Kaki Spedo. Kaki je Spedo, Seluar Clvin Klein.

Di suatu taman. Terlihat sepasang kekasih berdiri rapat dan berhadapan. Seorang tangannya rapat ke bahu yang seorang lagi. Sekali diamati macam sedang bermanja-manjaan. Dua kali diamati rupanya sedang bergaduh.
Lebih kurang gini la tapi warna warni sikit. {link}

“Abang, abang naik kereta dengan adik dan mama saya eh?”

“Dengar dulu Darling....”

“Abang cakap abang naik sorang-sorang! ABANG TIPU! Dah abang ni, kita PUTUS...”

Apabila anda membaca ni, anda terus berkata, “eh, kejam sungguh awek ni. Naik ngan adik dia je pun.”  Atau “Eh, itu pun nak marah ke.” Dan terus cop awek itu emo tak pun datang bulan. Tapi seperti kebanyakan konflik dalam bercinta, masalahnya lebih mendalam daripada satu dua peristiwa sahaja. Dalam kes ini, awek itu sebenarnya kecewa bukan saja kerana naik kereta dengan adik itu, tetapi kerana ditipu. Dan ini bukan tipu dia yang pertama.

Ala, tipu-tipu sunat...

Ada di antara kita (lelaki atau perempuan) memang suka menyembunyikan kebenaran. Bukan sebab kita ni memang jahat ke apa, cuma kita nak menyenangkan hati orang. Tetapi tipu-tipu pun, sekecil tipu lama-lama bila sudah banyak orang naik angin juga.

Contohnya, anda cakap anda cuti dan tidak keluar bilik. Alih-alih awek anda nampak anda lepak di mamak. Bila awek anda tahu, dia cool saja. Sebab baru kali pertama, no big deal tambahan pula anda melepak sorang.

Kemudian awek anda ajak anda keluar dating. Anda malas, anda cakap anda migraine. Tetapi anda rupanya sedang syok main Call of Duty Black Ops. Bila awek anda tahu, dia terasa sikit tetapi dia diam saja.
Keadaan berterusan—anda terus menipu—atau menyorokkan maklumat sebenar, dalam kata lain. Pernah dengar terma compulsive liar? Maknanya cakap tak benar ni telah menjadi habit. (ada beza dengan orang yang menipu dalam keadaan tertentu sahaja contoh nak lari daripada sekatan polis, meniru dalam exam, kene tangkap kantoi etc).

Penipuan kompulsif bermakna walaupun boleh cakap benar tetapi entah kenapa, ayat tipu tu macam lagi senang nak keluar dari mulut. Cakap benar jarang sekali, walaupun takde masalah pun kalau  bagitau dia hal sebenar. Kerana bagi anda lebih senang make up story daripada cerita panjang lebar kenapa anda lambat.
Contohnya dalam setiap perjumpaan anda selalu lambat. Awal-awal kasi sebab trafik, kemudian sebab eksiden pulak. Kemudian nenek mintak beli barang la, nasi kat rumah kena masak la...awek pun pening. Eh takkan la setiap kali nak datang sini, nasibnya mesti malang, mesti something happen sampai lambat datang. Suey ke relationship kitorang nih?

Sebenarnya anda memang liat bangun pagi, dan anda malas kunci jam. Hari-hari tidur pukul tiga, bangun pukul sepuluh. Kalau lunch date confirm lambat. Haish. Kenapa tak cakap je kat awek. Dia boleh jadi jam anda. Tepat Subuh dia call “hallo yangggggg....pukul berapa nih. Bangunnn!!”

Camana nak handle kalau ada pakwe begini?
Kalau mengikut idea daripada sini, ada banyak.



  • 1)      Bila dengar kata-kata diorang dan tahu dia menipu, buat-buat innocent dan confused dan cakap “eh bukan tadi awak cakap....saya tak pahamla....”

  • 2)      Sedar bahawa dia itu ada habit menipu dan tak percaya bulat-bulat apa dia cakap. “Ah, ye la tu.”. senang kan? Buat tak tahu je. Anda tak sakit hati, ye tak?

  • 3)      Ada yang percaya kita kena bawak orang ni jumpa kaunselor. Sebab ada kemungkinan penipuan dia ni sampai merebak ke seluruh aspek hidup dia. Mana tau pas ni dia menipu dengan bos, dengan peguatkuasa, dan mungkin terlibat dalam jenayah. Tapi ini untuk kes menipu yang dah terlalu berat la. Sebab nak ajak orang jumpa kaunselor susah. Diorg percaya apa yang diorang tipukan. Dan biasanya diorang akan sentap dan marah. Ni pilihan paling tak disukai la, tapi paling berguna untuk masa depan.

