Mengintip Sebab Cemburu - Aku Benci Stalker Wanita


Dari penulisan aku di blog.
Maaf, minggu ini sibuk dengan sukantara dan ujian bulanan.
Ya, aku memang guru.
Apa kau tak percaya lagi?
Nak bukti?
Itu khas aku dalam makmal kimia - taman permainan hingga hujung nyawa.

*******

Sungguh aku ketawa riang.
Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini?
Senyum nampak gigi.
Kau mula rasa sakit hati?
Gigit bibir sampai nampak gusi.

Gadis, ah tidak, kau seorang wanita.
Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan?
Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya.
Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha)

Apa yang kau takut sebenarnya?
Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila?
Sekejap, kau buat begitu kenapa ya?
Aneh tahu?
Ketawa.

Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya?
Aku : (ketawa) Aneh dengan soalan kau. Kenapa?
Kawan : Aku tahu bukan senang cari pengganti.
Aku : Tiba-tiba aku rasa ayat itu macam celaka, kenapa ya?
Kawan : (ketawa) Jangan salah anggap. Maksud aku, kau buka diri kau pada cinta secara serius selepas cinta pertama yang gagal - itu pun selepas empat tahun. Pasti tak mudah lupakan bukan?
Aku : Melupakan cinta sungguh bukan aku.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kalau berusaha melupakan, bermaksud aku letakkan orang yang pernah aku cinta dalam kepala. Aku tak mahu, biarkan sahaja berlalu.
Kawan : Jadi kawan sahaja?
Aku : Terpulang kepada keadaan.
Kawan : Kazuya?
Aku : (ketawa) Kau ingat lagi nama dia.
Kawan : Ingat sebab itu kali pertama aku lihat kau dekat dengan lelaki.
Aku : (ketawa) Benda begini aku tak mahu ingatkan kembali. Tersimpan dalam kalendar yang aku sudah lupuskan, kita tak selak kalendar ke belakang.
Kawan : (ketawa) Betul kata kau. Ni, teman wanita aku baca blog kau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Dia tahu kita rapat, dia takut kalau kau suka pada aku.
Aku : (ketawa) Kau rasa aku suka kau?
Kawan : Manalah aku tahu.
Aku : Ya, aku suka kau.
Kawan : Jangan main-main!
Aku : (ketawa) Kau kawan aku, mestilah aku suka kau. Ada orang kawan dengan manusia yang dia benci?
Kawan : Betul juga kan?
Aku : (ketawa) Jangan sampai aku kata belajar bertingkat-tingkat, bangangnya bertingkat-tingkat juga.
Kawan : Sumpah keji. Tapi teman wanita aku tetap risau.
Aku : Dia nak risau apanya? Kau cakap sahaja pada dia yang aku ada teman lelaki baru, habis cerita.
Kawan : Makcik.
Aku : Apa panggil aku makcik?
Kawan : Sebab kau cepat lupa. Kan aku kata dia baca blog kau, mestilah dia tahu kau belum ada teman lelaki baru.
Aku : Kau cakaplah pada dia yang aku ada teman lelaki baru, tapi aku sengaja tak tulis di blog.
Kawan : Boleh ke cakap macam tu?
Aku : Boleh, cakap sahaja.
Kawan : Kenapa perempuan benda kecil sebegini pun nak rasa tak selamat?
Aku : Itu sifat perempuan aku rasa. Sekali dia dapat sesuatu, dia akan jaga dengan sepenuh jiwa, tidak akan dilepaskan dengan mudah, lebih-lebih lagi pada perempuan lain.
Kawan : Jadi kau bukan perempuan.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Sebab kau lepaskan hak kau pada orang lain tanpa rasa kecewa walaupun sebesar kuman.
Aku : (ketawa) Kau tak tahu apa yang berlaku, maka kau tak berhak letakkan sebarang hukuman.
Kawan : (ketawa) Kau masih berselindung tentang cerita sebenar kan?
Aku : Tak perlu tahu benda peribadi sebegitu.

[Gambar : Maaflah kalau kamu tanya tapi aku tak pernah jawab dengan kata-kata]

Ketawa.
Sekejap, kenapa aku tulis ini semua?
Ya gadis, aku tahu kamu akan baca. Bukankah kamu sedang melekat pada blog aku bagaikan lintah yang dahagakan darah? Tolonglah dahagakan darah sahaja, bukan dara, boleh?
Ketawa kuat sambil meludah.
Tepat ke tanah.
Merah.
Sarkastik sedikit pula Cik Zahrah.

Aku : Sekejap, teman wanita kau cuma baca blog aku?
Kawan : FB, Twitter semua pun dia baca.
Aku : (ketawa) Sebenarnya dia bukan patut risau akan persahabatan kita berdua.
Kawan : Aku dah banyak kali beritahu dia.
Aku : Dia patut risaukan diri dia sendiri. Kenapa dalam banyak-banyak kawan kau, dia tembak aku?
Kawan : Sebab dia kata kau popular.
Aku : (ketawa) Sekejap, sambung berbual nanti, aku nak berak.

Sepanjang pagi dari jam lima pagi aku cirit birit. Benci betul kena guna Twitter dalam tandas tahu?
Ketawa.
Kalau kau baca Twitter aku dan jumpa #chamberofsecret - kau boleh teka aku di mana.
Eh?
Ha ha ha.
(Muka merah)

http://farm4.static.flickr.com/3495/3317405332_4e198ca069.jpg
[Gambar : Cuba tengah seronok guna Twitter, makhluk ini terjengul? Ampun, tak nak!]

