Menyamar Jadi Teman Lelaki Demi Kegembiraan Dia.
Edisi penambahbaikan.
Sebenarnya membaikkan diri bukannya mudah.
Jerit-jerit suruh orang jadi baik dah kurang dadah sebab budak-budak sekarang ubun-ubun penuh darah.
Baru nampak gagah.
Orang tua apa tahu, makin mereka sergah.
Ah, dah terhantuk nanti baru nak terngadah.
Ludah.
Terima kasih buat yang sudi menonton Vlog aku sebelum ini. Ya, kali pertama buat video yang sememangnya mendapat kutukan nasional dan juga antarabangsa. Tahap global sudah blog aku rupanya sebab ditonton selain dari mereka yang tinggal di Malaysia (padahal yang di luar negara pun kebanyakannya adalah orang Malaysia).
Senyum.
Tidak menulis dan melihat matahari berlatarkan awan dan langit biru memberikan aku ilham merakam satu lagi video yang ternyata tidak sanggup aku muatnaik disebabkan tangan aku menggigil memegang telefon genggam sewaktu memandu. Ya, sengaja aku letakkan telefon dan cuba berkongsi dengan kamu semua tetapi entahlah, aku cuba buat lain kali, mungkin.
[Gambar : Maaflah buat yang menyatakan aku buat Vlog disebabkan aku sunyi]
Panggilan telefon dari seorang rakan lama tadi setelah dia minta nombor telefon aku selepas sudah lama tidak berjumpa (berhubung menggunakan Internet serta hilang nombor aku) membuatkan aku tertanya-tanya. mengenai sesuatu Apakah persahabatan dan cinta itu membuatkan manusia acapkali keliru demi melihat sebelah pihak gembira atau kedua-duanya sekali menikmati bahagia?
Kawan : Eh, terima kasih sebab sudi bagi aku nombor telefon kau.
Aku : Tiada masalah. Apa benda yang kau nak cakap tadi?
Kawan : Ingat tak yang aku cakap aku baru bujang semula?
Aku : (ketawa) Geli dengar istilah bujang semula.
Kawan : Kau pun sama kan?
Aku : Ceh! Tapi aku tak guna perkataan bujang semula ya?
Kawan : Ye la. Bekas teman wanita aku, sebenarnya kawan baik aku.
Aku : Tahu. Jadi?
Kawan : Dia datang jumpa aku siang tadi.
Aku : Eh, kenapa? Nak ajak rujuk ke?
Kawan : Ceh! Bukan. Cuma dia datang nak berbincang dengan aku pasal aku, dia dan teman lelaki dia yang baru.
Aku : Maksud kau, bekas teman lelaki dia yang dia ambil balik semula kan?
Kawan : Ya. Kau memang tak puas hati dengan dia kan?
Aku : (ketawa) Sebab dia boleh rasakan senang sangat dapat pasangan, padahal ramai orang lagi yang masih mencari.
Kawan : Emosional nampak.
Aku : Kenyataan dan aku tak merujuk pada sesiapa, hatta diri sendiri. Jadi, apa dia nak?
Kawan : Kau pun tahu yang keluarga dia tak suka dengan teman lelaki dia tu kan?
Aku : Kau ada cakap hari tu. Jadi, kenapa?
Kawan : Dia tanya pada aku, boleh tak aku kembali pada dia sebagai teman lelaki pura-pura. Kira menyamar kononnya kami dah kembali bersama untuk mengaburi pandangan keluarga dia.
Aku : Apa gila ke?
Kawan : Dia minta tolong sangat-sangat pada aku.
Aku : Kau gila kalau kau kata setuju.
Kawan : Aku belum bagi keputusan.
Aku : Jadi apa kau nak buat?
Kawan : Aku sayang dia, sayang sangat-sangat. Bahkan aku sebenarnya, cintakan dia lagi. Cuma, aku tak boleh nak halang dia kembali kepada kekasih lama.
Aku : Dan, kau nak kononnya masih bersama hanya nak selamatkan dia dari diketahui sudah kembali kepada kekasih lama yang keluarga dia tak restu?
