buat esaimen sekarang ni. Tapi entah. Hati menarik jiwa aku untuk menulis sedikit sebanyak tentang benda yang tiba-tiba bermain di benak minda sekarang ni. Aiceh! Macam haram. Kahkahkah. Untuk mendapatkan mood, aku play lagu OAG - Crush. Sape yang tak pernah dengar lagu tu, sila-sila lah google atau youtube. Aku tak sure lah lagu ni dah keluar 1Tube belum. Hihihi.

Bila sembang pasal pakwe makwe ni, memang banyak betei lah kisahnya. Masalah la. Takde masalah la. Kalau banyak sangat masalah pun cepat bosan. Kalau takde masalah pun bosan.

Bosan. Unik kan perkataan ni? Agaknya cepat bosan ni ada dekat pakwe atau makwe eh? Kebanyakannya lah? Agak lu'olls lah kan. Siapa yang selalu cepat bosan? Aku malas nak sibuk-sibuk side belah makwe. Sebab aku ni lelaki. Aku nak sembang sikit side lelaki ah. Kalau ada penulis lain dalam blog ni gatal nak sembang pasal side makwe, di persilakan lah. Kita tengok siapa lagi hebat. Haha. Kidding.

Untuk para pakwe. Pernah tak kau macam,

"Eh, asyik-asyik cerita itu je yang dia sembang dekat aku. Tahu lah time tu aku sweet. *sambil senyum tak ikhlas*"

"Tiap-tiap malam kena wish goodnight. dah macam rukun Islam lah. Wajib buat tiap malam. Grr"

"Weh, sorry weh. Aku kena chow dulu. Nak amik orang rumah aku. Kang kecoh plak dia. Padahal boleh je naik bas. Haha. Chow!"

"Takde tempat lain ke dia nak ajak aku pergi. Asyik-asyik shopping mall ni je. Tahu lah baju jenis yang dia minat murah kat sini. Habis? Aku buat apa? Kata date. Adeh"

"Dah dekat dua tahun couple. Masih nak menggedik jiwang-jiwang macam baru couple ke? Layankan aje lah."

"Ish, semua tempat aku pergi dia nak ikut. Tak bebas lah gini."

Ada? Aku malas nak list banyak lagi. Dialog-dialog atas ni dari pemerhatian aku, mulut kawan-kawan dan sedikit pemerhatian di drama swasta di RTM. Hehe. Mesti ada terkeluar kan? Dari mulut ataupun hati. Secara sedar atau secara tinggi (high). Haha.

Tahulah wahai pakwe seraya alam. Sesungguhnya makwe-makwe buat begitu kepada anda sebab dia nak hangatkan apa benda ke nama pertalian korang tu. Pertalian? Errr. Hubungan lebih tepat. Tak kisah lah hubungan pakwe makwe atau pun suami binik. Diorang tak mahu korang rasa,

"Eh, makin lama, makin lepak je minah ni. Dah kurang hangatnya percintaan kami. Ahhh. Mungkinkah makwe ku kini punya lelaki lain? Adakah Leman penjual sayur di pasar itu? Ahhh pedaaah sungguh kau Leman!"

Jadi, mereka cuba nak lu'olls kaum pakwe ni tahu yang diorang ni masih ada hati dekat lu'olls. Kalau di selam kolam sayang diorang tu, masih tulus di dasar hati. Cewah ayat! Tahik! Haha. Takan nak tunggu bercerai baru nak keluar ayat-ayat sweet kan?

Apa salahnya, kalau busy segala pun, nak tidur tu kasik lah message pendek cakap mahu tidur. Alah. Setakat 1 sen tu. Apalah sangat. Jangan nak ego sangat tunggu dia message lah. Ada juga jenis ni. Dia yang busy. Makwe sehari tak message dia. Pastu dia pun ego tanak message.

"Ahh, sedih tahu. Aku bekerja memerah keringat. Makwe tak ingat aku langsung. Huhu. Tee underscore tee lah macam ni! Malas aku message kau seminggu!"

Eh, tahik tau awak ni. Dah sah-sah awak tu busy. Mesti lah makwe tak mau kacau awak. Kasi buntut Rikishi jugak kang. Nak egoish pulak.

