Kekasih Sandaran

Saya rasa inilah salah satu tindakan paling hina yang dilakukan oleh manusia, yakni mengambil seseorang untuk dijadikan kekasih sandaran atau backup

Ya, saya pun pernah buat.

Saat wujud walau sehama rasa tidak percaya atau tiang perhubungan mula gugah, kita mula mencari kekasih sandaran. Kekasih just in case.

Ya, kalau dengan A tak berhasil, maka aku masih ada B.

Paling malang, B tidak tahu dan menyayangi kamu sepenuhnya. Seolah kamulah sang syurga. Padahal kamu cuma simpan dia untuk kecemasan.

Hina bukan?

Untuk apa kita lakukan ini? Saya sendiri tidak tahu. Mungkin kerana kita terlalu bodoh untuk komited dan menjadikan perhubungan sedia ada lebih kuat dan erat. Mungkin kerana kita ego dan percaya manis bicara limpah harta elok rupa mampu menambat sesiapa saja.

Kita jadi pembuli cinta. Kita hinggap dan terbang semula tanpa rasa berdosa.

Some people might say, "Hey, I'm just having fun here, dude."

Ya, kalau kedua-duanya sudah jelas sejak garis mula bahawa mereka cuma berkongsi rasa untuk gelak tawa, mungkin sedikit sentuh raba, atau nikmat hidup berdua dan bukan untuk selamanya - maka silakanlah.

Tetapi kalau kamu membiarkan kekasih sandaran kamu dalam keadaan buta, dia gembira atas hubungan kelas kedua, zalim benar.

Some people might say, "We should always have a backup plan, even in relationship."

Yeah, nice one, dimwit. A backup plan is how you can be a better person for your partner when, sometimes, you fucked up. Not to wander around and sprinkle your feelings and promises to others who are genuinely looking for something real in relationship.

Masih belum ingin peduli. Bayangkan satu hari kekasih anda tampil dan berkata, "I'm sorry, honey. My real relationship is actually working out and you're just a backup. So that's that."

Ketika itu tidak ada meme hodoh terbelalak dari 9gag yang mampu menggantikan wajah anda.

Ulasan

Serene berkata…
Pernah melaluinya.
I'm the back-up plan, sadly.

And he chose her.
Dan kat sini terkial-kial macam orang bodoh. Oho.

Mujurlah I'm smart enough to save a lot from giving to him. So, takde la rabak mana.
Taufik berkata…
Aku penah berbackup2 plan ni
aku jugak penah dibackupkan

pastu bila cuba nak get serious dgn new relatioship
sekali lagi aku dibackupkan
well at least she admit in the first place
jodoh itu kena usaha, walaupun kamu hanya backup plan

wish me luck yay!
Maria Menado~ berkata…
Harap diriku bukan lah pilihan kedua sesiapa~~
fifie berkata…
Tak pernah lalui, tapi pernah terjerat. Bila si lelaki ini mahu menjadi yang kedua bila mana dia tahu saya sudah berpunya. Nasib baik saya tak terima offer tu.
Hakim. berkata…
Mencari kekasih back up kadang dilakukan tatkala minda berada di bawah paras sedar. Lagi pulak bila kita rasa kekasih asal kita mempunyai lebih kelebihan dari kita dalam segala segi.

Pernah memback-up dan di back-up kan orang. Dua2 sakit kerana kadang2 kejadian tak seindah perancangan.


PemBack-up cinta itu manusia suck bagi aku by the way.
reenapple berkata…
tak pernah alami.. huuu. But I know n understand that..

#macam bangang sahaja sesiapa yg ada spare tu.. jgn mainkan perasaan org
qaseh berkata…
sye penah dijadikan bekup...
xtau until he's got married..
n sye go on idup dengan trauma yang mendalam..
yer sye sayang sepenuh hati..
what a wonderful ending right!!
Miss FZ berkata…
pernah jadi back up.i dont even realize.sangat bodoh rasanya.pdhal aku dulu, baru dia datang.huhu.

T_T
KiD berkata…
such a wonderful plan.
TheBentPencil berkata…
Ah, Nizam sir, after much thought, I know what 9gag meme that can be used for these backup lovers ---->

http://cdn.memegenerator.net/instances/400x/24848100.jpg
Lady Calypso berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.