Derita Merindu.
Hai! Macam lama tak gua menghilang? Kehkeh. Asal tules entri je, gua tanya soalan ni. Bajet ramai sangat yang dok nantikan kehadiran gua. -.-''
Sbnanye gua memang banyak gila keje. Sampai tak terlayan komitmen dalam dunia maya ni. Sampai ada satu tahap rase macam nak undur diri pon ada. Seriously. Tapi sebab boss gua sayang gua lebih, dia mengharamkan perletakan jawatan gua. Pehhh! Terharu seh. Banjir dah bilik gua menangis keharuan. Kikiki.
Baiklah. Sbnanye kan, gua honestly skang ni memang terfaktab. Ohh. Untuk pengetahuan lu orang, skuad terfaktab sendiri selalu terfaktab. Sebab tu kami layak jadi skuad terfaktab. Kehkehkeh. Gua rasa lebih terfaktab bila gua dengar lagu jiwang/melankolik/sentimental. Sebab apa? Laaaa... Kan gua dah cakap tadi, gua terfaktab. Lulz~
Bila gua dengar lagu derita merindu nyanyian Ahli Fiqir, gua terfikir, "A'ah ek. Ada betulnya. Kalau lah derita merindu itu sbnanye bahagia, memang aku akan pilih derita." Dan ya, malangnya skang memang gua tengah menderita dengan pilihan yang gua buat sendiri. Namun, gua ada rasional atas pilihan tersebut sbnanye. And akhirnya gua terfaktab di sini. Heh.
Gua rase dalam hidup ni, kita sbnanye punya banyak pilihan. Kita punya pilihan untuk katakan tidak. Dan kita juga punya pilihan untuk memilih jalan hidup kita, sama ada lurus atau bengkang-bengkok je yang membezakan. Kekadang, pilihan yang kita buat mungkin kelihatan salah bagi sesetengah orang dan paling koman pon, dikeji dan dicaci maki. Namun, siapa yang punya hak untuk menentukan pilihan tersebut terbaik atau tidak untuk diri kita sendiri?
Bila gua nak fikir lelebih pasal cinta, gua mula tersedar satu perkara. Jauh di sudut hati gua, gua impikan percintaan selepas wujudnya ikatan yang sah. Ya, panggillah gua konservatif, ortodoks, extreme ke ape ke, gua dah tak lut. Gua bukan nak cakap gua anti kapel yang ada. Ada je kot kapel yang gua respek. Cuma, ni pendapat peribadi gua sendiri. Gua tak nafikan gua pon ada perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tapi, gua dah tak rase manisnya bercinta sebelum menikah. Maknanya, gua memang penah rase bercinta pon sebelum ni. Gua bukan sempurna, tak penah buat kesalahan langsung. Dan gua pon tak impikan untuk jadi sempurna. Ingat best sangat ke jadi sempurna ni? Banyak nikmat hidup hilang wooo...
Entri ni lebih kepada pesanan dan peringatan untuk diri gua sendiri. Biar gua derita skang, bila gua yakin ada kebahagiaan yang menanti gua di depan. Kalau orang lain taknak percaya dan yakin sekali pon, takpe. Yang penting, gua tahu Allah Maha Mengetahui apa yang gua inginkan.
Buat awak, saya akan jaga hati saya dan saya harap awak akan jaga hati awak sampai kita disatukan dengan ikatan yang sah. Selama mana kita belum sah, selama itulah kita harus menyembunyikan perasaan masing-masing agar tak terkelihatan, meski kelukaan. Saya yakin dengan janji Allah, maka kita juga harus yakin bahawa jodoh itu rahsia Allah...
Saya tak mengidamkan istana pasir yang hanya seronok semasa proses pembinaan
namun pasti akan tumbang dilambung ombak jua akhirnya.
Ulasan
nice =D
Seharusnya kita bersyukur kerana kita insan terpilih yang diberi peluang menjaga kehormatan dan peribadi untuk insan istimewa.Sesungguhnya insan istimewa itu bertuah memiliki kita yang belum pernah dimiliki.
Biar nikmat di dunia hilang asalkan beroleh keberkataan.Tahniah untuk anda.
:)
namun pasti akan tumbang dilambung ombak jua akhirnya."
suka yang ni...
semoga bertemu jodoh yg terbaikk :)
ok gua
jom baca dan komen AKU INGIN BERUBAH | ! !shahjiehan [dot] com ! !
nak jadi gak r cam "bukan penggoda"
ikatan yang sah tu keyword dy ye anak2..
@bukan penggoda .
layan lagu derita merindu mmg saket . patah hidung woohh ! sebab kene seketoi - seketoi ! :p
Aku dengar dari kawan aku sendiri pengalaman diorang - diorang sampai suatu masa pernah keluarkan ayat, "saya hanya akan suka awak sorang je sampai bila2" tapi kemudiannya terjatuh hati dengan orang lain. Bila diorang ingat balik time diorang keluarkan kata2 cmtu, rasa mcm bodoh.
Yup, aku pun tak nak benda yg sama berlaku ke atas aku, jadi aku pun akan mengikuti jaan bukan peggoda. Semoga Allah jaga hati aku dan jaga hati bakal isteri aku yang tak tau dia kat mana skg ni.
macam mana nk buat si dia paham mcm yg sy phm? :(
x paham yg ni, knp kena seksa diri berahsia sebegini skali. ni chenta terlarang or bajet chenta sesame artis ni?? ke jenis chenta 'banyak kaki' sini tabur janji..sana pn tabur janji :p
awak janji jg hati ye, saya janji jaga buah pinggang saya!
dari zaman sekolah lagi aku dah terfikir, siapakah empunya rusuk kiri yang membentuk aku. aku nak hidup bersama dia && cakap terima kasih atas rusuk kirimu :)
=D
Tapi. Aku dapat rasa parents aku dan dia takkan setuju.
Tiba2 rasa macam takde kaitan je dengan topik kau. Dush.
namun pasti akan tumbang dilambung ombak jua akhirnya'' best quote ever :)