Kawan : Lebih kurang begitu.
Aku : Kau gila.
Kawan : (ketawa) Mungkinlah walaupun kau lagi gila dari aku.
Aku : Tapi, ini soal hati. Apa kau nak menyamar sampai bila?
Kawan : Mungkin sampai hati dia terbuka semula untuk aku.
Aku : Dalam mata dia, dia tak nampak kau. Dia nampak lelaki itu sahaja.
Kawan : Untuk biarkan dia gembira, aku sanggup, sebab dia kawan aku.
Aku : Kau yang akan sakit sendiri nanti.
Kawan : Dia dah bagitahu pada keluarga dia tentang kami sebelum ini. Jadi, sebelum keluarga dia dapat hidu, lebih baik kami teruskan drama ini.
Aku : Apa yang kau nak sebenarnya dengan tolong dia ni?
Kawan : Kegembiraan dia.
Aku : Alahai. Dia gembira, tapi kau?
Kawan : Aku gembira bila dia gembira juga.
[Gambar : Adakah kau betul-betul gembira walaupun sebenarnya hati kau penuh duka?]
Aku sebenarnya mahu jeritkan kata marah kepada kawan itu sebelum aku tersedar bahawa setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza. Mungkinkah dengan menolong (boleh panggil menolong ke? Ludah!) bekas teman wanita dia itu, dia merasakan sedikit kegembiraan di dalam hati walaupun ternyata aku melihat kesengsaraan dia dalam cuba melepaskan bayangan cinta itu pergi.
Kali ini boleh bekas teman wanita kembali hanya dengan satu tujuan, mengaburi keluarga dia disebabkan dia kembali kepada bekas kekasih lama yang tidak direstui keluarga. Perempuan, betapa kau patut buka mata. Itu dikira menipu ya?
Bila menipu, dosa.
Mati seksa.
Masuk api neraka.
#ayatklise budak sekolah rendah.
(sambil goyang-goyang punggung dan penyekkan hidung)
Bila menipu, dosa.
Mati seksa.
Masuk api neraka.
#ayatklise budak sekolah rendah.
(sambil goyang-goyang punggung dan penyekkan hidung)
Kawan.
Kau tahu kenapa badut lukis senyuman gembira di wajah dia?
Ini mungkin disebabkan tiada siapa yang mengerti kesedihan dan kesengsaraan mereka.
Mereka membuat orang lain gembira tetapi di lubuk hati mereka, mungkin sedang menangis duka.
Kau mahu jadi boneka?
Permainan ketika suka?
Dilemparkan pergi bila bosan, buang begitu sahaja?
Kau mahu teman tercinta?
[Penulisan dari sini]
Aneh.
Kalau hati sakit, kau juga yang rebah.
Kalau tak di pintu neraka, mungkin juga di pintu kelab malam.
Meraung kesakitan dan hidup terpuruk dalam kemurungan.
Ah, celaka badan.
Kalau kau rasa darah sendiri itu sedap, silakan.
Kalau kau fikir air mata itu seperti manisan, hidangkan.
Kalau kau percaya kegembiraan sementara itu memberi kepuasan, ayuh teruskan.
Tapi jangan kau meraung kesakitan.
Diam sahaja kalau kau takut digelar bajingan.
Zara : Please don't mistake my being alone for loneliness or my singleness 4 desperation. Sometimes fabulous walks alone! That's what you need to remember peeps. [Jadah tulisan aku bercampur dengan bahasa kedua aku ni?]
Ulasan
kalau dia rasa girl tu bahagia ngan new boy, dia patut doakan diorang kekal. see, ekceli dia tipu kalau kata dia bahagia.
and that girl will be so trapped with his parents that she will do anything they say, and ditch his secret boyfriend for mom's favorite.
oh wait...this means your friend wins!
wow, he must've figured this out. He's a smart one.
