Laman Sosial Haram Dalam Hubungan Cinta


Baca tajuk mesti rasa nak maki aku kan?
Ketawa.
Ludah.

Kalau kau baca tajuk, terus lajakkan tetikus ke bawah dan tekan ruang komen, sumpah, memang kau jenis budak kelas hujung yang baca tajuk buku teks dan terus lempar bawah meja sebab tajuk dah membuatkan mereka mual. Eh, ini pengalaman, kalau kau bukan salah seorang dari jenis mereka, bagus. Tolong duduk dan baca sekejap, cuma. Baiklah, sebelum ramai yang sakit punggung (butthurt) ataupun rasa gatal nak memaki macam lubang punggung (assholes), mari kita tengok sedikit ini. Oh, dari tulisan lama aku di blog sendiri. Aku ada kegemaran membaiki dan menambahbaik tulisan sendiri.
Terima kasih.

Laman Sosial.
Setiap hari pengguna laman sosial meningkat dengan pantasnya dan kebanyakan manusia yang aku kenali menggunakan lama sosial mengikut kemudahan masing-masing. Oh, Bonda tiada laman sosial - dia tidak suka Internet kecuali untuk urusan rasmi, mencari bahan pengajaran (yang dibuat oleh aku) ataupun sesi kemasukan belajar anak-anak dia. Yang lain pada dia, Internet adalah mengarut. Ada baiknya juga sebab dia tidak mengintai kegiatan anak-anak dia.
Ketawa.

Laman sosial juga mencatatkan peningkatan punca hubungan terlerai apabila salah digunapakai. Ini direkodkan dan ada dicatatkan dalam media massa dan juga elektronik. Aku terlupa bila tetapi hujung tahun lepas dan awal tahun ini, ia menjadi catatan yang kononnya perlu diingati oleh semua orang.

Ada benarnya perkara itu.
Fikir dalam-dalam sampai mata jadi biru.
Kelabu?

http://farm4.static.flickr.com/3447/3252295385_dbe743de64.jpg
[Gambar : Laman sosial yang kadangkala boleh membawa sial - itu ayat remaja, aku pinjam guna]

Disebabkan mempunyai pengalaman (yang pastinya ada baik dan buruk dalam hubungan serta laman sosial), aku tidak terkejut apabila seorang kawan mengadu betapa hubungan dia semakin hari semakin keliru dan celaru serta dihiasi bunga dan duri cemburu apabila laman sosial menjadi tempat dia mengintai pemilik taman hati yang kononnya sebuah pasu.

Kawan : Aku geram betul.
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku baca garis masa Twitter pasangan aku, mesti dia ada berbual dengan perempuan lain.
Aku : Ada masalah ke?
Kawan : Berbual bukan main mesra lagi.
Aku : Macam mana dengan garis masa Twitter kau?
Kawan : Kenapa?
Aku : Bersih dari perbualan dengan lelaki ke?
Kawan : Tidaklah, cuma lelaki tu semua kawan aku.
Aku : Tidak bolehkah kau anggap benda yang sama pada pasangan kau?
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa senyap?
Kawan : Kau baca garis masa pasangan kau?
Aku : Baca bila aku rasa perlu sebab aku rasa benda sebegini bukan satu masalah kalau aku tidak buat masalah.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Dia ada berbual dengan kawan-kawan perempuan dia, aku pun ada berbual dengan kawan-kawan lelaki aku. Selagi benda itu tidak melanggar batasan kesabaran dan apa yang sepatutnya dalam hubungan, tidaklah perlu diperbesarkan.
Kawan : Nanti lelaki akan ambil kesempatan!
Aku : Dan adakah perempuan tidak pernah ambil kesempatan juga?
Kawan : Kenapa kau kata macam tu?
Aku : Sebab masing-masing manusia, masing-masing ada kelemahan tersendiri. Lelaki dan perempuan akan sama-sama tamak dalam hidup mereka.
Kawan : Jadi?
Aku : Siapa yang tidak ambil kesempatan dalam hidup? Semua orang akan dan pernah. Jadi, sebab itu kepercayaan penting. Sikap berjaga-jaga juga tapi jangan sampai membuta tuli dan terlampau cemburu.
Kawan : Kau belum kena, kau boleh cakap begitu.
Aku : (ketawa) Aku manusia yang bercakap menerusi pengalaman. Hubungan yang musnah disebabkan laman sosial, aku dah pernah lalui. Jadi, ini zon berhati-hati dengan pemikiran dan akal, bukan terlampau mengikut nafsu diri dan kata hati.
Kawan : Tak boleh baik sangat dalam dunia.
Aku : Bukanlah aku baik sangat, cuma aku tak mahu kau cemburu buta sampai merosakkan benda yang tidak sepatutnya.
Kawan : Cinta itu sememangnya buta.
Aku : Mungkin, tetapi perlu ke sampai membutakan hingga tidak membenarkan diri menilai kaca mana permata atau mana Habib Jewels mana Poh Kong?
Kawan : (ketawa) Kau dah mula dah bermadah.
Aku : Sudah aku nyatakan, jangan jadikan aku gila.

