Gambar Berdua Maksudnya Ada Hubungan?


Tulisan aku dari blog sendiri.
Hujung minggu aku ketat dengan ulangkaji.
Maaf ya?

Gila.
Jangan buat lawak sendu kononnya bagi mencari gaduh dengan pasangan masing-masing hanya disebabkan ternampak gambar berdua yang entah tahun bila pun sudah terlupa. Kalau teman lelaki kau jenis baik dan penyayang, tidak perlulah menguji dengan benda-benda begini yang boleh membuatkan dia makan hati. Apa kau ingat makan hati sendiri sama macam makan hati ayam, hati lembu? Boleh tambah zat besi? Alih-alih, kau yang makan besi guna gigi.

Aku memang benci pengintip perempuan.
Aku rasa keselamatan aku tergugat sebab segala benda orang nak laungkan.
Ketawa riang aku dengan manusia penuh perasan sedemikian.
Sudahlah perempuan.
Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian.
Sebab hidup kami bukan diawangan.
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan.
Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan.
Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga mengiringi dalam hubungan.
Nah, aku masih mahu yang terbaik buat kalian.
Ludah dan diam, aku kulum sendirian.
Tangan masih diangkat, tanda mendoakan.
Tentunya yang menjurus ke arah kebaikan.
Ah, aku bukan syaitan.
http://farm1.static.flickr.com/213/457490052_c064715cf8.jpg
 [Gambar : Kalau gambar begini bolehlah kau nak tuduh sebarangan kan?]

Rasa kurang selamat.
Curiga tidak bertempat.
Seriau dan mudah fikir yang bukan-bukan.
Aku nak tanya kau satu benda, apa yang menyebabkan kalian memulakan hubungan ya?
Bukan asasnya adalah dasar percaya?
Ke aku salah?

Kawan : Beb, siapa yang kata teman wanita dia tengok kau punya blog?
Aku : Adalah. Kenapa?
Kawan : (ketawa) Aku nak buat permintaan sedikit.
Aku : Apa dia?
Kawan : Teman wanita aku ada tengok FB aku. Dia ada ternampak gambar kita dulu-dulu.
Aku : Gambar apa?
Kawan : Gambar berdua.
Aku : Bukan banyak ke gambar berdua? Zaman belajar dulu kan macam-macam program.
Kawan : Itulah masalahnya, dia boleh kata kita ni kekasih lama, padahal kau kawan baik aku.
Aku : Jadi, kau nak suruh aku buat apa?
Kawan : Dalam akaun aku, aku dah halang (baca : block) dia dari tengok gambar-gambar tu.
Aku : Jadi?
Kawan : Boleh tak kau buat yang sama pada gambar kita yang lain?
Aku : Nanti aku padam semua.
Kawan : Janganlah!
Aku : Biar puas hati dia, aku tak nak ada masalah.
Kawan : Kau kecil hati ke apa?
Aku : Satu perkara yang aku jaki adalah perempuan rasa tak selamat bila teman lelaki dia kawan dengan aku, jadi, sebelum dia rasa pelik dan fikir bukan-bukan lagi, aku baik jauhkan diri.
Kawan : Bukan dengan kau seorang, dengan kawan-kawan aku yang lain pun macam tu.
Aku : Jadi, dia nak kau bergambar dengan lelaki sahaja?
Kawan : Mungkin kot?
Aku : (ketawa) Kalau aku, baik pasangan aku ada gambar dengan semua orang.
Kawan : Kenapa?
Aku : Mana tahu kau boleh dikatakan homoseksual pula kan?
Kawan : Tak macam celaka ayat kan?
Aku : (ketawa) Kenapa teman wanita kau ni?
Kawan : Kami dah merancang nak bertunang. Jadi, dia nak imej aku bersih.
Aku : Jadi, gambar-gambar kau dengan perempuan lain macam najislah?
Kawan : Eh, jangan fikir macam tu?
Aku : Dia tak pernah gambar dengan lelaki?
Kawan : Siapa?
Aku : Teman wanita kau.
Kawan : Ada, tapi aku tak kisah.
Aku : Oh, dia ada padam tak?
Kawan : Tiada.
Aku : Mari sini aku lanyak dia di blog.
Kawan : Janganlah.
Aku : Identiti dirahsiakan.
Kawan : Sadis kau.
Aku : Lantak.

