Derita Merindu.

Hai! Macam lama tak gua menghilang? Kehkeh. Asal tules entri je, gua tanya soalan ni. Bajet ramai sangat yang dok nantikan kehadiran gua. -.-''

Sbnanye gua memang banyak gila keje. Sampai tak terlayan komitmen dalam dunia maya ni. Sampai ada satu tahap rase macam nak undur diri pon ada. Seriously. Tapi sebab boss gua sayang gua lebih, dia mengharamkan perletakan jawatan gua. Pehhh! Terharu seh. Banjir dah bilik gua menangis keharuan. Kikiki.

Baiklah. Sbnanye kan, gua honestly skang ni memang terfaktab. Ohh. Untuk pengetahuan lu orang, skuad terfaktab sendiri selalu terfaktab. Sebab tu kami layak jadi skuad terfaktab. Kehkehkeh. Gua rasa lebih terfaktab bila gua dengar lagu jiwang/melankolik/sentimental. Sebab apa? Laaaa... Kan gua dah cakap tadi, gua terfaktab. Lulz~

Bila gua dengar lagu derita merindu nyanyian Ahli Fiqir, gua terfikir, "A'ah ek. Ada betulnya. Kalau lah derita merindu itu sbnanye bahagia, memang aku akan pilih derita." Dan ya, malangnya skang memang gua tengah menderita dengan pilihan yang gua buat sendiri. Namun, gua ada rasional atas pilihan tersebut sbnanye. And akhirnya gua terfaktab di sini. Heh.

Gua rase dalam hidup ni, kita sbnanye punya banyak pilihan. Kita punya pilihan untuk katakan tidak. Dan kita juga punya pilihan untuk memilih jalan hidup kita, sama ada lurus atau bengkang-bengkok je yang membezakan. Kekadang, pilihan yang kita buat mungkin kelihatan salah bagi sesetengah orang dan paling koman pon, dikeji dan dicaci maki. Namun, siapa yang punya hak untuk menentukan pilihan tersebut terbaik atau tidak untuk diri kita sendiri?

Bila gua nak fikir lelebih pasal cinta, gua mula tersedar satu perkara. Jauh di sudut hati gua, gua impikan percintaan selepas wujudnya ikatan yang sah. Ya, panggillah gua konservatif, ortodoks, extreme ke ape ke, gua dah tak lut. Gua bukan nak cakap gua anti kapel yang ada. Ada je kot kapel yang gua respek. Cuma, ni pendapat peribadi gua sendiri. Gua tak nafikan gua pon ada perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tapi, gua dah tak rase manisnya bercinta sebelum menikah. Maknanya, gua memang penah rase bercinta pon sebelum ni. Gua bukan sempurna, tak penah buat kesalahan langsung. Dan gua pon tak impikan untuk jadi sempurna. Ingat best sangat ke jadi sempurna ni? Banyak nikmat hidup hilang wooo...

Entri ni lebih kepada pesanan dan peringatan untuk diri gua sendiri. Biar gua derita skang, bila gua yakin ada kebahagiaan yang menanti gua di depan. Kalau orang lain taknak percaya dan yakin sekali pon, takpe. Yang penting, gua tahu Allah Maha Mengetahui apa yang gua inginkan.

Buat awak, saya akan jaga hati saya dan saya harap awak akan jaga hati awak sampai kita disatukan dengan ikatan yang sah. Selama mana kita belum sah, selama itulah kita harus menyembunyikan perasaan masing-masing agar tak terkelihatan, meski kelukaan. Saya yakin dengan janji Allah, maka kita juga harus yakin bahawa jodoh itu rahsia Allah...

Saya tak mengidamkan istana pasir yang hanya seronok semasa proses pembinaan 
namun pasti akan tumbang dilambung ombak jua akhirnya.

Ulasan

zey berkata…
huyoh. kuatnya kaw, tunggu ikatan yang sah. tahniah!
K berkata…
wahh.. teruja.

nice =D
vanilamanis berkata…
Ya..jodoh itu rahsia Allah.Kita dipertemukan dengan orang yang salah bukan bermakna kita adalah manusia yang gagal.Kita belum dipertemukan dengan sesiapa bukan bererti kita seorang yang malang.

Seharusnya kita bersyukur kerana kita insan terpilih yang diberi peluang menjaga kehormatan dan peribadi untuk insan istimewa.Sesungguhnya insan istimewa itu bertuah memiliki kita yang belum pernah dimiliki.