http://farm5.static.flickr.com/4099/4864085488_bf0880ccaa.jpg
[Gambar : Kebanyakan manusia akan mula menjadi tamak bila dia mula rasa bahagia dan sangat selesa]

Mukabuku (baca : Facebook)
Apa yang kau cuba sembunyikan kadangkala akan terbuka tanpa sengaja apabila ada pihak lain yang tidak tahu apa-apa menandakan kau dengan perkara yang pada kau sesuatu yang rahsia. Contohnya, gambar kau dengan sesiapa yang pada zahirnya kau tidak mahu dilihat oleh pasangan yang mungkin akan cemburu buta. Benda begini kadangkala kita tidak dapat kekang daripada terjadinya.

Twitter.
Burung biru yang kuat berkicau hingga kadangkala ikan paus muncul akibat lambakan kicauan yang tidak dapat ditanggung menyebabkan aksara-aksara yang kau taburkan menambah beban hingga muncul paus biru bila kau gunakan laman sesawang (baca : web). Kalau guna 'client', mungkin akaun Twitter kau akan beku sekejap (seperti yang selalu berlaku pada aku).

Kau berkicau dengan sesiapa sahaja sehingga tidak menyedari pasangan kau sedang makan hati. Ah, bukankah ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja (kecuali kau menjadi akaun itu sebagai rahsia peribadi dan meletakkan kunci privasi - macamlah tiada cara benda ini akan dapat dibaca juga kan?)
Ketawa.

Senyum.
Hidup ditentukan oleh diri sendiri.
Kalau kau bising menjerit tanpa ada siapa yang peduli sekalipun, itu tetap kehidupan yang perlu kau jalani.
Itu udara yang perlu kau hirup setiap hari.
Itu tenaga yang kau gunakan untuk kekal berdiri.
Berjalan atau berlari.
Senyum sekali.
Ketawa lagi.

[Gambar : Jam terus berdetik, apa yang kau sedang fikirkan dan menungkan bila tengok waktu?]

Kalau kau rasa kau tak mampu tanggung lihat laman sosial pasangan kau, jangan tengok.
Itu sahaja aku boleh katakan.

Dan yang punya laman sosial, peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan juga, janganlah sampai menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu. Biarlah benda itu menjadi talian penghubung jika jauh (atau dekat sekalipun). Bukanlah ia menjadi penyebab dan penambah statistik bilangan benda negatif untuk tahun dua kosong satu satu.
*******
Oh, itu sedikit sahaja dari petikan tulisan aku, sebab yang selebihnya sudah jadi sampah yang tidak perlu diingati. Kepada pengguna laman sosial di luar sana, mana ada haram guna laman sosial dalam bercinta. Tidak, tak haram. Cuma kalau kau letakkan gambar kau bercium atau senggama di lama sosial, memang haram. Haram jadah tahu?

Aku tak nak sentuh hukum dan sebagainya sebab kau semua lebih pakar dan arif, tapi cubalah kalau nak bersosial bagai di laman sosial, janganlah sampai orang lain menyumpah macam-macam pada kau. Memang menyakitkan tahu? Tak tahu? Baiklah. Mesti dah biasa buat tapi tak sedar kan? Bagus!