  • 4)      Paling last dan paling mudah, tinggalkan je penipu ni. Dua-dua senang hati. Kita tak payah deal dengan bohong dia lagi, dia pun boleh pergi cari orang lain yang layan putar cakerwala alam dia itu.
  • Dia ni pun putar-putar jugak sebab nama dia Ustaz Putar Alam. {link}

Ada idea lain dalam website ini juga. Lebih kurang sama. Tetapi kalau rajin, bacalah juga ini.

Kalau saya sendiri yang kuat tipu?

Ha, ha...anda tipu saya ye. Orang gila mana akan kata dia gila!

Oh, ehem. Baiklah.

Kalau anda tahu anda suka mengelak memberitahu kebenaran, cuba praktis cakap benar lepas ni. Mulakan berlatih dengan menceritakan perkara kecil dan harmless seperti “saya lambat sebab tercirit dalam toilet” atau “tadi saya download game Assasin’s Creed dalam hanset, tu la pasal takde kredit dah.”
pakai je hanset macam ni. main game snake je.


Jangan takut apa orang kata. EXPECT apa mereka akan kata dan anda akan merasa sedikit lega. Yakinkan diri anda bahawa tiada orang yang akan marah jika anda terangkan baik-baik, dan kalau dia marah pun nanti lama-lama dia sejuk la. Lagi baik dia marah pasal perkara yang benar, daripada marah pasal perkara yang tipu kan?

Ya, janganlah menipu. Especially dalam relationship. Sebenarnya menjaga hati orang lain bukanlah dengan menyembunyikan kebenaran, tetapi memberitahu kebenaran dengan jujur dan berhemah.

Jumpa lagi! Jangan lupa komen tau. Komen jujur-jujur. No TIPU ok!

Ulasan

Karma is true.
Once U do that to others, it'll come back.
:)
edoraemon berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mentega^^terbang berkata…
manusia kadang2....menipu utk menjaga hati..tapi klu kebenaran dah diketahui lagi sakit hati kan kan...tell the truth from the beginning. No regret on the future~
Farahin Mafuzah berkata…
aku pon baru kene tipu ng boi aku.
aku tacin,tapi dy wat tak reti je.-.-"
Rafeeqa Ruslan berkata…
what lahhhh this is like so trueeee? I used to have a relationship with this kind of guy. cuma cara dia menipu tu lain. like, every single story he told was obviously tak logic and you just know that hes just making em up to impress you. byk kali jgk tanya dia balik bila cerita dia berubah ubah, kantoi tapi dia cover balik with another lies. zzz. entry paling best frm Terfaktab. well done
zey berkata…
aq mmg pantang org men tipu-tipu neh. tipu sunat kononnya utk 'cover-line'? duh.

btw, tengs bg tips camne nk kantoykan depa y suka make-up stories neh.
Unknown berkata…
"Lying is an insults to the person's intelligence"
bukan penggoda berkata…
why we tell lies everyday but still bad liars? why? why? why?

okay. takde kena mengena. bai.
misz aisya berkata…
wahhh best giler lah entry ni!!
triple like lah awak!! hehehe

ermm sye penah couple ngan someone yg suka bg alasan. mula2 tu kesian sbb alasan dia munasabah n ada unsur simpati. tp, kalau setiap kali date, mesti gaduh kaw2 sbb dtg lambat nk mampos, siapa leh tahan kan??

kalau dah dkt setahun menganggur dgn mcm2 alasan, siapa tak bengang kan??

asyik dgn alasan smpai satu tahap sye rasa dia menipu dgn creat alasan..sengaja amek kesempatan..

then, bye2 lah..tak nak simpan laki camni agi. go to hell! hahahaha
نور berkata…
entry yg sgt best..serius sy suka..mmg btol lbh baik kna mrah sbb ckp bnar dr kna mrah sbb menipu..n pling stuju cara yg ke-4..nk handle pk we yg penipu...
mai meowmeow berkata…
betul , hal kecik pun .
macam tak boleh jujur je .
minta jauhkan laa org mcm nie dari hidup saya :)
Sophie Al-Yahya berkata…
suka entry ni. pernah tinggalkan org macam ni =)

hah macho tak macho. orang macam ni mmg tak boleh bagi muka. Boleh jalan laaa.. *emo pulak*
mahirahkamal berkata…
been through this..
masa tu fed up, lalu tinggalkan je si penipu ni. Alhamdulillah dia dh berubah and learned his lesson.
Tanpa Nama berkata…
my @@#$$%^&& pown penipu gak...
huhu...
but i da maafkan dye..
MegaBlue berkata…
seme yg mengomen entry nih adalah pompuan..maseh..kbai..
ak ttp ak berkata…
Oh no... it's so like my bf..

