Jangan Jatuh Cinta #2.

Ni siri kedua sambungan akibat dari excessive orang yang datang dekat entri aku secara tiba-tiba di Jangan Jatuh Cinta di blog aku sendiri. Aku ni bukanlah penulis terkenal untuk punya komen lebih dari 5. Lagipun tu cerita hidup aku. Aku pun terkebil-kebil kenapa orang begitu ambil berat dengan aku waktu aku publish entri tu tanpa ada promosi sana sini. Haha.

Di akhir ini (ayat kemain spm lagi), aku tengok gejala putus cinta semakin menjadi-jadi dekat sekeliling aku. Betapa Tuhan nak tunjuk bahawa mungkin di antara kita yang mungkin mengabaikannya semasa bercinta sesama manusia? 

"Eh, aku sembahyang okay setiap kali azan masa dating."

Aku pun sembahyang setiap kali azan masa dating dulu, habis kenapa aku pun sekali terlibat dalam gejala putus cinta yang semakin menjadi-jadi ni? Jangan lupa, agama bukan sekadar sembahyang sahaja (akur dengan kelalaian lampau). Akan tetapi, duduknya saya di sini menekan papan kekunci di sebuah komputer riba yang agak nazak ni, aku bukanlah nak mengupas tentang cerita kepada Tuhan, kerana aku rasa, tu sangat dasar dan semua orang patut tahu pantang larangnya. Malahan aku bukanlah alim ulama dan serbanitas nak menegaskan fatwa-fatwa dan hukum agama di sini.

Aku nak mengupas mengenai cinta itu sendiri. Cinta sesama manusia itu sendiri.

Gambar Hiasan Ihsan Google.
Kau kibarkan panji kemesraan, kau berjalan rapat-rapat-an. Kau kongsi minum sebuah cawan dan makan sebuah pinggan. Kau beri pendapat ketika dia dalam kesusahan. Kau suap dia dengan kasih sayang. Mengapa satu tahap kau rasa semua itu tak berbaloi untuk diteruskan? Benar orang kata, jodoh ketentuan bukanlah pada manusia punya tangan. Kita yang rancang Tuhan menetukan. Tapi kenapa beri segala kepastian sedangkan hati kau sendiri tak punya percaya yang dia yang akan isi kekosongan?

Bagi aku, zaman ini, ramai orang inginkan kepastian. Baik lelaki atau perempuan. Bukan tempat nak beri dan rebut mainan. Sudah kau beri, dan rasa bosan, kau tinggalkan sambil beri alasan,

"Awak boleh dapat yang lebih baik."

Padahal sudah di dalam hati punya satu ayat 3 perkataan iaitu 'aku sudah bosan'. Kenapa perlu kau ungkap ayat itu? Sedangkan, kau tahu tak, kalau dia rasa kau tak cukup baik, dia tak terima kau bulat-bulat? Kau perasan tak dia sentiasa ada semasa kau jatuh bangun? Dia tak pernah rungut tentang kedungu-an kau? Kalau ada tidak kena, mengapa perlu simpan dan terus kau bagi keputasan tanpa ada perbincangan?

Kau rasa hidup ni kau sorang sahaja yang punya?

Hey, aku bukan tulis untuk pihak aku seorang, aku tulis untuk semua lelaki dan perempuan yang aku yakin ramai punya masalah yang sama. Selepas kau tinggalkan, dia cuba sedaya upaya untuk lupa, dan kau marah dia block kau di laman maya, dia bakar apa sahaja kau beri di taman. Kau marah. Kau tahu betapa seksanya ditinggalkan? Dia cuba sedaya upaya untuk padamkan memori itu. Selagi dia tak sentuh kau, dan peribadi kau, kenapa kau perlu melenting? Bukannya dia memburukkan kau, cuma dia tak keruan dan melangkah dengan cara sendiri tanpa haluan. 