Dia : Mak saya tengok gambar awak comolot dengan bekas teman lelaki awak.
Kau : Mak awak tengok tak gambar awak comolot dengan bekas teman wanita awak?
Dia : Saya dah padam dah.
Kau : Oh, macam celaka kan awak?
Dia : Kena pandai kambus tahi sendiri.
Kau : Takpe. Nanti saya hantar gambar awak comolot pada mak awak.
Dia : Letak dalam CD tau? Mak saya tak pandai guna pen-drive.
Kau : Takpe. Nanti saya cetak sekali.
Dia : Frame sekali eh?
Kau : Saya frame gambar yang kita comolot plak.

Baiklah.
Celaka je rupa.

Dah, tak haram lah guna laman sosial.
Takut betul.
Mesti ramai yang dah berkira-kira nak padam FB, Twitter dan sebagainya kan?
Kalau tak, bagus.
Sebab ternyata kau baca ayat aku sampai habis.

Lord Zara : Penulisan ini ada masa yang sudah ditetapkan. Maaf, aku sedang mengikuti aktiviti luar. Nanti balik, kalau ada masa, aku review apa yang kau semua letakkan. Kalau adalah kan?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
gilak ah... tang dialog kt bwh tu x thn beb baca..
sicKo^ berkata…
entry ko memang menarik... teruja aku.. haha
Amni berkata…
oiiiiii.... ko kutuk aku ke? hahahahahahha... terasa nak mampusssssssssss..... aku dah insaf sejak dua menjak ni.. bila baca entri ko ni aku rasa memang bodoh apa aku buat dulu.. hahaha.. biarlah dia... hidup dia.. kalau dia nak jahat, sembunyi2 po jahat jugak.. yer tak.. huhuhu...
LiNdA ZaiN berkata…
disebabkan muka buku aku da break skrg neh..!!huhu
RastaMat berkata…
Pundek punye fb..
wakakakaka...

Laki ke pompuan ke same je kan??
manusia jugak..

Pandai2la bawak diri..
penulis.sahaja berkata…
benci tau lord zara ni.
buat saya setuju je dengan semua dia tulis.
#hurmmm.
nn berkata…
lagi-lagi kalau dua-dua pihak dalam perhubungan kuat jealous. banyak betul masalah. siap ada yang sengaja tak add/follow pasangan sendiri dekat facebook/twitter. haiyo.
Tanpa Nama berkata…
dia jeles dengan aku boleh. aku jeles dengan dia, dia mintak clash. damn!
cikpia berkata…
akupun penah ada pengalaman buruk dengan laman soSIAL nie..... ahhh, persetankan!!!!
ayue! berkata…
perlu ke conversation yg last tu weyh=.=''
missdodo berkata…
tu keje orang xmatang.....

http://omelandodo.blogspot.com/2011/02/untuk-daughters-sekalian.html
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aswadz berkata…
fb aku dah x berfungsi pun. bkk utk maen game je.
Fatin Razali berkata…
kalau laman sosial yang dijadikan alasan. pemikiran manusia masih di takuk lama lah macam tu.

laman sosial mungkin punca, tapi bukan alasan nak putuskan hubungan.
mila berkata…
hakhakhakhak...cun la dialog2 di atas
Aizat Jamal berkata…
Hahaha..aku tak boley bayangkan kalau Facebook diharamkan di Malaysia.
Mau tak gila suku rakyat Malaysia.
TheBentPencil berkata…
Terbaik cikgu!

suka ayat "kalau tak sanggup jangan tengok." hahaha

and also,

poh kong > habib jewel.

#fakta
Meister berkata…
stail la entry ni..
cooool...
keep it up..
::nuRuLaDHar:: berkata…
en3 cikgu zara smua superb2 lah..!suke bace... keep it up oke.. =)
una berry berkata…
Facebook mmg boleh jd perosak hubungan kalau dpt pasangan yg ya ampun cemburu yang amat
meluat

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.