Meh singgah: Trip to Cameron Highlands!!
crite ni macam crite saya je...well..demi kbahagiaan dia..sy sanggup berkorban tuk kegembiraan dia tp akhirnya dia kembali kepada perempuan lain.mmg rasa nk maki hamun je dia~~~~~~`(owh emo sungguh sy ye)Skrng sy nk semangat dan cinta sy balik....huhuhuhuhuh....
aku cuma mampu berdoa semoga kawan kau itu dikurniakan jodoh yang membahagiakan dia kelak....hidup ini masih panjang.
haiilahh perempuan..
=.=
Aku dah cakap dengan dia berulang kali.
No response.
Sebab dia kata dia bahagia.
Dia rasa dia bahagia.
Aku nak kata apa lagi kan?
LOL!
Maybe that's the whole point! The smart-ass must already configured that.
XD
Terlampau cinta sampai lupa diri?
Dah cakap dear.
Tapi dalam fikiran dia ada perempuan itu sahaja.
Oh, itu sama macam cerita kawan saya juga. Lelaki tu janji dah berubah segala, perempuan tu terima dia, keluarga lelaki tu terima dia dengan gembira, last2 lelaki tu balik pada ex awek dengan alasan mencintai kawan saya adalah satu kesilapan sebab dia masih cinta awek lama dia.
Pfffft~
aku nak dia bahagia.
tu je.
Family aku pun tak pernah ambil tahu~
:)
cinta butakan mata hati kot?
tapi aku takda facebook
*like*
:)
Tidak puas rasanya nk membaca...makanya saya baca dan terus membaca artikel ini membuatkan saya terfikir sekali lagi betapa bodohnya saya mengharapkn harapan dia and last dia buang saya macam tu je bila berjumpa dengan someone new..tht's really hurt me.Xpela,hidup ni ibarat roda..sekejap kita di atas,kejap ag di bawah..ada hukum karma kot.Saya tidaklah berdendam denagnd ia cuma...saya perlu ingatkan kita hanya lah manusia biasa.insyallah time will heal my wound..doakan ye.Pasti ada seseorang yang jauh lebih layak dari dia sedang menanti saya(positive mind..hehehe)
Kepada kawan awk.sy berdoa semoga kawan awk mendapat kesedaran dan meninggalkan apa yg dia wat sekrang.Masih tidak terlambat lagi untuk dia berundur.Wat apa still mengharapkan pada orang yang pandai ambil kesempatan atas masalah mereka pada kawan awk.Meninggalkan masalah pada diri dia setelah selesai masalah pun terus je tinggalkan awak awk..ibarat hye-hye,bye-bye.Kawan awk juga akan sakit dan merana walaupun orang yang sayangkan dia tu da bahagia dengan pasangan dia.Walaupun kawan awk redha asalkan orng tu bahagia,bagaimana pula kebhagian diri dia sendiri?Siapa nk jaga hati dan perasaan dia?Siapa?cukuplaaa....Banyak lagi perempuan di luar sana yang boleh dipilih.Build hidup baru..cahaya dia akan datang dengan sendiri..bagi peluang diri untuk orang lain mencintai,menyayangi dan menghargai diri dia......Tolongla beritahu kawan awk bahawa dia layak dan berhak untuk bahagia..bukan untuk menghiris perasaan sendiri melihat kebahagaian orang lain demi pengorbanan diri.That sucks. :) peace
Kawan : Aku gembira bila dia gembira juga.
what the fuuuu..
kawan aku, arwah aina mardhiah, meninggal bulan 7, 3 bulan sebelum spm. ta pernah kapel, ta pernah bercinta..
apedaaa kesah cinta, kalau Allah tuh lagi cinta..... what the fuuu..
tp pd pompuan 2, hrap2 dia sdar la ape yg dia wat..dia akn melukakn ramai pihak..llaki 2, n even worse(asyik2 ayat ni) family dia..sbb tipu lama seyh..atau dia cm ade certain awek yg nk kapel ngan org laen, n nk kawen ngan sorg lg..cam kapel ni hnya maen2..kawen ngan org steady prwatakan..wat the effff..
btw, ak doakn llaki 2 dpt jodoh yg baek2..seriously, ak rs dia mmg baek kalo sggp berkorban smpai cmtu skali..cuma dia kna pkai akal skit je..hehehe~