Kepercayaan Kepada Pasangan
Kalaulah prinsip Kepercayaan Kepada Pasangan ini di letakkan dalam Rukunegara, mesti tak ramai orang cerai-berai. Tak pun, di letakkan dalam Syarat Sah Nikah, mesti ramai orang akan mendapat keberkatan dalam perkahwinan. Oh, mungkin juga baik di letakkan dalam Love Lesson 101, confirm semua orang akan bercinta dengan hati yang tenang dan bahagia. Hati berbunga-bunga bak kedamaian taman-taman syurgawi yang di limpahi air dari telaga Kausar.
Semua orang pernah bercinta dan semua orang akan bercinta.
Tetapi, yang selalu menjadi permasalahan bagi seseorang yang bercinta ialah ;
Kesukaran melupakan cinta pertama, kekasih lama dan peristiwa lalu yang menggugat kepercayaan kepada diri dan pasangan. Sekaligus, ia menyebabkan hubungan penuh dengan syak wasangka tanpa sebab yang jelas. Tak percaya? Terdapat satu kes yang penulis jumpa mengenai seorang perempuan yang dahulunya adalah seorang lesbian.
"Bagaimanakah aku hendak menjelaskan zaman gelap aku dahulu yang merupakan seorang lesbian kepada bakal suami aku nanti? Dan apakah suami aku boleh menerima aku dengan se-adanya?"
Ok, rasanya contoh ini tak sesuai. Sebab semua lelaki teruja dengan lesbian. Keh keh keh. Ok, contoh lagi satu.
"Bagaimanakah aku hendak menjelaskan zaman gelap aku dahulu yang pernah terlanjur dengan ex-boyfriend aku dahulu? Apakah teman lelaki aku yang baru atau bakal suami aku ini boleh menerima aku seadanya?"
Ok, terus-terang lah. Memang ada sedikit kesukaran dalam menerima zaman gelap seseorang. Tetapi! Ya, ada tetapi. Tuan-tuan dan puan-puan perlu tahu kesukaran itu boleh di atasi dengan Kepercayaan Kepada Pasangan. Dalam kepercayaan kepada pasangan ini merangkumi hal ;
1. Berfikiran positif dalam halatuju perhubungan
- Chill, cool dan rileks. Jadikan perhubungan bukan sebagai suatu beban, elakkan dari berfikiran was-was. Kerana was-was itu akan menyebabkan perpecahan.
2. Rangka masa depan dengan lebih komited
- Elakkan dari bercerita perkara lama. Yang lepas itu, lepaslah. Yang baru ini perlu di fokus. Setiap pasangan itu perlu lebih banyak bincangkan hal masa depan yang hendak di rangka dan di tempuhi bersama.
3. Berterus-terang dalam hal yang memerlukan kefahaman kedua belah pihak.
- Ini paling penting. Luahkan dan selami lah antara kedua-dua pasangan. Jika ada satu perkara rahsia yang perlu di beritahu, jadikan ia sebagai objek untuk menjernihkan. Bukannya sebagai objek untuk mencari kesalahan.
Tapi, bagaimana pula dengan kes kesukaran melupakan kekasih lama atau cinta pertama?
Baiklah, manusia di anugerahkan memori. Kita tidak boleh memadamkan memori. Kita tidak boleh mengubah ingatan seseorang. Tetapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita berupaya untuk memberi harapan, di mana ia boleh membuat memori itu di lupakan dalam tempoh tertentu.
Ya, harapan. Suatu terma baru yang unik. Jika ia di susuli dengan kepercayaan, hubungan sesuatu pasangan itu lebih terikat bagai atom. Kuat dan sukar di pisahkan. Hal yang sedemikian, harapan dan kepercayaan merupakan suatu cara yang di gunapakai oleh Tuhan Yang Maha Genius dalam mengawal manusia. Jadi, mengapa tidak kita menggunakan ilmu tuhan berkaitan harapan dan kepercayaan terhadap manusia untuk mengawal perhubungan?
Sekarang, sudahkah anda nampak bagaimana cara untuk percaya kepada pasangan anda? Kita sambung lagi dalam tajuk Harapan Kepada Pasangan pula di lain hari.
Chalo dan assalamualaikom!
Ulasan
sukar untuk mengembalikan semula kepercayaan tersebut =(
P/S:adakalanya cinta boleh buat kita jadi durjana. Hurmm
tau tak bila mana dia asyik ragu2, aku jadi memberontak. kang aku buat macam apa yg dia tuduh kang.. haaaa.
http://beloggagah.blogspot.com/2011/04/terbakar-dada-i.html
haha. aku cuma harap, bila taik itu ada. kepercayaan kepada golongan itu tidak melibatkan semua pihak.
@nursya
standard lah.
@kc
senangkan
@eza
betul! dan sangat betul!
@johan
no sweat.
@republic
yezza!
@kate
itu perlunya harapan. nantikan.
@anem
aku faham perasan kau. huhu.
@tacha
:)
@si penulis
aku harap ia dapat membantu walau sedikit.
@alex
itu pentingnya kau kena berterus-terang tentang apa yang kau rasakan.
@mizz
cakap yang bukan2 itu terbit dari syak wasangka.
in short, just buy lots and lots of spare mirror.