23 Julai 2011

Keliru.

"Aku sbnanye rasa kau dah buat silap dari awal lagi. Dari mula-mula kau terima dia. Apa motif kau terima dia? Nak lari dari masa silam kau? Nak move on konon-kononnya?" Suara Milah bertempik memenuhi ruang. Geram dengan perangai Meen yang tak penah fikir dengan matang.

"Aku tahu semua salah aku. Dah benda nak jadi, macam mana nak selesaikan masalah yang ada skang ni?" Meen tayang muka tak bersalah.

"Kau confirmkan perasaan kau tu dulu. Kau still nak dia lagi ke tak. Kalau taknak, lepaskan je. Jangan nak seksa dia macam tu. Tak baik mainkan perasaan orang, Meen."


"Mana ada aku mainkan perasaan orang..."


"Dah tu, apa yang kau tengah buat sekarang? Mainkan perasaan patung? Mainkan perasaan kau sendiri?"

"Aku cuma keliru!" betah Meen. "Aku taktau macam mana nak buat keputusan. Aku sendiri taktau perasaan aku. Aku taktau sama ada yang tinggal ni sayang atau apa. Aku taktau ni kasih atau kasihan."

"Kau buatlah solat istikharah. Mintak Allah tunjukkan apa yang baik untuk kau. Kalau memang dia bukan untuk kau, jangan kau nak hold dia macam sparepart. Lepaskan je. Supaya laki baik macam dia ada peluang untuk carik perempuan yang lagi baik daripada kau. Yang boleh terima dia seadanya. Macam aku."

Ketawa bergema.

Tak dinafikan Yusuf lelaki yang baik, yang boleh menerima Meen seadanya, tapi itulah orang kata, perasaan ni bukan satu benda yang boleh dipaksa-paksa. Baik macam mana sekalipon tapi kalau dah takde perasaan, apa lagi yang tinggal?

"Hello. Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam..."

"Awak sehat?"

"Sehat."

Sunyi. Dingin. Kaku.

"Saya rasa ada baiknya awak cari perempuan lain yang lebih baik. Saya bukanlah yang terbaik untuk awak. Saya..."

Tut. Tut. Tut.

"Hello... Hello..."

Airmata menodai pipi bagai air terjun Gunung Ledang.

................................... Yusuf, maafkan saya. Semoga awak bahagia. 

23 ulasan:

Lya LobaLoba berkata...

kisah silam yang perit :(

Cik MiLo berkata...

just like my story...^^

Cik Kamoo berkata...

seram ah citer nie!! fuuuuuuuuuuuuuh

pw3nCeSs appLe berkata...

even bnde nie just a short story..aku dh ley rse taceng daa..ive been thru all this b4.. nk tgglkn kesian..xtgglkn sndri yg merana..haih!

Wadi AR berkata...

ikot hati mati

Asyieq-iN Rkey berkata...

sobs~~sob~~

Ez Zahar berkata...

ikut rasa binasa

aku adalah aku berkata...

walaupun pedih untuk melepaskan tapi it is better than bersama dia tapi perasaan sayang itu tiada. itu sudah menyeksa lelaki itu.

cikpia berkata...

mengapa perlu bersama bila hati sudah tiada.........??

Yuyu Musa berkata...

sobsss...lepas hilang baru sedar..

hadinesta berkata...

segmen sentap ke :D peace

Adziim berkata...

milah tak support meen..jahat oh.

Kasih_ummi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kasih_ummi berkata...

sampai skrg laki tu cari aku lg even aku dah tinggalkan dia.. perasaan xde walaupun die yg terbaik.. :(

~unlimited love~ berkata...

aku pun tak tau sama ada aku sayang dia ke just suka. damn!

cik marikh berkata...

perasaan itu memang rumit...

student berkata...

huhu..kenal perasaan sendiri lagi mudah daripada kenal perasaan orang lain.

.axon. berkata...

@kasih_ummiwe are same :|

KimiCnoL berkata...

jngan pandang belakang..tengok depan je..xpayah nak keliru2 dah..hehe

petua kuruskan badan??

Headmaster berkata...

benda ni sangat sinonim dengan perempuan.sori, aku tak cakap kosong. 90% aku kenal perempuan,semua spesis macam ni.


p.s: never start anything till u r up for it.

N berkata...

belum mampu untuk 'kata'kan itu ~

Wid Skyline berkata...

ending best! ^^,

Syafiq Azmi berkata...

same dowh macm ako kene...perit2..
ternganga bile dia ckp mcm tu huhu