Dan bila dia cuba rapat dengan orang lain yang cuba beri dia bimbingan, kau menuduh bukan-bukan. Kononnya rasa yang dia beri dahulu adalah palsu semata dan bila-bila masa boleh kau dilupakan. Padahal dia hanya perlu masa dan bersembang untuk menegakkan benang yang tak akan pernah tegak. Kemudian, setelah beberapa bulan, kau jenguk dia di laman maya, kau anggap semua kemarahan dia tulis tuju terus dekat kau, dan kau lari bertempiaran mencarut ke atas nama nya.

Memancut-mancut darah serupa kibas yang di sembelih terus putus dua urat.

Benda Paling Manis Untuk Aku Ialah
Kekalkan Cinta Halal Sampai Mati. Gambar: Google
Kau tahu dia perlu masa untuk kembali berjalan seperti biasa. Dia perlu ruang untuk kembali dongak ke depan setelah kau tinggalkan kekosongan. Sudah-sudahlah terseksa apa luka yang kau tinggalkan. Dia begitu setia dengan kau, membaca doa setiap hari untuk kebahagian kau, hapuskan doa kau, membaca yasin tiap kali kau nak ambil perperiksaan, kau ada tahu semua tu? Takkan semua benda dia nak cerita, memang meleret sampai kesudah akibat membongkak. 

Sebab dia tahu membongkak tiada guna dia berusaha. Kerana Tuhan takkan makbulkan juga. 

Kau berikan dia harapan ketika dia perlukan. Dia beri kau cinta ketika kau masih ragu-ragu dan mengucap tanpa perasaan. Kau tak yakin dengan keadaan dia, kenapa kau masih cuba di waktu yang pertama? Aku punya ulasan tak panjang mana, harap kau, wahai lelaki atau perempuan, jangan salah faham apa aku cuba sampaikan. Bukan marah atau menuduh bukan-bukan. Dengar sini aku punya ulasan,
"Kau jangan cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia. Kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau. Dia boleh maafkan, tapi boleh ke dia lupakan?"
 penulis.sahaja.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
:'(
nana berkata…
terima dalam keadaan tak pasti ? betulnya sentance awak nh, like 100 kali, haha~~ terasa kene batang hidung sendiri...;)
Tanpa Nama berkata…
suka ulasan yang terakhir tu.. kekalkan cinta halal sampai mati.. wuhuhu..^^
along nordin berkata…
sangat setuju dgn entri ni,bila dah putus,tolong la jgn sakit2kan hati dan melalak2 mcm org xde akal,rasional dan redha,mmg payah tp kena terima semua ketentuan,jangan buruk2kan sesiapa.
Tanpa Nama berkata…
gua suka entry ini. (Y)
Syara Mohammad berkata…
Hhmm...

Sakit bila dengar, "Mungkin kita terburu-buru waktu tu. I tak nak siapa2 jadi mangsa, lebih-lebih lagi you."

Kenapalah masa tu tak pikir kan? Haish...
spesispenunggu? berkata…
terbaik ar entri ni. setiap patah ayt2 nye mmg ade benarnye.. huuu.. ;(
penulis.sahaja berkata…
semua orang ada kisahnya. :) thanks semua.
mikeyvio berkata…
SUPER DUPPER AWESOME! :)
missina berkata…
klu bosan semasa cinta seblm kawin,,pasti takkan ke mana walaupun bertukar seribu pasagn,,tapi klu bosan dlm ikatan perkahwinn perlu pertahankn smpi mati,,insyaAllah,,
cik entah berkata…
dush! kena lagi kat aku.. =(
Eyka berkata…
ayt yg ni:

"Kau jangan cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia. Kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau. Dia boleh maafkan, tapi boleh ke dia lupakan?"

eyka pernh buat..jaht kan eyka? T.T
Unknown berkata…
suka sangat entry neyh ! ! :)
mirul berkata…
gua suke betul dengan ayat las tu.
betul betul mengingatkan gua dengan kenangan gua.
tapi end of the story,gua masih lagi dengan makwe gua tu.
alasannye,die tak sampai hati nak tinggalkan gua.
pehhhhh.pedih sial walaupun die masih dengan gua.
gua cube lupakan ape yang die hampir buat kat gua,tapi gua tau mustahhil gua dapat lupakan.