"Eh, aku dah tiap malam message dia. 'Nite love you xoxo. Flying kiss from my heart to your heart. Babai. Salam.' Tapi kan, haram dia tak reply. Aku bosan lah gini. Last-last aku malas message dah."



Eh kamon boboi. Kau tahu tak? Mana tahu setiap malam dia dapat message sebegitu sweet ala-ala cekalat guava, dia senyum. Dia tak reply sebab mungkin dia tak mahu text message akan berlarutan, lalu kau tak dapat tidur. So, dia hanya mampu senyum. Klik message tu dan move ke folder 'from my boyfie'. Haa. Kan kan?

Kisah bosan kena amik setiap petang kat kelas/pejabat padahal makwe boleh naik bas sendiri. Eh,eh. Ingat sendiri lah kawan. Dulu zaman mengorat dulu apesal member-member kau tinggalkan? Seminggu couple, kawan message ajak main futsal kau delete. Esoknya menipu cakap 'ade ke kau ajak semalam?'. Tapi bila dah lama sikit, nak amek makwe/bini pun dah malas-malas. Kenapa jadi begitu ya hadirin?

Bosan ye? Tak? Habis kenapa? Letih ke? Ada kerja lain?

ye tahu. Ada juga kerja sendiri. Macam ni lah. Kau dengan dia dah berhubungan kan? Apa guna mulut? Bincanglah. Mungkin boleh selang seli. Hari ni amek, esok balik naik bas. Kau tahu tak, dia bukan nak suruh kau amek sangat dia. Cuma, dia nak tengok muka kau. Seharian belajar/kerja. Mungkin tengok muka kau yang hensem ala-ala Shah Jaslze tu, sejuk hati dia kan?

Eleh, dulu kau jugak yang tergila-gila kan dia. Dah dapat, begitu pula jadinya? Cubit satgi!

Jom singgah sat bab tempat kesukaan dia tu. Shopping mall. Ni kes berat sebenarnya kalau dapat makwe kaki shopping. Sampai cashier shopping mall tu pun naik muak tengok muka dia. Nak-nak dapat yang kaki mengikis.

"Kalau you sayang I, beli lah baju ni untuk I ye?"

Kebush aku sepak makwe kau dari sudut 35 darjah arah counter-clockwise. Haha. Chill-chill. Bab ni gua tak dapat nak bagi pandangan sangat. Sebab ni bukan masalah kita sebenarnya. Ni masalah makwe kau. Kahkahkah.



Okay aku tipu tipu lagi.

Senang begini je lah. kau bagi dia shopping puas-puas. Tapi selalunya diorang bukan shopping pun. Nak cuci mata je. Sambil berkata,

"Kalau I pakai baju ni kan cantik? Kan sayang kan?"

Pedaah betei. Konon bagi hint nak suruh beli latu. Kau buat bodoh je wahai pakwe sekalian. Haha. Jahat. Alah, kalau jenis makwe memahami situasi kewangan kau, mesti dia okay punya. Kalau kau ade duit lebih, apa salahnya beli kan? *angkat kening dua kali* hihi.

Jenis laki ni. Kalau marah memang direct.

"You ni takde tempat lain ke nak ajak I? Asyik-asyik shopping je. Haih. Haritu dah pergi dengan Yasmin Hani kan?"

"Alaa. Tu dengan dia. Ni I nak mintak pandangan you pulak pasal baju tu."

Layankan aja. Kalau dia kata dia nak kau ikut dia pergi shopping sekali tapi semua guna duit dia sendiri tu, mesti ada something iaitu dia respect kau punya pandangan. Sebab, nanti dia nak pakai, kau jugak yang pandang. haha. Kalau bosan selama 2,3 jam dalam mall tu, apa kata lepas tu, kau bawak dia pergi tempat kau pulak? Ajak dia mendaki bukit ke? Ke court futsal one on one dengan dia ke? Baru dia rasa apa jenis bosan kau rasa dalam tu. Haha.