Lawak.
Itu memang sesuatu yang kelakar.
Kau boleh buat, tetapi pasangan kau jangan.
Kau bebas buat ikut kesukaan, tetapi pasangan kau perlu jaga hati kau demi jangan ada tunjuk perasaan?
Begitu?
Enak.
Bergambar berdua sahaja sudah ditebak ada hubungan istimewa.
Jadi, kalau si dia kau bergambar dengan pensyarah, dengan rakan sekerja, berdua pun kau akan kata ada hubungan cinta? Setakat berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku tanpa ada sebarang aksi mesra pun sudah dikatakan punya hubungan mesra?

Wah!
Begitu aku mahu ambil gambar dengan sesiapa sahaja.
Nanti boleh dilaungkan punya hubungan istimewa.
Teman tapi mesra.
Macam gampang sahaja.

http://farm4.static.flickr.com/3543/3682281370_4d33d0950e.jpg
[Gambar : Sekarang kita tak main lagi kunci hati, kita guna kata laluan. Canggih sedikit. Ketawa. Gila]

Satu benda ya, aku nak beritahu sahaja.
Benda yang dinamakan Internet ini mampu buat kau ketawa. Kau boleh cari apa sahaja, dan kawal pasangan kau seperti seorang raja memiliki takhta. Kawasan dia, empayar kau juga. Segala tindak tanduk dia, kononnya kau boleh hidu dan cium sama. Pergerakan dia, kau boleh lihat dan perangkap bila-bila masa.

Tapi, kau juga lupa satu perkara.
Bukan kau sahaja yang boleh buat benda gila. Masih ramai lagi tenaga kerja di belakang alam maya. Kalau rasa panas secara tiba-tiba, bukanlah bermakna kipas rosak atau penghawa dingin tiba-tiba bikin celaka. Mana tahu hati panas akibat perbuatan timbal balik secara tidak sengaja kan?
Nah, itu bukan ugutan.
Itu sedikit pesan.
Kata (kononnya) kawan.
Pengsan.

[Gambar : Adakah kau mahu pengakhiran sebegini? Bolehlah kalau kau suka]

Tulisan aku bukan untuk mencari pujian.
Perkongsian aku bukan untuk menunjuk jagoan.
Cuma aku ingin berkongsi satu perasaan.
Manusia ini ada had dan batasan.
Bukan kau sewenangnya langgar garisan.
Dan mengharapkan selamat sejahtera tanpa balasan.
Malangnya satu perkara teman.
Dunia ini pasti ada balasan.
Sama ada cepat, lambat atau kemudian.
Sebab itu aku selalu kata, hidup kita, kita tentukan.

Kau boleh kata aku apa sahaja.
Aku cuma pandai ketawa.
Nah, bukankah kau sudah lihat dalam video aku punya?
Ketawa.
Jangan biarkan hujung minggu kau berdarah.
Tarik nafas, mendesah.

Lord Zara : Hidup kau, kau yang tentukan. Bukan menyalak macam bajingan. Dan ya, kalau kau tak kenal erti sarkastik dan sebagainya, jangan bikin hidup orang lain celaka dengan kebodohan kau memahaminya. Mengkritik bodoh setiap status aku di Twitter hanya menunjukkan kau manusia yang tiada apa-apa.

Ulasan

sicKo^ berkata…
skrang ni, makin ramai orang yg kuat jeles.. silap haribulan , tangkap gambar ngan kucing pun, orang leh jeles..
Suci Dalam Debu berkata…
when i read your entry
i knew that i not be alone
thanks..
wanita single itu bukan semua nye desparate..
masnurain berkata…
aku agreed apa yg kau tulis nie..and agreed jugak dgn "suci dlm debu".. ya! wanita single tu bukan semuanya desperate! kalau kau benar2 percaya dgn pasangan kau..gmbr bdua tu bukan isu.. lain la klu gmbr bermesra2...! nice enrty dude!

JOM TENGOK NIE..!!!

solat di awal waktu.. apa yang HEBAT nya?

tahu kebaikan bercelak?? jom bace!

