Kitab Terfaktab Ipoh Roadshow : Mekaseh Yob!
Leplep dan katak kesayangan |
IPOH : Sebuah kenangan yang lejen apabila skuad Terfaktab diwakili oleh penulis, Brader Leplep, Elena Reeney, Bani Hakim dan Cob Nobbler menerjah bandaraya rock Ipoh bagi menghadiri roadshow Kitab Terfaktab #1 yang di anjurkan oleh pihak penerbit iaitu Lejen Press (diwakili Deus) dengan kerjasama oleh Projek Rabak (diwakili Suffian Abas)
Rombongan skuad Terfaktab kali ini juga dihadiri oleh puaka-puaka kesayangan Terfaktab yang lain seperti Abu Dolah, Ashraf Shadan, Razman Namzar, Siggplus, Syahid, Brader ChaCha, Paeh dan tak lupa tourist guide untuk Skuad Terfaktab kali ini iaitu saudara Bule dari Gopenghagen.
Rombongan dengan menaiki tiga buah kereta iaitu kereta yang dipandu oleh Abu Dolah bertemankan jurupandu Ashraf Shaadan membawa penulis, Elena Reeney dan Brader Leplep. Kereta yang dipandu Siggplus pula bertemankan jurupandu Razman membawa Deus, Cob Nobbler dan Bani Hakim. Manakala sebuah kereta lagi tidak dapat dikesan kerana khabarnya mengalami kemalangan tak berapa nak serius.
Penulis yang berada bersama kereta dipandu Abu Dolah telah bertolak dari Wangsa Maju pada pukul 11.45 pagi setelah bersarapan pagi nasi lemak sambal manis yang dimasak khas oleh Elena Reeney dan kakaknya sebagai menambah semangat tour kali ini.
Nasi Ganja |
Bertolak dengan penuh bergaya dan diiringi doa menaiki kenderaan, kami bertolak ke Ipoh dan sampai di Simpang Pulai untuk menunggu tourist guide iaitu saudara Bule bagi melaksanakan misi pertama tour, menibai Nasi Ganja yang dikatakan sedap sangat tu. Memang sedap nasi ganja. Ringkas. Namun bagi penulis, ini adalah kali kelima penulis makan Nasi Ganja. Jadi, bagi can lah untuk kawan-kawan yang lain merasa Nasi Ganja.
Kemudian, penulis dan puaka-puaka yang lain secara henjutnya menuju ke Gunung Lang bagi melaksanakan acara rekreasi pada tour kali ini. Pertama kali sampai ke Gunung Lang, ternyata tempat ini memang sesuai untuk dijadikan tempat berdating dan ambil gambar kesana kemari. Tak lupa juga keli sebesar peha, makanan ikan RM3, naik bot, makwe-makwe kolej polytech (hehe) dan juga rusa serta memerang. Malangnya sewaktu di sana, hujan menimpa dan menyebabkan penulis dan puaka-puaka yang lain berteduh di dalam rumah limas yang serba kool dan sensasi.
Gunung Lang |
Kemudian, kami gerak ke acara minum petang yang diadakan di sebuah kedai makan paling lejen, dewa dalam sejarah kenegaraan iaitu di Vegas, Ipoh Garden. Dengan ayam taugeh kicap, mee kari, nasi goreng hainan, dan tak lupa puding caramel. Sememangnya tempat yang dibawa saudara Bule memang cempion dan Bule layak digelar King Of Food and Direction. Kami nasihatkan, jika kamu makwe yang mahu menambat hati pakwe, silalah belajar membuat puding caramel kerana ia adalah makanan yang boleh membuatkan si pakwe anda meringai sampai bila-bila.
Abu dan puding caramel |
Habis saja hujan. Kami semua terus shoot ke destinasi roadshow iaitu berhadapan Ipoh Parade. Booth lambat dibuka kerana masih juga hujan. Kelihatan beberapa peminat Terfaktab yang mahu membeli Kitab Terfaktab sudah menunggu kerana dikatakan booth akan dibuka pada 6petang. Tapi, nak buat macam mana, hujan dik. Kami juga diberitakan bahawa tukang penerbit kami iaitu orang yang membawa buku tengah sesat jalan. Hahaha. Maaf ya.
Beberapa peminat Terfaktab sempat kami temui dan memulakan acara beramas mesra. Terima kasih kepada Iera Anuar dan Khai kerana sudi datang dan menunggu.
Kami dikhabarkan jika bukan kerana hujan, pasti event akan lebih meriah kerana memang setiap minggu, event Projek Rabak sentiasa mendapat sambutan menggalakkan. Namun, kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Projek Rabak atas inisiatif program yang disediakan dalam menghangatkan roadshow kali ini. Terima kasih kepada Suffian Abbas dan tak lupa abang long yang menjaga Ipoh ini iaitu Mohd Jayzuan. Ang memang terbaik!
puaka2 dan.... mimb? |
Kepada para peminat dan pembeli yang sudi datang walaupun hujan, kami ucapkan jutaan terima kasih bunga berbentuk hati atas kesanggupan kalian datang dan menceriakan suasana. Muah muah love you! Dengar cerita siap ada datang dari Taiping semata-mata hendak membeli Kitab Terfaktab. Wow! Salute lah dik!
Roadshow berakhir pada pukul sebelas malam dan kesemua skuad dan puaka menghabiskan perjumpaan di Nasi Vanggey. Lapar jugaklah bila berhujan.
Apapapun, jumpa pada roadshow akan datang yang dikhabarkan akan dibuat di TTDI kelak.. or.. mungkin Melaka...or mungkin... Penang.. mungkin juga... Sabah.... Johor Bahru... Mesir mungkin? (Bergantung kepada bajet dari penerbit) Hehehe..
Chalo Asalamualaikom!
p/s: kredit kepada Elena Reeney atas gambar-gambar yang menarik!
Ulasan
melaka pn byk tmpat best nk cuci mate disamping belaja sejarah
apehal gua taktaw geng terfaktab dtg ipoh
uwaaaaaaaaaaaa!
gua da ar tetiap wiken lepak parade
gua da ah penetik terfaktab
sob sob
sedey siot
:/
sebenarnya gua tak makan caramel mcm tu. tapi disebabkan caramel tu buat gua stim, gua teros ilang kawalan diri. gua cuma boleh kata SUPERB! je.
dan klo ada rezki, gua nak pegi lagi ipoh. try makan tempat laen plak. hehe
Abu memang pelahap.
kehadapan Abu,
U gemok!
kbai.