Atleast aktiviti yang kau ajak tu, boleh have fun sama-sama dengan dia kan? *emoticon senyum*



Macam-macam hal lagi lah. Kalau kau rasa kau dah bosan dengan dia tu, apa kata kau cuba hangatkan pertalian korang. Err. Hubungan korang. Make something new. Agar kau tak bosan. Dia pun tak bosan. kalau dah tujuh belas bulan couple tapi agak bosan dia still nak jiwang-jiwang dengan kau, kau layankan aja. Tapi biar lah dengan cara variety. Biar dia senyum sepanjang malam tak boleh tidur walhal kau nyenyak tidur di buai mimpi.

Kalau dia berjiwang macam ni,

"Sayang. I miss you bebeh. I wish you were here"

kau reply lah jiwang macam ni.

"Jangan macam tu sangat. Anggap je kad besday I kasi you tu macam muka I. You peluk cium lah dia. Letak kat sebelah. Ni I pun letak bola yang you kasi dengan tanda tangan Safee Sali kat sebelah I. Rasa macam you je ade sebelah. Jangan miss-miss sangat okay?"

Walhal bola tu kau dah campak bawah katil berhabuk.

Malas lah nak sembang panjang pasal bosan-bosan ni. Aku nak cakap satu benda je,

"Sayang. Tak pernah kenal erti bosan. Apa-apa pun, settle dengan menggunakan otak, minda. Agar tak mengguris hati mana-mana pihak. Semoga hubungan diberkati Tuhan dan bahagia sampai akhir hayat."

Salam sayang dari penulis.sahaja. Salah silap harap maaf. Pandangan sahaja. Ini lah guna blog kan? Hihi.

Ulasan

Cik Nathrah berkata…
yes! sgt setuju dgn semua yg tertera di atas. bravo! :)
Husky Pusky berkata…
semua orang nak :) . aku pun nak :) jugak.
penulis.sahaja berkata…
@ciknathrah
terima kasih sebab setuju. :)

@Dibalukaduka
terima kasih sebab cakap nice. :)

@huskypusky
:) :) :) :) :)
eykameow berkata…
ye, sebab tu kalau aku cople paling lama pun 2 tahun. sebab bosan. xde variety. ups jujur plak kat sini.

jahat gilaa :P

btw, bukan laki je twu bosan k? pompan pun sama. kalau rasa nak buat stok bini...better layan baik2. HAHAHA and for me, kalau aku rasa dah bosan..aku minatak je break awal2. senang.

so far, i still fall in love..eceh! *baru setahun* HAHAHA
eykameow berkata…
*minatak tu typo yer sbnar nya = mintak (paham2 sudey) lalala~
Dekna berkata…
em..

ye ke laki cpat bosan??

huu..

patut lah kan~~
penulis.sahaja berkata…
@mishlily,
thankiuu. :)

@eykameow,
ish aok ni. cepat betei bosan. baru 2 tahun tu oi. jaga elok2 boleh bawak menikah tu. ni kes bosan pastu break up ni rugi betei. takde reason lain untuk breakup. -.-
penulis.sahaja berkata…
@cik nurulzaty,
tak semua lah. mungkin juga perempuan yang cepat bosan? dua-dua pihak kena main peranan ah. :)
Akulah Aqilah Itu berkata…
oh camtu..

Aku tak pernah dgr lagi semua tu dari dia. Tapi mungkin akan dengar satu hari nanti. Tau selama ni dia kutuk2 dalam hati je. Haha.
penulis.sahaja berkata…
@akulah aqilah itu,
eh eh. tak semua laki macam ni. entri ni ditulis khas untuk lelaki yang cepat benar bosan. haha. :)
ayue! berkata…
arghh.. bosan r nk study. nak clash ngan inchik stdy skrg gak...grrrrr!!bosan3!
Tanpa Nama berkata…
Dia dah tak ada untuk buat macam tu ke aku. Dia dah hadap Ilahi dulu.
:)
Amirah berkata…
huh.
ak rsa br mggu lps ak de prob2 bosan2 dgn bf sendri ni.

tp..die yg bosan dgn aku ha!