SUGAR GLIDER tu apa ek..??
Amni berkata…
okey.. aku berusaha untuk membayangkan.. tapi dari sudut lain.. mungkin ke laki tu pernah buat sesuatu yang buat dia susah nak peercaya laki tu sampai dia jadi macam tu?

mungkin!

laki ni memang tak leh caya sangat... kat office aku yang laki orang pon sibuk nak ngorat popuan single kat opis..

memang betul tak leh nak salahkan perempuan single 100%.. cuma da kalanya perempuan single ni memang ada yang gedik yang buat popuan2 yang ada laki dan tunang or pakwe ni tak senang duduk... aku tak cakap semua yer...

well... hidup kita ditentukan kita.. jadi kena jaga la apa yang kita ada baik2 kan,..

p/s ; aku cuma pandai bagi pandangan.. =P
nomethayati berkata…
klau gambar berdua ngan kawan-kawan pun disalahtafsirkan,nampak sangat gf tu kuat cemburu n queen control.aku rasa ni mesti kes nak jaga air muka dengan kawan-kawan,yela la fb ni kan ramai stalker.cuba bayangkan bila kawan cakap , 'eh,aku nmpak bf ko tangkap gambar ngan perem sorang ni la kat fb'...dengan serta merta diri yg cool akan mendidih bengang.ni salah satu sifat perempuan yang jaga standart n percaya cakap kawan-kawan.
Ekay_Qynn berkata…
aku setuju.

cuma bg aku, biasa nya yg jd masalah ialah gmba2 bila ambik rapat2 or peluk2. kan tak sedap dilihat tu.

tp kalau gmba yg tak lah di ambik rapat2, xde muka nak posing pipi ke pipi, bile berdiri sebelah2 biar ade gap sket jgn lah ambik gmba berdiri sebelah2 dah mcm ambik gmba dgn gf sendiri, so yg itu xde lah jd 1 masalah atau syakwasangka.

kalau sepupu, mungkin boleh faham. sbb sepupu, memang muhrim. xhairan lah kalau rapat2 peluk2.

tapi kalau dgn kawan, semua org yg tgk pun akan ckp, waahhh, ni mcm ada pape je...and time tu timbullah perkataan "curious"....

if gmba di ambil tidak ada unsur2 curiosity, boleh lah diterima... boleh menyebabkan timbul perasaan jealous, tapi tak de lah sampai nak fikir yg bukan2 kan.

ambil gmba dgn lain jantina berdua2, boleh, tak salah pun... cume, biarlah berpada2 cara bergambar tu, jgn lah sampai boleh timbulkan unsur2 yg sampai psgn anda fikir bukan2.

kalau gf anda fikir bukan2 semata2 sbb anda ade pernah ambil gmbar dgn girl lain berdua je, dan anda rase tak kisah if ade gmba gf anda berdua dgn boy lain. cube anda compare dua2 gmba tu. ade beza tak cara posing dan sebagainya? yg menyebabkan gf anda fikir bukan2, tp anda tak.

apa2pun, aku recommendkan pada anda semua, if nak elak sebarang fitnah atau psgn anda fikir yg bukan2... rajin2 lah anda kenalkan psgn anda dgn kawan anda tu. tambah2 pula kawan baik anda.
anda kata beliau dlm gmbar tu kawan baik anda, tapi anda tak nak kenalkan psgn anda tu dgn beliau. kan dah boleh menimbulkan syakwasangka di situ.
dan maka timbullah dialog monolog dimana:

pasangan anda:
1. eh, kenapa ye dia tak nak bagi aku jumpa atau kenalkan aku dgn kawan baik dia tu ye?
2. mesti ada ape2 yg dia nak sembunyikan.
3. entah2, mmg budak tu bkn kawan baik dia pn, tapi mmg diorg ada ape2 together.
4. ke kawan baik dia tu tak suka aku.
5. tapi aku kan gf/bf dia.
6. if tak suka, mesti ada ape2 lah tu. confirm.

situasi "kawan baik" nak delete gmba2 korg tu utk elakkan syakwasangka dan masalah, 1 benda yg betul, mmg bagus permikiran dia.