Aku : Dah siap, sambung-sambung. Siapa kata aku popular? Aku bukan popular pun.
Kawan : Dia kata begitu.
Aku : Sebenarnya aku yang risau ni.
Kawan : Risau kenapa?
Aku : Sebab dia asyik baca semua benda tentang aku, aku takut dia jatuh cinta dengan aku pula.
Kawan : (ketawa) Gila puaka ayat.
Aku : (ketawa) Dah dia setiap hari dah jadikan benda pada diri aku sebagai benda wajib baca, bahaya tau?
Kawan : (ketawa) Gila kau.
Aku : Cakap dengan dia, tak perlu risau. Aku kenal siapa diri aku, aku kenal kau.
Kawan : Nanti aku cakap lagi.
Aku : Bagus. Kirim salam dia dengan ucapan, janganlah sampai jatuh hati dengan aku.
Kawan : Gila.
Aku : (ketawa) Dan lagi, beritahu jangan cemburu dengan aku.
Kawan : Baiklah.
Aku : Berbulu aku kalau perempuan cemburu dengan aku.
Kawan : Bukan semua orang berbulu ke? (ketawa)
Aku : Oit!

[Gambar : Ada pepatah Cina menyatakan, kalau kasut itu sesuai dengan kita, pakailah. Tapi aku tidak akan pakai sebarangan, begitu juga dengan kau kan?]

Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum.
 
*******
Aku memang benci pengintip perempuan.
Aku rasa keselamatan aku tergugat sebab segala benda orang nak laungkan.
Ketawa riang aku dengan manusia penuh perasan sedemikian.
Sudahlah perempuan.
Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian.
Sebab hidup kami bukan diawangan.
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan.
Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan.
Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga mengiringi dalam hubungan.
Nah, aku masih mahu yang terbaik buat kalian.
Ludah dan diam, aku kulum sendirian.
Tangan masih diangkat, tanda mendoakan.
Tentunya yang menjurus ke arah kebaikan.
Ah, aku bukan syaitan.

Lord Zara : Setakat ambil gambar berdua kau sudah rasa ada hubungan? Jangan jadi gilalah!

Ulasan

cafiena berkata…
insecurity.

takda ubatnya kecuali percaya. diri sendiri dan orang lain.
Unknown berkata…
owh yeah!
this is so true!
come on la!
kenapa nak risau beb.
some people can be so paranoid!
Elena Reeney berkata…
sangat sangat sangat bersetuju! kalau nak comment panjang sangat. takpe nnti dulu. tapi aku menyampah ngan perempuan jeles tak tentu pasal ni.
SHAHIRAH TERMIDI berkata…
stalk lelaki cukup lah. HAHAHAHAHAHA. >:)
inn berkata…
"Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian.
Sebab hidup kami bukan diawangan.
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan."

:)
TheBentPencil berkata…
kisah benar.
pada suatu hari dalam FB:

LelakiA: Hai semuaorang!saya sudah dapat kerja baru hehehehe
PpuanA: Tahniah! kerja kat mana A?

*tak berjawab selama sehari. kemudian Lelaki B, kawan mereka bertiga datang komen di bawah.*

LelakiB: Tahniah woi! keje mana?
LelakiA: ah, kerja dekat kilang XXXX.

Fakta: Lelaki A ada Awek
Fakta2: PpuanA tu single
Kesimpulan: Lelaki A takut reply sebab awek jeles.

why so takut la Awek?
Akulah Aqilah Itu berkata…
insecurity sangat memalukan. =(
Anem Arnamee berkata…
@Akulah Aqilah ItuZara. hye, jenguk sini pula :)

Aqilah, setuju. malu owh :(
intan.maisarah berkata…
hidup bujang lebih enak dari berangan angan dgn pasangan yang belum tentu menjadi suami/isteri..

:)
dya berkata…
hebat cara kamu susun ayat..sedap je bace..hebat...
syazai86 berkata…
dah penah rasa gak mcm ni....sume ttg kita dia nak tau...terpengaruh dgn CSI kot tu yg sume benda nak wat analisis....hehehe...
mila berkata…
wahh ayat2 dia..mmg tabik spring ah
MegaBlue berkata…
minah tuh tercabar dol..sbb tuh die stalk ko bagai ejen perisik..

hahhahahaha...

pttnye die stalk seme kwn bf die..lg baguih..
mentega^^terbang berkata…
perempuan dan cemburu..biasalah tu..mungkin dia rasa kawan mu akan jatuh hati kepada mu..who knows kan..

suka ayat nih.
"Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian.
Sebab hidup kami bukan diawangan.
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan."

*bersemangat baca...
bukan penggoda berkata…
betul kan. org yg bercinta ni sbnanye hidup dlm awangan. haiyak...
Tanpa Nama berkata…
haha..suka ngan entry ni. Nyampah ngan pompuan yg cenggitu. Cuz pernah kena berkali3. Sanggup add pompuan yg x dikenali hanya semata2 nak stalk org. Takut kita rampas bf dia.Lenkali, siasat bf sendiri sudeh.

-silent reader but not a stalker-
heheh =P
Zoe Ana Yusof berkata…
oh my, i used to be one of the "stalkers". tu pun aku rasa mungkin sebab aku boleh dikecualikan(eceh,ayat in denial btul) tapi aku rasa pompuan jadik camtu sbb insecurity je.dan rasa tercabar mungkin sbb dia tahu laki tu mungkin lebih happy kalau dengan orang lain compared dengan dia so dia nak jugak tau apebende yang buat laki tu lagi happy dengn org lain sbb tu la dia stalk org lain tu.ewah.
Tanpa Nama berkata…
tu stalk baik lah..
membuatkan kau insaf mengenali Tuhan bukan?

lol
Tanpa Nama berkata…
sumpah setuju. dan sedang mengalaminye. annoying kot. mohon nk copy cikgu. tengkiyu

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.