How to marry an Intovert
"Hai, sorang ke?"
"Sorang."
"Kesian."
"Apahal pula kesian?"
"Yalah, tak bestnya..." senyum sinis si gadis.
Lazim aku dengar perbualan sebegini sama ada di dunia sebenar atau di alam maya. Kelihatan seseorang yang duduk berseorangan, samada makan tengahari, sedang minum kopi, mahupun membaca suratkhabar di tepi LRT, dan pantas minda masyarakat umum merasa empati kepada tuan punya badan. tentunya, bagi mereka, lonely is pain, being lonely feels like a loser.
Or does it?
Nyata sekali ini kesilapan biasa kaum ekstrovert melihat kepada kaum introvert. Biarpun dikata loser, dikeji lonely, atau disangka dipulaukan kawan-kawan, sebenarnya ada sebilangan manusia lebih selesa bersendiri.
Selesa yang bagaimana tu?
Selesa, seperti merasa tenang dan aman duduk berseorangan. Dan apabila berada dalam keramaian, rasa stress, rasa gundah, dan rasa seperti dalam kotak yang sukar untuk keluar darinya. Ada buku yang aku tidak ingat tajuknya pernah menyamakan konsep introvert-extrovert seperti seseorang yang membawa perasaan mereka di dalam bakul. Bagi kaum ekstrovert, bakulnya akan terisi penuh semakin mereka berinteraksi dengan orang lain. Bagi kaum introvert, bakul mereka akan semakin kosong apabila bersosial, dan ketika itulah mereka akan mula memencilkan diri untuk bakul itu kembali penuh sendiri.
Jadi, anda faham sudah sedikit sebanyak perbezaan antara dua golongan ini?
Bagaimana jika pasangan anda introvert? Anda akan tahu mereka introvert jika mereka lebih rela berehat di rumah selepas seharian (atau seminggu bekerja). Makan-makan dengan kawan selepas office hour? No thanks man, I have something to do (lalu pulang ke rumah, makan malam sambil berlingkar di hadapan skrin pancawarna). Hujung minggu bersambung dengan cuti umum?Ah, marilah duduk di rumah layan cereka bersiri bersamaku. Atau pergi minum kopi. Atau ke taman. Tapi berdua saja tau!
Tenaga mereka sudah dihabiskan tika waktu bekerja--berinteraksi dengan rakan, meeting dengan boss, bercakap dengan klien--lebih-lebih lagi andai kerja itu melibatkan interaksi dengan orang awam, contohnya menjawab telefon di pusat perkhidmatan pelanggan. Ada sebuah nukilan aku pernah temukan di dalam forum Reddit, menyatakan tentang ibunya seorang yang baik, ceria dan gembira. Namun, ada syaratnya, tiap kali pulang dari kerjanya sebagai petugas telefon, ibunya akan ambil masa 2-3 jam diam dan menyendiri sebelum melayan anak-anak. Kata penulis nukilan itu, ibunya sedang "decompress". Seperti analogi bakul tadi, ibunya sedang mengisi semula bakul emosi yang telah dihabiskan sepanjang kerja hari itu.
Bagaimana pula mengendalikan pasangan introvert? Ah, banyak perenggan kalau dituliskan. Berikut dirumuskan sahaja panduan untuk anda hidup bersama seorang introvert:
Satu perkara yang penting dalam berpasangan dengan introvert (terutamanya bagi ekstrovert di luar sana yang kadangkala sukar faham benda ini), jangan paksa mereka bersosial. Jangan. Sepertimana orang yang tidak tidur seharian disuruh memandu kereta, seperti itulah bahayanya memaksa mereka berinteraksi! Anda pergilah buat hal sendiri dahulu; jangan risaukan dia. (mungkin air dan kudapan sedia terhidang pun cukup baik juga). Dan apabila mereka sudah 'full charge' semula barulah ajak mereka berbual atau ke mana-mana.
"Sorang."
"Kesian."
"Apahal pula kesian?"
"Yalah, tak bestnya..." senyum sinis si gadis.
Lazim aku dengar perbualan sebegini sama ada di dunia sebenar atau di alam maya. Kelihatan seseorang yang duduk berseorangan, samada makan tengahari, sedang minum kopi, mahupun membaca suratkhabar di tepi LRT, dan pantas minda masyarakat umum merasa empati kepada tuan punya badan. tentunya, bagi mereka, lonely is pain, being lonely feels like a loser.
