14 April 2012

Entri gaya brader-brader.

Sejuk-sejuk malam ni, dengan demam panas dan tisu tepi kompite ni sedak gak kalau gua pi pekena teh O panas segelas. Sebenarnya gua mengidam jagung panas corn in the cup jugak, tapi apakan daya untuk memecah hegemoni mamak kapitalis gua gagahkan juga duduk rumah.

Dalam mengidam makanan persis mak buyung ada jugak gua teringatkan kisah dijaman gua praktikal dulu. Gua praktikal bukan calang-calang, kat kilang kat Melakau wa cakap lu. Duduk pulak kat Paya Datok sebab nak jimat uang. Tapi syoknya duduk Alor Gajah ni, rumah teres dia sedak luas macam rumah teres 200k kat KL, tapi bayar tak sampai RM 200 sebulan. Dengan suasana segar dan panas macamtu, tak hairanlah kalau gua sihat dan kuat mengalahkan Boyan Hodak. Eh gua main petik je nama tu.

Apa-apapun nak dijadikan cerita satu malam ni gua dengar bising dekat rumah sebelah. Gua jenguklah luar tingkap, ada satu gerai kecik depan rumah jiran gua si Pak Leman tu. Sebenarnya gua tak ingat pun apa nama pakcik tu tapi gua memang panggil dia Leman sebab dia pakai Lebai. Tapi kalau panggil Lebai nanti Lebai betul masjid depan tu cepuk gua pulak.

"Psst, psst Wan! Ada orang jual la dekat rumah Pak Leman!" gua jerit pada member gua wan yang sedak layan Slot Akasia sepam. Wan laju je bangun mengintai rumah sebelah. Dah macam gaya makcik-makcik kami berdua ni. Ala dah duduk kampung memang secara tak langsung terasimilasilah budaya kampung seperti menjenguk tingkap dan mengumpat tepi pagar sambil bertukar juadah dengan makcik sobolah. Tapi kami jenguk-jenguk pun rumah sebelah tak nampak pula Pak Lemannya. Nak tanya makcik sobolah dia dah lama tidur.

"Eh, ada budak-budak perempuan. Aku tengok macam jual jagung." Wan walaupun mata sepet ketajaman mata dia 40/20, hebak betei. Gua nampak kelam-kelam kelabu je depan tu. Tapi Wan katanya nampak tiga anak gadis jual makanan goreng-goreng dan jagung rebus. Dengan yakinnya dia ajak aku keluar pergi cekidaut minah-minah tu.

"Kami bertiga ni, anak sedara Pak Leman, duk sini sebab cuti semester. Saja-saja nak berniaga depan rumah cari duit poket," gitulah kata tiga anak gadis tu. Gua perati bebetul. Mata comel. Putih-putih, kurus, berbaju long sleeve dan seluar sukan, memang menutup aurat dan manis hendaknya. Ye la, menutup aurat. Sebab jiran gua yang lain boleh bantai spaghetti strap dan short pendek pergi jalan-jalan keliling taman. Tu baru duk Alor Gajah, kalau duduk KL gua tak tau dia pakai apa. Ke tak pakai takpe? Kah kah kah!

Lepas gua cekidaut awek-awek tu, gua pandang barang jualan dia. Tak ada yang menarik sebenarnya. Tapi Wan dah push-push gua beli jagung. "Jagung rebus ah jom, dah lama tak makan jagung." Gegadis tu pulak dah tengok gua penuh pengharapan. Mana taknya gua kastemer pertama diorang malam tu. Kalau tak dapat untung malam ni siapa la nak kasi makan anak-anak kucing diorang. "Belilah, belilah, sedap ni," pujuk gegadis lagi. Gua dah tak sampai hati.

"OK ah Wan. Jom amik dua tiga batang jagung." aku cakap pada Wan. "Yeah! Terima kaseyyy..." budak-budak tu meloncat gembira. Diorang kutip beberapa batang, masukkan dalam plastik dan hulur pada Wan. Wan hulur duit kepingan biru dan masukkan baki diterimanya dalam poket.

Hamsap kan gua ni? Gua yang order, Wan pulak yang kena bayar. Kahkah!

Balik rumah, kami tutup pintu dan terus dengan rakusnya mentekdarah plastik tu seperti rakun gersang. Dah mula terbayang-bayang rasa manis jagung rebus dengan lapisan mentega cair masin-masin sikit, peh! Bahagia. Gua ambil satu batang, Wan satu batang, lalu kami ngap....dan berpandangan sesama sendiri.

Tak sedap langsung.