tapi kalau aku, aku nasihatkan, adalah lebih baik kalau "kawan baik" tu tak perlu delete pun tak apa
(sbb yg pertama: tak penting, yg kedua: mungkin boleh timbulkan/perkukuhkan lagi syakwasangka),
tapi instead, kena lah ikhtiar utk explain pada psgn kawan anda tu,
tak pun cuba dialog "eh, kau kenalkan lah aku kt gf/bf kau tu. asal ha, kau tak pernah nak kenalkan aku dgn gf/bf kau tu?" (dan kemudian tgk ape pulak reaksi kawan anda tu bila "kawan baik" tujukan soalan sebegitu. - kalau mcm mengelak2 tu, haha, tu dah lain cerita pula kan, maknenye, ade lah yg kawan anda tu sorok sesuatu. tapi tu cerita lain pulak.)

berkenalan bagus, supaya psgn kawan anda tu kenal "kawan baik" anda tu dan lain kali tak fikir bukan2 dah.
biasanya, bila dah jumpa dan kenal, barulah segala syakwasangka tu dapat dipadamkan, cos nampak sendiri dpn mata siapakah yg bergelar "kawan baik" yg anda sebut2 tu.
Ekay_Qynn berkata…
haha... panjang pulak komen aku ni...
dah boleh post dlm blog aku dah....
hahaha..... adiosss beybeh....
Syzna berkata…
yes aku pun selalu di intip entah, gf kwn lelaki aku. serius aku tk fhm, mereka nk lelaki tu jadi gay ke apa? tk pyh kwn dgn perempuan langsung.




girlssssss kan. aku harap satu hari nnt aku ada seseorang aku bukan perempuan begitu, sbb aku tau betapa annoyingnya bila seorang gf jeles tak tentu psl.


tp buat masa skrg ni, aku senang sendiri.
miSz tUna berkata…
Ekay_Qynn : hi, rasenye awk salah ckp tu. sepupu adalah BUKAN muhrim, malah sah kalau nikah dengan sepupu. dgn sepupu, aurat masih kene jaga. sekadar berkongsi. :)
@sicKo^

Kalau tangkap gambar dengan kucing pun jeles, aku nak cakap dengan orang tu, GO DIE PLEASE.

LOL!
@Suci Dalam Debu

No worries dear.
Yup, kita bukan desperate.
@Amni

Vice versa beb.
Kenapa perempuan je nak jeles lelaki tangkap gambar dengan perempuan lain? Habis tu, lelaki buat diam je bila awek dia tangkap gambar dengan lelaki lain?

Wah, lemak amat~

Bila kau kata lelaki tak boleh percaya sangat, aku nak juga kata, certain perempuan dan lelaki pun tak boleh dipercaya sangat. Kalau tak, takkan timbul cerita kena stab dengan kawan2 sendiri kan?

Kadang2 ada je perempuan/ lelaki yang dah berpunya lebih gedik dari yang single. Tu stok minta kaki tu. Hahahaha.
@nomethayati

Lelaki pun ada standard nak jaga kan?
lagi tinggi ego lelaki sebenarnya. Cuma itulah, yang penting janganlah buat benda yang boleh buat pasangan masing2 salah tafsir.
@Ekay_Qynn

Ni gambar diri tegak macam lagu Negaraku pun boleh cemburu, apa kes? Mentally damaged ke apa kan?

Sepupu adalah BUKAN MUHRIM dear. Just pembetulan sedikit, sebab kita boleh kahwin dengan sepupu kita. ;)

Ni orang bercinta kadang2 ada masalah nak positifkan otak masing2. Yang perempuan buat mulut muncung itik ala2 Lady Gaga nak bercium bila ambil gambar dengan lelaki lain, bf bleh tahan ke tengok? Ha ha ha.

Ni kalau dah kenalkan, cemburu buta juga, boleh tak aku tolong tamparkan?
@Ekay_Qynn

Hahaha.
Kau boleh copy-paste sebab itu tulisan kau. ha ha ha.

maksud aku, komennya.
@AzzaSyzna

LOL!
Bukan jadi GAY, tapi nak suruh jadi BISEXUAL. LOL! Jadi lelaki tu akan pilih dia seorang sahaja sebagai perempuan, tetapi lambakan lelaki lain sebagai teman.