Or does it?
Nyata sekali ini kesilapan biasa kaum ekstrovert melihat kepada kaum introvert. Biarpun dikata loser, dikeji lonely, atau disangka dipulaukan kawan-kawan, sebenarnya ada sebilangan manusia lebih selesa bersendiri.
Selesa yang bagaimana tu?
Selesa, seperti merasa tenang dan aman duduk berseorangan. Dan apabila berada dalam keramaian, rasa stress, rasa gundah, dan rasa seperti dalam kotak yang sukar untuk keluar darinya. Ada buku yang aku tidak ingat tajuknya pernah menyamakan konsep introvert-extrovert seperti seseorang yang membawa perasaan mereka di dalam bakul. Bagi kaum ekstrovert, bakulnya akan terisi penuh semakin mereka berinteraksi dengan orang lain. Bagi kaum introvert, bakul mereka akan semakin kosong apabila bersosial, dan ketika itulah mereka akan mula memencilkan diri untuk bakul itu kembali penuh sendiri.
more quotes,here. |
Jadi, anda faham sudah sedikit sebanyak perbezaan antara dua golongan ini?
Bagaimana jika pasangan anda introvert? Anda akan tahu mereka introvert jika mereka lebih rela berehat di rumah selepas seharian (atau seminggu bekerja). Makan-makan dengan kawan selepas office hour? No thanks man, I have something to do (lalu pulang ke rumah, makan malam sambil berlingkar di hadapan skrin pancawarna). Hujung minggu bersambung dengan cuti umum?Ah, marilah duduk di rumah layan cereka bersiri bersamaku. Atau pergi minum kopi. Atau ke taman. Tapi berdua saja tau!
Preach! |
Bagaimana pula mengendalikan pasangan introvert? Ah, banyak perenggan kalau dituliskan. Berikut dirumuskan sahaja panduan untuk anda hidup bersama seorang introvert:
- Hormati masa menyendiri mereka. Jika mereka memohon untuk keluar/melakukan sesuatu tanpa anda, biarkan saja. Percayalah, jika mereka memohon untuk menyendiri, mereka memang akan menyendiri!
- Tanya mereka dahulu jika anda merancang ingin membawa mereka ke mana-mana. No surprises!
- Susun atur event/aktiviti supaya jarak antara satu sama lain. jika terlalu banyak aktiviti dalam masa seminggu (ataupun sebulan) mereka akan terlalu penat dan mengelak.
- Jangan marah/kecewa jika mereka hadir ke event (parti/kenduri/etc) dan senyap. Bawa mereka ke tempat yang kurang ramai dan biar mereka warm-up sendiri.
- Kenalkan mereka dengan orang yang mereka selesa, ataupun orang yang sudah sedia kenal. Dari situ, barulah bawa mereka untuk berkenalan dengan orang yang baru. Jangan kecewa jika perbualan mereka sepatah-sepatah. Mungkin belum kena keserasiannya lagi.
- Baca komunikasi non-verbal mereka. Adakah selepas beberapa ketika dia nampak seperti bad mood, gelisah atau penat? Mungkin itu masanya untuk bertenang dan pulang.
Satu perkara yang penting dalam berpasangan dengan introvert (terutamanya bagi ekstrovert di luar sana yang kadangkala sukar faham benda ini), jangan paksa mereka bersosial. Jangan. Sepertimana orang yang tidak tidur seharian disuruh memandu kereta, seperti itulah bahayanya memaksa mereka berinteraksi! Anda pergilah buat hal sendiri dahulu; jangan risaukan dia. (mungkin air dan kudapan sedia terhidang pun cukup baik juga). Dan apabila mereka sudah 'full charge' semula barulah ajak mereka berbual atau ke mana-mana.
Ingatlah, bahawa manusia ini pelbagai ragamnya. Janganlah jadikan perbezaan peribadi itu sebagai satu kekangan untuk menjadi mesra antara satu sama lain. Siapa tahu, di balik tembok yang tebal itu terselit satu peribadi yang menarik?
Word! |
Ulasan