Hal Azab (Bukan Adab) Orang Keliling Dunia.
Pagi Sabtu ini kecoh satu Malaysia mengenai berita sekumpulan backpacker tempatan dicari pihak berkuasa Jepun kerana merosakkan bilik hostel dan mengasari staf nya sehingga kerugian beratus ribu yen.
Namun, aku bukan mahu sambung lagi kasi panas dalam post aku ni - lagipun laman The Vocket dah cover sampai licin. Cuma...there's something about travelling that is really interesting - it takes out the real you.

Real, real you.
Sumber gambar |
Mana taknya - kau berada di tempat asing. Satu jalan pun kau tak pernah kenal, melainkan yang kau lihat dalam gambar (itupun kadang-kala kau dah kelek semua gambar dalam google, masih tak sama dengan rupa dunia di depan mata). Kiri, kanan kau, orang semua berbahasa asing, budaya pun asing, kau ke kiri, mereka ke kanan, kau cakap Hai, mereka cakap Hola!
Kau cuba cari jalan. Kau cuba bernavigasi. Kau sesat sendiri. Mau tanya jalan, ramai yang tak memahami. Kua mahu pergi ke semua tempat terkenal - semua instragrammable places- tapi rupanya semuanya mahal, jauh atau tak jumpa jalan. Kau lapar, kau cari makan, tapi kau tak faham apa yang dijual di gerai peniaga. Halal kah? Sedap kah? Mahal kah? Murah kah? Kau lihat poket, makin menipis. Ada yang kau terpaksa korbankan.
Kau pulang ke hostel, kau menghadap pula rakan sebilik, rakan sebangunan - yang seorang pun bukan ahli keluarga kau. Kau cakap ayam, dia cakap itik. Kau pening lagi. Rakan seperjalanan kau pula buat hal- penat, bising, mengada, menjawab.
Kau ada dua pilihan.
Semua orang pun ada dua pilihan.

Chill, dan let it go.
Atau kau meletus, mengamuk, dan memprotes.
Punya hebat masalah travellers ini, sampaikan Nabi pun pernah sebut musafir ni "adalah sebahagian dari azab yang menghalangi seseorang itu dari makan, minum dan tidur secara sempurna".
Azab, I tell you.
Sebab itulah- sebagaimana azab-azab dan dugaan yang lain - perangai sebenar kau akan terkeluar. Atau kawan kau. Atau famili kau. Atau suami/isteri kau.
Kau pernah tengok Narita Divorce? Ni J-Drama yang terkenal zaman-zaman 90an dulu. Asaka Seto punya lakonan (tu zaman dulu kira top habis lah Asaka Seto ni). Watak Asaka ni bercinta dengan laki bagai nak rak, kahwin ala pasangan romantika...sekali bila pergi honeymoon, habis terkeluar semua rasa benci. Si bini rasa laki annoying. Si lelaki rasa bini tak sayang. Dua-dua berkelana di negara Itali yang tak biasa. Sorang kecil hati, sorang kecewa. Maka, terjadilah Narita Divorce - bercerai pada detik touchdown di lapangan terbang Narita.

"Abang dekat hotel sibuk basuh spender!" "Basuh spender pun jadi isu ke yang?" |
Sesungguhnya kau takkan tahu perangai sebenar seseorang, sehingga kau bermusafir dengan dia. Itu yang Saidina Umar pernah cakap kepada seorang lelaki, bila lelaki itu puji orang lain dengan ayat yang tinggi melangit. Kadang yang manis dan ramah di sini dengan kau, di negara orang dia baran. Kadang yang jenis manis-manis sopan santun, sekali di luar negara, dedah semua, seksi segala, togok apa yang ada. Kadang yang di sini toleran, di luar negara asyik bersangka buruk dan rasis.
Ada setengah orang tu juga - dia rasa macam Tuhan dia cuma ada di Malaysia. Hah!
But wait - aku tak suruh kau pergi bermusafir ke apa dengan makwe pakwe kau ke apa - silap haribulan kau pergi test-drive dengan dia, bukan boleh caya!
Maksud aku, kalau kau ada peluang, duduklah semeja dengan member-member yang pernah musafir dengan 'target' kau. Korek cerita. Paling kurang pun, tanya dia "Apakah benda yang paling tak boleh lupa pernah terjadi masa kau travel dengan X haritu?"
Percayalah, kadang-kadang cerita yang kau dengar tu -- samada buat kau hilang selera dengan dia, atau --
seratus peratus lagi respek pada dia.
Ulasan