Jawapan tipikal kenapa kami berpisah.
MINGGU 'I DUMP YOU, YOU DUMP I'.
Jadi mari cerita pasal satu perpisahan dalam satu hubungan kekasih. Berpisah itu tak mudah tapi bercinta itu mudah. Hari-hari bagi ayat-ayat manis. Hari-hari berkasih sayang. Cara bercinta sangat mudah. Tapi untuk berpisah siapa yang mahu kan?
Bila kau dah berpisah tu kan. Mesti ada mak minah kepoh tanya kenapa kau putus dengan dia? Kenapa? dan Kenapa? Lebih-lebih lagi kalau kau dengan dia kapel dah 2-3 tahun. Menimbulkan keterujaan member kau untuk tahu kisah di sebalik perpisahan kau itu. Dan macam biasa jawapan kau mesti jawapan yang typical seperti ini kan?
Tak ada jodoh sebagai kekasih.
Tapi pasti ada jodoh untuk menjadi kawan. Teman tapi mesra mungkin?
Tiada persefahaman dalam hubungan.
Kau dah terlupa ke kau pernah juga bergaduh dengan si dia. Kau pernah tersalah anggap akan si dia. Sekarang baru nak cakap tak ada persefahamaan.
Rasa cinta itu sudah hilang.
Biasalah tu. Kalau baru kapel mesti semua indah-indah belaka. Lama kelamaan kau pun dah start bosan dengan si dia sebab menghadap benda sama je. Tapi ada usaha tak untuk make the love spark again?
Si dia bermain kayu tiga.
Sebab apa dia bermain kayu tiga? Sebab RASA CINTA ITU SUDAH HILANG. dan di sini lah kau kena pandai make the love spark and blossom again. Buat bunga cinta hati kau tu mekar semula. Siram sikit air kat bunga yang dah layu tu.
Mulut orang tak akan diam bertanya selagi jawapan macam tu yang keluar dari mulut kau. Mereka akan selidik dan selidik. Sampai jumpa punca masalah sebenar. Daripada kau biar orang lain buat spekulasi sendiri. Baik kau cerita je sedikit sebanyak punca kau mengambil tindakan untuk berpisah dengan si dia tu.
Mungkin perpisahaan itu lebih baik daripada terus bercinta jika hubungan kau dengan dia dah tak boleh diselamatkan. Terimalah keputusan si dia dengan hati yang tabah.
Letting go is better when you know he will never be yours.
Ulasan
dan itu aku panggil hadiah instead of pengorbanan.
aci dak?
jeng jeng jeng
p/s: nice entry BTW.
anyway,nice entry .....
*menulis komen ini berdasarkan pengalaman*
hehehe.
aku sokong ayat terakhir.
dan aku akan cakap mcm ni kalau aku dah break ngn seseorg,
"maybe aku akan di temukan dengan seseorang yg jauh lebih baik dari kau, and dats y kita berpisah. biar masa yg menentukan.."
ECEH! geli kan?
hehehe
ni mesti selalu sangat tengok sinetron/anime/j-dorama/boliwut nih.
hakikatnya kadang-kadang memang tak ada apa pun. Orang boleh drift apart macam tu aja.
Mem-Faktab-kan tak pernah..
Di-Faktab-kan slalu..
syal!
tp aku syg dia .sedih siot .