3 taun..mne tak bosan, i wonder hw cme org da kwin mentennnnnnnnnnn je xbosan?

or ekceli,dorg mmg bosan tp buat2 xtau?
Alexia Aqram berkata…
korang patut tahu yang abam apit ni sweet orangnya.

nasib baik dah berpunya.

haippppp!
penulis.sahaja berkata…
@ayue!
ni lah jenis makwe cepat bosan. ni lah! wahai seraya alam! tgok ah makwe ni nak clash dgn pakwe study dia!

@dobot,
doakan dia tergolong dgn org2 beriman. InsyaAllah. :)

@mira,
hangatkan. hangatkan hangatkan balik. berapa kali i nak kasitau ni. haishhh.

@alexiaaqram,
pundek.
milah berkata…
"kenapa you dumped i eh?" tanya Milah selepas lebih kurang 3 bulan beliau putus dengan bekas pakwe beliau, Sood.

"em, you jangan marah tau. actually, i ni cepat bosan sebenarnya. tapi entahlah," jawab Sood.


Milah rasa sedih lalu mengalirkan air mata.

"jadi, you tinggalkan i sebab bosan dengan i?" kata Milah sambil menangis


"bukan macam tu. tapi, macam tu lah. sorry Milah. tapi i tak nak sakitkan hati you lagi lama. tapi i ikhlas nak kawan dengan you." kedengaran Sood bernada serba salah


"OUH KAU PEGANG2 TANGAN AKU DULU , KAU BAWAK AKU KEHULU KE HILIR, LEPAS TU KAU KATA KAU BOSAN? KAU NAK MATI SEKARANG KE ESOK?!"
A.I berkata…
aku nampak komen milah, aku nak gelak dulu!*nak mati esok ke hari nih* ada option bhai nak mati bila. grr!

apesal mcm bf aku punya ayat je semua yang tertera kat atas nih.
bf gwa ker subject lu? hahaha.

neway tah part bosan, for me easy come easy go! tadik bosan, jap gik ok la tuh. it's not a big deal melainkan smbil bosan smbil mencarik lain! itu cilakak....

neway nice post, gelak2 aku baca even tak lawak. kena tangkai hati kot. grr
penulis.sahaja. berkata…
@milah,
okay. kau sungguh pro bab cerita tu. haha.

@aisha inani,
aku mengkaji bf kau semalam. haha.
mahirahkamal berkata…
LIKE

selalunya bosan ni akan muncul dlm sesuatu tempoh relationship. Yang tak msg seminggu tu betul sgt. ada 2-3 laki yang dikenali pesen nye begitu..Ego gunung everest
Hahaha.

Tapi kadang2 kena layan gak kalau dah di sms kan?



ok.
aku dah takde benda pertalian ke apa dengan sapa2 ni, so takde la sms camtu. seminggu tak charge hp pun selamba lagi~ hahaha~
Amni berkata…
zara tu pernah rasa tu dulu... =P ko jangan nak tipu zara... hahahahaha....

tunang aku? haiyaa... memang malas nak SMS. senang cite, kalau dia SMS, layankan aje.. kalau dia tak SMS? buat bodoh susah.. SMS 1 2 cukup.. kalo SMS lebih-lebih, dah tu ta reply, wat sakit ati je...

Tapi dia rajin call.. haa... baru nak masuk tahun ke 3.. tak pernah lagi dengar dia merungut bosan.. mungkin sebab masing2 sibuk.. dan jauh plak tu.. ataupun dia....... grrrrrr... aku malas nak sambung.. simpang malaikat 44!

doakan jodoh kitorang sampai ke syurga weyhh.... amin
mentega^^terbang berkata…
salam..1st time nk komen ni..menarik entri ni..

emm rs klu tak msg ke call utk satu ms yg lama leh m'buatkn seseorg tu bosan...mcm sy...bosan dgn lelaki yg tak bersungguh2....dia syg kite ke x?snyp jer..tu tndanya ape??
Rina Rossoneri berkata…
ya betul!!! sblm dapat bukan main jiwang tahap geli,bila dah dpt amboiii boleh plak bosan ye
ladolce khairina berkata…
btol3...
kitorang dh 5 taun...tp,hampeh...
dlu 24 hour msg...
skrg...dh 3 minggu x msg2...
x tawla spe y dh bosan sbnarnya...
penulis.sahaja berkata…
@mahirahkamal,
klau agak2 benda tu dh smpai, kau cuba ah kasi meriah balik. jgn kasi dia bosan. nnti dua2 rugi. haha.

