Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di Helowin Datang Lagi



Jangan lupa ya kawan-kawan. Esok, bertarikh 31 Oktober bertempat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, adalah hari berbahagia buat anda kerana anda semua boleh mendapatkan Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di event Helowin Datang Lagi : Pelancaran 8 Judul oleh 7 Penerbit.

Ya, walaupun Kitab Terfaktab telah dilancarkan pada 1 Oktober lepas. Pada event kali ini, ia lebih kepada pelancaran untuk cetakan kedua Kitab Terfaktab (hamboihh). Seperti yang anda maklum, cetakan pertama telah habis di jual. Kerana Kitab Terfaktab telah mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan , maka kami dan pihak penerbit bersepakat menerbitkan cetakan kedua.

Ala senang cerita. Tumpang kaki apa salahnya ye dak? Buat roadshow sekali. Banyak cerita pula nak terang panjang-panjang.

Ok. Event kali ini bukan setakat Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor saja. Malah juga ada buku-buku lain yang maha power dan sensasi. Berikut ialah senarai buku-buku dan pihak penerbit yang terlibat.

8 judul yang akan dilancar ialah:

Buku Fixi:
ZOMBIJAYA oleh Adib Zaini

Dubook Press:
CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA

Fdaus Ahmad:
SEMBANG KENCANG II

Lejen Press:
AWEK CHUCK TAYLOR oleh Nami
KITAB TERFAKTAB

Moka Mocha Ink:
AMERIKA oleh Ridhwan Saidi

SeLUT PRESS:
2 Buku Misteri SeLUT PRESS

Storm:
CANNIBAL VS AH LONG by Megat Ishak

Apa yang pasti. Tema event kali ini ialah berkonsepkan Halloween. Uishh, seram jugak ye dok? Bolehlah anda-anda semua bergaya nak pakai baju pontianak ke, drakula ke, star wars ke, thor ke, malah tak lupa jugak upin dan ipin.

Yang menariknya, anda juga berpeluang menemui penulis-penulis Terfaktab dan juga penulis-penulis yang juga power seperti Lucius Maximus dan Pipiyapong. Aha, Chelsea kalah ye dok? Well, Arsenal memang pasukan paling power di alam semesta. Nak buat macam mana ye kan? Salam 66MU!

Aha, esok juga disediakan jamuan ringan sikit-sikit lah. dan kabornya kepada yang memakai kostum Halloween terbaik akan mendapat hadiah misteri? Peh peh peh!

Itu sajalah rangkuman ringkas kali ini. Marilah, kami mengajak anda ramai-ramai datang esok. Boleh bertegur sapa, bertumbuk, gusti lengan dan berlat tali lat lali tamplong! Jumpa esok!

Ulasan

erleena berkata…
osemmm gilee, kalau la leh dtg **,
HANISSURAYA berkata…
bila nak jual kat popular ? XD
Wadi AR berkata…
keje la pulak time tu. hmm
nots berkata…
perh menguji iman , nak belii , nak pergi kat situ memang tk lah . Awek Chuck Taylor & Kitab Terfaktab dah ada , so nak yg lain tu . wahh tak sabaa nak beli . HAHA
Eyka berkata…
ohsem dan wajib beliiiiiiiiiiiii. :)
Teha berkata…
dah baca awek chuck taylor.memang terbaikk :>
Cob Nobbler berkata…
FatihaMedan:thank you trimas arigato merci beaucoup!
Ana Syanaz berkata…
Boleh oder online ka?mau jg -_-"

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.