Single Bukan Singlet.

Assalamualaikum...

Korang penah tak lalui saat kau tahu kau suka kat seseorang ni tapi memikirkan macam terlampau cepat nak jatuhkan perasaan korang pada dia adalah perasaan suka, maka korang pendamkan saje sampai jadi pekasam, sampai dia dikebas orang, sampai korang berputih mata. Penah tak rase? Eh tak tak. Aku tak penah rase pon, saje tanya. Hukhuk.

Biasanya perasaan yang kita rase ni ada banyak sebab. Ni yang aku nak share sikit ni antara sebab-sebab yang ada. CekiDAUD (bukan anak Musalmah atau Kassim). Huuu.

#1 Tak setaraf

Keadaan tak setaraf ni sbnanye banyak cabang. Tak setaraf dari segi pelajaran ke, rupa ke, harta ke, agama ke, adik beradik ke, erk jadahnye nak setaraf dari segi adik beradik kan. Tapi kalau part yang tak setaraf ni, kita mesti akan macam "Alaaa... Dia hensem, mane mungkin dia nak pandang kita yang muka tak siap ni...", tak pon, "Pehhh, anak orang kaya beb! Kereta mata belalang siap ada kening tu. Takkanlah dia nak pandang insan marhaen macam aku...", tak pon, "Ish... Takmo ah. Tak mungkin aku dengan dia. Dia tu dah jadi propesor, aku ni keje kat kedai baju sekolah propesor je boleh la..." dan sebagainya. Mesti akan keluar ayat-ayat macam ni kan? Kan? Kan? Yang akhirnya menyebabkan korang akan macam "Ermmm... Takpelah... Aku tak mungkin kot dengan dia..."

#2 Takut mencuba

Perasaan yang korang simpan dan tak terluah tu jugak mungkin boleh disebabkan oleh perasaan takut mencuba. Macam aku, aku takut nak mencuba makanan dan minuman pelik macam sayur-sayuran dan teh herba. Okay takde kena mengena. Macam tu jugak kot korang takut nak mencuba. Tak salah kan sbnanye mencuba? Tapi salahnya bila korang frust gila babihutan lepas dah mencuba tu. Memanglah sakit, tapi nak buat macam mana. Itu adalah risiko yang korang perlu tanggung lepas dah mencuba. Belum cuba, belum tahu. At least, kalau taknak cuba direct pon, tak salah kot bagi hints bagai nak gila. Hints tu kalau orang belah sana tak paham gak, okay takyah susah payah nak teroskan. Maknanya dia memang taknak la tu. Mwahahahahaha.

#3 Taknak buang masa

Sbnanye aku rase ramai jugak yang rase macam ni. Macam ada sesetengah orang, okay aku la orang tu, yang berangan nak kawen cepat tapi mak aku tak bagi. Aku selalu je rase macam taknak couple. Bukan masalah berkaitan dengan couple itu haram ke ape ke, cuma aku rase aku taknak buang masa dengan couple-couple bagai ni. Yela, cuba bayangkan. Kalau aku couple tahun ni, tup-tup dua tahun lagi aku clash. Sayang dah gila dah ni, tapi sebab dah clash, maka kecewa yang amat ya Rabbi takyah cakap la. Okay, lepas dah kecewa, mesti rase susah nak move on kan dan akan tersekatlah dalam fasa aku-tak-percaya-cinta selama err contohlah tiga tahun. Baru berbaloi, bercinta dua tahun, kecewa tiga tahun. Kikiki. Okay, dah taknak move on dah tiga tahun, pastu baru nak mula belajar bercinta balik tahun keempat. Masa tu sume orang dah sebok kendong anak dua-dua belah tangan, dalam stroller sorang, kat laki ada lagi sorang. Dan aku? Termenung? Baru nak membirah bercinta balik macam konon-konon aku remaja? Geli hocccayyyyy!

#4 Jodoh ke?

Aku sbnanye suka je kalau orang yang aku tengah suka tu cari gaduh dengan aku. Yela, at least aku boleh tahu perangai sebenar dia. Aku suka claim yang aku benci kat orang yang aku tengah suka. Mahu tak benci. I benci tahu simpan perasaan ni dalam hati I. Rase nak meletup je bagitahu kat U yang tak paham-paham bahasa tu yang I suka kat U! U ingat senang ke haaaa??? =.=' Dalam setiap solat, kalau betul kita nak kat orang tu, tak salah kot kita doa kita nak berjodoh dengan dia. Tapi bak kata sepupu aku yang baru lepas putus cinta, "Aku tahu Allah akan bagi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu". Lepas dia cakap macam tu, mahu termenung jugak la aku. Mana tak nye, aku konon berangan nak yang kacak la tinggi la jadah jadah lagi, tapi mungkin aku hanya perlukan sorang laki yang tak bape nak kacak tapi penyayang, yang boleh melayan aku. Mungkin tinggi sikit je daripada aku tapi kuat agama. Dan rupanya aku perlukan laki macam tu. Mana la tahu kannnn... (tapi kalau boleh nak jugak laki yang tinggi dan kacak! mwahahahahahaha)

#5 Jadahnye aku nak tules banyak-banyak. Miahahahahaha. Sbnanye aku tengah runsing dengan perasaan sendiri. Aku taknak kecewakan orang, dan aku lagi la taknak kecewakan diri aku sendiri. Dah kalau terbayang dia pon boleh buat aku senyum, dah acane? Tapi tulah. Benda macam ni bukan mudah tapi tak susah pon sbnanye. Aku cuma boleh berdoa yang dia pon ada rase yang sama walaupon tak diluahkan. Dan kalau dah macam gitu gamaknya, apalah salahnya awak masuk je meminang saya dan kita bina hidup bahagia bersama, insyaAllah. Hikhik. Malu pulak bila tules cenggini. >.< 


Cinta itu hadir tanpa perlukan sebab. Serius. Ia mungkin kedengaran klise, tapi bila ia berlaku, kita takkan mampu menghalangnya mahupon memaksanya. Dan kalau cinta itu tiada, ia sbnanye bukan hilang, tapi ia sbnanye memang tak penah ada. Mungkin yang ada selama ni hanyalah pura-pura. Define perasaan anda sekarang!