@lord zara,
layankan aje laa. apa susah. janji kita jgn ego. kalau x reply pon lantok lah. janji part kita, kita dah buat. XD

@amni,
call lg bagus dr sms sebenarnya. biarlah takde sms. tp bila bergayut hari2 dia dgn excited bercerita apa jadi kat dia tu. pepehhh. rasa heaven! amin hendaknya!

@me,
kadang2 dia senyap tu ego tinggi.
kadang2 dia nak test je, awak ni pon sungguh2 suka dia tak.
kadang2 dia senyap tu sebab dia just nak main2 je. either one. harap2 dpt y positif lah.

@rossoneri,
kau pun sama ke? haha.

@ladolce khairina,
ish. kadang2 hubungan yang matang tak semestinya kena msg selalu. mungkin dah terlampau lama, masing2 dah paham hal masing2. cukup lah sekadar dia call pastu dia dgn ikhlas cerita semua hal dia dgn kau. laki ni, pesen lain sikit. sabar lah ye? dia masih ada hati tu. :)
juliam berkata…
Shah Jaslze? salah eja lah shahz jaszle. dia memang hensem kan. haha *tetiba*
Amni :

sorry aku tak guna SMS. Thanks.
Sekali hantar sms sampai RM 1?
No way.
Internet WhatsApps much better for us.

Ok, itu dulu~

Pffft~
milah berkata…
aku ada cita2 nak jadi penulis blog. apakan daya aku tak popular macam abang encik penculis *ewwww abang


dan kisah tu betul. cuma part mati tu je. aku tokok tambah sikit.


*buat muka comel sambil besarkan mata dan berharap dapat jadi penulis blog terfaktab
Fatin Razali berkata…
siapa milah ni weyh?
suka dia ah! haha

bosan. depends kat individu, bukan jantina. :)

btw, nak promote diri sendiri buat edisi perempuan boleh?haha
Miera Aziz berkata…
Wah! Sweet. Betol betol. Keep on writing. Best sgt!
Nadia Fazreena berkata…
seriously sebijik dgn i. pe salah kalo org laki bg wish gudnite ! kadang² masing² menunggu sape nk msg duluee...come on ! lelaki nie napee ego sgt hahaha
TheBentPencil berkata…
saya setuju encik.

tapi part cara nak mengelak bosan tu, kita tanya bos kita encik Aqram. apakah rahsia kebahagian relationship beliau yg sudah lima tahun (?) berjalan.

serius ni. teringin jugak nak tau.
Tanpa Nama berkata…
HOHOHOHOHO. I LOIKE JE. XNK KOMEN. BETUL-BETUL ;) AT LEAST BUAT AWEK TU SENYUM. BIAR DIA TAK MARAH2 TAK GADUH2 DGN PAKWE.
Diana Zainal berkata…
mohon share..pas kt bf ;)
hee
Diana Zainal berkata…
mohon share..pas kt bf ;)
hee
vampire's lovex berkata…
nice !!! akhir nya ada jugak lelaki yg tahu nak tulis sal gini hehe... lelaki kan konon nye aktif,so sng bosan gittu...ahahhaa....siyes ly...nice! :)
abstract motion berkata…
terasa loser pulak baca entry ni. sbb tk de nk txt jiwang / date dgn sapa2. hahaha! btw, nice entry!
rabitahnaqsa berkata…
sangatlaaa tarbaeeekk ! huhu .
suka sangat kalau dia dapat baca . eeerrkk ! aku pon da tsentap sbb aku ni cinta bermusim cket .
hope he is the one.
credit to penulis sahaja .
Tanpa Nama berkata…
i feel like crying reading this.
so many things running in my mind.
yet they remain there.

apis, hope that you're reading this already.
Alia Ramley berkata…
oh myyy... i loiiiiikkkeeeeee...

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.