Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua

Nakal tapi halal. Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya bernikah. Seronoknya lelaki dan perempuan mempunyai ikatan halal menjalinkan perjalanan cinta. Marilah bernikah, buat apa tunggu lama-lama buat dosa kering? Baik nikah, dosa kering jadi pahala barkah. Yummy yummy bak gediks-gediks kata.


Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal merupakan buku keluaran kedua dari skuad Terfaktab yang bakal memasuki pasaran pada April ini ketika permintaan buku keluaran pertama Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti turut mendapat sambutan menggalakkan dalam arena penulisan independent. Kehadiran buku kedua ini pasti memeriahkan lagi, atau menambah rasa secara total khusus kepada semua Terfaktab-Lovers yang menyokong Terfaktab hingga ke hari ini. Ye lah, sebelum ni ada orang cakap buku pertama agak nipis, tak puas, klise lah. Ha, sekarang ni amek kau. Kami bagi tebal dan karya padu yang belum tentu ada penulis lain buat kat Malaysia ni. Gasak kau lah nak baca nanti.

Dibarisi 15 pengkarya. Diketuai oleh Ketua Editor, Penulis Sahaja. Para penulis lain ialah; Bukan Penggoda, Alexia Aqram, Brader Leplep, Elena Reeney, Mr Kay, Shahirah Khairudin, The Bent Pencil, Lord Zara, Nami, Hellioz, Ulii Azman, Amoi, Sofia Nin dan Isaac Ismael. Juga terdapat Abang Borhan yang menyumbangkan tulisan pada bahagian abstrak dan Husky Pusky yang memberi idea dalam reka bentuk muka buku kali ini.

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal kali ini diterbitkan oleh Terfaktab Media, sebuah syarikat yang menguruskan organisasi skuad Terfaktab. Buku ini akan dilancarkan pada 29 April 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa. Di jual pada harga RM20, buku ini boleh dibeli secara online dan langsung.

Pihak Terfaktab telah menyediakan borang pre-order Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal (klik link) khas untuk sesiapa yang mahu membeli atau menempah awal buku ini. Juga memudahkan untuk para Terfaktab-Lovers yang berada jauh di mata atau kesuntukkan masa. Untuk pembelian online, tambahan RM6 untuk caj penghantaran domestik. Kalau luar negara, belakang cerita.

Bagi pembelian secara langsung (by-hand), pihak Terfaktab bakal memasarkan buku ini kepada pengedar terpilih seperti Lejen Press, Gobok Buku dan Projek Rabak bagi memudahkan para pembeli membelinya. Tambahan itu, para pembeli juga boleh membeli terus dari para pengkarya Terfaktab. Seperti misalnya, membeli Kitab Terfaktab Nakal Tetapi Halal dengan Penulis Sahaja bagi pembeli di Shah Alam, membeli dengan Alexia Aqram di Pulau Pinang, membeli dengan Brader Leplep di Kuantan, dengan Isaac Ismael di Johor Bahru, atau membeli dengan Sofia Nin di Singapura dan ramai lagi. Pasti ia lebih happening dan membina satu hubungan yang baik antara penulis dan pembaca. Kan kan?

Akhir kata, jangan terlepas peluang untuk memiliki Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal. Pasti power sepower shooting power di era! Sempoii baq ang!

Ulasan

Zarith berkata…
brader leplep kuantan area mana?
Hanna Raihana berkata…
Kat shah alam camne nak deal?
yanntulis berkata…
nak beli terus dengan aqram tu, mcm mana ye ?? malas nak pegi bank lah nk bank in. tp sy dah pre-order.
Nazrul Ashraff berkata…
kat shah alam tu cmne?? nak tahu~~~~~~~~~~~
@ieN berkata…
penang kat mana??
bella berkata…
nak bli drpd Isaac Ismael di Johor Bahru...tp cmne ea? mohon reply :P

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.