dia memnag compulsive liar...seyes, stp kali ktorg bergaduh sbb dia bohong... memnag sakit hati.. sy dh dua kali putus, tp dia still mcm tu, buat dek and still mcm nk continue relationship, seyes, can't deny that i still love him.. skrg ni hubungan dh mcm serius, he ask for the engagement.. so what should i do? persoalannya skrg, laki mcm ni leh percaye ke in the future? alih2 kalo dh jd husband dh xleh wat pape kan nnti? xkan nk mkn hati-ulan-jantung stp kali dia menipu kan? kan? kalo bf memnag la leh clash.. so? anybody? i need an opinion plz..
NurLailatul berkata…
ok.sgt setuju dengan entry kali ini..Lebih baik dia taknak berckp dengan aku sbb dye tahu perkara sebenar dari mulut aku..Dari sakit mendengar dari orang lain.
TheBentPencil berkata…
Time kasih seme.
banyak cerita dari korg pasal penipu ni.

@zara: ha'ah. kadang2 kita buat 5%, balasannya 500%. sakit beb.

@artoone: nope. lying is TESTING a person's intelligence. he wants to find out how much he can get away with. haha.

@Elise: ha'ah tu ah.
takde ke lelaki yang kena tipu dgn ppuan compulsive liar? cecite, cecite.

@bukan penggoda: bad liars sebab walaupun mulut meipu, muka tak boleh. lagi2 kalau orang jenis gerak hati kuat, spedo la die camne pon, org tu boleh kesan jugak.

@ak ttp ak: compulsive liar, mcm yg sy ckp td, memang masalah peribadi dia. dia x nak cakap benar. kena sedarkan dia banyak2 kali yang menipu tu boleh membawa masalah, dan bercakap benar tu tak berbahaya. kalau betul2 serius bawak la dia jumpa kaunselor. orang penipu kompulsif ni bukan aje nyusahkan percintaan dia, tetapi kerjaya dia jugak. macamana bos nak percaya kalau sikit2 tipu kan.

tapi kalau dah berkali-kali kena tegur, taknak ubah jugak...er..tinggal je la.
ak ttp ak berkata…
@TheBentPencil:

xtau la mcmana dia interact dgn org sekeliling yg dia syg... xkan la dgn mak, bapak, adik beradik pun tipu gak? i really donno.. confius.. bila tegur, mslhnya dia xnak ngaku dia bohong.. bertambah2 la skit hati.. so mcmana la nk bwk jumpe kaunselor? dh salah sndiri pun xnak ngaku..how? kekadang tu bila dh break dia mcm ok.. ckp btul, tp dh lm2 dia start balik.. nk tinggal trus? hopefully i ad kekuatan for that.. sbb stiap kali i clash, dia mcm xnak stay far away, masti dia contact sy gak..tu yg sush tu.. so far, perwatakkan dia smue ok except for compulsive liar tu la..

i just can pray yg dia xkan tipu lg.. nk ubah xtau mcmana, i even stay cool kalo dpt tau dia bohong,ckp bebaik dgn dia tp smpai bile nk mcmni kan? really hates liar..

penah la 1 hr xtahan sgt i send him text msg ckp "i know u r lying n jgn ingt i diam sbb i xtau, don't take advantage of my goodness" then he replied: thank u..

arghhh... he even didn't say sorry..

btw my quest is, kalo kte ad jodoh dgn org mcmni how to handle ek? seyes, kalo jodoh cmner? or dia akn berubah selepas kawen? aduh..
ak ttp ak berkata…
bila bc article ni http://www.suite101.com/content/what-are-pathological-liars-a132547

seyes rs mcm ap yg sy bt sblum ni adlh slh and it will turn up worst.. sbb i have tried to confront with him directly.. so he is a pathological liar or compulsive liar..whatever.. but still a liar.. bila bc article tu rs cam mustahil je nk surh dia berubah..
Lalala berkata…
yela dari pada tipu..baik jujur..pahit2 pun lama2 terima juga
kartini marzuki berkata…
Dang !!! oh my God ! memang ada orang macam ni rupenye!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.