pehhhh pehhhhhh pehhhhhh..

gua menangis jugak la mengenangkan nasib gua mase tu.
pehhhhhh sial.
Bukan Paripari berkata…
huhu . nasib kita serupa . buntu kan bila tiada yang mengerti apa yang kita rasa ? susahkah untuk mereka mengerti yang kita masih merangkak untuk kedepan . huh . aku juga berharap aku boleh hilangkan dia dari minda . *soripanjang* hehe
Azliza Mohamed berkata…
bila tiga kali kita bagi peluang dan dia hanya sia-siakan tak ada guna lagi mengharap. lupakan aje. dia tak pernah nak hargai diri kita....hahaha
oshinz berkata…
terbaik entri ni. saya masih belajar tentang cinta..
ciKk rynN berkata…
just what i feel right now...right time n situation...hehehe thx bro! u super duper brilliant!
Yayaa berkata…
"Kau jangan cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia. Kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau. Dia boleh maafkan, tapi boleh ke dia lupakan?"

betul. sebab pernah alami. T_T
Alya Sumayyah berkata…
nak pinjam entry ni bole..nak tulis dlam blog..nanti kredit kat awak..mohon share yer..tq.. :)
Kaki Merapu berkata…
HmmM...ramai yg tak memahami konsep hubungan sesama makhluk..sama dengan yg sedang mengKOMEN nih..
Tanpa Nama berkata…
*standing ovation*
Dekna berkata…
entry yg menyentap jiwa saya. :'(
rozeeta rashid berkata…
memang susah sangat nak lupa. tengah cuba cari kekuatan. dia dah nak kahwin dah. :'(

sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.
Unknown berkata…
dan kau...memang mahu bikin aku lempang sahaja satu dunia...

terima kasih kawan...kau luahkan apa pernah aku rasa lama dahulu...
little.pingu berkata…
terima lam keadaan tak pasti tu rebound nmenye..tu la bhye rebound..sila elakkan diri dr gejala rebound demi mengelakkan insan-insan tak berdosa mengalami kecederaan hati dan perasaan..
gds berkata…
its true. ulasan tu benar belaka :'(
Honey IsyQi berkata…
penulis: sumtimes org tu bkn blom bsedia..dia dah sedia to accept for da 1st, dah bsedia for future, but... there's sumting wrong dat killed all da feelin'..so nothing u can do to save da relationship...say gud bye laaaa
luckiey berkata…
terasa kot...dulu aku penah buat cm2 kt sum1...sekarang dah xbuat dah....single lg baekkk...huhu
Bilal binti Robah berkata…
tersenyum.
nais entry.
cukup mendalam dan bukan sekadar cinta kapel bapel
cinta sesama makhluk itu luas skopnya

open ur heart then u will understand what world need from us.

:)
RedSabella berkata…
i cannot move on yet.
Tanpa Nama berkata…
kalau kita menyesal , ada peluang nk besama balik tk ?
Tanpa Nama berkata…
nais entry :P
totally true.. tp aku tak pernah rase sgt mcm ni. aku tak jumpe lg org yg aku cari.
Kya Von Misteriusha berkata…
"Kau jangan cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia. Kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau. Dia boleh maafkan, tapi boleh ke dia lupakan?"-penulis sahaja


P/s:Ayat best bro.gua penah jadi orang yang memaafkan tu tpi btol nak melupakan,bukan senang T_T
Ainn Rahman berkata…
Damn true . nice one :))
erleena berkata…
wahh ini kes berat

ayt y mndalam ;)

kalo lah mjlh mane2 amek lu org jd writer diorg siyes laku mjlh dorg :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Wid Skyline berkata…
syabas bethe penuis.sahaja
Khairani Karim berkata…
ahh, jk jk bace entry nih!!setiap patah perkataan tu mmg ak setuju 100%!hny mampu maafkn,tp boleh ke lupekn?hmm...

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.