Sekilas Dari Terfaktab 2
Salam sejahtera dan salam 'bulan cinta, bulan rindu'.
Menjengah ke dunia realiti dalam bulan Febuari ini banyak aneka-ragamnya. Dari lanjutan revolusi Mesir, kepada pilihanraya DUN Tenang dan sehinggalah kepada kemenangan 2-0 Harimau Malaya. Sekarang, kita akan memasuki fasa minggu baru. Minggu yang sejak 2002 skripnya sama hari-hari masyarakat asyik menegah dan promosi sana-sini.
14 Febuari. Hari cinta. Hari Valentine. The Vday. Minggu berkasih sayang. Minggu Jabatan Agama Islam di setiap negeri akan mengaktifkan gerombolan skuad pencegah maksiat di segenap hotel-hotel murah. Minggu di mana kempen para moralist, serbanitas, ostat-ostajah, muftey-muftey, dan alimulamaque akan gah di majalah, surat khabar, dan dunia maya mengingatkan bahawa hari Vday merupakan hari yang harommm di sambut. Kami? Walaupun kami dalam kategori blog cinta, namun kami ada lain gaya, lain cara dalam hal ini. Apa barang Vday bai?
Tapi, semua orang lupa. 15 Febuari 1942 adalah hari di mana Empayar Jepun menguasai Tanah Melayu. Tentera Jepun sebenarnya boleh je nak takluk Malaya pada 14 Febuari, cuma diorang delay sebab nak sambut Vday dulu, parti-parti dengan chikaro-chikaro Johor Bahru semalaman. Ok, tak. Sebenarnya Leftenan Adnan yang terer mempertahankan Singapura di last line defence Bukit Candu sampai 2 batalion Tentera Nippon pun, tak dapat nak takluk pada 14 Febuari itu.
Oh, 15 Febuari ini juga adalah hari Maulidur Rasul. 12 Rabiulawal tahun gajah ok. Bidaah apa tahun arnab?
Sinonim dengan hari dan minggu yang serba unik ini. Kami di Terfaktab merasa bertanggungjawab untuk memeriahkan minggu tersebut. Baiklah, bermula 12 Febuari sehingga 18 Febuari. Kami di Terfaktab akan mengadakan edisi Minggu Single Appreciation. Ya, minggu yang di khaskan untuk membincangkan, menghargai dan menulis mengenai skop menjadi seorang single atau bujang atau lebih tepat ;
Tiada makwe, tiada pakwe, baru lepas clash, baru lepas divorce, duda, janda dan mungkin, #foreveralone.
Oh! atau mungkin dah ada makwe/pakwe. Tapi hidup macam single. Eyh?
Yelah, semua orang dok sibuk bincang pasal benda couple-sayang-rindu-haromm sebab Vday. Tapi, takde sekor pun yang nak bincang pasal mereka yang keseorangan berbulan-bulan, dan mungkin bertahun-tahun takde makwe/pakwe. Kental menghadapi efeksi dan suasana Vday dengan lone ranger. Hey, hidup biar berlaku adil kan? Foreveralone pun manusia jugak. Berilah peluang dan hargailah.
Pihak kami di Terfaktab berharap, dengan tercetusnya minggu ini, ia serba sedikit boleh memberi tentangan, oh tak, mungkin sedikit counter kepada Vday yang selalunya di sambut oleh mereka yang terlalu mabuk bercinta. Padahal kalau diikutkan, semua hari adalah hari untuk kita berkasih-sayang kan? Taim-taim macam ni lah baru nak sibuk ber-i-lap-u segala. Geli!
Sekian saja untuk sekilas pengumuman ringkas kali ini, bertemu kita di minggu yang special itu. Asalamualaikom!
p/s : 14 Febuari ni jatuh pada hari Isnin kan?
Kami di Terfaktab nak berpuasa sunat lah. Keh keh keh.
Ulasan
ha ha ha ha~
ha, yela. kena puasa. lainlah kalau PMS. opssss!
dabel standard utk yg bujang2. di anak tirikan. kimak sungguh! wa dibelakang lu!
Engineer Adalah Pilihan Kerjaya Yang Terbaik
posa lah.. :)
cant wait
mintak2 mr.k ade wat entry tuk topik ni.heee
^_^ thanks terfaktab..you're the coolest people that making this happen.
I'm not going to be alone this VDay. thank you :)
Happy Single Appreciation Week!!!!
AKU BEBAS KINIIII!!! MUAHAHAHAHAHAH!!!