Haih, payah jugak kalau yang aku mampu buat hanya memeluk mimpi.

Frust punya pasal, sampai lupa nak tules 안녕... T__________T

Ulasan

erleena berkata…
define perasaan anda!

err **, susah upenye -.-
Tanpa Nama berkata…
entri nie memang sesuai dengan keadaan diri ini sekarang .

... wuwu T^T ...

Pernah minat orang yang sama 2 tahun lepas yang kemudiannya berjaya dilupakan . Tapi baru2 nie dia kembali balik dan perasaan suka tue datang menganggu semula .
- payah ouh payah -
jaY berkata…
suke #5! rasa nk jerit bg dia dgr. tetibe muncul ayat #2 "Hints tu kalau orang belah sana tak paham gak, okay takyah susah payah nak teroskan. Maknanya dia memang taknak la tu".. dan aku terus diam :(
ArtForAuction berkata…
#2 takut mencuba

-saya cuba
-saya direjek
-saya nangis
-tapi saya masih puas hati.

cubalah. hati mesti mahu kuat! ^_^
misz aisya berkata…
hikhik comel nye bile dy malu2..
d.e.e.n.a.YAYA berkata…
takut nk define perasaan..:(
Tanpa Nama berkata…
Terbaik...so pengajaraannya sila la define perasaan anda dan jgn malu2 mencuba hihihi
Tanpa Nama berkata…
hehe..comel je entry nih..
for me, point no 2 i buat tau..err..tol, mmg sakit tp still nk tau sejauh mana kita leh go on macam tu kan..xde la samar2..bila dah luahkn buat xtau sudah..hahaha

ye, mungkin ada jodoh yg terbaik utk kita kan..

hope awk jumpa jodoh yg baik..=)
zey berkata…
xpelah, nak pakai status singlet lama sikit..muahahahahaa <<<bukan typo.
Eyka berkata…
kesimpulannya kalau tak cuba mcm mne nak tahuuu! keh keh keh :P
heee mmg suka la entry nie..


bila kita prnh clash, nk move on tuk kapel keli ke-2 mmg susah n still takut akan frust lg.

ape2 pun selalu pkr InsyaAllah, lambat laun pasti akan bertemu jdoh yg terbaik untuk kita..
pernha lalui sitausi mcm nie..ia mmg memeritkn..
bLaCk RoSe berkata…
sy rasa benda yg sama...ego mengakui tp betullah...huhuhu~~~
reenapple berkata…
yeah.. aku pom pernah alami..=(
Jamnah H. berkata…
; Kalau perempuan yang memendam rasa, perlu ke beritahu pada lelaki. Malulah!
specsy berkata…
oh mai. oh mai. cerita kita sama lah.
hukhuk.
Ana Faryana berkata…
uhuhuu takpe popuan move on dulu??
Nasuha Suhada berkata…
Korang penah tak lalui saat kau tahu kau suka kat seseorang ni tapi memikirkan macam terlampau cepat nak jatuhkan perasaan korang pada dia adalah perasaan suka, maka korang pendamkan saje sampai jadi pekasam, sampai dia dikebas orang, sampai korang berputih mata.



intro dah kasi sebijik kat atas dahi.. hurmm..
Tanpa Nama berkata…
member aku penah confess kat mamat yg dy minat. and then, dorg end up couple. tpi skang ni dah clash atas sbb2 yg aku sendiri x tahu (malas nak tnye). tpi main point here, x salah pun pompuan nak confess dulu. x salah mencuba. reject x reject blakang citer =D
Tanpa Nama berkata…
"Korang penah tak lalui saat kau tahu kau suka kat seseorang ni tapi memikirkan macam terlampau cepat nak jatuhkan perasaan korang pada dia adalah perasaan suka, maka korang pendamkan saje sampai jadi pekasam, sampai dia dikebas orang, sampai korang berputih mata."

rupanye ade jugak senasib dgn aku..

walaupun di kebas org aku masih mencuba (padahal dia yg nak kat aku tp aku yg reject), kawan2 mencuba itu perlu selagi org yg kita suka/syg tu not married!!
Unknown berkata…
BP punya entry slalu kne mengene ngn ak ! arghhhh !
nots berkata…
sama dengan , tapi memang tak wujud ke cinta kalau rasa "hilang cinta" tuh ? ouhhh nosss ~ SESIAA . HAHA , senang cakap , biarlah Tuhan yg menentukan nya . ;)
Unknown berkata…
in same condition.tp takut la nk hint lebey2.huu
nida tecit berkata…
setuju.. T_T
there never have been love.
zulhelmimalek berkata…
apesal semua makwe je yang komen entri ni? gua salah port ke apa?
Diya Edhayaa berkata…
weyyy.. point 2 dan 4.. sgt terkena.. giler punye susah nk lupekn org yg kita suke.. sob3

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.