Woohooo~
(Tiba2 imaginasi aku jadi jahat)

Memang annoying gila.
rasa nak pijak2 jadi tepung~
LOL!
Ekay_Qynn berkata…
@miSz tUna

terima kasih kerana kongsi ye.
yg bab sepupu boleh nikah tu mmg sy pun tahu.

tapi bab muhrim bukan muhrim tu sy tak pasti lah pula. sbb mengikut pengetahuan sy, itu lah pengetahuan yg diberi pd sy.

dan lgpun belum pernah lg ade org membangkang atau fakta mengatakan sepupu tu bukan muhrim.

apa2 pun, nanti sy buat research dulu. ^^
utk pastikan betul2 supaye takde ajaran sesat ye. lol.

if betul apa miSz tUna tu kate, so skg sy dah tahu lah. thanks sbb betulkan.
tp sy nk kne confirmkan dulu dgn sumber2 yg boleh dipercayai. supaye lebih afdal =)

oh ye, yg bab jaga aurat tu pulak, mmg dgn semua org pun kte diwajibkan jaga aurat kan?
so, kat situ takde ape yg nk dibahaskan.

anyway, thanks again cos correct me if i'm wrong. kite sama2 kongsi pengetahuan.

-------

@LORD ZARA 札拉

oh, haha, kalau mcm tu skali, itu mmg kes cemburu buta. tak boleh nak dselamatkan lagi. sbb kalau org cemburu buta, mmg mcm tu. hahaha....

tapi ape2 pn pasti ada jln penyelesaian kpd bab tu.
bende boleh settle punye.

oh ye, thanks juge sbb correct me if i'm wrong ye LORD ZARA 札拉 ttg bab muhrim tu.

ape2pun, mmg kalau bile aku tgk org ambik gmba dgn sepupu lain jantina, selalu nye dah mcm adik bradik ambik gmba rapat2 tak pun peluk2. cenggitu lah. haha. kecuali aku lah, sbb mmg aku tak close dgn semua cousins aku pun. jumpa pun setahun sekali time raya. lol.
Ekay_Qynn berkata…
@LORD ZARA 札拉

btw, kalau dah kenalkan tapi still nak cemburu buta tu, kau hempuk2 je kepala dia. hahahahaha
Ekay_Qynn berkata…
@AzzaSyzna

mmg, aku pun faham tahap ke'annoying'an tu kalau gf nak jeles tak tentu pasal.
tapi bf pun takde kurangnye, kalau bf tu nak jeles tak tentu psl, annoying gak beb.
@Ekay_Qynn

Cemburu buta sebab mata tercucuk garfu macam Kasim Selamat. Alahai Kasssiiiimmmm...
(PANG!)

Oh takpe.
Itu pengetahuan dari dulu, sekadar berkongsi cuma.

Ha ha ha.
Aku pun selalu ambil gambar dengan sepupu. Takde la peluk2, kalau tak, awek dia naik tocang, payah plak nak tolong leraikan balik. LOL! LOL!
@Ekay_Qynn

aku nak hempuk sampai empuk cam kentang putar~

XD
@Ekay_Qynn

cc to : @AzzaSyzna

XD

sama2 annoying kan?
ramai sangat sekarang ni cemburu tak bertempat.. masih bercinta pun dah gitu, dah jadi suami isteri nanti agak2nya makin teruk cemburu tu..
ad|nda berkata…
ni yang aku tak suka ni.... berkawan pun dituduh ada hubungan.. gambar berdua... ada hubungan? oh yeah ko pernah dengar tak orang kater "slalu org yg suka tuduh kita macam2 sebenanyer dier laa yg buat camtu"
Tanpa Nama berkata…
kita marah bila org fitnah kita

tapi kita sendiri yang mengundang fitnah

gambar berdua? perlukah?
save the best for your husband or wife. nnt lebih bahagia.
lebai berkata…
aku pelik la apesal pompuan tu jeles dgn ko zara?
sebab kitowg tgk ko ni bukannye cantik pon
aih minah tu jeles x bertempat
@lebai

terima kasih sebab kata aku tak cantik.
aku sedar tu.

