Fakta Anak Kedua yang Anda Semua Tidak Tahu! Sebarkan!

Tahukah anda, anak kedua:
-Manis mulut, manis juga rupa
-Mudah ketawa, dan mudah juga menangis
-Rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan
-Kuat merajuk, Drama Queen
-Suka makan coklat bersama tempoyak,

serta suka tipu dan troll orang?

Kahkahkah.

Gurau aje.

Sebenarnya, kau perasan tak, kalau baca benda-benda rahsia anak ke-X ni, mesti lebih kurang je. Kau baca rahsia anak ke-2, lebih kurang macam kau. Kau baca rahsia anak ke-3, lebih kurang macam kau, kau baca rahsia anak pertama, pun macam kau. Lepas tu, kalau kau ni anak ketujuh kelapan kesembilan kesebelas keduabelas tak ada pun dalam list...kau jenis anak apa pula, anak tak wujud? Eh. Hahaha.

Bukan aku nak menganjing siapa-siapa. Cuma, aku teringat dulu pun aku percaya juga benda ni. Lagi-lagi kalau artikel tu ditag dengan nama orang famous seperti Fazdilah Kamsah lah, Tuah Iskandar lah, Oprah lah, Confucius lah Jack Ma lah, maka aku pun percayalah bulat-bulat. Gigih la aku cara birthday crush, umur kelahiran crush, crush anak ke berapa, lepas tu tilik aku punya pulak, dapat dua-dua result tengok serasi ke tak.

Lepastu aku dapat result: Tidak serasi. Aduh, maka kecewalah ranaplah hati aku seperti hancurnya
sepeket biskut oreo yang aku simpan dalam handbeg selama seminggu (ni lah masalahnya duduk Selangor, tak ada beg plastik semua sumbat handbeg. Kan dah lupa, ish)

Anyway, semakin lama, semakin aku perasan, kalau aku terbaca horoskop orang lain, tilikan tarikh lahir orang lain, pun sama-sama kena jugak dengan aku. Start dari tu lah aku dah berhenti baca. Malas. Baca suka suka buat gelak, adalah.

Hidup ini kita yang uruskan, kita yang tentukan. Lagipun kalau hal-hal perhubungan manusia ni, seperti yang aku baru pelajari lately--serasi ke tak, tu tak ditentukan oleh umur, tarikh lahir, anak keberapa, mahupun kedudukan bintang di langit.

Semua itu perlukan kerja. 

Kerja tangan kita. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perempuan, Perhubungan dan Seksual.

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)