[Edisi Keluarga] Dementia. Alzheimer.
Penyakit dementia. Lebih kurang penyakit alzheimer juga. Orang tua yang lupa jalan balik rumah. Lupa macam mana nak perform one task. Dan mereka hanya boleh ingat memori memori yang dah lama berlalu. Mereka tidak dapat ingat perkara yang baru terjadi. T_T. Kadang-kadang kejap ingat kau siapa. Kejap tak ingat langsung kau siapa.
Bersempena dengan edisi keluarga minggu ini, mari kita sama sama menonton sebuah short film daripada Singapore ni. Sangat tacing habis tahu. Tengok hoi sampai habis. Ada subtitle english.
Kalau malas nak tengok. Meh aku cerita summary dia.
Cerita dia pasal seorang nenek yang cuba masak nasi untuk cucu perempuan dia. Lepas tu periuk nasi kat dapur tu katanya tak boleh pakai. Rosak padahal periuk tu tak rosak pun. Cuma nenek tu terlupa nak pasang plug dia. Lepas tu nenek tu pergi kedai nasi ayam. Bungkus nasi untuk cucu perempuan dia tu. Then, nenek tu dalam pertengahan nak balik rumah tu. Dia terlupa jalan balik rumah. Sampai ke malam dia cuba cari jalan nak balik.
Lepas tu, menantu dengan anak laki nenek ni cari lah dia. Dah jumpa pun kat tepi jalan tu. Kesian nenek tu. Kaki mesti dah melecet jalan lama sangat. Tak makan langsung. Bila dia jumpa menantu dengan anak laki dia, dia langsung tak ingat siapa mereka. Yang dia ingat, cuma cucu perempuan dia yang tengah lapar kat rumah.
Endingnya, cucu perempuan dia pergi jumpa nenek dia. Nenek dia happy sangat sebab dah nampak cucu dia tu. Lepas tu nenek dia bagi dia bungkusan nasi ayam tu suruh cucu dia makan. Ending dia sangat tacing tahu. Kalau kau tengok muka nenek tu tak ingat jalan balik rumah pun mesti tersentuh!
Btw, aku rasa cucu perempuan dia tu useless. Dah tahu lapar pergi lah masak megi. Or, keluar pergi beli sendiri makanan kan. Ini tak, nak juga suruh nenek kau yang dah tua tu masak. Lepas tu bila nenek tak balik rumah sebab beli nasi untuk kau, boleh plak makan biskut sambil tengok TV. Hey! Kau tak risau ke nenek kau sampai malam tak balik? *emo emo* . Yela yela aku tahu ni cuma film jah.
:'( sob sob sob.
Ulasan
orang tua cepat lupa. macam mak aku. dan abang aku suka salahkan dia kalau mak aku lupa letak mana barang-barang dia. rasa nak ketuk kepala abang aku tu sambil kata, "kau tu muda tak dementia lagi, barang sendiri sepah-sepah apa hal?"
macam-macam mak aku kena fikir. itu sebab dia lupa. aku harap bakal cucu perempuan mak aku tak buat perangai macam tu.
ER~ko buat aku menitiskan air mata
ak rindu kat mak bapak nenek aku kat rumah..:(..tak sabar nak balik rumah
love entry ni..bukan pasal cinta sahaja lagi..:D
errr..
saya lah yang tulis :)
btw good post! remind me my family in jb... cant wait for another 2 weeks to going back! hee
tak suka bapak dia sebab marah nenek tu.
dan kalau jadi macam ni aku harap aku leh jaga diorang, walau diorang dah lupe aku..
pherghhh... melantong2 lembab berukben aku...
lap2 airmata semua yaa.. kontrol macho serta ayu..
hukhukk
:|
Blog berbaur SARCASM ke?
Mentaliti Masyarakat Kita (PANAS)?
tp salah satu cara..org2 tua cam nih selalu bg dia aktiviti yang guna otak,berfikir,strategi..macam membaca,main game(i.e.chess,dam)..sentiasa ingatkan tentang current event(i.e.hari ni hari apa, tarikh hb, alamat rumah - mcm dalam citer nih dia dok umah anak dia kira alamat lain dari umah lama dia)..
kalo org islam pulak..banyakkan baca al-Quran kalo nk elak nyanyuk..wallahu'alam..
I watched this film 2 years ago when they first release this film.
and yesterday I watched it again.
and my tear drops again.
I can't stand when I watching the grandma walking and walking to find her home back.
:'(
hurm..
T_T
walauapapun kita tetap anak mereka kan?
hehe
mungkin sebab tu dia rasa konfius nak balik rumah kan
:'(
alamak~tersilap2..mata silap tengok..
maap amoi :D
glad you came back here to reply my response.
mind to introduce yourself? :)
tapi dah last , aku jugak yang nagis. terfaktab oleh air mata sndri. WTHHH~~~
ntah pesyen ape pemalas betul cucu dia..bukan kecik lagi..masak la sendiri kalau lapo weh..yg mak die pun satu..blik2 tnya.."ama didn't cook for you?" ingat nenek tu tukang masak ke hape?eeeiishh..berangin rase..
eh? emo plak aku..ahaha..
aqram rindukan sambal belacan nenek.
kenapa nenek pergi dengan cepat?
:(
*sekadar keluhan diri.
masa emak aku kena 'serang' dementia, aku tak tahu..dia sndiri lg la x tahu kan *sedih* satu hari aku pi kerja, tiba2 dpt call dr polis..emak aku jln kaki sorang2 ke kedai..x ingat jln nak balik. nasib baik ada handpon dlm beg dia..tu yg polis dpt no.aku. emak masa tu pn x teringat dia ada handpon.
aku mmg terperanjat, dr opis sampai la dpn kedai tu aku menangis xhenti2..risau knp emak jd camtu. skrg aku da faham situasi emak.. pesakit dementia mmg perlukn perhatian & yg PENTING jgn biarkn mereka sendirian.
ada kes kt ipoh, ayah kpd sorg doktor..keluar rumah x balik2 smpai skrg, kerana dementia dia langsung x djumpai :(
2. menantu boleh cakap "buat malu saya"
3.menantu cakap "AH MA TAK MASAK AH?"
4. anak dia nak marah-marah apa masalah?
excuse me, Ah Ma ke maid sekarang ni ek? Dia ingat Ah Ma ni maid tanpa gaji kot. UGH. -.-"