:)
Alexia Aqram berkata…
@lebai

pada mata kau, zara tak cantik. pada mata aku dia manis.

kalau aku jatuh hati pada zara, aku yakin ada yang cemburu. normal lah naluri manusia berbeza.

to zara,

aku ada cerita menarik mengenai gambar berdua. nanti aku tuliskan. kau membuka idea mengenai hal ini. teruskan.
bukan penggoda berkata…
@lebai

puas aku klik link tu. balik2 ke terfaktab. aku pon dah nak maki je tenet ni buat hal. sket lg mmg lu letak link terfaktab. mcm gampang. nak kate org x lawa pon x berani ltk link sndri. hamjad sgguh.

pnh dgr x beauty lies in the eyes of the beholder? lu jgn smpai gua sekolahkan lu. ke nak tuisyen je? private one-to-one?
Jiro berkata…
haish , menyampah aku dgn pepuan queen kontrol ni . gambar berdua pon jadi masalah . relax ar . kawan je pon . nak takot apenye , nampak sangat dia tak yakin @ percaya pada lelaki tu . and si lelaki tu , kalau betul dia sayang pepuan tu and nak pepuan tu jadi isteri dia , mestilah ade sedikit perasaan cemburu bila tengok gambar awek dia dgn lelaki lain .

nasihat tuk si lelaki la : jangan terlalu menjaga hati orang lain sampaikan hati kita sendiri tak dijaga sepertimana kita menjaga hati dia .

* anyway , nice post :)
Aku Skema berkata…
one sided giler..x patut tu..mmg game over la kalu camtu..haha
aku ain berkata…
yang paling pelik, kenapa semua masalah ni punca dari internet? pada aku, masalah tu takkan timbul kalau ada sikap percaya pada pasangan..even kalau ada rasa tergugat atau ape2, tanya dulu dari pasangan..jangan nak cemburu membuta tuli..laman sosial wujud, bukan untuk connecting antara couple je..tp main reason dia utk kawan2..nak bercinta, phone lagi mesra kot..
afro berkata…
I remembered a movie "How Harry Met Sally". Harry told Sally that "Men can never be friends with a women who he finds attractive. Why? Because he's going to have sex with her."

Malay-ly speaking, lelaki n pmpuan cantek tak seswai berkawan sbb lelaki ni msti nk ade rlationship ke ape2 ke. sex xleh la. haram.
Unknown berkata…
nak pinjam2...potong n lekat di fb..same case..uhuk2... credit to u~!!
~ms.Cahye~ berkata…
sori2...acc ayahanda yg b4 ni (mohd mohtar)

ni real one;nak pinjam2...potong n lekat di fb..same case..uhuk2... credit to u~!
H_O berkata…
aku pon sama, takut dianggap bukan2..aku jauhkan diri walaupun member tu baik ja ngan aku lama da b4 kenal dy g..huu
Wid Skyline berkata…
pergh!
thumbs up! :)

best entri ni..

its better WE unhappy alone, than UNhappy wif someone.. ^^
Si kupu-kupu berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
aku sendiri kerana gerak hati. aku cari info pasal bf aku dari alam maya. nyata kantoi.

mungkin dari sikap aku percaya dia dalam berkawan maka dia fikir dia selamat utk ada kawan rahsia yang bukan hanya untuk berkawan saja atau bertukar pendapat. bagaikan pelacur atasan yang memakai selendang spt datin2 suci.

setelah aku mahu tinggalkan, si kawan rahsia pula mentah2 ditinggalkan seperti sampah, seperti tak wujud dan kenapa pelu wujud dalam hidup bf aku.

bf aku?
ya kami couple kembali.
'tolong bina kepercayaan semula pada i, pls?'

ya, another chance given. baru2 ini ditipu lagi tentang kawan rahsia yg sama - white lie.

what did i tell him?
trust & lie dont run together.
oi.. pasrah ah. haha..

*ohya, ko seperti penulis yg mahu hidup dalam cahaya positive tapi masih sendu* didnt say i dont like it. :)
-SuM
Unknown berkata…
emm betul tu..100% setuju..my ex pun selalu buat mcm nie..dia boleh pulak text and call kawan perempuan merangkap ex couple dia...tapi saye...haram jadah..nak text dengan lelaki pun tak boleh..padahal just nak tanye..''homework dah siap ke belum..'' je...=.='
annoying tahu !

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.