“Jee, tengok FB profile ni.” Kata Alia sambil tidak lepas mata ke komputernya. “Ini profile siapa ni?” “Ni ex aku zaman sekolah la. Hensem kan?” “Ha’ah. Betul la kau cakap, muka dia macam Awal Ashaari. Eh, kau nak add dia ke?” Alia tersengih sambil menekan tetikus. “Iya la...habis tu buat apa aku search dia.” “Gedik. Nak ngorat balik la tu.” Sindir Jee.
Saya pasti ramai antara kita yang pernah ada ex kan? Lain la kalau yang belum pernah bercinta lagi, tapi itu kita bincang lain hari. Yang saya mahu bincangkan hari ini ialah cara connect balik dengan ex, sama ada dengan niat nak sambung tali silaturahim(nak tunjuk kita ni dah “cool” dengan dia), atau mungkin nak bercinta balik dengan dia. Ya lah, mungkin dulu-dulu zaman sekolah kita cinta monyet, gaduh tak bertempat, dua-dua tak matang. Bila dah tua ni (tua ke?) dan sudah matang baru terasa bahawa dia ialah ‘the one’ dan tak ada orang sebaik dia. Take note, ini bukan tips untuk mengorat balik pakwe/makwe yang dah jadi suami/isteri orang, ata…
Ulasan
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)