________________________________________________________________

Dekat seminggu jugaklah kami tak sebut pasal jagung rebus tu. Kami rela tunggu pasar malam hari Ahad untuk beli corn in the cup buatan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di Masjid Tanah atau burger dekat Dataran Keris tu. Biar tua kerepotan asal rasanya kesedapan. Tapi kan, entah kenapa, makin lama makin riuh pulak gerai rumah Pak Leman tu. Ramai kastemer nampaknya.

"Zi, jom ah beli jagung," kata Wan suatu malam. Dia pandang gua gua pandang dia. Dua-dua perut dah drumroll tapi malas nak start motor/ kereta nak keluar mengeteh. Tapi gua tau beli masakan awek-awek tu, rasa dia tak inzal langsung. Macam makan palet friskies kerasnya.

"Tak pe ah, kita ada steamer, kita rebus dan letak butter sendiri. Jagung je kita takde," pujuk Wan.  Oraitlah. Lagipun, gua ni jiwa suci jugak time tu, berperasangka baik; kot-kot awek ni dah improve resipi dia kasi lagi manis dari muka diorang. Tu pasal kot ramai orang sekarang.

Gua keluar pergi beli kali ni. Gua tengok banyak basikal bersidai depan rumah gua sampailah ke rumah Pak Leman. Peh. Orang pun ramai. Remaja-remaja semuanya. Peh. Tak tahu pulak ramai remaja lelaki dekat kampung ni. Mungkin orang kampung sebelah pun mai jugak. Gua beli. Gua bertapak balik rumah. Time tu, gua terperasan beberapa orang mat BMX dengan topi tinggi ala Missy Elliot (time tu takde Justin Bieber, harap maklum) sedang bersidai dekat longkang rumah gua. Muka masing-masing ketat macam nak minta penampar.

"Woh, engko jangan potong line aku ah, si kakak dia tu aku punya."
"Weyh ni kawasan aku OK, kau cakap besar apasal."
"Ah, kau berani sangat nak cari pasal dengan aku, kau siaplah."
"Macam aku takut. Aku panggil geng ah, kita setel sini jugak."

Gua tengok bebudak ni. Umur macam 13-15 baru. Dah bergaduh rebut makwe kalah abang-abang. Kerja rumah Matematik dah siapkan ke belum? Kasut dah kapur ke belum? Buku teks dah balut ke belum? Kangkang luas depan gua tapi punai pun tak nampak, ada hati nak rebut kawasan. Gaduh depan rumah gua pulak tu. Sekali gua reverse Satria tu ke BMX lu, menangis macam baby jugak.

Gua pandang sekilas pada awek-awek depan rumah Pak Leman tu. Masih melayan mesra pelanggan lelaki yang datang, siap gurau senda gelak-gelak lagi. Mana dia ambik pot geng yang tengah bertekak tepi longkang rumah gua ni. Padan muka engkorang. Awek tu tak tau pun kewujudan korang, tapi korang dah berebut macam konpem tu bini korang.

Haish budak-budak baru nak up.

Gua balik rumah dan hulur jagung tu ke Wan untuk dijamah. Tapi lepas dirasa, dia menggeleng, dan buka steamer untuk merebus.

Ciskek, masih lagi tak sedap.

12 ulasan:

Scha Adi berkata...

Terhebat :)

Sis AI berkata...

Hahaha! Niaga punya untung! Ceh! Gara-gara muka comel, jgung lemau pun jdi manis bak kek Secret Recipe!

Knapa bro tak komen je, buat slamber? Kata makwe, pndai2 arr diorg sentap lpas tu improve..

thebentpencil berkata...

@scha adi
Thank you :D

@sis ai
gua taknak komen, karang diorang sentap panggil mak bapak, maleh gua....haha

CikBennyLullaby~ berkata...

terbaek bro. :D

mai berkata...

hahahaha. sanggup pulaklah nak beli even tak sedap. orang-orang yang melekat kat situ dah takda deria rasa ke apa. ahaha. nice one!

pepol berkata...

hahahha,berniaga sbb guna paras rupa ni mmg da jadi budaya da,hahaha

Eyka berkata...

sjeeeeeee jeeeeeeeeeee bgi guaa mengidam gakkk kannnnnnnnnnnn..grrrrrrrrr -.-

*tgh google jgung bakar*

Maira Junoh berkata...

aku rasa sikit banyak kau tak pun wan ada taruh harapan jugak kat budak jagung tu. kehkehkeh

e4ezzati berkata...

kahkahkah. part budak2 tu best.

Tanpa Nama berkata...

mana lu rembat citer ni sis bent. Memang ada gaya brader brader la -OC

TheBentPencil berkata...

@OC

ni kisah benar tau :3

tapi cara penulisan gua-lu-gua-lu ni gua tiru dari leplep dan aisalinglung. haha

Qayyumon berkata...

Ala-ala hilang punca dulu2 je jenis bahasenye ni.Semua nak meniru Pipiyapong.:p