Biar nikmat di dunia hilang asalkan beroleh keberkataan.Tahniah untuk anda.

:)
Dale berkata…
mari, aku binakan istana pasir untuk kau.
Masta berkata…
aku stuju weyhh....last paragrph tu paling aku ske...jodoh mmg rahsia allah....sme2 doa je..aminnnnn
fatinizzati berkata…
aku pon. lepas ape yang jadi rase macam nak bercinta lepas ada ikatan yang sah. :)
dindingkosong berkata…
"Saya tak mengidamkan istana pasir yang hanya seronok semasa proses pembinaan
namun pasti akan tumbang dilambung ombak jua akhirnya."
suka yang ni...
qllmjd218 :D berkata…
wahaha.. tehniah ^__^
semoga bertemu jodoh yg terbaikk :)
Fyqa berkata…
amin. smoga dpertemukan jdoh yg baik.
Anne berkata…
aku tak suka rindu pada orang yang salah.
shahjiehan berkata…
slalu dok dgr nama blog ni..tp x penah masukk ni kali pertama.... anyway..blog ni best! tp apa maksud terfaktab

jom baca dan komen AKU INGIN BERUBAH | ! !shahjiehan [dot] com ! !
GadisKampung berkata…
sukeee vangat seyhh!!!

nak jadi gak r cam "bukan penggoda"
ikatan yang sah tu keyword dy ye anak2..
hahaha .
@bukan penggoda .
layan lagu derita merindu mmg saket . patah hidung woohh ! sebab kene seketoi - seketoi ! :p
rekbing berkata…
at some point, terkene btg hidung aku. :">
Pengembara berkata…
Aku pernah alami beberapa kali, hati kau macam nak pecah dan kau sangat2 sukakan perempuan tu. Tapi perasaan tu tak kekal pun, sebab ia hanyalah hormon.

Aku dengar dari kawan aku sendiri pengalaman diorang - diorang sampai suatu masa pernah keluarkan ayat, "saya hanya akan suka awak sorang je sampai bila2" tapi kemudiannya terjatuh hati dengan orang lain. Bila diorang ingat balik time diorang keluarkan kata2 cmtu, rasa mcm bodoh.

Yup, aku pun tak nak benda yg sama berlaku ke atas aku, jadi aku pun akan mengikuti jaan bukan peggoda. Semoga Allah jaga hati aku dan jaga hati bakal isteri aku yang tak tau dia kat mana skg ni.
sy dh byk kali try nk buat mcm tu..tp selalu tak boleh...

macam mana nk buat si dia paham mcm yg sy phm? :(
sweet 19 berkata…
"harus menyembunyikan perasaan masing-masing agar tak terkelihatan, meski kelukaan"

x paham yg ni, knp kena seksa diri berahsia sebegini skali. ni chenta terlarang or bajet chenta sesame artis ni?? ke jenis chenta 'banyak kaki' sini tabur janji..sana pn tabur janji :p

awak janji jg hati ye, saya janji jaga buah pinggang saya!
swz berkata…
aku tak sangka ade orang yang rasa macam apa yang aku rasa. rasa macam ada geng.

dari zaman sekolah lagi aku dah terfikir, siapakah empunya rusuk kiri yang membentuk aku. aku nak hidup bersama dia && cakap terima kasih atas rusuk kirimu :)
Tanpa Nama berkata…
ah, kita sama. ortodoks.
=D
Wahida Samsuddin berkata…
Biar derita merindu, daripada derita terluka. Lagi pun, proses merindu tu sangat best woo
Masturah Idrus berkata…
Aku rasa aku dah jumpa yang berkenan di hati. Dah bercinta dah pun. Dan aku dah simpan hasrat selama 2 tahun untuk bernikah dengan dia. Sebab aku tahu, makin aku bercinta, makin bertambah dosa aku. Tulah sebab aku nak nikah cepat even aku tengah study.

Tapi. Aku dapat rasa parents aku dan dia takkan setuju.

Tiba2 rasa macam takde kaitan je dengan topik kau. Dush.
Liyana Aziz berkata…
suka quote kau, jodoh itu rahsia Allah... nice!
. berkata…
''Saya tak mengidamkan istana pasir yang hanya seronok semasa proses pembinaan
namun pasti akan tumbang dilambung ombak jua akhirnya'' best quote ever :)
Lalala berkata…
aku pun nak juga kapel after nikah tapi ramai tak setuju idea ni.. setiap orang ada pilihan masing2 jadi pandai2 nak hidup and tanggung choice tu..

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.